Wednesday, September 6, 2006

Orang lain menebas lalang ....

Malam tadi aku sampai rumah awai. Lepas isyak semua, aku lepak² kat umah. Layan berita sat pastu main PS2. Punya la ralit sampai aku tak perasan dah pukoi 10.45 malam. Lapaq pulak isk. Aku amik kunci kereta, start enjing, keluaq p Kangaq dalam pukoi 11 mlm sebab dah terlalu lapaq. Pusing sana pusing sini aku pun jumpa satu kedai capati di area roundabout, kedai Bang Mat Rawa.

Hasilnya, 2 keping capati dengan kuah sardin menjadi mangsa aku malam tadi.

Lepas makan aku tgk jam dalam pukoi 11.45, aku patah balik dan aku saja pusing ikut arah Kampung Bakau lalu depan Sekolah Rendah Keb Seri Perlis. Saja saja aku nak pusing² amik angin malam. Bawak keta pelan² sambil dengaq radio dan bukak tingkap isap rokok. Mmg amik angin sungguh. Jalan-jalan lepas makan.

Sampai kat traffic light aku perasan ada 3 bijik moto kapcai dok "rem" depa punya moto. Dalam hati, aku dok agak dah depa ni musti ada aksi-aksi monyet sat lagi. Kereta aku pulak ada sticker polis yang aku dapat masa kursus Polis di Maktab PDRM Cheras tahun sudah. Budak² tu dok rem2 lagi moto sambil gelak² pastu tgk-tgk keta aku sambil mulut depa dok ngumpat/mengajuk "huyo Polis, ni mesti Tok Bond (mata-mata) ni". Pastu ada yang tukang gelak sambil dok nyanyi-nyanyi lagu "Gerak Gerak Gerak Khas" dengan mimik muka macam beruk tak cukup sifat. Sambil gelak sambil mengumpat. Kira nak tunjuk kurang ajaq la tu. Aku buat dono saja la. Aku bukan polis pun. Lantak p la nak kurang ajaq pun asal jgn kacau aku.

Lampu bertukaq hijau.

Salah satu moto terus pulas minyak sambil member yang dok bonceng belakang dia terkejut tapi dok gelak2 lagi. Terus wheeli moto tu, melelong-lelong dan yang aku pantang sangat dalam nak dok wheeli tu budak tu boleh "sentuh" side mirror sebelah kiri aku. Aku yang memang dah tgh drive dengan tingkap terbukak terus saja jerit "oi" kat budak-budak ni tapi yang lagi kurang ajaq nya dia buleh nak blah macam tu saja sambil member belakang tu nak tunjuk jari F*CK kat aku. Cilakak sungguh. Menyirap darah aku.

Dia nak menyelit kat jalan Kampung Bakau tu tapi dalam kelam kabut tu moto tu berlaga dgn moto member dia satu lagi. Hilang kawalan, terbabas tepi jalan. Lepas sikit dari titi Kampung Bakau nak sampai ke depan Pasar borong. Mujoq tadak longkang simen tepi tu. Aku terus rapatkan keta kereta aku kat tepi jalan, just betoi² tepi budak² tu. Aku blok depa dengan keta aku, bukak highbeam, capai parang bawah seat aku dan keluaq kereta tu. Aku acu parang tu, maki hamun tak ingat malam tadi, ketaq dah budak tu. Budak lagi, dalam 16-18 tahun saja. Kalau aku ikut nafsu setan masa aku marah tu, mau aku tebas budak² tu dgn parang aku tadi. 3 orang budak dengan 2 moto tadi ketaq² mintak ampun minta maap. Sorang yang dok nyanyi gerak khas tadi dah nak menangis dah. Member dia yang satu lagi moto tadi dah cabut dah. Puas aku maki, sound, gertak depa, aku boh balik parang dlm sarung, last sekali aku kata, "Kalau aku jumpa lagi moto ni aku tebas hangpa sekoq-sekoq. Hangpa jangan ingat hangpa kuang ajaq sangat. Tidoq pun dok kencing malam lagi ada hati nak jadi samseng bla bla bla".

Ayat aku habih kat situ. Gila sungguh. Aku tak boleh bayangkan kalau aku tebas budak² tu. Mungkin la ni aku dok lokap dah. Aku start kereta, balik rumah tapi geram tu dok ada lagi. Aku sampai rumah dekat pukoi 1 pagi. Gila semua ni gila.

Aku boleh bayangkan tajuk dalam paper Metro (muka depan) esok.
"Mat rempit parah ditetak parang"

13 comments:

che am said...

lu memang gila la...mujo lu tak libas...tak pasal cacat anak orang tu hahahahha

araamy said...

hahah... kalau ko amik gambar lagi best...

Anonymous said...

patut ko amik terus kunci moto bebudak tuh campak dalam parit baru puas hati sket..

mudin001 said...

uish... ganas!!!

Anonymous said...

Patut hang libaih jerk, baru diorang merasa masuk ICU macam hang;) ICU baik punya...

siku|at said...

sabar sme.. sabar..

Farul said...

ni angin sebab tak pekena zainol la ni

halim said...

aku rasa la kan boleh berdisplin budak2 perlis kalau sme buat round tiap2 mlm

rumet said...

uish... stereng lock dah bertukar jadi parang????

SME ® said...

stereng lock ada, parang pun ada as preparation. kalau stereng lock, kena handoh takdak apa2, mungkin dia boleh lawan balik tapi kalau dengan parang bila kena libas, belum tentu boleh lawan balik. hehe sediakan windbreaker sebelum hujan.

ephol said...

nasib baik parang ngan stereng lock je.. kalo ada kayu besbol kompom aku saman sme....

husna said...

mak aih tergolek2 gelak bace cite nih..adik kite kemsalam wakakaka..

sheera said...

fuiyoo, dh mcm road rage dah nii sme oiii... aku ingatkan dah mellow kebelakangan ni, rope2nye masih paneh lagi hang na..

aku tringat iblis cite dia terkulat2 malu bila hang sound pak guard kat warisan ari tuh. ni kalo dia nampak tahap libas nih, mau iblis sendiri yang lariiii.. hahahaha