Thursday, November 16, 2006

Layan Blues ...

Ada orang pernah kata.
Zaman yang paling best ialah zaman masa tengah membesar.
Zaman sekolah.
Zaman di mana kita tak takut nak try something.
Zaman di mana kita tak payah nak pikiaq pasai bangkit pagi nak kena p kerja sampai ka malam.
Zaman yang kita mula nak kenai dunia.
Zaman yang … hmmm tatau nak kata apa lagi.

Semua tu memori. Banyak org kata, kita tak boleh ralit / asyik dgn benda² lepas. Kita musti pandang ke depan. Tapi jangan lupa intai balik sejarah lalu. Jangan lupa jengok balik memori-memori lama. Kadang-kadang sejarah lalu tu sebenarnya pencorak apa yang jadi kat kita la ni. Dan kadang-kadang sejarah serta memori ni sebenaqnya begitu indah dikenang.

Entahla.

Petang kemarin aku terselongkaq kotak-kotak lama di rumah bilamana aku terjumpa thumbdrive yang dah aku cari sejak sekian lama. Aku pun dah lupa sebenaqnya apa kandungan dalam thubdrive tu. So apa aku buat dgn benda ni ?

Senang saja, hari ni aku bawak mai ka pejabat, cucuk kat pc.
Check balik apa ada dalam tu.

Hmmm…
Tak sangka aku jumpa gambaq-gambaq lama masa di MRSM Taiping.
Gambaq tahun 1996/97 yang aku pernah scan guna scanner Cipok di univ dulu.
Zaman 96 tu mana kenai lagi kamera digital.
Henfon lagi la tarak.
Playstation pun tak kenai lagi.
Sapa yang ada masa tu mmg loaded habis la.

Dok tak dok mai balik segala kenangan aku di Taiping.
Pahit manis, suka duka,
Kelas 512, Homeroom Zamrud, Dorm A Bawah, Allybase.
Cikgu, kawan, classmate, dormate,
Apa habaq depa semua la ni ?



Gals of 512, 1996.
Standing L-R: Nida, Nani, Mus, Ishqi, Sanirah, Miss Chan Mei Yoke, Azwana, Liza, Nieta, Ain, Maihafizah.
Sitting Front: Nazirah, Timah, Jae.



Class of 512, 1996.
In front of the main entrance.



Boys of 512, 1996.
Back L-R: Me, Syawal, Apeng, Abudin, Amir, Badrul, Hafiz, Encik Tangan
Front L-R: Fadhel, Wado and Miss Chan Mei Yoke
Tarak dlm Gambaq: Amat (demam campak kot masa tu)



KITA ZAMRUD.
The best homeroom in town.



With Miss Chan Mei Yoke.



Last prep for the last paper.



10 years ago.
This was me.
Pada yang bertanya, macam mana rupa aku kalo tak botak, here's the answer.



Syaifulnizam aka Encik Tangan
Di mana dia la ni ?



With one of my best fren, Chec.
Jangan memain. Aku sokong Man U dari zaman Paul Ince lagi.
Jersi Ori tu. Zaman tu mana ada ciplak macam skang.
Kalau ciplak pun, tak taruk real brand.


Allybase Utd, Maresmart Champion 1996.
Standing L-R: Mizie, Amir, Acong, Me, Ganu, Chec, Amat.
Sitting L-R: Awang, Hafiz Rashid, Kamal, Kagok, Blet, Sukun, Gengster

Masa tu kami jadi juara pertandingan bolasepak inter dorm Maresmart 1996.
Aku tadak gambaq ni dlm simpanan. Chec yang emailkan.
Masa ni la macam-macam insiden jadi. Insiden Bob kena bola "lob" dgn Budi. Insiden Zunaidy selamba tahan dengan dada bola penalti Syahid yang kuat nak mampus . Dan macam-macam lagi la. Dah terlupa pun ada.
Masing-masing masih slim dan macho serta tough.
Kalo skang ni ? Juara sumo bleh la.
Masing-masing sihat walafiat.
Sihat sungguh bagai dipam-pam.

Well, we cant deny that sometimes memories are sweet to be remembered.

Cheers !

5 comments:

dzqwr said...

ooo kaya la tu, zaman dulu2 dah ada thumbdrive. aku tak mampu bli lagi masa tuuu

faizura said...

have to agree with u la sme. mana2 aku pi pon, zamrud takkan luput dari ingatan :) bila nak belanja aku makan ikan bakar pokok asam ni?

SME ® said...

aku on saja
bila nak balik mai kedah ni ?
hang dok serabut apa lagi di kl nu
mai balik dok sini la ...
hati senang
tak serabut
murah serba serbi

fakhrul zaman said...

weih sme.. ni fakhrul daa - wing b atas... teringatlah plak waktu tgk gambar allybase the champion.. ko ingat tak sapa jd 1st runner up? haha..

ok..apa2 hal pun selamat bekerja dengan tekun n insyAllah jumpa lg.

salam...

Shamsul Bahrain said...

salam... nak tanya, ada sesapa kenal siti hajar ismail tak? kalau tak silap batch 96/97 taiping...