Wednesday, August 16, 2006

Ntah la ....

Hari ni aku bfast dgn roti canai dan telur separuh masak 2 bijik. Lepas makan, terus balik ke opis. Hujan di bumi jelapang padi masih turun. Keja ada tapi aku tatau kenapa aku rasa sebak. Dalam aku dok merenung titik² hujan di celah² tingkap dlm bilik aku, tiba² teringat arwah mama.

Bila terkenangkan telur separuh masak, aku akan segera tingatkan arwah mama. Masa kecik-kecik sebelum pi sekolah, kadang² mama buatkan telur separuh masak. Telur 2 bijik, kicap Tamin (org Kedah/Perlis panggil Toyu) dan mama akan sediakan roti paun / roti benggali untuk aku cecah dlm telur tu. Air mesti air milo sbb yg lain-lain aku tak minum. Mama cukup faham apa aku nak. Bukan setakat makanan, malah apa saja dari pakaian kelengkapan dan apa-apa sajalah, hanya mama yang faham apa aku nak. Pejam celik, dekat 2 tahun dah mama tinggalkan kami. Dekat 2 tahun mama tinggalkan abah, aku, angah, kak lang dan adik yang sampai hari ni masih susah nak terima yang mama dah tiada. Dan selama itulah aku dah tak mampu lagi menjamah makanan bekas air tangan mama walaupun aku ditakdirkan mempunyai harta dan wang dan emas dari seluruh dunia ni untuk aku beli kembali apa yang telah aku tiada.

Dan sampai kini, aku rasa masih tadak sapa yang mampu paham akan isi hati aku ...




me and angah; this picture was taken in 1985

2 comments:

m said...

doakan arwah selalu...i'allah akan ditemukan balik kat syurga nanti (tapi kena make sure kau boleh masuk syurga aaa)

al-fatihah.

Anonymous said...

huu~~ semoga mak awak berada di kalangan org yg dikasihi-Nya dengan berkat doa anak soleh..