Friday, November 30, 2012

Thursday, November 22, 2012

Wednesday, November 21, 2012

Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam ...

Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam menyebabkan aku terlupa sekejap akan hal peperangan di Gaza, hal doa menghancurkan sesama parti politik, hal boikot mekdi dan pelbagai hal duniawi lagi. Maafkan aku wahai saudara seagama penduduk palestin. Sejam setengah aku terlalai dari mendoakan kamu hanya kerana menonton perlawanan malaysia-bangladesh.

Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam juga menyebabkan aku hilang akal. Hilang kewarasan berfikir. Terasa bagai mahu saja memanggil seorang demi seorang mereka yang bergelar pemain bola sepak pasukan kebangsaan negara malaysia untuk dilempang. Bagi depa rasa sama macam mana aku pernah kena lempang masa sekolah dulu dengan Cikgu Jan aka Pak Jan atau Norizan Bakar (bekas jurulatih sukan sekolah aku, bekas jurulatih perlis dan bekas jurulatih malaysia).

Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam juga membuktikan bahawa FAM dan Liga Super dan kebanyakan pemain-pemain yang dibangga-banggakan itu sebenarnya tak lebih dari sekadar liga kampung, kalaupun bukan sampah. Tahan bola fail, passing fail, bertahan fail, menyerang fail, midfield fail., teamwork fail. Yang tak fail hanyalah tendang bola ikut arah telur hingga mencecah angkasa. Dan bab bergaya. Boot warna warni, rambut stail. Hat tu tak fail.

Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam semalam juga telah menzahirkan satu kesimpulan dari aku, selaku antara ribuan peminat. Team Malaysia semalam adalah bangang. Rajagopal juga bangang. Oh ya tak lupa geng Ultras yang menyanyi bersorak tak berenti kononnya cool dan perasan bagus serta kerap memandang sinis (poyo) terhadap orang yang memaki hamun pasukan malaysia dan blah awal bila malaysia bermain macam gampang (orang seperti gua), pun bangang.

Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam menyebabkan aku terfikir, kalau dulu 40 tahun dulu kita hanya tewas 3-0 menentang Jerman dalam Olimpik Munich 1972 (yang mana antara pemainnya ialah "De Kaiser" Franz Beckenbauer, lagenda bolasepak Jerman, tak mustahil dalam kedudukan sekarang Malaysia akan dibelasah 30-0 jika ada perlawanan persabahatan dengan mereka.

Menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam menyebabkan aku merasakan yang mereka-mereka yang menyarung jersi Harimau Malaya semalam tak pernah tengok perlawanan Malaysia-Jerman ini. Inilah antara perlawanan yang abah aku pernah sebut sebagai antara detik kebanggaan sebagai orang Malaysia.

Dan yang terakhir, menonton perlawanan malaysia-bangladesh semalam menyebabkan aku terfikir, kiranya arwah Mokhtar Dahari dan Arwah Ghani Minhat masih ada serta kiranya M.Chandran, kapten Malaysia pada Munich 1972 masih boleh berjalan tanpa bantuan kerusi roda, nescaya mereka akan mengikut sama aku untuk melempang seekor demi seekor pemain malaysia semalam.


Pakcik otai Munich 1972.



Dulu bawa Harimau betul ke Olimpik.
 Tuah kalau silap aku nama rimau ni.




Aksi olimpik 1972 menentang Jerman. Tengoklah sampai habis.
Dan bandingkan dengan ke-bangang-an harimau malaya sekarang.

Monday, November 19, 2012

Melayu dan Anugerah Hiburan

Sejak dua menjak ini, tv kita dipenuhi pelbagai agenda anugerah hiburan. Orang melayu, yang biasanya sukakan hiburan memang tak ketinggalan menanti perkara-perkara sebegini di tv. Dek kerana tv di rumah gua di-kongker oleh dua kanak-kanak, maka kami tak tengok. Wifey hanya perasan bila dia tengah curi-curi scroll cenel astro bilamana ada siaran iklan waktu anak-anak tengok kartun.

Secara kesimpulan:

1-2 minggu lepas, ada pementasan bangsawan anugerah skrin yang mana dipenuhi caci maki ramai khalayak penonton tv dek kerana merapu dan melalut. Pementasan bangsawan anugerah apa sampai pukoi 12 lebih tak ketahuan habih lagi ?

*Gambar hiasan. Dipetik dari website gua.com.my

*Gambar hiasan juga. Dipetik dari hasil carian gugel.

2-3 hari lepas pula, ada anugerah raja lawak industri muzik. Dengarnya serabut dan bodoh juga perjalanannya. Pentas bagi mereka yang menang anugerah dan menyampaikan dedikasi ucapan pada boifren. Siap sebut nama penuh. Gatai / ga-rik tak bertempat.

Tapi apa nak dihairankan. Mereka artis. Sebagai artis, berperangai ga-rik adalah seperti satu syarat wajib untuk menjual diri dalam dunia tersebut.

Gua? Gua layan bola saja.

Best tengok assenal menang lawan spurs. Sebab depa lama tak menang. Jadi penyokong mereka yang kehausan trofi dan kemenangan sejak 8 tahun lepas pun melalak-lalaklah ke-eksyen-an. Mereka lupa. Budak yang beranak bila kali terakhir assenal menang piala dulu kini dah darjah 2.

Liverfool? Tayah cerita la kelab-kelab bersejarah ni. Menghabiskan kuota perkataan blog gua saja.

Wednesday, November 7, 2012

Panas

semalam dan kelmarin,
bumi pulau pinang
bumi kedah
dan kebanyakan bumi di malaysia
disimbahi hujan.

teramat lebat. teramat banyak.
sana sini  trefik sesak
sana sini banjir kilat
sana sini lembap

hari ini
bumi pulau pinang
tempat gua mencari rezeki
kembali dijengah matahari
kembali disinari cahaya sang suria
kembali panas
kembali terik
dari seawal pagi dah panas
panas sepanas-panasnya

pagi tadi, sementara menunggu ketibaan
rombongan dari ibu pejabat
yang datang dengan besi terbang dari key el ke pulau pinang
atas urusan kerja
gua singgah di satu kedai roti capati

biasalah
gua mulut ramah
gua tak reti
lepak di kedai kopi
tanpa menegur orang di meja sebelah
walaupun hanya sekadar senyuman
jadi
sementara menunggu capati sampai
gua sempat berbual
dengan satu makhluk allah
duduk meja sebelah
bernama manusia
(ye la takkan nak berbual dengan karipap pulak)

berbual kosong
sekadar berbasa basi
tapi belum apa-apa
sungutan yang pertama
keluar dari mulut dia
adalah berkenaan cuaca panas
panas sungguh hari ini katanya

gua terdiam
lama gua terdiam
roti capati sampai
tanpa berlengah
laju saja tangan gua bergerak
pantas
mencubit
dan mencicah capati panas
dgn kuah daging cincang
memikir apa buah gua nak jawab
bila orang merungut macam ni

slow2
gua teguk nescafe panas gua
gua tarik nafas dalam2

gua bilang sama dia
"sebab itu diturunkan tsunami kat manusia
sebab kita ni banyak komplen kerja tuhan"

kebetulan.
makanan dia habis. dia bangun. basuh tangan. bayar. dan blah.

gua masih menunggu rombongan datang.
dan semestinya,
sambil menunggu
gua order tambah sekeping 2 keping lagi capati

Tuesday, November 6, 2012

HB Akak


Ini anak dara gua.
29 Oktober yang lepas, dia dah 5 tahun.
Selamat hari lahir sayang.

Babah dan Ibu sayang akak.
Kami doakan (dan usahakan) agar akan berjaya.
Dunia dan akhirat.

Tak sangka.
5 tahun dulu.
Baby yang 4.3kg masa dilahirkan.

Kini dah 30+kg.

*ke mana tumpahnya kuah ...

Monday, November 5, 2012

Hujan

Hujan.
Sana-sini hujan.
Tiap-tiap hari hujan.
Ada tempat, asal pagi hujan.
Ada tempat, asal petang hujan.
Ada tempat, siang malam hujan.
Itu tandanya monsun sudah mula.

Ramai yang merungut. 
Tak kurang yang memaki dalam tak sedar.
Susah nak gerak.
Jalan jam.



Tapi sebenarnya.
Ramai yang lupa.
Hujan itu rahmat.
Rahmat dariNya pada kita.
Tapi perkataan "Kita" tu gua bukan merujuk kepada umat manusia sahaja.
gua rujuk kepada semua ciptaannya.
Pokok, tumbuhan, haiwan, serangga, gunung ganang, kolam, laut. 
Dari sekecil-kecilnya, sampailah sebesar-besarnya.

Tanpa hujan segalanya tak menjadi.
Malah nak entot-entot dalam selimut pun, (bagi yang berkahwin)
Lagilah feel bila di musim hujan.
Sejuk.
Lembab-lembab.
Sebab tulah, 9 bulan selepas musim hujan.
Ramai yan cuti bersalin.

Di sinilah, gua ingin mengajak semua.
Agar kita sekali sekala dapat duduk.
Mencari masa barang sedetik
Meluang waktu barang seketika.

Perhatikanlah
Tengoklah
Hayatilah
Sedarilah
Bahawa titik-titik hujan
Yang tak jemu-jemu turun
Membasahi bumi ini.
Sebenarnya adalah untuk kita















Gua pernah.
Bila hujan lebat.
Gua pun start moto.
Pakai helmet tadak penutup muka.
Tak pakai baju hujan.
Gua bawak moto.
Pusing-pusing-pusing dalam hujan.
Meredah hujan lebat. Dalam keadaan basah kuyup.
Tanpa hala tuju.
Untuk cuba menghayati setiap titis hujan.
Yang sebenarnya adalah nikmat.
Ia mengingatkan kembali.
Pada zaman kanak-kanak.
Zaman yang hanya ada di ingatan.
Tak mungkin gua dapat lalui balik zaman ini.

Masa hujan juga.
Kita.
Selaku umat islam.
Digalakkan berdoa.
Jadi.
Berdoalah.
Kerana saat ketika doa itu mustajab ialah pada ketika mulanya hujan.
Sebab apa? Sebab hujan itu rahmat.

Doa ketika hujan:

 اَللَّهُمَّ  صَيِّبًا  نَافِعًا 

"Allahumma Shoyyiban Na’fian"

yang bermaksud:

"Ya Allah turunkanlah/jadikanlah ia hujan yang bermanfaat" (HR. Bukhari) 

Berdoalah ketika hujan kerana waktu itu doa mustajab: 

“Dua doa yang tidak pernah ditolak ; doa ketika waktu adzan dan doa ketika waktu hujan”. (HR. Hakim/dishahihkan oleh Adz-Dzahabi ).

Pesanan gua di sini hanyalah satu. 
Janganlah maki bila hujan turun. 
Gua paham.
Gua pun kadang2 terbantut juga urusan bila hujan turun.
Tapi dibimbangi.
Dalam kita maki hamun hujan itu.
Kita mungkin terlupa.
Yang kita sebenarnya.
Secara tak langsung.
Memaki Pencipta hujan itu.

Nauzubillah ...