Friday, August 12, 2011

Cerita Haritu

haritu.

awal posa haritu
gua saja amik cuti
gua nak luangkan masa dengan family
gua nak masak untuk family
gua bosan sebab bulan 7 gua penat
gua banyak outstation

apa gua masak?
nasi ayam hainan tau
jangan memain ha


ni ayam ni gua tengah steamkan dia.
kepak dia gua tebas awal-awal.
rebus buat sup.


sebenarnya, nasik ayam hainan ni
ade yang jenis steam
ada yang jenis goreng
haritu gua buat dua-dua jenis
satu ekor ayam. belah dua.
sebelah steam. sebelah goreng.

4 orang makan.
gua, wifey, qaseh, bacin.
ayam licin.
nasi ade belen sikit.
simpan je untuk goreng masa sahur.
licin jugak.


nasi ayam hainan gua.
wohoho.


gua bangga. gua seronok. gua happy.
siriyes gua memang suka memasak.
masak lauk paling gua suka.
pasal dia tak terlalu renyah.
tak macam baking.

haritu gua (cuba) baking.
gua (cuba) buat roti paun.
last-last gua tak dapat bezakan.
hasil yang gua buat tu roti paun ataupun ataupun bola besbol.
so gua givap baking.
tapi masak lauk, gua suka.

lu semua, bapak-bapak orang.
lu orang ada masak ka bagi anak bini makan?
gua ada tau. hehe.

Thursday, August 11, 2011

Cerita How To

Ok.
Ini entry kedua di bulan posa.Kenapa baru kedua? Definately sebab posa.
Siang letih berposa malam berterawih dan menunaikan perkara-perkara lain yang haram dibuat semasa siang di bulan posa. Ok lame joke, i know.

Ok. BB gua ada problem. Gua series ni. BB gua asyik hang. Gua try2 bawak ke kedai pun dia kata kena format. Gua kata nanti dulu gua nak kena backup data especially no phone dalam tu. Kedai cakap ok. Esok kasi hantaq aaa.

Balik ke opis, gua cuba godak2. Kebetulan masa tu masih ada waktu rehat. Lebai gugel menjadi pilihan untuk belajar. Gua bukak browser. Gua nak cari jalan macam mana nak format. Ini hasilnya.



Damn people and sick people are everywhere.

Monday, August 1, 2011

Cerita 1 Ramadan

Seingat gua.

Selama lebih kurang tiga puluh tahun kita menatap wajah yang serupa setiap kali pengumuman puasa, pengumuman raya Aidilfitri dan juga pengumuman raya Aidiladha.

Selama kurang lebih tiga puluh tahun juga, kita mendengar ayat-ayat tipikal tiap kali beliau mengumumkan 3 pengumuman penting yang gua sebut tadi. Daripada zaman tv besaq gedabak dengan hanya siaran rtm suatu masa dulu sampaila ke zaman tv jadi senipis-nipisnya dengan berpuluh siaran termasuk siaran berbayar cekik darah, pun kita masih lagi teruja mendengan pengumuman dari beliau.



Selama kurang lebih tiga puluh tahun juga, kita terkadang berdebar menunggu pengumuman beliau. Walaupun telah sekian lama tersurat di kalendar kuda yang raya telah ditetapkan pada sekian-sekian tarikh tapi kita tetap menunggu di depan tv.

Itulah dia jasa Engku Tan Sri Ngah Engku Ibrahim, Penyimpan mohor besar raja-raja sekaligus merangkap orang terpenting yang membuat pengumuman posa, raya aidilfitri dan juga raya korban.

Kalo lu semua nak tahu, masa kecik selain bercita-cita menjadi seorang askar dan akauntan, Gua pernah bercita-cita untuk bekerja seperti Pak Engku Ngah ni kerana gua rasa ini kerja paling relaks. Mana taknya, setahun 3 kali saja keluar tv dan hanya buat pengumuman. Sapa tak nak ye tak?

Tapi itulah adat dunia. Selepas berpuluh tahun beliau menjadi "selebriti", Pak Engku telah bersara pada 9 Januari 2011 dan sesungguhnya gua amat terasa kerana gua adalah generasi yang membesar dengan pengumuman yang beliau buat.

Terima kasih Pak Engku.

ok jadi inilah pengganti pak engku. Pak syed. Gua memang terasa amat janggal bila pak syed ni yang buat pengumuman semalam. Gua cuma harap pak syed dapat jadi legend macam pak engku dan lagi 30 tahun akan ada entry dari gua berkenaan beliau macam pak engku ni ha.

Apa-apa pun selamat berposa semua. Jangan jadi geng posa bawak plastik itam tengah hari ok.