Tuesday, February 27, 2007

bertambah setahun lagi ...

hari ni 27/2/2007,
sebulan lebih aku tak posting,
banyak benda berlaku dlm sebulan ni,

peristiwa terpenting,
tentulah pertukaran status dari bujang ke "not available anymore"
alhamdulillah,
dengan rahmat dan keizinan dari Allah SWT,
dengan sekali lafaz,
aku dah pun bergelar suami bermula dari hari Jumaat malam Sabtu 16/2/2007,
syukur pada Allah SWT yang memudahkan segalanya,
besar tanggungjawab aku lepas ni,
azam aku, nak jadi suami terbaik pada isteri tersayang, Lyla,
terbaik makna kata dari segala segi dan segala sudut ....



dan pada kawan2, saudara mara dan tetamu yg hadir,
berbanyak-banyak terima kasih kami berdua ucapkan,
doakan juga kebahagiaan kami dalam melayari bahtera sebagai suami isteri ni.
gambar nanti aku uploadkan ok.

dan hari ni jugak,
pada 27/2/2007,
genap 27 tahun umoq aku,
kali pertama sambut besday dgn wife tercinta,
berbeza tu.
:)









hmmm
dan
pada 27/2/2007 ni jugak.
kali ketiga aku sambut besday tanpa mendengar suara mak.

Biasanya tiap2 tahun bermula semenjak aku di mrsm, mak akan ucap happy besday kat aku ikut telefon. Masa aku f5, pernah mak telefon ke pejabat mrsm semata2 nak ucap happy besday. Terpaksa kerani pejabat mai ke kelas panggil aku untuk jawab telefon tu. Sampaila aku sambung belajaq ni univ, dan keja dgn Tele*om, pagi2 lagi mak akan telepon, just untuk ucap happy besday kat anak sulung dia, walaupun masa aku dah keja tu dia dah mula sakit.
tapi semua tu dah jadi kenangan .....

dah 3 kali dah mak tak ucap happy besday kat anak dia ....

dan sampai bila pun,
.... aku tau yang mak takkan boleh ucap lagi dah happy besday kat aku .....

dan sampai bila pun,
.... aku tau yang mak takkan boleh lagi tengok menantu dia .....

dan aku hanya mampu berdoa semoga mak tenang dan beroleh rahmatNya di sana ......

happy besday to me !