Friday, August 18, 2006

Lawatan kerja PM


Bergambar kenangan dgn YAB PM di
Bengkel Pengusaha Kerepek Bawang



Tepi pentas utama


Khamis 17 Ogos 2006 adalah hari yang sangat meletihkan aku. Letih sebab hari tu adalah hari lawatan kerja PM ke negeri jelapang padi. Oh ya kali ni tumpuan PM adalah ke daerah Sik atau lebih spesifiknya, Sek Keb Beris Jaya yang mana di situ ada diadakan this-so-called-Perhimpunan-Bersama-Rakyat dan juga perasmian Program Asas Tani bla bla bla.

Well well, aku tak amik port sangat pasai pelancaran perasmian semua tu sbb aku ronda ronda sekitar tapak pameran tu. Banyak betoi benda yang depa juai macam kerepek-kerepek, makanan /minuman kesihatan, produk² dari kampung dan juga gadis-gadis kampung (?). Maksud aku awek(s) yang jaga booth tu la. Aku ? macam biasala meronda dan mengetest segala macam jenis produk makanan yang aku boleh test. Ada yang sedap dan ada yang mmg hampeh.

Ah aku tak kisahla apa program pun. Yang aku tau, aku sibuk menguruskan / menyelia booth peserta Tunas Mekar yang mmg di bawah jagaan aku sebab PM akan melawat ke booth kami dan aku jugak secara tak langsung dilantik menjadi jurukamera tak rasmi PPN Kedah. Menyelia bermaksud di sini aku p la tgk depa punya preparation, tgk depa punya booth, susun atoq booth etc etc. Ala biasala depa ni kalau nampak pegawai yang menyelia depa turun padang dok sekali dengan depa, depa lagi semangat buat keja. Itu sebenaqnya tujuan aku. Itu yang sepatutnya keja seorang PEGAWAI KERAJAAN, bukan dok menepek kat bilik saja dalam aircond dan hanya tau buat dasar tapi haram tak pernah turun bawah tgk macam mana keadaan org di bawah. Ah by the way, aku mmg tak suka dok pejabat lama-lama sgt pun.

Hoh dipendekkan cerita, aku letihla sbb dari pagi sampai ke maghrib kena berada di Sik sana tu. Jauhnya sik dari Aloq Staq adalah dalam 80 km. Dan dari Aloq Staq, aku kena drive lagi lebih kurang 45-50 km untuk balik ke Kangaq. Campoq tolak, dalam 260 km aku travel pegi balik Kangaq - Aloq Staq-Sik - Aloq Staq - Kangaq semalam. Letih Allah saja yang tau. Aku sampai rumah pukoi 10 malam. Mandi semayang terus zzZZZzzzzZzzz

260 km, ala tak jauh kan ?

8 comments:

dzqwr said...

kg aku tu...

Anonymous said...

asyik citer pasal kejer ajer. macam le ko bagus sangat

SME ® said...

hoi musibat hang ni pasaipa ? dah blog aku ikut suka la aku nak tulis pasai apa pun. yang dok mai jengoi tang ni pasaipa?dah la tak malu penakut bacoi teloq tadak pulak tu ha

encik munir said...

tahnye...sure dia pegawai kerajaan gak...yang jenis duk dlm air cond bagi telor sejuk...

takpe sme..tulis je pasal keje kau...lagi bess dr kutuk org sana sini

ephol said...

aku suka apa baca blog ko... walaupun pasal keje.... best aper... tulis je... pedulikkan org lain...

rumet said...

260km??? oi kali 65sen rate kerajaan sekarang dah dekat rm150 tu oi! next time aku turun kangaq tak payah laa bawak modal makan kuala perlis dah.. yb sme mampu tanggung :)

arkarnax said...

alo..kali ke-2 kut aku lawat blog hang..lawak la hg nih sme..kuikuikui..
tapi yang paling lawaknya aku boleh x nampak hg dalam ramai-ramai dok tangkap gambaq ngan PM tuh. jenuh aku dok cari..mana la hg...rupanya dok kat kanan tuh...ish...lawak sungguh...punya besaq pon aku tak nampak..sori noh...

+cheeps+ said...

Sme mmg bagus gile.... die just pemalas je