Monday, December 3, 2012

8 tahun dulu

1 Disember.




8 tahun dulu.



130am.



Masa tu, gua masih di bekerja kl. Baru bekerja sebenarnya. Malam tu gua tak boleh tido. Tadi gua call abah dalam pukul 11. Abah kata sakit mama dah teruk. Teruk sangat. Tapi suara abah tenang. Gua nak balik Perlis. Abah suruh standby. Melalui telefon Gua dengar bunyi batuk mama. Teruk bunyinya.



145 am.



...Gua masih tak boleh tido. Gua turun bawah. Masa tu, gua duduk menyewa di Pantai Dalam. Blok 21. Gua turun ke guard house. Berbual dgn Pak Ali, salah seorang guard veteran. Orang Kedah. Pak Ali tanya awat gua tak tidoq lagi. Gua jawab hati gua tak tenang. Kami terus berbual. Perbualan berkisar pelbagai topik. Tapi gua masih tak dapat konsentrate sepenuhnya. Bunyi batuk mama masih terngiang-ngiang di telinga.



400 am.



Gua naik. Penat. Mata mengantuk. Tapi tak mahu pejam. Semacam ada sesuatu mengganggu minda. Gua cuba nak lelap. Tapi tak boleh. Tapi akhirnya gua terlelap. Ntah pukul berapa gua terlelap pun gua tak sedar. Minda gua tak tenang. Bunyi batuk mama masih terngiang2 di telinga sampai gua terlelap.



615 am.



Hp berbunyi. Nombor Abah. Dalam keadaan terlalu penat dan mamai, gua gagahi jawab. Gua tahu mesti ada sesuatu berlaku. Jauh di hujung telefon gua dengar suara abah sebak walaupun dalam tenang ....



"Along, mama dah tak dak ..."



Gua terkedu. Tak terkata. Serta merta, bunyi suara batuk mama masih terngiang-ngiang sampai ke hari ini, walaupun sudah 8 tahun berlalu. Mama akhirnya meninggalkan kami utk mengadap penciptaNya. Mama pergi atas pangkuan abah ...



Kasih mama, walaupun hanya seketika, akan tetap tersemat dalam ingatan.



Alfatihah buat arwah mama di sana. Abah, along, angah, alang dan adik sayang mama sampai bila-bila. Ada rezeki, kita jumpa di sana nanti ...

No comments: