Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam menyebabkan aku terlupa sekejap akan hal peperangan di Gaza, hal doa menghancurkan sesama parti politik, hal boikot mekdi dan pelbagai hal duniawi lagi. Maafkan aku wahai saudara seagama penduduk palestin. Sejam setengah aku terlalai dari mendoakan kamu hanya kerana menonton perlawanan malaysia-bangladesh.
Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam juga menyebabkan aku hilang akal. Hilang kewarasan berfikir. Terasa bagai mahu saja memanggil seorang demi seorang mereka yang bergelar pemain bola sepak pasukan kebangsaan negara malaysia untuk dilempang. Bagi depa rasa sama macam mana aku pernah kena lempang masa sekolah dulu dengan Cikgu Jan aka Pak Jan atau Norizan Bakar (bekas jurulatih sukan sekolah aku, bekas jurulatih perlis dan bekas jurulatih malaysia).
Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam juga membuktikan bahawa FAM dan Liga Super dan kebanyakan pemain-pemain yang dibangga-banggakan itu sebenarnya tak lebih dari sekadar liga kampung, kalaupun bukan sampah. Tahan bola fail, passing fail, bertahan fail, menyerang fail, midfield fail., teamwork fail. Yang tak fail hanyalah tendang bola ikut arah telur hingga mencecah angkasa. Dan bab bergaya. Boot warna warni, rambut stail. Hat tu tak fail.
Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam semalam juga telah menzahirkan satu kesimpulan dari aku, selaku antara ribuan peminat. Team Malaysia semalam adalah bangang. Rajagopal juga bangang. Oh ya tak lupa geng Ultras yang menyanyi bersorak tak berenti kononnya cool dan perasan bagus serta kerap memandang sinis (poyo) terhadap orang yang memaki hamun pasukan malaysia dan blah awal bila malaysia bermain macam gampang (orang seperti gua), pun bangang.
Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam menyebabkan aku terfikir, kalau dulu 40 tahun dulu kita hanya tewas 3-0 menentang Jerman dalam Olimpik Munich 1972 (yang mana antara pemainnya ialah "De Kaiser" Franz Beckenbauer, lagenda bolasepak Jerman, tak mustahil dalam kedudukan sekarang Malaysia akan dibelasah 30-0 jika ada perlawanan persabahatan dengan mereka.
Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam menyebabkan aku merasakan yang mereka-mereka yang menyarung jersi Harimau Malaya semalam tak pernah tengok perlawanan Malaysia-Jerman ini. Inilah antara perlawanan yang abah aku pernah sebut sebagai antara detik kebanggaan sebagai orang Malaysia.
Dan yang terakhir, menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam menyebabkan aku terfikir, kiranya arwah Mokhtar Dahari dan Arwah Ghani Minhat masih ada serta kiranya M.Chandran, kapten Malaysia pada Munich 1972 masih boleh berjalan tanpa bantuan kerusi roda, nescaya mereka akan mengikut sama aku untuk melempang seekor demi seekor pemain malaysia semalam.
Pakcik otai Munich 1972.
Dulu bawa Harimau betul ke Olimpik.
Tuah kalau silap aku nama rimau ni.
Aksi olimpik 1972 menentang Jerman. Tengoklah sampai habis.
Dan bandingkan dengan ke-bangang-an harimau malaya sekarang.
1 comment:
sekarang bukan jadi harimau dah jadi hanglimau
Post a Comment