Thursday, December 21, 2006

Barakah.

Assalamualaikum !
Alo!

Ya

Selesai sudah bab kenduri angah. Puas hati.
Bab mengemas rumah, bab simpan khemah, cuci rumah tang mana mana yang patut dah pun dibuat. Letih. Rasa macam hulk hogan pulak masa dok pikoi besi2 tiang khemah tu. Heh. Takpa nanti time aku menikah depa pulun pulak kan kan kan kan. Ops before aku lupa, minta maap banyak2 pada sapa2 yang tak dijemput ke kenduri tu. Kenduri adik aku. Bukan kenduri aku. Nanti kalo kenduri aku, aku hebohkan dalam radio.

Ya tak dilupakan perlawanan piala SUMBANGSIH antara PERLIS SINGA UTARA dgn Pahang di Std Utama negeri pada 16/12/2006 (malam kenduri angah di Kangaq) yang berkesudahan Peghelih menang 2-1. Pada tarikh ni jugak, genap 3 bulan Peghelih bergelar juara Piala Malaysia 2006. Aku tadak nak cerita panjang malam tu. Aku p stadium walaupun letih dan sakit bahu mengangkit besi khemah kenduri dok rasa lagi. Menang pun dah cukup baguih. Dari segi game, masih byk Peghelih kena improve. Ya la, awai season. Tak serasi lagi nampak player2 tu. Muka2 lama yang dah p dari Peghelih termasuklah Amran Omar (dgn tuala putih good morning sangkut kat jaring goal), Feriza Ismail (Kereta Kebal) dan Manzoor Azwira. Terima kasih atas khidmat bakti semua. Apa2 pun tahniah Singa Utara sbb menang dah 1 piala. 3 lagi menanti, Insyallah kalu diizinkan. Aku nak p
jalan2 kat Bukit Jalil lagi tahun depan.

Aku dah start masuk keja 18/12 haritu dan baru harinilah dapat sikit masa nak update apa yang dah jadi kat aku selama ni. Seperti yang diduga, banyak sungguh kerja menanti kehadiran org yg bercuti panjang ni. Baucer2 menanti dengan penuh senyuman untuk dibuat perakuan bagi mensetelkan bayaran/payment di hujung2 tahun. Suma ni perlu disetelkan sebelum tahun 2006 berakhir. Bayangkan dari hari senin haritu, kerja aku hanyalah memperakukan baucer yang jumlahnya hampir ratusan baucer dah. Berpinau biji mata aku mengadap skrin komputer. Almaklumlah nak peraku benda2 payment ni bukan benda main2. Silap2 mengadap BPR (bukan Bumi Putra Rockers) kalau tak check betoi2. Letih otak aku. Balik tiap malam pukoi 9.30.


Baucer bayaran menanti untuk diperakukan.

Sebut pasai buat payment ni, mau tak mau aku kena guna smart kad e-Goverment yang dibekalkan oleh GITN. Bila dok rilek2 sat camni, sekali terpandang benda alah smart card ni dan otomatiknya teringat aku masa keja di GITN dulu. Oh untuk yang tatau, GITN adalah satu anak syarikat Telekom. Opis dia di menara Telekom, tingkat 31. Tempat Rumet, Farul dan Arib keja dan depa sayang sangat kompeni ni sebab tu depa dok situ sampai la ni hahahah.


Heh.

Tu lah tempat pertama aku kerja mencari rezeki selepas puas bergelaq pelajar/student. Aku kerja marketing department. Bukan jual smart card. Tapi juai VPN atau network untuk mana2 agensi kerajaan yang masih tadak internet connection / network depa sendiri. 2 tahun aku dok situ dari Januari 2003 sampai Disember 2004. Macam2 benda aku lalui. Ada manis dan tak kurang jugak yang pahit nak mampuih. Yang baik, aku jadikan kenangan manis dan yang pahit, aku simpan jugak untuk dijadikan pedoman di kemudian hari.

Oh ya sebut pasai GITN ni, aku terkejut bila last week aku terima berita kematian Wak Sharif, salah sorang staf lama di GITN sebab terlibat dlm eksiden di Gerik selepas hantaq anak dia di Changloon, Kedah. Masa aku masuk GITN dulu, depa salu kata muka aku macam muka Wak Sharif. Dua2 botak. Dan bila aku tgk sendiri, mmg betoi pun. Sejibik. Kira kalu habaq aku adik wak sharif pun org akan percaya. Hmm. Tu semua cerita lama dan untuk arwah Wak Sharif, al fatihah saja yang mampu aku sedekahkan dan semoga arwah tenang di sana.

Suma tu jadi kenangan kerana aku rasa itu saja masa yang Allah bagi untuk aku kerja dengan swasta. Dan lepas aku join servis gomen ni, rasanya sampai ke pencen la aku dok sini.

Well
Tu ha baucer untuk diperakukan dah mai lagi dah.
Kerani aku baru hantaq.
Nampak gaya balik malam lagi la.
Takpa. Sat-sat lagi aku settlekan.
Gian nak menaip pulak.


Kerani aku menghadiahkan selonggok lagi baucer.

Hmm. Dalam dok kalut kerja ni, Aku teringat pesanan Dato Ahmad Phesal, Timb. Pengarah ICU masa dia mai melawat pejabat kami di PPN Kedah. Dia orang lama. Banyak panglaman di dada. Aku cukup respek dengan dia. Dia dulu lepasan Maktab Mahmud, Aloq Staq, tapi pada masa yang sama dia Timbalan Pengarah. Bagi yang tatau apa tu Maktab Mahmud, boleh check
sini.

Timbalan Pengarah yang sorang ni lain sikit cara approach dia. Kalau org lain, time depa melawat pejabat di negeri, musti pulun staff di negeri suruh kerja saja tapi dia lain. Di kala dok sibuk dengan kerja, sempat dia panggil semua staff di PPN Kedah, bagi tazkirah pada semua staff PPN Kedah dengan disulami nas dari al-Quran dan hadis supaya kita semua tak lupakan Allah dalam apa jugak kerja kita buat supaya apa yang kita buat di pejabat dan juga di mana-mana sekalipun ada keberkatannya.

Sejuk hati kami.
Seolah2 terpukau.
Dek kerana kesibukan (ya ka sibuk?), kadang2 kita pulun buat kerja sampai tak ketahuan dah hujung pangkal walhal kita lupa dari satu sudut. Keberkatan.

Ya. Keberkatan.
Atau kalau nak sebut bunyi ala-ala Arab, Barakah. Tapi bukan Harakah.

Itu yang kita kena kejaq sebenaqnya bukan hanya dlm kerja tapi segala-galanya persoalan hidup kita ni. Bila berkat, segala2nya sempurna. Kerja elok, hati tenang, ada masalah pun tenang, ada rezeki lebih pun tak lupa pada org lain yang memerlukan. Bohong la kalo kita semua kerja bukan sebab duit tapi macam mana nak bagi duit yang kita dapat tu berkat?

Itu yang Dato cuba nak terangkan.
Itu yang Dato cuba nak ingatkan kami semua.

Islam tak suruh umatnya sembahyang saja semata-mata. Islam tak suruh umatnya dok tercongok kat masjid saja berdoa tapi tak buat apa2 selain doa saja. Islam suruh umatnya kerja dan kerja dan berusaha dan berusaha.

Cuma cara kita berusaha dan bekerja itulah yang membezakan kita org Islam dengan yang lain. Kita seharusnya berusaha dan berusaha tapi bukan HANYA untuk harta, kedudukan dan tangga gaji saja tapi untuk juga mendapat keberkatannya. Dengan bahasa mudah, bukan tak boleh kejaq harta, tapi akhirat jangan dilupa. Itu yang penting.

Alah kira , macam slogan sorang jora pertandingan menyanyi di Asstero dulu. apa ntah nama dia. Nawi kot. Ka Wawi nama dia.

"World World Jugak, Akhirat Jangan Lupa". Cantik kan slogan tu ?

Bukan main cantik slogan dia tapi apa aku dok perati yang penyanyi sorang ni pun nampak gayanya sepanduk dan slogan dia la ni tinggai spenda ja. Nak dok jadi lima kali dua jugak dah dia pun. Tadak beza dah Nawi ka, M. Kajoli ka, Sasha Fandha, Errah ka, Reeta Nudaini, Kaya Marin ka, Acapan ka, Jackie Chan ka. Sama saja.

Ah abaikan pasai dia.

45 minit Dato bertazkirah kat kami terasa begitu cepat. Terasa begitu sejuk hati. Terasa begitu masuk ke dalam hati2 yang gersang dek kesibukan ciptaan manusia. Lama aku tak dengaq tazkirah yang semacam tu. Tazkirah yang menyalingkaitkan antara dunia dan akhirat. Lama sungguh rasanya ....

Yang aku dok dengaq, tazkirah yang ke arah akhirat semata-mata.

Macam teks khutbah jumaat di Malaysia ni (secara amnya) yang mana aku rasa isi kandungan khutbah depa ni hanya sesuai untuk audience/makmum di zaman awal kemerdekaan dulu. Or mungkin zaman Tun Razak dulu.

Zaman Che Det dengan zaman Tok Lah Bedawi dah tak relevan dah khutbah jenih tu.

Walaupun aku tak pandai agama dan bukan lulusan agama, tapi aku rasa something perlu dilakukan bagi mengubah senario "khutbah zaman jepun ni". Aku tak mempertikaikan hukum. Jangan salah faham. Hukum tetap hukum. Penerangan mengenainya dah jelas dalam Quran dan Sunnah dan kekai sampai ka kiamat. Yang halal, yang harem, yang makruh, yang kena buat, yang itu yang ini semua jelas dan kekal hingga hari kiamat tapi cara penyampaian khutbah tu perlu berubah. Penghuraian dan penyampaian isi khutbah perlu disesuaikan dengan makmum, dengan audience, dengan pendengar sebab apa yang nak disampaikan itu mesti memberi impak kepada pendengar. Sebab itu ditekankan kepentingan khutbah dan dijadikan salah satu perkara wajib dalam sembahyang Jumaat.

Kalau dah khutbah Jumaat tu jadi macam mana baca hikayat Hang Tuah dalam buku teks sejarah tingkatan 1 atau macam S. Shamsudin baca syair pasal Firaun dalam cerita Pendekar Bujang Lapok, baik p khutbah dengan pokok nyoq ataupun kambing Boer yang belambak masa pameran MAHA 2006 kat UPM haritu.

Khutbah itu, macam (dan kadang2 lebih daripada) ceramah agama cuma yang membezakan ialah ada beberapa perkara yang wajib semasa penyampaian khutbah itu. Kalau satu-satu itu ceramah sedap penyampaiannya, org pun mesti pulun nak dengaq. Bila penyampaian dari imam ke makmum berjalan lancar, maka segala isi, segala hukum, segala penerangan, segala seruan, segala nasihat, tunjuk ajaq, perkembangan terkini dunia Islam yang diberitahu melalui khutbah itu akan diingati dan diamalkan. Insyaallah.

Sekali lagi aku tegaskan yang aku bukan bercakap sebagai ustaz tapi sebagai audien yang mai ka masjid nak semayang tu, sebagai org biasa yang (kadang2) teringin berubah menjadi lebih baik. Ntah la selagi mana khutbah tu dok lagu tu, sampai ke sudah la kita org Islam ni dok lagu tu saja. Lembik. Tak berkembang. Dok "Loi" kata org Kedah.

Bukan apa, zaman pun dah berubah. Kereta pun la ni mana ada hat yang jenih pakai lembu dok tarik lagi dah. Suma pakai minyak dah selaras dgn perubahan zaman. Tapi tetap orang panggil kereta. Org tak panggil Gaban ataupun kasut mahupun cerek.

Nasik kandaq hat yang hangpa dok makan tu pun mana ada depa kandaq lagi dah ataih bahu. Semua ada kat kedai mamak. Tak payah nak kandaq dah. Pilih saja lauk ataih meja lauk. Kalau nak tunggu mamak nasik kandaq dari Penang nak mai ka KL nak kandaq nasik tu ataih bahu, alamat sampai harimau berjanggut la hangpa dok tunggu.

Panjang sungguh bebelan aku kali ni.
Ntah la. Cukupla kot kali ni.

Oh ya, sekali lagi,
Alfatihah untuk Allahyarham Wak Sharif. ...
dan jangan lupa,
Lilla hi Taala.

Insyaallah ada keberkatannya.

Saturday, December 9, 2006

Angah kawin

9/12 (hari ni) angah (adik aku) kawin.
Malam ni akad nikah di Kg Gajah, Perak nu.
Aku dah cuti start Rabu lepas.
Ye la, aku la kena jadi penghulu mencuci rumah, kemas itu, kemas ini.
Bukan setakat mengemas rumah, hantaran angah pun aku yg buat.

Yerp!
Semua hantaran angah untuk kahwin dia aku yg design.
Dengan bertemakan colour biru.
Daripada bakul, bekas plastik, bekas cincin etc etc suma aku buat.
Suma barang segala renda, reben, perkakas nak buat benda2 ni aku sendiri yg p beli sampai makcik kedai barang2 tu dah kenai aku dah.

Satu saja aku tatau buat. Sirih Junjung.
Itu aku bagi makcik aku buat.

Gambaq2 di bawah ni adalah semasa dalam proses pembuatan. Aku dok pulun siapkan bekas dulu (raga, plastic box, etc etc). Nanti lepas kenduri aku boh gambaq hantaran + barang sekali. Sapa nak amik tempahan bleh la lepas ni hahaha.



Beg Tangan dlm Raga Buluh



Plastic Box (belum isi apa-apa), Raga Buluh , dan Bekas Buluh (kecik / tak bertangkai) untuk perfume.



Tekun Sungguh.

Tu saja kot untuk kali ni. Nanti2 kalo ada masa (dan kalo rajin) aku tulis lain.
Chalos.

p/s: Pasaipa adik aku kawin dulu ? Dah jodoh, nak buat lagu mana. Dah dah jangan dok tanya lebih-lebih. Kot sat lagi jawapan dia akan berubah daripada secara lisan ke penampaq.

Monday, December 4, 2006

Chenta ...




really want to watch this movie
oredi book tiket maa
tapi tgk kat wayang loq staq ja la

Wednesday, November 29, 2006

Gulai Ikan Temenung di Kola Kedah



Kemarin, selepas 2 bulan (bulan posa + bulan raya), aku berkunjung kembali ke kedai feveret untuk brekfes. Time tu dah pukoi 9.30 am dah. Kedai Gulai Ikan Temenung (or aka Ikan Kembung) di Batas Paip, Kola Kedah. Punya la rindu kat gulai ikan ikan kedai ni dan inilah hasil bila aku melepaskan kerinduan aku:

Sepiring Sambal belacan dan ulam-ulaman

Sepinggan nasi panas

2 ekor ikan gulai temenung

1 ekor ikan goreng

2 ekor sotong masak sambal

Ayaq nescafe tarik (gelas besar)

harga ? RM 3.XX saja.

Oh .. Nikmatnya bersarapan di kampung. Alhamdulillah.

Thursday, November 16, 2006

Layan Blues ...

Ada orang pernah kata.
Zaman yang paling best ialah zaman masa tengah membesar.
Zaman sekolah.
Zaman di mana kita tak takut nak try something.
Zaman di mana kita tak payah nak pikiaq pasai bangkit pagi nak kena p kerja sampai ka malam.
Zaman yang kita mula nak kenai dunia.
Zaman yang … hmmm tatau nak kata apa lagi.

Semua tu memori. Banyak org kata, kita tak boleh ralit / asyik dgn benda² lepas. Kita musti pandang ke depan. Tapi jangan lupa intai balik sejarah lalu. Jangan lupa jengok balik memori-memori lama. Kadang-kadang sejarah lalu tu sebenarnya pencorak apa yang jadi kat kita la ni. Dan kadang-kadang sejarah serta memori ni sebenaqnya begitu indah dikenang.

Entahla.

Petang kemarin aku terselongkaq kotak-kotak lama di rumah bilamana aku terjumpa thumbdrive yang dah aku cari sejak sekian lama. Aku pun dah lupa sebenaqnya apa kandungan dalam thubdrive tu. So apa aku buat dgn benda ni ?

Senang saja, hari ni aku bawak mai ka pejabat, cucuk kat pc.
Check balik apa ada dalam tu.

Hmmm…
Tak sangka aku jumpa gambaq-gambaq lama masa di MRSM Taiping.
Gambaq tahun 1996/97 yang aku pernah scan guna scanner Cipok di univ dulu.
Zaman 96 tu mana kenai lagi kamera digital.
Henfon lagi la tarak.
Playstation pun tak kenai lagi.
Sapa yang ada masa tu mmg loaded habis la.

Dok tak dok mai balik segala kenangan aku di Taiping.
Pahit manis, suka duka,
Kelas 512, Homeroom Zamrud, Dorm A Bawah, Allybase.
Cikgu, kawan, classmate, dormate,
Apa habaq depa semua la ni ?



Gals of 512, 1996.
Standing L-R: Nida, Nani, Mus, Ishqi, Sanirah, Miss Chan Mei Yoke, Azwana, Liza, Nieta, Ain, Maihafizah.
Sitting Front: Nazirah, Timah, Jae.



Class of 512, 1996.
In front of the main entrance.



Boys of 512, 1996.
Back L-R: Me, Syawal, Apeng, Abudin, Amir, Badrul, Hafiz, Encik Tangan
Front L-R: Fadhel, Wado and Miss Chan Mei Yoke
Tarak dlm Gambaq: Amat (demam campak kot masa tu)



KITA ZAMRUD.
The best homeroom in town.



With Miss Chan Mei Yoke.



Last prep for the last paper.



10 years ago.
This was me.
Pada yang bertanya, macam mana rupa aku kalo tak botak, here's the answer.



Syaifulnizam aka Encik Tangan
Di mana dia la ni ?



With one of my best fren, Chec.
Jangan memain. Aku sokong Man U dari zaman Paul Ince lagi.
Jersi Ori tu. Zaman tu mana ada ciplak macam skang.
Kalau ciplak pun, tak taruk real brand.


Allybase Utd, Maresmart Champion 1996.
Standing L-R: Mizie, Amir, Acong, Me, Ganu, Chec, Amat.
Sitting L-R: Awang, Hafiz Rashid, Kamal, Kagok, Blet, Sukun, Gengster

Masa tu kami jadi juara pertandingan bolasepak inter dorm Maresmart 1996.
Aku tadak gambaq ni dlm simpanan. Chec yang emailkan.
Masa ni la macam-macam insiden jadi. Insiden Bob kena bola "lob" dgn Budi. Insiden Zunaidy selamba tahan dengan dada bola penalti Syahid yang kuat nak mampus . Dan macam-macam lagi la. Dah terlupa pun ada.
Masing-masing masih slim dan macho serta tough.
Kalo skang ni ? Juara sumo bleh la.
Masing-masing sihat walafiat.
Sihat sungguh bagai dipam-pam.

Well, we cant deny that sometimes memories are sweet to be remembered.

Cheers !

Friday, November 10, 2006

18 Syawal 1427

Hari ni 10 November 2006.
Hari ni 18 Syawal 1427 Hijrah.
Hari ni hari Jumaat, Penghulu Segala Hari.

Hari ni berbeza sikit dengan hari Jumaat lain sebab di hari Jumaat lain, aku tak pernah posting new topic memandangkan aku cuti pada hari tu, dan secar automatiknya aku tadak internet connection (free). Namun aku gagahkan diri jugak untuk online di rumah dgn menggunakan dial-up 1515. Terima kasih Ti Em Net kerana masih menyediakan perkhidmatan dial up 1515 ni. Almaklumlah, skang ni zaman dunia "internet jalur lebar". Walaupun lebar jalurnya, tapi perkataan "slow" masih tak dapat dipisahkan dengan internet di Malaysia ni.

Ah abaikan pasal jalur lebar. Hmmm ya. Pasaipa hari ni Jumaat ni berbeza?

Hari ni, menurut kalendar Hijrah, adalah tahun kedua arwah mama pergi mengadap Ilahi selepas menderita kenser selama hampir 3 tahun. Ya. Mama meninggalkan kami di saat org masih meraikan Syawal.

Mama tinggalkan adik yang masih kecil.
Mama tinggalkan kak lang yang sedang menghadapi SPM pada waktu itu.
Mama tinggalkan aku dan angah yang merantau mencari rezeki di ibu kota.
Mama tinggalkan abah yang siang malam selama 3 tahun menjaga, membelai, mengubati dan menyayangi mama.
Mama tinggalkan kami semua.
Kerana Allah lebih menyayanginya.
Dan kami redha,
Dan kami restui,
Dan kami semua akur,
Akan pemergian mama ke alam abadi.

Segala kenangan dgn mama, aku simpan kukuh dalam minda. Segala nasihat mama, leteran mama, kasih sayang mama, akan aku semat dalam hati. Aku rindu arwah mama. Mama tak sempat tengok anak-anak yang dia bela berjaya dalam hidup. Mama tak sempat tengok anak-anak dia berumah tangga.

Buat mama, tiada apa yang termampu kami lakukan. Melainkan secebis doa buatnya di sana. Doa dari seorang anak yang pernah membesar dengan air tangan mama. Semoga diterangi kuburnya. Semoga diluaskan kuburnya. Semoga mama ditempatkan di kalangan orang yang diberi rahmat oleh-Nya.

Alfatihah buat mama, Allahyarham Nik Hasnah bt Nik Mat.

Monday, November 6, 2006

Det and Lah

Hang kata aku. Aku kata hang.
P mai P mai, orang melayu dok lagu tu jugak.

Bawak moto satu taya .... orang melayu.
Cucuk jarum kat badan sendiri .... orang melayu
Penghuni setia pusat serenti .... orang melayu
Dok tak ketahuan dengan hiburan .... orang melayu
Berkelai/Berpecah sesama bangsa .... orang melayu
Pakat pulun nak murtad .... orang melayu

Jadi, nak HIDUP MELAYU buat apa lagi kalau dah HIDUP pun dah dok jadi tak ketahuan hala.

Aku dah taktau nak kata apa dah pasai depa berdua ni. Kadang-kadang aku tengok macam budak-budak berkelai pun ada. Hang kata aku salah, aku kata hang dulu-dulu lagi salah. pakat lawan tuduh, pakat lawan mengata, sedangkan orang dok tengok hangpa berkelai. Biasala, bila berkelai, habih keluaq benda-benda yang tak sepatutnya keluaq. Hoh. Walau macam mana pun, aku ada jumpa satu surat ni dalam internet. Katanya surat tok Det. Saja aku boh dalam ni bagi hangpa baca dan buat penilaian sendiri. Surat fresh lagi ni. Segar dari ladang.

Klik gambaq di bawah untuk pandangan yang lebih jelas. Kalau lepas klik tak nampak jugak, sila berjumpa optemetrist yang berhampiran.


 Muka 1 Muka 2

Apa la nak jadi ....

Sunday, November 5, 2006

oh dah 2 minggu dah raya

Assalamualaikum !

Alo !

Aku tak berapa sihat semenjak dua menjak ni.
Selsema ada, keletihan(?) pun ada.
Mungkin kesan pemakanan ketupat pulut dan nasik beriyani yang tidak terkawal.

Oh anyway, Selamat Hari Raya Aidilfitri.

Walaupun dah 2 minggu, tapi bahang aidilfitri ni masih terasa.
Buktinya, jemputan rumah terbukak masih diterima hinggakan aku pening sama ada aku nak kena mai kerja pakai baju melayu atau baju pejabat dengan tie macam biasa sebab selama 2 minggu ni, almost hari² pejabat aku ada jemputan rumah terbuka. Dan aku selalunya diarahkan p majlis² tu sebagai mewakili pejabat.

Oh satu lagi ayat "wajib" untuk ucapan raya di Malaysia ni yang aku lupa selepas ucap selamat hari raya ialah Maaf Zahir Batin. Dah jadi satu kelaziman dan kewajipan di malaysia. Ala kira macam, computer generated text la jugak

Ah nampak gaya macam berat sungguh penangan ketupat pulut aku ni. Merepek semacam saja. Sebenarnya byk ceritera yang aku nak share ni. Cerita makan di kola perlis dengan Mysterious Guy aka Anak Haji Johari. Cerita hari raya. Tapi mengantuk. So ok la ek. Aku kena ZZZzzzZzzZzz jap. Mungkin dapat mengubati pening² ni.

Tuesday, October 17, 2006

Yang mana lagi hebat ??

Lega. Habis keja pagi ni. Hmm dah 12.45 ni

Aku pun surf-surf internet sat dan terjumpa beberapa iklan/poster pasal telekomunikasi. Tak dinafikan peranan iklan/poster ni dalam membentuk imej syarikat. Juga penting dalam pemasaran. Tapi iklan-iklan di bawah ni membuatkan aku tergelak sorang-sorang.

OK, mula-mula aku jumpa iklan ni:







Nampak familiar kan mesej iklan kat atas tadi? Mesej dia lebih kurang macam iklan Telekom yang di bawah ni la. Hmmmmm .....








Tapi aku rasa tadak sapa boleh lawan iklan ni.
Baca hak yang dlm bulatan merah tu.

Sunday, October 15, 2006

Kehebatan Nasik Kandar Haji Ramli, Simpang 4, Kota Sarang Semut

Kelmarin (Sabtu 14/9/2006) aku p ke Baling melawat Matori yang telah selamat menimang cahaya mata lelaki. Bayi yang belum diberi nama tu selamat dilahirkan di Hospital Baling pada hari Jumaat lepas. Tahniah pada Matori dan Isteri. Semoga kehadiran org baru akan lebih membawa makna dalam kehidupan beliau sekeluarga.

Matori, his wife and their baby
Tori, Wife dia dan baby depa.


The Baby
Baby comey. Welkam to the world.



Tori and Tori Jr
Gaya Papa Tori.

Sebenaqnya aku p ke Baling semalam atas urusan kerja walaupun hari tu hari Sabtu. Naik Pajero. Tgk betapa tekunnya aku bekerja kan ? Hari Sabtu pun dok p kerja lagi. Bukannya dekat. Ke Baling tu ha. Dekat 150 km dari rumah aku di Kangaq.

Lepas melawat Matori, aku pun balik la ke Aloq Staq. Jam dah pukol 4.50 ptg. Aku bertolak dari Baling. Sempat lagi ka. Hmmm. Masa balik tu aku dah set dah dalam pala otak, nak makan Nasik Kandaq Haji Ramli Simpang 4, Kota Sarang Semut. So dengan pajero tu, aku tekan habis-habisan kat highway Gurun-Aloq Staq. Tak laju. Dalam 140-150 km/h saja.


144 km/h je
Meter Pajero sedang menunjukkan kelajuan lebih kurang 148 km/h.
Aku tangkap sendiri gambaq ni guna kamera handphone
Dan aku juga yang dok bawak Pajero tu. Bahaya sungguh.


Aku sampai di kedai tu dalam pukoi 6.15. Hoho. Just nice untuk duduk dan order dan relaks dan tunggu waktu berbuka. Jangan lupa tang waktu berbuka tu. Sat lagi order-order pastu teruih makan, naya. Naik van mayat la aku gayanya.

OK back to cerita mengenai kehebatan kedai ni. Kedai ni terkenal dengan hidangan Gulai Ayam Kampung dan juga Ayam Kampung Goreng dan penah masuk Jalan-jalan Cari Makan TV3 punya nu. Gulai ayam kampung dia memang superb. Kuah campoq dia pun memang setaraf dengan Zainol. (Rumet/Farul/Fei/Aqeem dan yang seangkatan dengannya mesti tau apa itu Zainol). Ditambah pulak dengan taburan bawang goreng atas nasik yang dihidang panas-panas, pergh Nasik Kandaq Haji Ramli Simpang 4 memang terbaikla.

Lepas booking meja, aku pun pilih lauk. Lauk yang cukup simple (ya la tu simple). Antaranya:

- Gulai Ayam Kampung (amik part dada)
- Daging masak itam (2 ketoi)
- Sotong masak merah ( 3 ekoq)
- Sedikit Kuah Campoq.
- Kacang bendi.

Minum pulak ayaq sirap bandung dengan ayaq suam.

Malas nak cerita panjang. Dengaq saja Bang (ataupun Azan), dengan lafaz Bismillah dan doa berbuka, maka upacara mem"buka" puasa aku pun berjalan lancaq. Dulu ada orang tanya aku, org utara tak makan kuih ke ? Ha ni nak habaq mai, kami mmg tak makan kuih lepas bukak posa. Lepas doa dan ayaq seteguk, terus nasik. Kuih tu kami makan lepas semayang maghrib sementara dok menyandaq kat dinding tunggu nak p Terawih (bukan Megat Terawis). Atau mungkin makan kuih lepaih Terawih. Nak buat macam mana, dah nama pun Negeri Jelapang Padi. Bukan KL.

Alhamdulillah. Nasik bertambah sekali. Lauk habis settle semua. Dan aku pun menyandaq kekenyangan.

Hebat hebat. Terbaiklah nasik kandaq ni.
Harga semua ? Baru 12 ringgit bang. Ayam kampung tu. Kalu kat KL mau 20 dah tu. Silap silap lagi mahai. Dengaq kata bil ayaq karat di KL naik lagi 15%. Hmmm nasib hangpa la no. Pakai ayaq karat pun dok kena bayaq mahai. Takpala. Negeri Maju dan Jaya. Tak macam kami. Kampung. Ulu. Kuih 5 biji seringgit. Sekupang sebijik pun ada lagi.

Lepas makan, terus aku start Pajero dan blah dari situ.
Semayang maghrib kat Masjid Pumpong saja.
Jamak terus dgn Isyak. Musafir la katakan.
Bila lagi nak guna kemudahan ni.

p/s: to Rumet dan Farul cepat² la mai sini lepas abih posa ni. Kita p pekena sekali kat sini.


Nasi
Nasik Kuning ditabur bawang goreng.
Wanginya...


Kosong???
Bermula dari mangkuk hijau bersudu (mengikut pusingan jam) ialah:
1. Kuah campoq.
2. Daging hitam.
3. Sotong
4. Gulai Ayam Kampung.

Wednesday, October 11, 2006

Aiyoo ......

Semalam sungguh rush. Ada mesyuarat + report tiba nak kena hantaq. Urgent pulak tu. Tak menang tangan. Dah la tengah posa, keja pulak tiba² banyak, dah tu opis pulak aircond tak berapa sejuk.

"Tengah repair" tu kata staff aku bila aku tanya awat panaih sangat dlm pejabat.

Jam dah 5.30 bila aku siap bind satu report di bilik percetakan. Abih keja aku. Lepas siap bind suma, aku boh dlm sampul, tulih address elok-elok lepas tu aku boh benda tu kat tray "surat keluar" untuk opis boy aku p despatch pagi esok (pagi ni).

5.45 ptg. Settle semua. Opis panas. Otak letih. Badan lesu. Tekak kering. Maklumlah posa. Lainla kalau tak posa.

Aku jalan balik p bilik aku. Kepala dok pikiaq apa aku nak beli untuk bukak posa sat lagi. Murtabak kat Pumpong pun ok jugak tu. On the way balik, bleh beli nasik kandaq kat Jerlun. Ai buke puase dengan nasik kandaq la deme ari nampaknye ye yob ? Terliur bunyinye.

Aku pegang tombol, cuba pulas. Stuck. HOH ! Awat kunci pulak ni ???? Ah sudah. Ni musti aku tertekan kunci masa kelam-kabut siapkan report tadi. Aduihhhh. Apa dugaan aku dapat petang ni. Kunci kereta, beg duit, kunci rumah semua dalam tu. HP saja yang dok ada dlm poket aku. Aku dah tensen sgt dah. Dah la letih, hangat, bilik pulak terkunci. Aku seluk poket, call staff aku yang ada simpan kunci-kunci pejabat ni. Pompuan pulak jawab "The number u have dialled cannot be reached at this moment". Dah sah sah dia katop HP takpun tgh dok beli makanan kat pasar ramadan ni. Hadoih. 2-3 kali aku try pun macam tu jugak. Aku p tempat dia, tgk² ataih meja dia, kot-kot la ada dia letak atas meja. Pun tarak.

Aku pening pala. Panaih saja rasa dlm badan ni. Mula nak jadi McGyver.
Aku amik clip kertas besaq, jolok2 dalam lubang kunci. Gagal.
Aku amik smart kad akses pejabat, try jolok kot celah² pintu. Gagal.
Masa makin berjalan. Dah 6.20 dah.

Last-last ...

Aku dah tension sgt dah ni. Habih satu pejabat aku melilau. Aku jumpak hammer kat tempat juruteknik opis ni ha. Apa lagi. Dgn bacaan Bismillah ku hayun hammer itu. Lepas tu, Sadaqallahhul'azim. Boleh bayang la kot no apa nasib tombol tu. Tepat 6.35 aku pun keluaq dari opis. Nuuu jauh lagi nu nak balik p Kangaq. 53km lagi. Aiyoh. Aku tatau la berapa byk markah posa aku kena potong semalam.

Habih segala impian murni nak beli murtabak semua.
Semalam bukak posa dgn ayaq kotak soya saja. Tu pun dalam kereta. Macam org KL la pulak. Cuma tadak traffic jam saja.

Kasihan.
Tombol mangsa keadaan.

Tuesday, October 3, 2006

Pecah rekod

Hari ni pecah rekod. Kepala aku rasa cukup berat. Cukup letih. Cukup tepu.

Mau tak pening. dari pukoi 8.30am sampaila pukoi 4.45 pm, aku meeeeeting saja. Sampai meeting yang ketiga tu aku cakap pun tersasul dah. Aiyyo ....

Pukol 8.30 am - Mesyuarat Pagi PPN Kedah (Pegawai sahaja)

Pukol 11.30 am - Mesyuarat Pagi Tamat dan terus sambung Mesyuarat Pengurusan PPN Kedah (Kali ni melibatkan Pegawai dan Staf Sokongan seramai 32 orang)

Pukoi 2.00 pm - Mesyuarat Pengurusan Tamat. Semayang Zohor sat. Basuh muka sat.

Pukoi 2.30 pm - Mesyuarat Penyelarasan RMKe-9 dengan Jabatan/Agensi Kerajaan.

Pukoi 4.50 pm - Segala-gala mesyuarat untuk hari ni tamat. Penuh dah pala aku ni.

Sunday, October 1, 2006

So many things did happen ....

Well well

Assalamualaikum, hola !

Lama sungguh tak update. Sibuk + byk keja. Oh ya sebelum aku lupa, Selamat Posa bagi yang berposa. Hari ni (Ahad 1 Okt 2006) adalah hari ke 8 kita semua berposa. Bagi yang tak posa (especially yang saja-saja tamau posa), lantak hangpalah no. Pandai-pandailah menjawab di neraka nanti.

Banyak benda terjadi dalam tempoh dekat 2 minggu ni yang menjadikan aku sibuk + terlalu letih. Antaranya:

1. Final Piala Malaysia 2006 di Bukit Jalil (16/9/2006)
2. Konvo DPA INTAN di PICC (18 dan 19/9/2006)
3. Mesyuarat dan mesyuarat dan mesyuarat di KKLW.

OK kita p ka topik pertama:
Final Piala Malaysia 2006, 16/9/2006, Std Bukit Jalil.

Perlis vs NAZA N9. Ada nama Naza tuh. Gempak. Kami pakai cap Bintong Construction saja. Pun masih menang lagi. Tak banyak, 2-1 saja. Nak kata apa lagi ? Alhamdulillah. Puas. Puas sepuas-puasnya.

Gol terhasil daripada balingan "tangan ajaib" Adrien Jurad Chamrong dan ditanduk oleh permata hitam Phillimon Chepita (minit ke 4) dan melalui tandukan Pakya @ Zachariah Simukonda (minit 76) juga melalui free kick Jurad. . Tahniah buat Perlis. Tahniah buat aku dan ribuan penyokong lain yang mai ke bukit jalil.

Tak sia-sia malam tu sorak sampai habih sora. Tak sia-sia kami mai jauh semata-mata nak makan angin di Bukit Jalil hujung tahun.

Meter keta aku tunjuk 523KM masa aku dok cari parking di Bukit Jalil. Jauh sungguh kami mai. Kami semua mai dari kampung ulu banat semata-mata nak tengok player negeri kami main dengan bersungguh-sungguh. Kami ni orang kampung. Bukan penduduk Negeri Maju. Kami penyokong bukan dapat apa pun. Perlis menang pun kami tak dapat tanah, Perlis kalah pun gaji kami tak kena potong. Tol kami, minyak semua kami bayaq sendiri. Kami dapat sabsidi tiket saja RM 10. Alhamdulillah. Perlis menang, kami tumpang seronok, kami tumpang bangga. Tu saja yang kami nak.

Kami nak jalan-jalan mai Bukit Jalil hujung tahun. Dah 3 tahun dah kami mai jalan-jalan kat Bukit Jalil tiap-tiap kali hujung tahun. 3 tahun berturut-turut. Kalau kerap sangat mai, mesti ada macam-macam yang terjadi. Ada masa kami seronok, ada masa berduka nestapa tapi kali ni kami seronok balik. Harap-harap tahun depan kami org kampung ni buleh mai lagi la makan angin kat Bukit Jalil ni. Makan angin dengan seronok.

Kesimpulannya: Final Piala Malaysia 2006:

Perlis _______-_---_-__2
Negeri Sembilan ______1



The Champion
Semestinya.

2-1
Monang tak banyak. Duo satu ajo.

Hooo
Penyokong Cawangan Taman Guru Jaya.

Yezza
Adik dgn Abg sama saja.

Hooo
Rita Rudaini pun ada

Hooo
The Zambians (10-Chipeta, 16-Simukonda)

Hooo
The Hitman. The Final's best player. The Perlis' Legend.

Hooo
The crowd. Habih sunyi Kangaq malam tu.

Hooo
Mohd Feriza Ismail, aged 35.
Ex-Kedah.
Dah penah main zaman Fandi Ahmad,
Radhi Mat Din, Olubunmi Adigun, etc etc.
Legend jugak ni.


Ok now lets proceed to the second topic : Konvo INTAN di PICC.
Hmmm nanti la aku sambung.
Ada kerja sat.

Saturday, September 16, 2006

Bukit Jalil here we come ...

on the way to Bukit Jalil
singgah sat di loq staq amik kamera
insyaallah singa utara mengaum malam ni

Sunday, September 10, 2006

Perlis mali pun tak sombonggg ....

Syukur Alhamdulillah.

Aku menulis blog ini di pejabat pada hari Ahad, 10 September 2006 jam 5.30 pagi. What ? Gila ka apa dok pejabat pukoi 5 pagi ? Well itulah sebenarnya yang terjadi.

Sebenarnya aku baru saja balik dari Std Ipoh menyaksikan perlawanan separuh akhir Piala Malaysia 2006 yang berkesudahan dengan kemenangan mutlak pasukan negeri terkecil di Malaysia ini dengan jaringan 2-1. Sekonyong-konyong dari Std Ipoh, aku terus singgah di pejabat di Aloq Staq. Segala kelengkapan/pakaian kerja dah aku bawak. Kalau aku balik jugak ke Kangaq, alamatnya pakai tak mai kerja la aku hari ni. Hohoho.

Oh yeah aku tamau ulas panjang pasal match tu. Match tersebut bermula rancak.

Crowd rombongan Perlis (dtg rombongan bas dan berkendaraan sendiri macam aku) adala dalam 2 ribu orang sahaja tapi sudah cukup untuk menggamatkan Stadium Ipoh. Dengan gendang, rebana dan serunai (?), macam-macam lagu depa ni main. Ada yang bunyi macam Rambong Siam pun ada. Almaklumlah, negeri bekas jajahan takluk Siam.

Back to the game, Perak mendahului dengan melalui Wong Sai Kong (minit ke 71)) dengan satu rembatan padu yang cantik.

Aku dah rasa down dah masa tu. Terdiam tak terkata. Apa nak buat, attack banyak dan kontrol game tapi bola takmau masuk. Alih-alih, Perak yang bubuh dulu. Mata terasa nak kelam.

Dalam dok senyap tu, Chipeta sekali lagi menjadi penyelamat bagi Perlis dengan satu jaringan melalui tandukan menewaskan pejaga gol muda Perak pada minit ke 80. Terdiam Stadium Ipoh dan penyokong Perlis kembali macam tersedaq dari lena dan mula bergendang balik. Semangat melawan dah mai balik dah. Perlawanan masa sebenar tamat dan kini penentuan melalui masa tambahan selama 30 minit. 15 minit separuh masa pertama waktu tambahan berakhir tanpa jaringan. Tinggal lagi 15 minit sebelum perlawanan diseret ke masa tambahan. Dua-dua pasukan saling mengasak dan pada minit ke 6 separuh masa kedua, Zacharia Simukonda menjadi wira Perlis dengan jaringan pemusnah pada minit ke 6 separuh kedua masa tambahan. Perlawanan tamat dan PERLIS SINGA UTARA melangkah ke Final Piala Malaysia 2006 buat kali ketiga BERTURUT-TURUT.

Aku tatau nak kata apa. Aku sorak macam nak gila sampai hilang suara. Pedih rasa tekak tapi menang punya pasal, rasa sakit + pedih pun boleh buat selamba. Aku tabik pada semua player Perlis yang berjuang BERMATI-MATIAN hatta selepas ketinggalan 0-1. Aku cukup puas dengan SEMANGAT yang depa tunjukkan.

Shahriman Che Omaq main sampai kepala berlaga dengan Keita Manjou. Punya nak tahan Keita Manjou. Dia diganti dengan Feriza yang dah berumoq 35 tahun tapi sapa sangka kudrat kuda tua masih berbisa untuk halang Keita Manjou dari score gol. Tay Sin Kiat aku cukup puji dengan profesionalisme dia. Dia ni, Perlis loan saja dia dari Perak tapi dia pun main habis-habisan sampai krem habis kaki dan kena ganti dengan Amran Omaq. Begitu juga dengan Jurad, pun krem kaki. Chipeta pun sama, terhencot-hencot tapi masih dok pulun jugak.

Secara keseluruhannya, aku salute la semua player yang main bermati-matian dan penuh semangat. Paling aku suka ialah bilamana habih game saja, player-player ni suma lari ramai-ramai mai dekat fans Perlis dan cheer semua penyokong sambil ada yang bagi jersi depa kat fans. Itu saja sudah cukup untuk menggembirakan kami yang travel dari Kangaq (dan ada yang kena kerja esoknya seperti aku) and believe or not aku dapat jersi no 15 hak yang Feriza punya hahahahahah.


Well well, dipendekkan cerita, kesimpulannya di separuh akhir kedua Piala Malaysia 2006 yang berlangsung di Ipoh:

Perak 1
Perlis 2


Final Piala Malaysia ialah pada 16 September 2006 dan macam biasa, akan diadakan di Std Nasional Bukit Jalil. Lawan Singa Utara adalah Negeri Sembilan Naza. So Bukit Jalil, here we come again ......

**
Perlis mali .... (dum dum)
Perlis mali .... (dum dum)
Perlis mali pun tak sombong
Perlis mali pun tak sombong
Perlis mali pun tak sombonggggggg !

(** nyanyi ikut rentak lagu Ipoh mali talak sombong)




Kosong lagi. Masa tu baru pukoi 7.15 pm.



Yaa .... pukoi 9.00 pm, same side.



Player tgh cheer fans yang mai ke Ipoh.


Kosong???
The score"bored"



Feriza's Jersey

Wednesday, September 6, 2006

Orang lain menebas lalang ....

Malam tadi aku sampai rumah awai. Lepas isyak semua, aku lepak² kat umah. Layan berita sat pastu main PS2. Punya la ralit sampai aku tak perasan dah pukoi 10.45 malam. Lapaq pulak isk. Aku amik kunci kereta, start enjing, keluaq p Kangaq dalam pukoi 11 mlm sebab dah terlalu lapaq. Pusing sana pusing sini aku pun jumpa satu kedai capati di area roundabout, kedai Bang Mat Rawa.

Hasilnya, 2 keping capati dengan kuah sardin menjadi mangsa aku malam tadi.

Lepas makan aku tgk jam dalam pukoi 11.45, aku patah balik dan aku saja pusing ikut arah Kampung Bakau lalu depan Sekolah Rendah Keb Seri Perlis. Saja saja aku nak pusing² amik angin malam. Bawak keta pelan² sambil dengaq radio dan bukak tingkap isap rokok. Mmg amik angin sungguh. Jalan-jalan lepas makan.

Sampai kat traffic light aku perasan ada 3 bijik moto kapcai dok "rem" depa punya moto. Dalam hati, aku dok agak dah depa ni musti ada aksi-aksi monyet sat lagi. Kereta aku pulak ada sticker polis yang aku dapat masa kursus Polis di Maktab PDRM Cheras tahun sudah. Budak² tu dok rem2 lagi moto sambil gelak² pastu tgk-tgk keta aku sambil mulut depa dok ngumpat/mengajuk "huyo Polis, ni mesti Tok Bond (mata-mata) ni". Pastu ada yang tukang gelak sambil dok nyanyi-nyanyi lagu "Gerak Gerak Gerak Khas" dengan mimik muka macam beruk tak cukup sifat. Sambil gelak sambil mengumpat. Kira nak tunjuk kurang ajaq la tu. Aku buat dono saja la. Aku bukan polis pun. Lantak p la nak kurang ajaq pun asal jgn kacau aku.

Lampu bertukaq hijau.

Salah satu moto terus pulas minyak sambil member yang dok bonceng belakang dia terkejut tapi dok gelak2 lagi. Terus wheeli moto tu, melelong-lelong dan yang aku pantang sangat dalam nak dok wheeli tu budak tu boleh "sentuh" side mirror sebelah kiri aku. Aku yang memang dah tgh drive dengan tingkap terbukak terus saja jerit "oi" kat budak-budak ni tapi yang lagi kurang ajaq nya dia buleh nak blah macam tu saja sambil member belakang tu nak tunjuk jari F*CK kat aku. Cilakak sungguh. Menyirap darah aku.

Dia nak menyelit kat jalan Kampung Bakau tu tapi dalam kelam kabut tu moto tu berlaga dgn moto member dia satu lagi. Hilang kawalan, terbabas tepi jalan. Lepas sikit dari titi Kampung Bakau nak sampai ke depan Pasar borong. Mujoq tadak longkang simen tepi tu. Aku terus rapatkan keta kereta aku kat tepi jalan, just betoi² tepi budak² tu. Aku blok depa dengan keta aku, bukak highbeam, capai parang bawah seat aku dan keluaq kereta tu. Aku acu parang tu, maki hamun tak ingat malam tadi, ketaq dah budak tu. Budak lagi, dalam 16-18 tahun saja. Kalau aku ikut nafsu setan masa aku marah tu, mau aku tebas budak² tu dgn parang aku tadi. 3 orang budak dengan 2 moto tadi ketaq² mintak ampun minta maap. Sorang yang dok nyanyi gerak khas tadi dah nak menangis dah. Member dia yang satu lagi moto tadi dah cabut dah. Puas aku maki, sound, gertak depa, aku boh balik parang dlm sarung, last sekali aku kata, "Kalau aku jumpa lagi moto ni aku tebas hangpa sekoq-sekoq. Hangpa jangan ingat hangpa kuang ajaq sangat. Tidoq pun dok kencing malam lagi ada hati nak jadi samseng bla bla bla".

Ayat aku habih kat situ. Gila sungguh. Aku tak boleh bayangkan kalau aku tebas budak² tu. Mungkin la ni aku dok lokap dah. Aku start kereta, balik rumah tapi geram tu dok ada lagi. Aku sampai rumah dekat pukoi 1 pagi. Gila semua ni gila.

Aku boleh bayangkan tajuk dalam paper Metro (muka depan) esok.
"Mat rempit parah ditetak parang"

Tuesday, September 5, 2006

Perginya seorang pemburu buaya

Semalam seorang pemburu buaya Australia, Steve Irwin a.k.a The Crocodile Hunter telah terbunuh setelah dilibas oleh ekor pari semasa menyelam bagi satu penggambaran dokumentari di dasar Great Barrier Reef, Australia. Bila aku tgk2 berita dan sebab musabab tu, memang ye la, racun ekor pari ni dia jenis yang merebak ke sistem saraf dan ke seluruh tubuh. Kena pulak dekat dengan jantung, so lagi cepatla dia "piap". Berbanding dengan bisa sesetengah haiwan cthnya ulaq kapak, bisanya lebih kepada kawasan sekitar patukan yakni racun/bisa itu lebih kepada memecahkan salur darah di kawasan patukan instead of merebak ke seluruh badan dan sebab tu ada orang akan potong tangan dia kalau terkena patuk. Bukan kata dia tak mengalir langsung bisa ulaq tu tapi agak lambat berbanding dengan bisa yang jenis ekoq pari ni. Ah Terkejut jugak aku baca berita dari CNN petang semalam. Takpala dah sampai masa dia.


Hmmm Whatever la. Bagi aku, cara dia nak mengajar kita tentang pentingnya alam sekitar, hidupan, haiwan dan etc etc ni sangat unik dan berbeza. Cara dia lain dari yang lain. Dia mampu membuatkan kita tertarik untuk tau dengan lebih lanjut pasal segala macam haiwan di dunia ni. Cara dia mendidik kita tu yang berbeza dgn dokumentari yang ada di TV selama ni hinggakan dari peringkat kanak-kanak, remaja sampaila ke orang tua termasuk abah aku akan langut depan TV bila siaran Animal Planet ni ke udara. Ia betul-betul mendidik dan sebab tu aku guna istilah MENDIDIK. Adoi ntahlah, aku rasa sapa yang penah tgk Animal Planet tentu tau apa yang aku cuba maksudkan ni.

Hmmm lagi sekali aku terpk, sampai bila ya kita nak nak dok tengok saja orang putih buat macam tu ? Kalaula ada org kita, org Islam yang boleh buat macam tu kan baguih. Sambil mendidik ke arah kesedaran terhadap pentingnya kita menyayanyi haiwan, kita tak lupa mengaitkannya dengan kekuasaan Ilahi yang mencipta segalanya itu. Kan lagi elok tu. Contohnya macam apa yang dibuat di halaman Harun Yahya. It's considered as part of Jihad, i think. Like we know, jihad comes in many ways. Bukan hanya bersorak dgn slogan anti Israel atau berangan² nak ke Lubnan angkat senjata lawan Israel. (Remember , i highlighted that word, so please understand what i want to say and ... hey it's my blog so i can type anything i want, rite ?).

Tak taulah kenapa aku banyak sangat fikir. Ada org kata, aku byk sangat pikir walhal benda tu nampak macam tak masuk dalam hal-hal yang aku patut pikir. Bukan apa, Im just looking at one thing from a different point of view, from different side, from different angle.

Oklah ... nak balik. Dah byk hari aku balik lambat.

Wednesday, August 30, 2006

Kenapa kalau boleh aku tak mau pindah balik ke Putrajaya ?

Hari ni 30hb Ogos, lagi satu hari nak merdeka. Macam biasa, lepas masuk ofis pagi-pagi, aku settlekan kerja aku, tgk surat², jawab surat², sign mana² yang kena sign dan check email opis kalau² ada apa maklumat terkini. Oh ya sesambil tu check email yahoo jugak.

Hummm nampaknya pagi ni dalam pukoi 10.15 aku kena ke IPK Kedah sebab ada urusan dgn pegawai di sana. Aku amik Pajero pejabat, drive sendiri ke sana. Hujan masih lebat. Kesian aku tgk pejabat IPK Kedah (Bahagian Pembangunan) yang airnya bertakung akibat longkang besar di luar jalan sana nu tersumbat. Air naik pelan² sampai ke paras buku lali. Bila aku tanyakan pegawai di situ, dia kata mmg tak dapek den nak buek apo sobab yang tersumbat tu longkang besar yg tepi jalan tu, bukan longkang dalam kawasan IPK tu. Ye tak ye jugak ....

Abaikan pasal tu, aku pun ada la sikit discussion dgn pegawai tadi. Bincang bincang bincang sampai kol 11.15 lebih kurang maka aku pun mula beransur keluar dari IPK Kedah. Perut dah mula berkeroncong mintak diisi sebab pagi tadi tak break the fast.

On the way tu, aku dok tuning² la jugak radio dalam pajero ni, aku nak dengar SINAR FM. Dalam dok tuning² sekali terlekat pulak Radio Siam pulak dan kebetulan lagu yang tgh dimainkan ialah lagu MADE IN THAILAND nyanyian Carabou. Lama dah aku tak dengaq lagu ni. Last rasanya dalam cerita Keluarga 99 (lakonan Saleh Yaakob, Mr Os, Putri Salbiah tahun 87 dulu). Aku pernah tanya arwah moyang aku, lagu tu dia kata apa. Since arwah moyang aku org Melayu belah-belah Petani / Setoi sana, dia paham la bahasa Siam ni. Dia kata lagu tu menunjukkan orang Siam ni bangga dengan negara depa. Orang Siam tak malu nak mengaku depa tu Made In Thailand. Lebih kurang lagu tu la maksud dia. Nah banding dengan kita yang nak sambut Merdeka esok ni, aku suka buat perbandingan tentang kita rakyat Malaysia yang masih malu nak mengaku Malaysia. Tgk gaya² pelakon kita sudah la. Asal berlakon, mesti ada darah campuran australia, english, german, somalia, timor leste, burkkina faso dan sebagainya. Tadak sorang pun yang betui² nak mengaku dia org Melayu sejati dari malaysia ataupun nak mengaku dia ada darah Jawa. Nak malu apa? Aku bangga apa aku ada darah belah Petani / Satun sana. Kira macam org Jawa yang menetap di Johor jugak la aku ni hehe ...

Ah termembebel pulak. Humm .... dengan pajero pejabat tadi, aku ke pejabat KEMAS, amik Encik XXX kawan aku, kami pun bergerak ke Kola Kedah. Tempat yang dituju: Kedai Gulai Ikan Temenung Panas di depan Kilang Padi di Kola Kedah sana nu. Ikan Temenung? Ha orang KL panggil IKAN KEMBUNG. Dipendekkan cerita, setibanya aku di sana, maka sekonyong-konyong bersantaplah aku dengan jayanya. Menu yang cukup senang: Nasi putih panaih², ikan temenung gulai panas² 2 ekoq, ikan temenung goreng panas² 2 ekoq, sayoq sikit, ulam-ulam dgn jantung pisang dan sambal belacan. ENcik XXX amik lebih kurang sama menu dengan aku: nasi putih, ikan gulai 2 ekoq, sayoq. Full stop.

Habih saja makan. Aku panggil tokei kedai suruh kira.

Aku: Paklong, mai kira ni ....
Paklong: Ya baikkkk .... Makan apa tah tadi ?
Aku: Nasi 2, ikan temenung gulai 4 ekor, ikan temenung goreng 2 ekoq, sayoq, sambai dengan ulam sikit ... jantung pisang pun ada sikit ni.
Paklong: Ayaq ?
Aku: Teh ais dgn kopi Radix panaih.
Paklong: Hmmm bla bla bla 2 , 3, 5 ... hmmmm mai 8 ringgit dah la.
Aku: Woh !

Gila ah bayangkan ikan saja dah 6 ekoq. Masak sedap pulak tu, kelas A punya power, bukan macam kat Taman Warisan di Putrajaya tu. Ayaq bukan ayaq lekeh-lekeh, kopi Radix tu. Tapi bila mai tang harga ? KIRA SEMUA BARU 8 RINGGIT. Terus bleh open table. kalau kat KL, hang makan hang bayaq tapi di sini, salunya macam tula, kadang² aku bayaq, kadang² kawan / ofismate aku bayaq. Alhamdulillah, masing² ada rezeki lebih. Mana nak boleh cari makan lagu ni ? Dengan murah, dengan sedap. Pergh ... TERBAIK! Serius kalau macam ni mmg aku TAKMAU balik dok Putrajaya dah. Biaqla aku dok kampung, tak dok KL asal hati aku tenang, makan mudah, sara hidup rendah dan yang paling penting, aku bahagia dok sini walaupun keja banyak.

Alhamdulillah .....

Tuesday, August 29, 2006

dan aku ke Langkawi lagi ...


Kali ni aku p Pulau Lagenda lagi. Ops jangan salah faham. Bukan untuk makan angin tapi sebab ke Mesyuarat J/Kuasa Tindakan Daerah (JKTD) bagi daerah Langkawi yang diadakan di Pejabat Daerah hari Ahad 27 Ogos 2006. Macam biasa, pagi-pagi lagi aku dah kena ligan feri. Alhamdulillah dapat feri kol 7.30 pagi dari Kuala Perlis. Saja aku pilih untuk bertolak dari Kola Perlis rather than Kola Kedah sebab masa perjalanan dari Kola Perlis hanya dalam 45 minit ke 1 jam saja compared naik dari Kola Kedah yang memakan masa 1 jam 45 minit ke 2 jam. Aku bukan boleh dok dalam feri lama-lama. Mula la nak muntah sebab mabuk laut. Ha .... Itu bleh jadi tips untuk member² yang nak ke Langkawi.

Dipendekkan cerita, mesyuarat habih pukoi 1.30 tgh hari. Lapaq Tuhan saja yang tau. Nak dijadikan cerita, makanan yang dihidangkan hanyalah kuih donat dgn roti sarding gulung. Aku balun cukup² donat dgn roti sardin tu. Gila ah. Dgn aku tak breakfast, mana bleh tahan. Pihak Pejabat Daerah mintak maaf sangat² sebab derang bajet mesyuarat tu habis awal, so depa tak sediakan la makan tgh hari.

Hmmmm ... baru pukoi 2.00 ptg sedangkan tiket aku balik ke Kola Perlis pukol 4.30 ptg. Ada masa sikit ni. Apa lagi, minta tolong pemandu pejabat daerah hantar aku ke kawasan bebas cukai la. Bukan selalu nak mai Langkawi ni. Kena pulak time-time gaji. So hasilnya selama dekat 2 jam aku kat kawasan bebas cukai tu, antara barang yang aku terbeli:
1) Rokok 4 katun (adik aku order)
2) Coklat dari jenis Tobleron, Kisses, Van Houten, Cadbury, dan segala macam jenis lagi yang jumlahnya lebih kurang RM 150
3) 2 botol perfume Hugo Boss dan Dunhill (1 mmg untuk aku, satu lagi abah pesan)
4) Sebijik beg duit / dompet untuk abah sempena besday dia.

Dalam aku dok pusing-pusing beli barang, aku perasan wajah² yang cukup aku kenal 10 tahun dulu. Wajah-wajah yang pernah mengajar aku erti hidup. Wajah-wajah yang pernah mendidik aku sampai la aku bleh jadi somebody sekarang.
Aku try p tanya:

Aku: Aaaaa.....A'kum
XXX: W'salam (terkejut)
Aku: Ni Cik Juriah? Cikgu kat Taiping dulu ?
XXX: Ya saya.
Aku: Laaaa cikgu. Saya ni cikgu, Yusman ... bla bla bla kelas bla bla bla kat Taiping dulu.
XXX: Astaghfirullah .... kamu ke ? Buat ape kat sini ? Keje mana skang? Ada apa kat sini ? dan bla bla bla

Rupa-rupanya, cikgu-cikgu MRSM ni termasuklah MRSM Taiping tgh berkumpul di Langkawi sebab diaorang ada exam PTK. Mula-mula aku jumpa Cikgu Juriah dgn Cikgu Anita (Cikgu Fizik). Cikgu Ju la yang bagi tau pasal exam PTK ni. Dia bagitau kat aku, ramai lagi cikgu Taiping ada kat Langkawi ni tapi diaorang berpecah untuk gi shopping. Oh rupa-rupanya Cikgu Juriah dgn Cikgu Anita dah pindah ke MRSM Kuala Lipis dah 4 tahun dah. Banyak perkara yang kami sembangkan dan lepas tu aku pun sambung jalan² sekitar kawasan shopping dgn harapan jumpa la cikgu-cikgu yang lain.

Lagi sekali aku nampak wajah-wajah yang familiar ni. Tegur punya tegur, rupa-rupanya Cikgu Yusuf (ngajar BM tapi tak ngajar kelas aku). Kali ni lagi meriah sebab dengan cikgu Yusuf rupa-rupanya ada sekali Cikgu Shahrome (cikgu Fizik kelas aku), Cikgu Marzuki (cikgu Add Math kelas aku), Cikgu Fauzi (ajar komputer ... masa tu pakai MS Dos) dan ada pulak Cikgu Marsuria (cikgu penasihat aku masa aku buat rekacipta). Tuhan saja yang tau perasaan aku masa tu. Terkejut, terharu, seronok semua bercampur. Tak sangka aku akan jumpa depa semua di sana. Masing-masing dah nampak berumoq. Dah mula putih rambut di kepala. Ya la, dah 10 tahun dah. Cikgu Fauzi pun dah nampak slow dah, tak garang macam dulu lagi dah. Cikgu Shahrome, macam biasa masih dengan loghat Peraknya dan Cikgu Marzuki, masih slow talk macam dulu gak tapi dah nampak veteran sgt dah. Serius aku tatau nak kata apa, punya la terharu. Aku salam depa sebelum berpisah dan aku cium tangan depa semua. Ya la, kerana depa ajaq aku la, aku bleh jadi macam ni. Kerana depa marah aku la, aku bleh jadi macam ni.

Syukur, dalam buas-buas aku masa kat maktab, aku masih jadi orang juga. Sebut saja apa aktiviti, fly p tgk wayang dgn main games di Taiping, pukoi junior, ponteng kelas, ponteng prep, lena dlm kelas, lena dalam dorm masa org sibuk gi kelas, mengintai asrama pompuan, kena tangkap masa ujian bulanan sebab bawak toyol, kena balun dengan warden pasal tak turun maghrib berjemaah (masa tu Cikgu Saidi la), kena cukur misai sebelah sebab aku simpan misai, kena kejar sebab p prep pakai selipar, semua aku ada lalui. Cuma aku tak isap rokok saja masa tu. Aku start isap rokok masa di universiti. Kalau difikir-fikirkan balik, tak ke mana punya budak macam aku ni tapi alhamdulillah. Dari segi belajar, aku mmg tak pandai macam kawan-kawan aku. Depa ada berderet-deret A1 dalam SPM depa. CGPA pun semua tinggi-tinggi. Aku punya result biasa saja, tadakla sampai berderet-deret A tapi ada la sikit hehe. Tapi tu la, rezeki Allah tadak sapa boleh nafikan. Sapa sangka lepas 10 tahun aku tinggalkan MRSM Taiping, aku bleh berada dlm kedudukan macam ni.


Heh tiba² pulak kenangan lama mengusik minda keh keh keh. Jadi ditamatkan cerita, lepas jumpa cikgu-cikgu kat kawasan shopping tu, aku amik cab ke jeti Kuah dan aku pun balik la ke Kola Perlis dari Langkawi pada jam 5.00 petang. Siot je, cakap feri 4.30 petang tapi delay sbb orang ramai gila bersesak kat jeti. Serius aa aku rasa jeti tu perlu ditouchup banyak la. Facilities provided semua dah ok dah tapi bila mai tang nak check in masuk feri, still kena melaung laung panggil penumpang.

Macam-macamlah dunia ni…..

Friday, August 18, 2006

Lawatan kerja PM


Bergambar kenangan dgn YAB PM di
Bengkel Pengusaha Kerepek Bawang



Tepi pentas utama


Khamis 17 Ogos 2006 adalah hari yang sangat meletihkan aku. Letih sebab hari tu adalah hari lawatan kerja PM ke negeri jelapang padi. Oh ya kali ni tumpuan PM adalah ke daerah Sik atau lebih spesifiknya, Sek Keb Beris Jaya yang mana di situ ada diadakan this-so-called-Perhimpunan-Bersama-Rakyat dan juga perasmian Program Asas Tani bla bla bla.

Well well, aku tak amik port sangat pasai pelancaran perasmian semua tu sbb aku ronda ronda sekitar tapak pameran tu. Banyak betoi benda yang depa juai macam kerepek-kerepek, makanan /minuman kesihatan, produk² dari kampung dan juga gadis-gadis kampung (?). Maksud aku awek(s) yang jaga booth tu la. Aku ? macam biasala meronda dan mengetest segala macam jenis produk makanan yang aku boleh test. Ada yang sedap dan ada yang mmg hampeh.

Ah aku tak kisahla apa program pun. Yang aku tau, aku sibuk menguruskan / menyelia booth peserta Tunas Mekar yang mmg di bawah jagaan aku sebab PM akan melawat ke booth kami dan aku jugak secara tak langsung dilantik menjadi jurukamera tak rasmi PPN Kedah. Menyelia bermaksud di sini aku p la tgk depa punya preparation, tgk depa punya booth, susun atoq booth etc etc. Ala biasala depa ni kalau nampak pegawai yang menyelia depa turun padang dok sekali dengan depa, depa lagi semangat buat keja. Itu sebenaqnya tujuan aku. Itu yang sepatutnya keja seorang PEGAWAI KERAJAAN, bukan dok menepek kat bilik saja dalam aircond dan hanya tau buat dasar tapi haram tak pernah turun bawah tgk macam mana keadaan org di bawah. Ah by the way, aku mmg tak suka dok pejabat lama-lama sgt pun.

Hoh dipendekkan cerita, aku letihla sbb dari pagi sampai ke maghrib kena berada di Sik sana tu. Jauhnya sik dari Aloq Staq adalah dalam 80 km. Dan dari Aloq Staq, aku kena drive lagi lebih kurang 45-50 km untuk balik ke Kangaq. Campoq tolak, dalam 260 km aku travel pegi balik Kangaq - Aloq Staq-Sik - Aloq Staq - Kangaq semalam. Letih Allah saja yang tau. Aku sampai rumah pukoi 10 malam. Mandi semayang terus zzZZZzzzzZzzz

260 km, ala tak jauh kan ?

Wednesday, August 16, 2006

Ntah la ....

Hari ni aku bfast dgn roti canai dan telur separuh masak 2 bijik. Lepas makan, terus balik ke opis. Hujan di bumi jelapang padi masih turun. Keja ada tapi aku tatau kenapa aku rasa sebak. Dalam aku dok merenung titik² hujan di celah² tingkap dlm bilik aku, tiba² teringat arwah mama.

Bila terkenangkan telur separuh masak, aku akan segera tingatkan arwah mama. Masa kecik-kecik sebelum pi sekolah, kadang² mama buatkan telur separuh masak. Telur 2 bijik, kicap Tamin (org Kedah/Perlis panggil Toyu) dan mama akan sediakan roti paun / roti benggali untuk aku cecah dlm telur tu. Air mesti air milo sbb yg lain-lain aku tak minum. Mama cukup faham apa aku nak. Bukan setakat makanan, malah apa saja dari pakaian kelengkapan dan apa-apa sajalah, hanya mama yang faham apa aku nak. Pejam celik, dekat 2 tahun dah mama tinggalkan kami. Dekat 2 tahun mama tinggalkan abah, aku, angah, kak lang dan adik yang sampai hari ni masih susah nak terima yang mama dah tiada. Dan selama itulah aku dah tak mampu lagi menjamah makanan bekas air tangan mama walaupun aku ditakdirkan mempunyai harta dan wang dan emas dari seluruh dunia ni untuk aku beli kembali apa yang telah aku tiada.

Dan sampai kini, aku rasa masih tadak sapa yang mampu paham akan isi hati aku ...




me and angah; this picture was taken in 1985

Thursday, August 10, 2006

Santau ...

بِسْمِ اللهِ الَّذِيْ لاَ يَضُرُّ مَعَ اسْمِهِ شَيْءٌ فِيْ الْأَرْضِ وَلاَ فِيْ السَّمَاءِ وَهُوَ السَّمِيْعُ الْعَلِيْمُ

Bismillahillazi laa yadhurru ma`aismihi syai`un fil ardhi wa la fiissama` wahuwassamiiul `aliim

Dengan nama Allah yang tidak suatu mudharatpun dilangit maupun di bumi melainkan dengan izin-Nya, Dia Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui.


HR. Tirmizi, hadist ini hasan gharib shahih.

Seminggu dua ni, aku banyak dengaq khabaq angin pasai santau ni. Sampaikan masuk paper pun ada. Aku tak mau nak komen apa-apa pasai benda tu semua. Ada yang cerita si anu minum tu makan ni pastu muntah keluar darah bercampur kaca dan sebagainya. Ada yang pecah kaca gelas minuman dan terselamat kerana kehebatan ilmu menepis santau yang diamalkan dan macam-macam lagilah. Hmmmmm

Sesuai dengan khabar angin dan tersebarnya cerita berhubung dengan santau di sekitar negeri Perak, dan mula dipercayai merebak ke Utara dan Selatan tanah air, maka di sini dikongsi bersama sepotong doa buat kita sebagai peringatan. Cerita tetap cerita, biar dari mulut ke mulut atau dari internet sendiri pun. Apa yang penting ialah sebagai persediaan. Sekurang-kurangnya, kita dah berusaha and the rest, terpulang pada Allah SWT. Tak salah kita berusaha, kan ?

*** Kalau la hebat sgt org menyantau ni, baik la dia p santau Israel sana tu.

Friday, August 4, 2006

Tanggal Dua Puluh Satu

i got this from a fren of mine.

Please sing it just like the original "Tanggal Tiga Puluh Satu" song by the Late Sudirman Haji Arshad.

Come on people, sing it with full of spirit !

Tanggal Dua Puluh Satu

Tanggal dua puluh satu
Bulan lapan dua ribu enam
Berkuda! Di kota!
Nak dara dan duda
Ia pasti menjadi sejarah


Tanggal dua puluh satu
Bulan lapan dua ribu enam
Hari yang ceria
Hari bahagia
Sambut dengan Khalid Mohd Jiwa


Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari berkuda
Berkuda!
Dua satu bulan lapan dua ribu enam
Siaran langsung oleh TV3

Tuesday, August 1, 2006

Ke Pedu

rasa macam nak pitam.
banyak sungguh kerja aku minggu ni.
bos aku (immediate boss) outstation sampai 6 Ogos 2006.
jadi sebagai anak buah bos aku yang setia, aku "menanggung" la kerja-kerja dia.
aduh.
tapi takpa, 13-14 Ogos ni aku dah amik cuti dah. Nak ke KL meraikan salah seorang sahabat aku menjadi raja sehari kawin. Aku ? Kawin ? ah abaikan dulu.

Mula-mula dengan Mesyuarat Majlis Tindakan Negeri Kedah yang MB Kedah jadi pengerusi dan aku adalah urusetia. Mesyuarat 31 Julai 2006. Ketaq hoo. Mana tak ketaq, Talking points MB haritu aku yang sediakan. Boss besar aku cuma mengesahkan dan check sikit2 saja. Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Settle 1 kerja dah. Bangga bercampoq lega tgk MB baca aku punya talking point keh keh keh.

Habis saja mesyuarat tu, aku kena jadi urusetia untuk Bengkel Penilaian ICU Jabatan Perdana Menteri. Kali ni bengkel ni depa nak buat di Pedu. Jauhnya. tarikhnya 2-4 Ogos 06. So ni aku taip blog ni 1 Ogos 2006 pukoi 9.15 malam di Ofis setelah aku habiskan semua kerja2 pre-bengkel. Kena deal dgn resort, dgn peserta, penceramah, logistik, beg peserta, file, etc etc yang berkaitan dgn kerja-kerja urusetia. Letihnya tuhan saja yang tau. Ni nak balik umah dah ni. Nak pack barang² lagi ni sebab dah nak p ke Pedu esok ni. Hmmm haritu aku p kursus Penilaian di PD, so skang giliran aku pulak jadi Urusetia.

Dalam dok kalut aku menguruskan Bengkel ke Pedu esok, ada lagi call dari YB YB dan jugak Exco Negeri Kedah ni. La rupanya depa ada mesyuarat Exco esok. Gelabah aku menjawab soalan-soalan Dewan.Yang menggelabahkan aku lagi adalah sebab ketiadaan bos aku so ada soalan2 yang terpaksa aku jawab dan approvekan sendiri jawapannya. Gilar ah kalau tak betoi ni mau naik nama aku dalam mesyuarat exco negeri jelapang padi ni. Hahaha. Mintak simpang semua tu.

Aku masih bersyukur sebab aku masih sukakan kerja aku walaupun letih gila separuh mati. Betul la org ckp, kalau kita seronok buat kerja kita, letih macam mana pun kita tetap seronok. Tak caya tanya member² aku yg keja "hebat" di salah satu Syarikat Telekomunikasi TERUNGGUL di negara kita. Diaorang semua "seronok" apa hehehehehe. Aku tau la beza perit jerih kat sana sbb aku penah berada di sana dengan salah satu anak syarikat dia. Lama tu dak la sangat tapi dan la jugak 2 tahun.

aku tatau nak komen apa pasai ni. Doa aku satu saja, semoga Allah kekalkan apa yang aku ada ni sampai la aku pencen nanti. Mana tau bila aku pencen nanti tahun 2036/37 nanti aku terbukak balik blog aku ni, mesti aku tersenyum lebaq masa tu. Itu pun kalau wujudla lagi blogspot ni.

Sunday, July 30, 2006

Israel Laknatullah Haramjadah



Saban hari menatap apa yang disiarkan dalam berita dan akhbar sangat menyentuh perasaan aku. Israel Laknatullah setiap hari membedil, membunuh dan mengebom rakyat Palestin dan Lubnan. Salah satu laporan menyatakan kehairanan kenapa kebanyakan mangsa-mangsa adalah kanak-kanak. Nak dihairankan apa ? Memang bangsa Israel Haramjadah ni nak menghapuskan terus generasi Palestin. Org Arab / Islam sekitarnya ? Macam biasa ... Oh I See ...

Dan pada masa sedara seagama kita dibunuh ini jugalah ada org kita yang bernikah dengan wang mas kahwin RM 22,222.22. Diulang, WANG MAS KAHWIN saja (yang sepatutnya dlm bapa ringgit saja bergantung pada negeri) dah menjadi RM puluhan ribu. Hmmmm

Aku yang daif ini hanya mampu mengangkat tangan.

Hanya doa yang mampu aku kirimkan buat saudara seagamaku.


BAYI malang, Shahd Okal, (gambar kiri) lapan bulan terbunuh bersama kakaknya, Maria Okal, 5, (gambar kanan) apabila sebuah kereta kebal Israel menggempur rumah mereka di utara Gaza, kelmarin. – Gambar AFP/Reuters.


***Banner dipetik dari website Haria! Penang Online

Wednesday, July 26, 2006

Kangar - JB - Kangar

letih
aku p JB hari tu
menghantar adik ke Maktab Perguruan Temenggung Ibrahim,
letihnya tak payah nak cerita tuhan saja yang tau
mana tak letih
hujung dunia ke hujung dunia ...

Thursday, July 20, 2006

Sekitar Kursus Induksi JPM

well well well

Haritu aku drive p ke Melaka (Melaka Water City Resort, Bukit Katil) untuk berkursus selama 6 hari 5 malam di situ.

Antara budak-budak JPM lain yang ada termasuklah Minus, Usop Mok, Hilmi, Hazam, Alfadhil Ustaz Salehudin Md Dahlan, Azuan Affendy, Syiqah, Izah, Rusnani, Syikin. Mmg boring kursus tu. Dah la hotel yang kami duduk tu adalah hotel paling sial + teruk kemudahan sepanjang 4 tahun aku bekerja ni. Bilik air di bilik aku tersumbat, bilik air satu lagi pulak siling runtuh sebab air bocor /menyerap dari atas, penyediaan makanan masa kursus (or sepanjang 6 hari aku kursus) tak pernah cukup dan macam2 lagilah. Aku dah sampai satu tahap lebih kurang 1-2 hari lagi sebelum balik aku dah tak makan lagi dah kat hotel tu sebab makanan manjang habih pastu bila dah habih, kena sound, baru la terhegeh2 nak p amik. Ilang selera aku.

Kesimpulannya kalau ada jabatan / kementerian nak p situ buat kursus, aku nasihat tak payah la. Baik p buat kursus kat Rumah Tumpangan Ah Chong takpun Lojing Mak Minah ke (ala tempat P Ramlee tinggal masa Cerita Masam-masam Manis tu).

Nasib baik aku bawak PS2 so masa2 terluang dalam hotel kami main Winning Eleven kat PS2 sajala.



"Terima kasih Pawa Rut !! ", demikianlah jerit Hilmi memecah kesunyian.
Mungkinkah beliau disampuk oleh jelmaan Alfonso de Albueque?



mMMmmmMmmMmm
Mungkin sedang berwirid Ustaz Salehudin kita.



Ustaz Salehudin sedang memimpin saf ke arah ketenangan abadi.
Saudara Hazam di belakang sekali adalah pengikut terbaik.



2 penyokong England (celup) yang kecewa dtg ke Malaysia untuk menenangkan fikiran. Kanan sekali ialah Panglima Rashdan.



Ustaz Salehudin resah sebab kerusi di kedai makan itu menggamit² beliau untuk tido di situ. Nasib baik dia tak lena di kerusi kat kedai makan.