Monday, December 3, 2012

8 tahun dulu

1 Disember.




8 tahun dulu.



130am.



Masa tu, gua masih di bekerja kl. Baru bekerja sebenarnya. Malam tu gua tak boleh tido. Tadi gua call abah dalam pukul 11. Abah kata sakit mama dah teruk. Teruk sangat. Tapi suara abah tenang. Gua nak balik Perlis. Abah suruh standby. Melalui telefon Gua dengar bunyi batuk mama. Teruk bunyinya.



145 am.



...Gua masih tak boleh tido. Gua turun bawah. Masa tu, gua duduk menyewa di Pantai Dalam. Blok 21. Gua turun ke guard house. Berbual dgn Pak Ali, salah seorang guard veteran. Orang Kedah. Pak Ali tanya awat gua tak tidoq lagi. Gua jawab hati gua tak tenang. Kami terus berbual. Perbualan berkisar pelbagai topik. Tapi gua masih tak dapat konsentrate sepenuhnya. Bunyi batuk mama masih terngiang-ngiang di telinga.



400 am.



Gua naik. Penat. Mata mengantuk. Tapi tak mahu pejam. Semacam ada sesuatu mengganggu minda. Gua cuba nak lelap. Tapi tak boleh. Tapi akhirnya gua terlelap. Ntah pukul berapa gua terlelap pun gua tak sedar. Minda gua tak tenang. Bunyi batuk mama masih terngiang2 di telinga sampai gua terlelap.



615 am.



Hp berbunyi. Nombor Abah. Dalam keadaan terlalu penat dan mamai, gua gagahi jawab. Gua tahu mesti ada sesuatu berlaku. Jauh di hujung telefon gua dengar suara abah sebak walaupun dalam tenang ....



"Along, mama dah tak dak ..."



Gua terkedu. Tak terkata. Serta merta, bunyi suara batuk mama masih terngiang-ngiang sampai ke hari ini, walaupun sudah 8 tahun berlalu. Mama akhirnya meninggalkan kami utk mengadap penciptaNya. Mama pergi atas pangkuan abah ...



Kasih mama, walaupun hanya seketika, akan tetap tersemat dalam ingatan.



Alfatihah buat arwah mama di sana. Abah, along, angah, alang dan adik sayang mama sampai bila-bila. Ada rezeki, kita jumpa di sana nanti ...

Friday, November 30, 2012

Baru sedar


Selama ini.
Kita tak perasan.
Lu, Gua. Kita semua.
Cilakak.

Friday, November 23, 2012

Thursday, November 22, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam ...

Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam menyebabkan aku terlupa sekejap akan hal peperangan di Gaza, hal doa menghancurkan sesama parti politik, hal boikot mekdi dan pelbagai hal duniawi lagi. Maafkan aku wahai saudara seagama penduduk palestin. Sejam setengah aku terlalai dari mendoakan kamu hanya kerana menonton perlawanan malaysia-bangladesh.

Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam juga menyebabkan aku hilang akal. Hilang kewarasan berfikir. Terasa bagai mahu saja memanggil seorang demi seorang mereka yang bergelar pemain bola sepak pasukan kebangsaan negara malaysia untuk dilempang. Bagi depa rasa sama macam mana aku pernah kena lempang masa sekolah dulu dengan Cikgu Jan aka Pak Jan atau Norizan Bakar (bekas jurulatih sukan sekolah aku, bekas jurulatih perlis dan bekas jurulatih malaysia).

Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam juga membuktikan bahawa FAM dan Liga Super dan kebanyakan pemain-pemain yang dibangga-banggakan itu sebenarnya tak lebih dari sekadar liga kampung, kalaupun bukan sampah. Tahan bola fail, passing fail, bertahan fail, menyerang fail, midfield fail., teamwork fail. Yang tak fail hanyalah tendang bola ikut arah telur hingga mencecah angkasa. Dan bab bergaya. Boot warna warni, rambut stail. Hat tu tak fail.

Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam semalam juga telah menzahirkan satu kesimpulan dari aku, selaku antara ribuan peminat. Team Malaysia semalam adalah bangang. Rajagopal juga bangang. Oh ya tak lupa geng Ultras yang menyanyi bersorak tak berenti kononnya cool dan perasan bagus serta kerap memandang sinis (poyo) terhadap orang yang memaki hamun pasukan malaysia dan blah awal bila malaysia bermain macam gampang (orang seperti gua), pun bangang.

Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam menyebabkan aku terfikir, kalau dulu 40 tahun dulu kita hanya tewas 3-0 menentang Jerman dalam Olimpik Munich 1972 (yang mana antara pemainnya ialah "De Kaiser" Franz Beckenbauer, lagenda bolasepak Jerman, tak mustahil dalam kedudukan sekarang Malaysia akan dibelasah 30-0 jika ada perlawanan persabahatan dengan mereka.

Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam menyebabkan aku merasakan yang mereka-mereka yang menyarung jersi Harimau Malaya semalam tak pernah tengok perlawanan Malaysia-Jerman ini. Inilah antara perlawanan yang abah aku pernah sebut sebagai antara detik kebanggaan sebagai orang Malaysia.

Dan yang terakhir, menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam menyebabkan aku terfikir, kiranya arwah Mokhtar Dahari dan Arwah Ghani Minhat masih ada serta kiranya M.Chandran, kapten Malaysia pada Munich 1972 masih boleh berjalan tanpa bantuan kerusi roda, nescaya mereka akan mengikut sama aku untuk melempang seekor demi seekor pemain malaysia semalam.


Pakcik otai Munich 1972.



Dulu bawa Harimau betul ke Olimpik.
 Tuah kalau silap aku nama rimau ni.




Aksi olimpik 1972 menentang Jerman. Tengoklah sampai habis.
Dan bandingkan dengan ke-bangang-an harimau malaya sekarang.

Monday, November 19, 2012

Melayu dan Anugerah Hiburan

Sejak dua menjak ini, tv kita dipenuhi pelbagai agenda anugerah hiburan. Orang melayu, yang biasanya sukakan hiburan memang tak ketinggalan menanti perkara-perkara sebegini di tv. Dek kerana tv di rumah gua di-kongker oleh dua kanak-kanak, maka kami tak tengok. Wifey hanya perasan bila dia tengah curi-curi scroll cenel astro bilamana ada siaran iklan waktu anak-anak tengok kartun.

Secara kesimpulan:

1-2 minggu lepas, ada pementasan bangsawan anugerah skrin yang mana dipenuhi caci maki ramai khalayak penonton tv dek kerana merapu dan melalut. Pementasan bangsawan anugerah apa sampai pukoi 12 lebih tak ketahuan habih lagi ?

*Gambar hiasan. Dipetik dari website gua.com.my

*Gambar hiasan juga. Dipetik dari hasil carian gugel.

2-3 hari lepas pula, ada anugerah raja lawak industri muzik. Dengarnya serabut dan bodoh juga perjalanannya. Pentas bagi mereka yang menang anugerah dan menyampaikan dedikasi ucapan pada boifren. Siap sebut nama penuh. Gatai / ga-rik tak bertempat.

Tapi apa nak dihairankan. Mereka artis. Sebagai artis, berperangai ga-rik adalah seperti satu syarat wajib untuk menjual diri dalam dunia tersebut.

Gua? Gua layan bola saja.

Best tengok assenal menang lawan spurs. Sebab depa lama tak menang. Jadi penyokong mereka yang kehausan trofi dan kemenangan sejak 8 tahun lepas pun melalak-lalaklah ke-eksyen-an. Mereka lupa. Budak yang beranak bila kali terakhir assenal menang piala dulu kini dah darjah 2.

Liverfool? Tayah cerita la kelab-kelab bersejarah ni. Menghabiskan kuota perkataan blog gua saja.

Wednesday, November 7, 2012

Panas

semalam dan kelmarin,
bumi pulau pinang
bumi kedah
dan kebanyakan bumi di malaysia
disimbahi hujan.

teramat lebat. teramat banyak.
sana sini  trefik sesak
sana sini banjir kilat
sana sini lembap

hari ini
bumi pulau pinang
tempat gua mencari rezeki
kembali dijengah matahari
kembali disinari cahaya sang suria
kembali panas
kembali terik
dari seawal pagi dah panas
panas sepanas-panasnya

pagi tadi, sementara menunggu ketibaan
rombongan dari ibu pejabat
yang datang dengan besi terbang dari key el ke pulau pinang
atas urusan kerja
gua singgah di satu kedai roti capati

biasalah
gua mulut ramah
gua tak reti
lepak di kedai kopi
tanpa menegur orang di meja sebelah
walaupun hanya sekadar senyuman
jadi
sementara menunggu capati sampai
gua sempat berbual
dengan satu makhluk allah
duduk meja sebelah
bernama manusia
(ye la takkan nak berbual dengan karipap pulak)

berbual kosong
sekadar berbasa basi
tapi belum apa-apa
sungutan yang pertama
keluar dari mulut dia
adalah berkenaan cuaca panas
panas sungguh hari ini katanya

gua terdiam
lama gua terdiam
roti capati sampai
tanpa berlengah
laju saja tangan gua bergerak
pantas
mencubit
dan mencicah capati panas
dgn kuah daging cincang
memikir apa buah gua nak jawab
bila orang merungut macam ni

slow2
gua teguk nescafe panas gua
gua tarik nafas dalam2

gua bilang sama dia
"sebab itu diturunkan tsunami kat manusia
sebab kita ni banyak komplen kerja tuhan"

kebetulan.
makanan dia habis. dia bangun. basuh tangan. bayar. dan blah.

gua masih menunggu rombongan datang.
dan semestinya,
sambil menunggu
gua order tambah sekeping 2 keping lagi capati

Tuesday, November 6, 2012

HB Akak


Ini anak dara gua.
29 Oktober yang lepas, dia dah 5 tahun.
Selamat hari lahir sayang.

Babah dan Ibu sayang akak.
Kami doakan (dan usahakan) agar akan berjaya.
Dunia dan akhirat.

Tak sangka.
5 tahun dulu.
Baby yang 4.3kg masa dilahirkan.

Kini dah 30+kg.

*ke mana tumpahnya kuah ...

Monday, November 5, 2012

Hujan

Hujan.
Sana-sini hujan.
Tiap-tiap hari hujan.
Ada tempat, asal pagi hujan.
Ada tempat, asal petang hujan.
Ada tempat, siang malam hujan.
Itu tandanya monsun sudah mula.

Ramai yang merungut. 
Tak kurang yang memaki dalam tak sedar.
Susah nak gerak.
Jalan jam.



Tapi sebenarnya.
Ramai yang lupa.
Hujan itu rahmat.
Rahmat dariNya pada kita.
Tapi perkataan "Kita" tu gua bukan merujuk kepada umat manusia sahaja.
gua rujuk kepada semua ciptaannya.
Pokok, tumbuhan, haiwan, serangga, gunung ganang, kolam, laut. 
Dari sekecil-kecilnya, sampailah sebesar-besarnya.

Tanpa hujan segalanya tak menjadi.
Malah nak entot-entot dalam selimut pun, (bagi yang berkahwin)
Lagilah feel bila di musim hujan.
Sejuk.
Lembab-lembab.
Sebab tulah, 9 bulan selepas musim hujan.
Ramai yan cuti bersalin.

Di sinilah, gua ingin mengajak semua.
Agar kita sekali sekala dapat duduk.
Mencari masa barang sedetik
Meluang waktu barang seketika.

Perhatikanlah
Tengoklah
Hayatilah
Sedarilah
Bahawa titik-titik hujan
Yang tak jemu-jemu turun
Membasahi bumi ini.
Sebenarnya adalah untuk kita















Gua pernah.
Bila hujan lebat.
Gua pun start moto.
Pakai helmet tadak penutup muka.
Tak pakai baju hujan.
Gua bawak moto.
Pusing-pusing-pusing dalam hujan.
Meredah hujan lebat. Dalam keadaan basah kuyup.
Tanpa hala tuju.
Untuk cuba menghayati setiap titis hujan.
Yang sebenarnya adalah nikmat.
Ia mengingatkan kembali.
Pada zaman kanak-kanak.
Zaman yang hanya ada di ingatan.
Tak mungkin gua dapat lalui balik zaman ini.

Masa hujan juga.
Kita.
Selaku umat islam.
Digalakkan berdoa.
Jadi.
Berdoalah.
Kerana saat ketika doa itu mustajab ialah pada ketika mulanya hujan.
Sebab apa? Sebab hujan itu rahmat.

Doa ketika hujan:

 اَللَّهُمَّ  صَيِّبًا  نَافِعًا 

"Allahumma Shoyyiban Na’fian"

yang bermaksud:

"Ya Allah turunkanlah/jadikanlah ia hujan yang bermanfaat" (HR. Bukhari) 

Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: 

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi ).

Pesanan gua di sini hanyalah satu. 
Janganlah maki bila hujan turun. 
Gua paham.
Gua pun kadang2 terbantut juga urusan bila hujan turun.
Tapi dibimbangi.
Dalam kita maki hamun hujan itu.
Kita mungkin terlupa.
Yang kita sebenarnya.
Secara tak langsung.
Memaki Pencipta hujan itu.

Nauzubillah ...



Wednesday, September 26, 2012

Masuk hari ni. Sudah 3 hari berturut2 gerimis di Penang dan sekitar utara.

Gua cuma sempat tengok matahari pagi tadi saja. Dalam 15 minit. 3

Oh ya. Kami akan berpindah.
Dari kuarters ke kuarters juga.
Cuma, berbeza design rumah.
Dari kuarters rumah burung merpati (a.k.a apartment) ke kuarters atas tanah (umah kolonial).
Jarak "rumah baru" ni tak jauh. Adala sekilometer saja.

Perpindahan berkuatkuasa Oktober ni.

Maknanya weekend ni kena setel.
Sekarang, barang-barang kecil dah start gua angkut.
Gua plan, hari jumaat-sabtu-ahad ialah hari gua nak pindah barang besar2.

Bila berbual dengan wifey pasal kami nak pindah, baru gua perasan, minggu ni minggu terakhir kami di rumah lama. Bagi gua, rumah ini nostalgia. Dari kami berdua selepas kahwin, sampai berempat dengan anak-anak. Kami berpindah selepas gua dapat tukar ke penang.

Suka, duka, seronok, sedih, ketawa, menangis, semua di rumah ini. 5 tahun 4 bulan kami tinggal di sini. Tak mungkin gua akan lupakan tempat ni. Rumah ini memang kekal sebagai sebahagian catatan sejarah hidup kami sekeluarga ...

Wednesday, August 29, 2012

Raya!



walaupun sudah 10 syawal, masih belum terlambat untuk gua ucapkan selamat hari raya buat semua :)

*maaf la ye kad raya bajet je tahun ni :P

Friday, August 10, 2012

Lebai Thaqif



Hencem lebai ni. Sangat nakal budak bertuah ni. Semoga menjadi anak soleh. Kalo baba dan ibu dah tade nanti, harapnya nanti Lebai ni lah yang menguruskan jenazah kami ye ... amin.

:)

Tuesday, August 7, 2012

Ye kelmarin

ye kelmarin ... harapan kedua terakhir umat malaya tak berjaya membawa balik emas dari olimpik.

ye kelmarin ... gua lambat ke terawih, gara-gara menonton perlawanan akhir antara lindan dan leechongwei.

ye kelmarin ... semua rakyat malaysia yang kononnya cintakan sukan tapi sebenaqnya pakat hampa bila tak dapat eskrim free baskin robbin.

ye kelmarin ... ada satu lahanat bangang yang dipanggil YB buat twit yang hanya menyerlahkan kebodohannya. Dan 1Malaysia memaki hamun dia. Ini ka perangai orang yang nak dipanggil Yang Berhormat? Sapa nak hormat hang kalo macam ni hang punya bangang? Lagi layak dipanggil Yang Bangang.




Ya kenapa gua panggil harapan kedua terakhir? Sebab kita masaih ada 1lagi harapan terakhir iaitulah The Pocket Rocket Man.

Oh ya ... semalam gua cuti. Nuzul Quran. Semalam hujan lebat. Dari 2pagi sampai subuh. Penang banjir kilat. Gua pulak, ter zzz lepas sahur dan subuh sampai kol 11.30am. Terbaik.

Apa-apa pun, komen Razif Sidek dlm Segmen Sukan di Buletin Utama semalam (6 Ogos 2012) paling gua suka.

"Kita sepatutnya dah boleh lupakan Chong Wei, Keng Kiat dan Boon Heong. Paling penting sekarang ialah siapa selepas mereka sekarang ni?"

Friday, August 3, 2012

Adik dan Baby Gangrennya


Ini adik. Thaqif namanya. Umoq 3tahun lebih.
Hero Gua. Buah hati kami laki bini, selain akaknya.
Gua sukapanggil dia as "bacin-bacin" sebab dia ada bau ashem ashem yang buatkan gua suka gomos-gomos pipi dia sejak dari kecik dalam hari sampaila sekarang.

Adik sangat sayangkan babynya.
Ke mana-mana pun mesti kena bawak babynya.
Dan inilah rupa babynya. Tapi kesian baby ni kena gangren.
Kakinya kena potong.


Nama baby ini "Baby Milo".
Diberi nama oleh akaknya.
Bau dia, sedap2 ashem.
Pernah, masa diaorg balik kampung, malam-malam gua kena cium baby dia.
Bau anak, gua rindu. :)

Haritu.
Kami ke Sogo.
Untuk memudahkan pergerakan, kami ke "Nursing Room" di tingkat budak-budak.
Wifey dgn akak memilih baju. Gua kena jaga bacin-bacin.
Tepi nursing room, ada anak patung. Mula-mula, hero gua tak perasan.
Dia lintas saja.


Tapi ntah macam mana, dia perasan ada baaaanyak "baby Milo"nya di situ.
Dia patah balik. dan hasilnya dekat 30 minit dia (dan gua) duduk situ.
Bukan di Nursing Room tapi di rak yang menempatkan banyak "Baby Milo"nya.


Kesian. Macam pakwe tak jumpa makwe bertahun lamanya.
Dia berbual dgn baby milo dia.
Dia gomos.
Dia cium.
Dia berbual balik dgn baby milo dia.
Dalam bahasa yang gua tak paham.

Last sekali dia minta gua beli baby milo yang baru ...
Tapi gua buat dek.

Sebab apa? Mungkin ada pembaca yang kata gua kejam.

haloooo ... dia dah ada 3 tau! Termasuklah yang kena gangren tu!!

Monday, July 30, 2012

Terawih 4 rakaat straight

Haritu.
Gua ke masjid untuk bertarawih. Tapi terlewat. Sakit perut.

Di masjid, imam dah start semayang terawih. Tapi gua belum isyak. Jadi bila sampai, gua terus join saf dgn niat semayang isyak dan dengan mengikut imam yang berterawih.

Imam habis bagi salam selepas 2 rakaat. Dan gua ... sebab masih semayang isyak, dengan macam biasa gua teruskan isyak lagi dua rakaat.

Habis bagi salam. Ada mamat (or budak kot ... belasan tahun rasanya) mengesot kat gua. Dia tanya gua satu soalan.

"Awat abang semayang terawih 4 rakaat straight?"

Nak pitam gua rasa.

Gua explain slow-slow kat dia. Gua pun bukan pandai sangat. Gua bukan ustaz. Jauh sekali ulama. Tapi tak salah kita share ilmu secuit yang ada selagi ia bukan ilmu yang songsang.

Gua tarik nafas dalam-dalam.

"Dik, abg bukan semayang terawih lagi. Abg semayang isyak. Abg niat mengikut imam supaya dapat pahala berjemaah."

"Bila kita lambat ke masjid dan imam tengah bimbing solat, sebaiknya jangan kita pepandai bukak satu lagi jemaah di belakang imam tu sebaliknya kita masuk saja dalam tu. Dapat pahala berjemaah."

"Selalu orang kita, bila sampai masjid dan imam tengah semayang terawih dan dia belum semayang isyak, dia akan semayang isyak sorang-sorang di belakang. Kan rugi. Macam abang cakap tadi, seeloknya kita masuk saf dan niat semayang isyak mengikut imam. Insyaallah dapat pahala berjemaah"

"Oooo"

Ringkas saja mamat tu jawab sambil mengangguk. Insyaallah dia paham. Bagi gua, bagus budak ni sebab berani tanya. Jangan malu bertanya kalo nak berjaya dalam hidup. Dan bila ditanya, jangan pulak tak boleh nak kongsi ilmu yang kita ada walaupun kita sendiri pun hanya ada sekelumit ilmu saja.

Dan kami pun sambung terawih lepas tu.

Thursday, July 26, 2012

Duh



Dikhabarkan bahawa arakian habis gegak gempita seluruh warga alam maya pabila saja melihat akan betapa huduhnya logo sambutan hari kebangsaan negara kita yang ke 55 ini hendaknya.

Sayugia dinyatakan bahwa logo huduh ini (yang mungkin dibuat dgn microsoft word dan bendera copy paste dari internet) hanya layak diperakukan sebagai letterhead sahaja.

Aduhai, apakah sumpah yang menimpa negara kita? Di saat orang semakin membangun, kita semakin berundur.

Wednesday, July 25, 2012

Duit Saidina



Sana sini sekarang, heboh dengan design duit baru yang katanya sama dgn duit cina mati (duit neraka / hell's note). Gua tak pernah jumpa duit neraka secara live walaupun bekerja di Hong Kong ops Penang.

Bagi gua, design baru ni lebih macam duit saidina. Sapa pernah main saidina, dia tau la.

Tuesday, July 24, 2012

Posa dah no ...

Dekat sebulan tak berupdate. Gua tadak idea. Terus terang cakap. Writer's block.

Bagi yang berposa, selamat berposa.

Dah 4 hari kita berposa. Haritu ahad lepas, gua balik kota indra kayangan. Berbuka bersama abag dan adik-adik. Gua pusing2 sekitar stadium utama, tapak pasar ramadan seperti tahun-tahun sudah. Gua nak cari makanan org perlis.

Sayang. Bagi gua, pasar ramadan kali ini, adalah amat menghampakan. Gagal.

Pertama. Banyak muka-muka baru. Kuali masih berkilat, tanda baru berniaga 2 hari. Ya mungkin as time goes by, banyak otai2 dah pencen. Pencen tak berganti. Jadi keluarlah muka-muka baru datang berniaga. Bagus berniaga ni.

Kedua: Bazar Ramadan kali ni juga gua rasa bertemakan ayam. Tema "Ayam Percik" agaknya dipilih sebagai tema pasar Ramadan kali ni. Bersepah-sepah ayam percik di sini yang mana semestinya tak semua yang sedap.

Gua pusing, gua pusing akhirnya terjumpa yang dihajati.

Apa gua dapat? Gua beli nasi ulam. Dijual oleh makcik otai. Ini gerai lama. Sejak dulu sampai sekarang ada saja gerai ni masa bulan posa. Dari harga dia seringgit sampai sekarang dah naik 3 ringgit. Nasi ulam ni berbeza dgn nasi kerabu. Nasi kerabu ada pakai kobis dan ada lauk (daging bakar etc etc) tapi nasi ulam tak.



Nasi ulam betoi-betoi pakai ulam. Daun seperti daun mengkudu, daun sekentut, daun putat, daun selom, bawang merah sikit serta ikan kering/ikan haruan/ikan masin yang dikisar/ditumbuk halus semuanya digaul sekali dalam nasi putih. Nasi yang digaul dgn ulam ni kemudian dimakan dgn sayoq keladi atau asam pedas keladi. Sapa-sapa nak beli lauk tambah dipersilakan la. Gua cuma beli gulai daging batang pisang sebagai tambah. CUkup umph. Bukak posa sampai 2 pinggan nasi.

Gua juga sempat beli "Pek Nga", satu lagi makanan tradisi perlis. Pek nga ni pendek kata lempeng. Cuma sekarn ni dah dipelbagaikan perasanya. Dulu Pek Nga mmg kosong. Sekarang ada macam-macam perasa. Dicicah dengan kuah daging atau dicicah dgn kuah durian atau juga dimakan begitu sahaja. Ianya tak menjadi halangan.



Ha tu saja la 2 menu tradisi gua jumpa. Gulai batang pisang ada jugak tapi lupa nak amik gambaq. ok tu ok tapi kurang umph sikit sebab pakai dapoq gas. Kalo dia pakai dapoq kayu lagi la best.

Friday, June 22, 2012

...



Penat
Baru balik dari kl
Selepas 4 malam di sana
Nak minta naik gajila

Thursday, June 7, 2012

Tugas hakiki

Ada org tanya, apa maksud perkataan "tugas haikiki" dalam kerja Kerajaan.

Gua jawab senang, "ini tugas hakiki, sesuai dgn nama jawatan."

Wednesday, May 16, 2012

Shanghai Part 2


Nanpu Bridge ... antara jambatan besar merentangi sungai Huangpu. Jambatan kabel ke 57 terpanjang di dunia. Bleh gugel kalo nak tau lebih lanjut.



Masih di area Nanjin Street. Sebuah kereta antik.



Ini adalah Art Musem of Shanghai. Bangunan zaman kolonial British sebelum opium war. Sila gugel apa itu opium war.



Wayang Cathay. Ada filem Titanic 3D di sini tapi gua tak tengok. Ada 2 sebab mengapa. Sebab pertama gua tanak tngok Jack Dawson dgn Rose bercakap China. Sebab kedua ialah China potong "wearing only this" scene in 3D. Damn communist.




Kedai pujaan wanita. Awas. Ini kedai mmg betul-betul harga diraja. Mahal unless ko memang kerabat diraja. Gua amik gambar sebab gua suka design kolonial ni ha. Ada kedai lain boleh gi. Nanti gua tunjuk.

Tolong jangan tanya soalan macam ni



Monday, April 30, 2012

Shanghai Part 1

Ok. Gua selamat sampai pada 24/25 April 2012 jam 1.00 am selepas mengharungi perjalanan dengan kapal terbang selama beberapa jam dari Shanghai-KLIA dan KLIA-Penang. Merasa makan nasi lemak dalam kapal terbang MAS kali pertama selepas beberapa hari hanya makan roti dan sayur serta kebab sepanjang di China. Jangan risau, gua tetap tak kurus. Beberapa hari di belum cukup membuatkan gua kurus kerana di sana gua jumpa kedai-kedai halal yang akan gua cerita nanti.

Selama beberapa hari jugalah, gua terputus hubungan dengan dunia luar. Gua tersilap congak. Rupa-rupanya, komunis China bukan sahaja mengharamkan Fesbuk tetapi juga segala macam media sosial seperti Twitter, Blog, MySpace, dan sebagainya termasuklah Mirc (ada lagi org pakai mirc?). Yang ada hanyalah media sosial "Made in China" seperti weibo.com (Fesbuk versi China). Berada di dunia tanpa komunikasi sangatlah menyukarkan. Masa ini, baru gua sedar erti kebebasan walaupun tak semua menusia di negara malaya ini sedar mengenainya.



Yu Garden atau Yuyuan Garden. Tempat beli belah cenderahati, bermula dari segala magnet peti sejuk, tudung sutera, beg tangan (ciplak), lukisan, barang antik, batu permata, jed, beg duit (ciplak), jam (ciplak), t-shirt "I Love Shanghai", Iphone (ciplak), dan segala barang-barang ciplak.



Nanjing Road Pedestrian Walk. Kalo ada RM 100ribu pun boleh habis sekejap saja. Sepanjang-panjang jalan ni (4km) dipenuhi shopping centre barang-barang branded (original). Area ni mcm Bukit Bintang dengan gudang-gudang barang berjenama. Tapi kalo dah namanya China, barang tak ori pun berlambak (ala-ala Petaling Street), tapi takdela dalam shopping centre. Selalunya yang ciplak-ciplak ni jual tepi-tepi jalan saja. Di hujung jalan ini terdapatnya The Bund, kawasan tebing sungai yang menjadi hotspot pelancong untuk bergambar.



Nanjing Road Pedestrian Walk.



Masih di Nanjing Pedestrian Walk. Pakcik bawak ... erm ok gua tatau apa nama menatang ni. Nak kata tut tut tak macam tut tut tapi bolehla. Moto roda tiga. Pakcik ni bekeng/garang/cengei. Dia marah gua sebab amik gambar tapi tak naik. Chis mujoq di China. Kalo di Malaysia, dah lama gua terbalikkan tut tut dia ni.



Shanghai Telecommunication Tower. Yang kacak itu model dari Malaysia. Pemalu dan tak perlu dipertikaikan lagi.



Keretapi Peluru - "Made In China". Laluan dari Shanghai - Beijing. Kalo nak ke Beijing, amik masa dlm 5 jam saja. Gua naik dari Shanghai ke Zhenjiang sahaja. Kelajuan maksimum gua nampak yang dicatat sepanjang perjalanan ialan 297 km/j. Not that bad for the "Made In China" item. Cuma bila mengenangkan kemalangan yang melibatkan keretapi jenis ni tahun lepas, ia sedikit membuatkan hati gua cuak.

Wednesday, April 18, 2012

Off to China

I'll be flying away to China on 18th Apr (Wed) to attend "Women Leaders of New Asia Summit" which will be held there in Shanghai untill 23rd Apr.

Since China has banned FB, I guess the only way to communicate with people in Malaysia is through this blog.

Till the next update, bye.

Thursday, April 12, 2012

Gempa.

11 April 2012. Jam 450pm.
Gua tengah sibuk nak pakai contact lense.
Nak bawak family ke playground.
Nak bersenam.

Wifey tengah menyuap kuih pau inti kacang merah kat Thaqif. Minum petang temanya. Qaseh pula baru tengah nak tukar2 baju ke playground. Tak berbaju berseluar lagi. Hanya berseluar dalam. Masing-masing happy bila gua janji nak bawak ke playground semalam.

Memang ini gua cuba jadikan semacam rutin kami. Kalo takde apa2 program masa cuti, gua akan bawak depa petang2 ke Taman Belia. Ada playground dan kadang2 ada orang buaat aerobik. Gua tak join la aerobik. Gua jalan2 situ keluarkan sikit peluh dan nasi kandaq dlm badan ni ha. Tak kose gua nak join aerobik. Tak rela I. Kahkahkah.

Ok.

Wifey masih lagi sibuk menyuap kuih pau. Sambil bebudak layan Disney Channel.

Tengah sibuk2 tenung cermin, gua perasan cermin bergoyang.
Gua lari ke ruang tamu.
Rumah masih lagi bergoyang. Goyang kali ni amat kuat.
Nampak frame gambaq di dinding bergoyang.
Berhayun kiri kanan.

Gua tanya wifey.
"Ada rasa goyang?"

Wifey jawab ringkas.
"Ha ade."

Rumah masih bergoyang.

Gua cakap "ni gempa cepat angkut budak2."
Suasana mula panik.

Gua sempat capai beg duit, hp, dan rokok (?). Ya rokok. Betul gua tatau mcm mana gua boleh terambil rokok. Wifey cepat2 tutup tv. Capai budak2.

Dengan hanya berseluar katok (seluaq apek), gua terus main sarong baju apa yang ada (siap terbalik). Gua dukung thaqif. Wifey pimpin qaseh. Kesian Qaseh. Dia baru keluar tandas masa tu. Masih lagi hanya berspenda. Kesian dia. Qaseh lari pakai spenda saja dgn dipimpin wifey. Baju seluar semua wifey pegang. Wifey sempat capai kain apa tah buat tudung.

Kami lari ke tangga kecemasan. Semua ada. Tua muda, melayu cina india. Semua dgn 1 misi. Mahu cepat2 sampai ke tanah lapang di bawah.

Alhamdulillah. Semua selamat sampai bawah. Semua muka lega. Semua sibuk bertanya sama sendiri soal yang sama. Dan paling nyata, semua muka takut. Termasuk gua sekali. Sumpah.

Sepanjang dekat 6 tahun di sini, byk kali dah berlaku gegaran. Tapi ini paling dahsyat. Paling mrnakutkan. Paling lama. Hampir 20 saat. Biasa dlm 3-5 saat. Gua terbayang2 lagi cermin muka dan frame yang bergoyang2 tu.

Di tanah lapang, baru gua dapat tahu ada gempa di Sumatera. 8.9. Amaran tsunami pun ada. Alhamdulillah lepas tu ditarik balik.

Kami naik semula ke atas lebih kurang 20 minit lepas tu.

Gua tak boleh tido. Ni dah jam 1am. Masih lagi ada rasa cuak. Kerdil rasa diri bila diuji Allah swt.

Monday, April 9, 2012

haiyya latok

ke temerloh sabtu lepas.
program karismia 1azam kementerian
merasa makan patin masak tempoyak

tapi yg paling best



haiyya latookkkk
suala manyiak sedap loooo

*soalan biasa member-member "kenapa latok tutup mata"
jawab gua - "sama ada dia pemalu ataupun dia silau"

** ok ada juga yang tanya "apesal tak taruk tangan kat bahu macam dgn zizan."
jawab gua - "nak mampus? abg misai dia ada sebelah tu ha"

Wednesday, March 28, 2012

Hehe.



Ni yang susah bila Raja Lawak pun nak amik gambaq dengan Pencinta Wanita.
Sila jangan jeles.

Wednesday, March 21, 2012

Lagi Satu Bodoh

What's wrong with our society nowadays?

Gua malas nak cakap lebih-lebih. Bila tengok gambaq budak ni kat poster "kehilangan" dia, rasa nak tampaq saja muka dia ni bagi luruh gigi sebatang dua lagi.



Kalau nak baca lanjut, klik sini sini.

Mari belajar sejarah

Kita kena terima hakikat.

Dalam kehidupan di dun1a ni, tak semua orang dilahirkan cerd1k. Dan kita kena terima hakikat, dunia ini (kadang-kadang) tanpa orang tak cerdik adalah membosankan.

Sejarah banyak mengajar kita tentang apa yang gua sebutkan di atas. Contohnya seperti di bawah.

Tuesday, March 20, 2012

Cerita Cinta Yang Bodoh.

Semalam. Gua ubah selera sikit masa makan tengah hari. Gua jemu makan nasi. Jadi gua makan MekDi di Perangin Mall, Penang.

Gua order, gua ambil makanan, gua gerak ke tempat sos. Sepiring kecil sos beserta serbuk lada gua ambil. Dan gua gerak perlahan-lahan mencari tempat duduk. Amat susah mencari tempat duduk di restoran MekDi masa makan tengah hari dan fakta ini juga amat relevan jika ada pihak yang ingin membuat kajian tentang mengapa rakyat malaysia obes, termasuklah gua.

Gua dapat tempat duduk di belakang satu kapel. Bayangkan ini. Kapel tersebut sedang duduk secara bertentangan antara mereka. Yang balak duduk mengadap aweknya. Gua duduk di belakang si Awek dan menghadap ke arah mereka. Maknanya, gua duduk menghadap belakang si awek (mukanya terlindung) tetapi gua dapat tengok dengan jelas wajah balaknya. Nampak? Boleh bayangkan?.

Slow-slow gua bukak bungkusan MekDi gua. Dabel McCiken. Baru bikin. Baru balut. Bukan yang dah tersidai di kaunter. Gua demand gua nak yang baru. Memang gua lapar. Gua lapar sebab pagi gua hanya makan roti sekaya dan secawan kopi. Gua taruk sos dan serbuk lada. Tangan digerak perlahan ke mulut. Gua mula menyuap. Dan gua tak peduli kapel tu sampai la masa gua tengah suap kentang goreng, gua terdengar perbualan mereka. Perbualan yang bagi gua, seolah-olah MekDi tu tempat bapak dia. Atau pun mungkin nak tunjukkan yang "Hey aku ada balak, ok??"

Lebih kurang gini la.

Awek: Awak, cuba awak try ni ...

Balak: Apa ni?

Awek: Ni ha ... fries cecah dengan ais krim sundae. Sedap tau. Tengok ujung belah ni i cicahkan sos, belah ujung ni i cicah sundae. Cuba la.

Balak: Tak maula. Apa makan pelik-pelik2 ni. (Gua nampak muka dia tak selesa.)

Awek: Ala try la dulu.

Balak: Orang kata tak mau, tak maula. Tak paham2?

Awek: Kalau awak tak cuba, i tak mau sayang awak lagi (dengan suara yang mengada sampai satu marhalah boleh dengaq)

Balak: Ha ye la ye la. (makan sambil tengok kiri kanan kemalu-maluan)

Awek: Ha macam tu la. (sambil menyuap ke mulut balak malang itu)

Gua bangun. MekCiken dan selesai. Kentang goreng dah selesai. Air gua belum habis tapi capai bawak keluar. Gua rasa nak muntah. Bukan sebab makan banyak tapi sebab gua rasa macam nak tampaq saja orang bangang macam ni di dunia.

Betul orang cakap. Cinta (terutamanya sebelum kahwin) memang boleh menjadikan manusia bodoh. Tak kira laki pompuan. Gua rasa, kalo awek tu suruh balak dia makan burger tapi gantikan daging dengan belacan sekeping pun dia akan makan.

Ah gi mampusla. Yang pasti gua kenyang.

Monday, March 19, 2012

Kembar 3

Gua pernah dengar. Orang-orang tua ada pernah cakap bahawa dalam dunia ni kita sebenarnya ada 7 orang yang sama rupa dengan kita.

Gua tak percaya. Mustahil ada 7 lagi jajaka yang kacak (dan jujur, baik hati) seperti gua di dunia ini.

Tapi orang-orang tua tak pernah berbohong. Ternyata anggapan gua meleset.

Tuesday, March 6, 2012

Register sekolah



Hari ini. Gua sudah register Qaseh untuk sekolah rendah tahun 2014 nanti. Walaupun lagi 2 tahun, tapi itu prosedurnya. Walaupun belum tentu lagi gua di sini 2014 nanti, tapi itu tanggungjawab. Pindah kerja tempat lain atau kena tukar itu lain cerita.

How time flies.
Cepatnya masa berlalu.

Teringat-ingat lagi rasanya arwah mama dan abah hantaq p sekolah rendah dulu. Kadang-kadang abah, kadang-kadang mama. Selalunya abah. Sebab sekolah abah mengajar dulu depan sekolah gua saja. Itu cerita dulu. 25 tahun dulu.

How time flies.
Cepatnya masa berlalu.

Gua masih ingat. Sangat ingat. Satu hari, lepas balik sekolah. Gua lintas jalan. Pergi sekolah abah. Disebabkan lapar, gua makan di kantin sekolah abah sementara tunggu dia habis mengajar. Boleh masuk makan dalam bilik cikgu-cikgu makan sebab gua anak cikgu. Tak perlu bawak duit. Masuk buku 555 abah. Bagus sistem ni. Ujung bulan abah akan bayar kat kantin. Bukan dia sorang. hampir semua cikgu buat macam tu. Setiap sorang ada buku 555 di kantin. Habis makan tokei kantin tulis. Ujung bulan bayar.

Ok. Gua order mee kuah.

Sebenarnya, sejak kecik lagi gua sudah genius. Tak perlu dipertikaikan lagi. Selepas beberapa lama, mee kuah sampai. Mee kuah tu panas. Jadi disebabkan gua genius, instead of menunggu kuahnya sejuk, gua minta ais ketul. Gua taruk saja ketul ais dalam pinggan mee. Dan makan. Seingat gua, habis rasanya mee tu. Dan gua puas. Dan ye gua tau gua genius.

How time flies.
Cepatnya masa berlalu.

Monday, March 5, 2012

Ok.
Salam 2012.
Gua terlupa yang gua ada blog.
Terlupa sanga-sangat

Dem yuh fesbuk.

Gua janji gua takkan lupakan blog.
Serius. Gua janji.

** gua dah buat fesyen rambu ramba ni sebelum Hafiz Awan Nano lagi tau !