Wednesday, November 25, 2009

Cuti sekolah

Sekarang ni musim cuti sekolah. Lama tu. Dekat 2 bulan kalo tak silap aku.

Bagi yang tengah amik SPM, selamat menempuh peperiksaan ye adik-adik. Bagi yang tengah amik SPM dalam banjir, harap² hangpa tabah dengan dugaan ni. Dugaan dari Ilahi.

Sesekali terpikiaq jugak aku. Apa budak² sekarang buat masa cuti sekolah ni ya? Masa aku kecik-kecik dulu, cuti sekolah memang satu masa yang dinanti-nantikan. Ya la dah nama pun budak kan? Mesti la nak tunggu cuti sekolah.

Banyak program yang kami plan masa tu. Sumanya menyihatkan. Dijamin.

Antara aktiviti yang biasanya dibuat dulu-dulu masa cuti sekolah adalah naik beskal dari Kangaq ke Batu Pahat. Bukan Batu Pahat di Johor nu tapi Sungai Batu Pahat di Perlis ni la. Yang ada Taman Ular tu ha. Mampoihla kami kalo kena kayuh beskal p sampai Johor nu.

Nak plan bukan susah macam sekarang. Tak payah berhp-hp pun. Bincang hari apa nak p, pukoi berapa nak p, berkumpoi di mana. Terus set. Dengan apa? Semestinya naik beskal la.

Syok ooo naik beskal ramai-ramai. Masing-masing bawak beg galas. Ada botoi ayaq, nasik mak buat dan sepersalinan untuk mandi manda sat lagi. Tak lupa, beg plastik untuk bubuh baju basah sat lagi.

Masa tu kami kecik-kecik saja. Dalam darjah 6. Biasanya kami p ikut jalan Abi. Keta tak banyak sangat masa tu. Jalan pun tak berapa sibuk. Itu yang mak pak tadak masalah nak bagi kami p dengan beskal walaupun jarak dia lebih kurang 15 km jugak, sehala. Jauh jugak tu.

Dulu di Batu Pahat tu, ada macam satu mini zoo. Sampai di Batu Pahat, musti lalu ikut situ. Free, tak berbayaq pun. Tapi tempat tu tak terjaga. Ada la 7-8 sangkaq kot. Aku pun dah lupa apa menatang yang ada di situ. Tapi memang tak terjaga tempat tu. Busuk. Kotoq. Kesian kat menatang yang dok dalam tu. Paling kesian, ada sekoq beruang dalam satu sangkaq tu. Kuku dia masa tu kalo tak silap aku dah dekat sejengkal. La ni aku tatau apa jadi kat tempat tu.

Sampai di sana, tadak aktiviti yang paling best selain daripada mandi di Sungai Batu Pahat. Ada acara terjun tiruk. Ada lawan berenang. Ada lawan sapa berani p berenang tempat orang tua (sebab tempat orang tua kan ayaq dia dalam).

Tapi acara paling popular ialah "lawan sapa paling lama menyelam". Rasanya itu memang acara wajib sampai sekarang. Caranya mudah. Pakat-pakat ramai-ramai tarik nafas dalam-dalam ... dan hurppppp tahan la nafas selama mungkin dalam ayaq tu. Ada jugak yang kecoh. Tarik nafas sama-sama tapi bila masa nak selam, dia yang masuk lambat. Itu pun nak kecoh.

Bila dah ketaq-ketaq dan merah mata, baru pakat naik. Bagi yang bawak bekal mak masak, pakat makan la. Yang tak bawak bekal, biasanya p la beli jagung bakaq atau apa² makanan yang orang jual tepi-tepi tu.

Lepas makan, kalo rasa tak puas, pakat terjun balik dalam ayaq. Berendam (dan berkubang lagi) lagi. Selagi tak puas, selagi tu pakat berkubang. Sampaila dah kecut sangat dah kaki tangan semua baru pakat balik.

Biasanya semua aktiviti ni selesai bila dah nak petang. Mai dalam pukoi 3-4 petang, semua dah siap nak balik dah. Kayuh balik la kami ke Kangaq. Masa tu dah pakat tak gelak² dah. Semua dah mola letih. Kayuh beskal pun dah tak dalam kumpulan lagi dah. Sapa larat, dia p dulu. Yang tak larat, dok la di belakang. Sampai rumah, malam tu musti terjelepok. Lena. Letih. Mengaji Quran pakai tak pi dah malam tu. Tapi mama sporting masa tu. Dia kasi je gua ponteng ngaji.

Itulah antara aktiviti kami dulu. Nanti-nanti kalo ada, gua cerita lagi pasai aktiviti lain. Suma jadi kenangan terindah masa cuti sekolah dulu-dulu. Lasak. Adventurous.

Tuesday, November 24, 2009

Cerita roadtax mampuih

Tadi. Dengan kebenaran bos, gua terpaksa keluar sat p renew roadtax moto. Dah 2 minggu rupanya gua naik moto yang dah mati roadtax rupanya. Tak perasan. Sungguh² tak perasan. Alhamdulillah tadak jadi apa-apa.

Banyak jasa moto tu. Gua beli dari Pakcik Helmi (Pilot bos gua) lepas gua pindah Penang. Moto itu la gua henjut p kerja. P beli barang. Beli makanan dan sebagainya. Sungguh convinience untuk bergerak di Penang dengan moto. Tade masalah jam dan boleh menyelit² serta boleh parking di mana² gua suka. Bab kena saman itu lain cerita. Setakat ni, kalau tak silap ada 4 saman MPPP dah. Kes parking atas divider jalan. Tapi gua pedulik apa.

Ok kembali ke topik.

Seperti biasa, lepas dapat kebenaran, Gua p ke Kur*ia Insurans di Jalan Selamat, Penang. Bawak RM200. Gua p naik moto. Tadak roadtax tu. Hentam sajalah. Jangan ikut ye perangai camni. Tapi nak buat lagu mana, emergensi. Hehe.

Gua pun masuk opis dia. Ada 2 kaunter. 2 kerani. Jinjang mari punya kerani.

Kerani kaunter Kur*ia (KKK): Morning Mr .... err

Gua: Yusman.

KKK: Ya morning Mr Yusman. Ada apa ?

Gua: Saya mau renew insurans moto saya ni. Roadtax sudah mati.

KKK: Owh ok. Sebelum itu kita mau bagitau aaaa ... sekalang ini kita sulah tak ada insurans 3rd party. Mesti buat semua 1st party.

Gua: Ok. By the way sejak bila aaa ini undang² tak kasi buat 3rd party?

KKK: Sejak bukan September haritu maa. Semua kenderaan bawah 10 tahun tak boleh buat 3rd party lagi maaa. Encik tadak tau ka?

Gua: Ntah. Takpa la. U kira la dulu.

KKK: Encik datang dengan moto ka ? Kita kena tengok itu moto la. Baru boleh tau berapa amaount mau insured.

Gua: Ya la ... moto gua ada luaq tu. Kalau lu mau tengok, p la. Gua malas mau p tengok. Hari-hari gua tengok itu moto.

KKK: Takpa takpa. Kita tak boleh estimate di sini saja.

Pulak. Tadi punya la yo yo tanya. Ni sure pemalas punya kerani ni. Takpun ada niat dah nak kelentong gua. Takpa kita tunggu tengok.

KKK: Ok aaa... ini jumlah kita mau insure u punya moto: RM 284 saja, based on RM3000 current value.

Gua: Ha? Oi lu gila ka. Ni moto Kriss la. Bukan harley davidson. Tahun 2005 punya. Sekarang sudah 4 tahun. Gua beli second hand tahun 2007 pun Rm1900. U tarak tengok ka itu roadtax? Macam mana U estimate?

KKK: Hooo ya ka. Owh ya i tak perasan tadi. Ok kita estimate RM1500 saja loo. Insurans dia RM 142 saja lo. Sebab kita punya polisi untuk estimate ini moto tak boleh kurang dari RM1500 maa.

Gua: Ini macam bukan estimate. Ini sudah jadi fix. Baik Lu tampal saja depan pejabat cakap "KAMI ESTIMATE MOTO KAPCAI RM1500 -FIX". Baik gua terus renew insurans sekali dengan roadtax kat pejabat pos.

Dia gelak. Gua pun bukan marah dia. Gua cakap pun dalam nada lawak² saja.

KKK: Apa mau buat encik. Ini polisi syarikat maa. Kalau kita estimate RM 500 pun tapi kompeni cakap ini macam apa saya mau buat maaa. Tapi takpa, u boleh try tanya sama itu pejabat pos maa. Maybe dia ada rate lain maaa.

Berapa banyak maaa la ini Jinjang.

Gua: Okeh la kalo camtu. Nanti saya terai tanya sama itu pejabat pos dulu.

Banyak tu RM142 dia nak pau. Tahun lepas bayar road tax (bersubsidi) pun baru RM82. Ini tak pasal-pasal gua nak sedekah kat Kur*ia lagi 60 ringgit. Dah la tu, main estimate ikut rate kepala-bapak-dia pulak. Cheh.

Last-last, gua p pejabat pos Jalan Dato Keramat. Dipendekkan cerita, gua kena RM 72 ringgit saja. Siap terus buat roadtax di situ sekali ha. Owh ya. Pejabat pos guna Allia*z Insurans.

Heh. Selamat duit gua. Alang-alang sampai pejabat pos dan ada pulak duit berbaki, terus gua simpan sekali RM100 dalam ASW gua. Bukan apa, pelaburan masa depan. Sesak-sesak masa depan boleh jugak jadi penyelamat kan?

Monday, November 23, 2009

Big Baby

Harini gua baca Utusan, terjumpa berita bayi lelaki yang selamat dilahirkan dengan berat 6.15kg di Kedah. Tahniah buat keluarga tersebut. Moga Allah sentiasa merahmati dan memurahkan rezeki mereka.



Terus teringat kat Qaseh yang masa lahirnya dikategorikan sebagai "big baby" jugak. Dengan berat 4.3kg (kurang dalam 2 kilo ja), dia menjadi perhatian Doktor di Maternity Hospital, Pulau Pinang masa tu.





Alhamdulillah dah normal balik dah berat dia hehe. Besaq atau kecik, laki atau pompuan, yang penting sihat selamat semuanya. Suma tu kurniaan Allah Taala.

Thursday, November 19, 2009

My Handbags


The most precious gives from Allah the Almighty.



Adik as the bodyguard, watches his Kakak couriously.

Simple words. Baba loves both of you. :)