Sunday, December 26, 2010
Thursday, December 23, 2010
Sunday, December 19, 2010
Cerita Pendek
Gua minum dengan Pendek, sahabat lama gua yang kebetulan gua jumpa masa gua pergi mesyuarat di KL. Tak perlu dinyatakan nama sebenar beliau. Cukup gua sebut nama penanya, Pendek.
Di kedai mamak, kami berbual panjang, sambil disulami kepulan Salem Menthol kepunyaan Pendek dan Benson gua punya yang diberitakan mengandungi 4000 jenis racun termasuk racun tikus. Dulu Pendek tak merokok. Kalau merokok pun sepam dua saja dan lepas tu dia musti batuk-batuk sambil menyumpah kawan-kawan yang merokok. Tapi semenjak harga rokok naik mencanak, dia makin ligat.
Makanan sampai. Pendek memesan Megi Goreng telur mata takde taugeh dan teh ais. Laju saja Pendek menyuap Megi Goreng bertelur mata tak bertaugeh macam dah 12 hari tak makan. Memang Pendek tak suka taugeh. Dan gua, cukup sekadar kopi Larat tarik taruk susu sikit dan dua set roti bakar. Gua dah makan sebelum tu.
Sambil menyuap, kami berbual lagi. Dan entah apahalnya, tiba-tiba mulut neraka gua terpancul satu soalan. Pendek masih lagi menyuap.
"Pendek. Gua ada benda nak tanya." kata gua.
"Hmmm apa dia" jawab dia, pendek. Macam nama penanya jugak. Mulutnya masih penuh dengan Megi Goreng telur mata takde taugeh. Huduh sungguh rupanya bercakap sambil makan ni.
"Gua musykil ..." tergantung ayat gua.
"Hmmmm!!!??" Pendek tak paham.
"Apesal orang panggil lu Pendek?"
Suasana terus hening. Hanya hiruk pikuk macha mengambil order kedengaran. Pendek berenti suap Megi Goreng bertelur mata takde taugeh. Dia amik tisu lalu terus dikesat bibirnya yang berminyak. Ada baki beberapa urat Megi yang bersisa di dalam pinggan. Pendek tolak pinggan ke tepi, capai gelas dan terus sedut teh ais yang berbaki setengah gelas.
Gua diam melihat Pendek.
Pendek capai Salem Menthol lalu terus dicucuh. Disedutnya produk beracun tu dalam-dalam bagai mahu membunuh diri. Dia tengok gua. Macam nak telan gua saja gayanya. Mungkin dengan gaya macam tu, dia lagi bersantai. Dia lagi relaks. Gua biar saja Pendek relaks.
Slow-slow, dengan gaya macho, Pendek menjawab.
"Ko ni dah lama tak makan penampar agaknye"
Tuesday, December 14, 2010
Ceriita Sedih.
Dia yang bekerja di Labuan, dalam percutian bersama keluarga di kota Temasik. Semasa kejadian, mereka sekeluarga dalam perjalanan untuk ke Night Safari di kota Temasik apabila kereta yang dinaiki terbabit bertembung dengan sebuah lori dan diberitakan, dia mengalami kecederaan serius di kepala.
Doa Sahabat-sahabat, pengunjung blog, rakan taulan, sedara mara semua dipohon ...
Insyallah kami akan berangkat ke sana, seberapa pantas.
Thursday, December 9, 2010
Cerita Serious
Cerita Demam
Makan daging masak merah, rasa pahit.
Makan sup, rasa pahit.
Minum air milo, pun rasa pahit.
Gua demam haritu
Jadi
Itulah yang gua rasa
bila 2 hari ditarik habis
nikmat makan oleh Allah
Semua pahit!
Salam maal hijrah.
Friday, December 3, 2010
Cerita Kopi-O
(hampir) Setiap hari juga, minuman berkaffein menjadi satu kewajipan kepada gua, tak kira kopi O, nescafe, kopi boss (tin), nescafe (tin), nescafe ais kedai mamak, nescafe tarik, kopi susu, white cooffe atau sebagainya. Sesetengah orang, kalo minum kopi dia pening. Bagi gua, perkara sebaliknya pulak yang terjadi bilamana gua pening kalo tak minum kopi. Duh.
Owh ya.
Dan Alhamdulillah, setakat ni, paras gula semua tiada masalah. Ini kerana gua juga ada satu habit minum air kosong/air mineral secara menggila, terutamanya selepas menum air berkaffien ni semua. Serius, setakat air mineral botol kecik, memang sekali teguk saja. Dan gua tak kisah kalau kena kerap ulang alik ke tandas.
Di Penang, ada bermacam jenis kopi O. Kopi O cina. Atau juga dipanggil kopi O kampung. Terbaik. Kalah kopi O muor 334 yang dibangga-banggakan oleh masyarakat dari selatan sana. Ini pilihan gua, cap tabik. Bukan Tabib Abdul Hadik. Sebut betul-betul. T.A.B.I.K. Salute. Memang sedap. Didatangkan dalam pek pracampur 2 dalam 1 bersama gula. Pahit-pahit kopi O ala kampungnya cukup memukau dan yang paling penting, tak manis sangat dan sesuai dicicah dengan sekut mayat atau roti kapal masa hujan sambil menyaksikan Malaysia (di)belasah Pak Supir dan penjual jamu kocok 5-1 haritu dalam AFF Suzuki Cup.
Jadi, apa pilihan kopi O anda? (eceh buat survey macam kak Tas plak)
Wednesday, December 1, 2010
Cerita 1 Disember 2010
Alfatihah buat bonda tersayang, Hajah Nik Hasnah Nik Mat.
Kami sayang bonda. Dan kami pohon halalkan segala apa yang bonda beri pada kami, baik kasih sayang, makan minum, ilmu, teguran, amarah dan segalanya dari dunia sampai akhirat.
Insyallah. Kita bertemu di sana nanti.
Monday, November 29, 2010
Cerita selipar cap boya buatan China dan awek iras Liyana Jasmay
Sekonyong-konyong lepas beli, gua terus balik hotel dan langsung pakai selipar cap boya tu, tanpa mengesyaki apa-apa.
Gua turun ke lobi dan langsung mengorak langkah ke pintu hotel. Cadang nak pekena nasi lemak bungkus daun pisang yang femes sebelah area hotel city villa tu sehinggalah gua terperasan ada satu awek sedang mengusha gua.
"Abang" tegur awek tu. Muka iras-iras Liyana Jasmay. Di sebelahnya ada budak laki, lingkungan 8-9 tahun. Adiknya mungkin. Atau mungkin juga anaknya. Paras rupa kini bukan ukuran karena di zaman pasca facebook dan twitter, ramai juga wanita muda yang bergelar ibu tunggal dan selaku penjaga pembangunan wanita, gua kena peka benda2 ni. Eh termelalut pulak. Hehe.
"Ye ada apa?" Jawab gua dalam nada macho macam tengah bagi ucapan perasmian bengkel jahitan di penang tempoh hari.
Dengan selamba, awek iras Liyana Jasmey ni menjawab "kalau ye pun selipar baru, buangla dulu tag dia tu."
Dohh. Gua terus jalan laju ke gerai nasi lemak bungkus daun pisang tepi hotel holiday villa chow kit. 3 bungkus gua balun.
Thursday, November 25, 2010
Cerita Yong Tau Fu
Ini cerita gua sendiri yang hampir direbus jadi macam yong tau fu. Ok haritu gua ke KL. Mesorat di Hq. Dipendekkan cerita, pada hari kejadian (mcm 999) gua bermalam di hotel brisdalle, chow kit. Bila nak mandi, gua masukla ke bath tub dan tanpa prejudis, gua bukak la tombol berwarna biru.
Celaka.
Sekali air panas yang keluar. Berasap2 lagi. Bergegar hotel gua menjerit. Gila! Kalo jadi apa-apa kat kulit gua yang selembut bayi ni, gua saman 100 juta. Rm ok? Pasal apa 100juta? Sebab gua tengok sekarang trend kalo nak saman, mesti 100 juta. Tak kira saman malu ka, saman ganti rugi ka.
Wednesday, November 17, 2010
Cerita Raya
Gua ke KL dgn family.
Bertolak malam tadi.
Apa punya cilaka, Penang-KL pun sampai 6 jam.
Dari bukit Berapit ke Exit Jelapang (tapak tol lama) dekat 2jam.
Hasilnya: Bertolak 9malam, sampai 4pagi di Exit Sg Buluh.
Gua paham orang ramai nak balik kampung. Tapi ini jam bukan sebab orang ramai nak balik kampung. Ini jam pasal buat kerja tutup jalan di malan raya. Celaka.
Yang gua tak paham, kenapa buat construction di area terowong malam raya? Dan tadak hebahan ikut media? Mungkin peranan media pun dah berubah. Bukan lagi sebagai medium hebahan berita tapi sebagai hanya alat kempen dan penyiar berita politik Malaysia yang sentiasa kotoq.
Salam aidiladha. Serius penat.
Monday, November 15, 2010
Cerita Naik Beskal.
"Route" perjalanan kelmarin ( dengan basikal wajah baru; tambahan aksesori tempat duduk penumpang tahan hentakan) adalah dari Masjid Negeri ke Botanical Garden dan patah balik.
Penumpang bertuah adalah Bacin. Aka Thaqif. Qaseh tiba2 berubah fikiran tak mau ikut. Memang kami menjadi perhatian sepanjang kayuhan kelmarin sampaila ke Botanical Garden, di Botanical Garden dan dalam perjalanan patah balik. Masa yang diambil (termasuk rehat-rehat minum air di tepi Botanical Garden) adalah lebih kurang sejam setengah.
Hensem. Bacin siap tertidoq lagi masa baba dia tengah mengayuh.
Insyaallah selamat.
Sunday, November 14, 2010
Cerita Beskal
Beskal itu gua beli sebelum isteri dan anak-anak balik dari Johor. Seminggu selepas depa balik, kerana anak, maka inilah wajah basikal mountain bike gua yang terkini.
Ya dengan aksesori tambahan, kusyen penumpang tahan hentakan.
Macam Misae (Ibu Shin Chan) punya beskal pun ada.
Wednesday, November 10, 2010
Cerita ANGIN SATU BADAN
Tuesday, November 9, 2010
Tuesday, November 2, 2010
Cerita Sentimental
Ok kita lupakan kejap bab itu.
Pagi kemarin. Gua p minum di satu kedai di Dengkil. Bukan kedai Ma Lee. Apa jadahnya pagi-pagi gi kedai tomyam. Kedai yang gua maksudkan adalah sebuah kedai kopi cina. Gua dah tapau nasik lemak dari satu akak tepi jalan di Dengkil dekat dengan simpang nak masuk Taman Selatan, habuan gua nak makan dengan minum kopi. Duduk saja dalam kedai, ada satu apek tua sudah datang. Mau amik order.
Pelayan: Minum bos?
Gua: Kopi O kaw dgn air PANAS. Air PANAS. Bukan air suam.
Pelayan: Ok bos.
Gua: Sama telur separuh masak dua biji.
Pelayan: Ok bos.
Gua bukak bungkus nasi lemak dan menjamah.
Selepas 6-7 mnit air pun sampai....
Waiter: Ok ini air bos.
Gua: Aiyo apek. Gua nak air panas ma. Ni suam.
Waiter: Sori bos, saya tak boleh bawak sebab panas sangat. Ini gelas takde tempat pemegang ma. Sebab tu saya kasi suam saja ....
Aiyoo ....
Saturday, October 30, 2010
Cerita renung
.
.
gua sedang siapkan kertas renungan
sesapa penah p ptk tahu la apa menatang kertas renungan tu ha
Friday, October 29, 2010
Cerita Besday Qaseh
Selamat Hari Lahir ke 3 buat puteri kesayangan Ba
Ba sayang Qaseh.
Ba sayang Thaqif.
Ba juga saaaaayang Bu.
Ba loves each and everyone of you ...
Kita rai lepas Ba balik dari Putrajaya ok?
Wednesday, October 27, 2010
Cerita sunyi
PTK katenye.
Ni kumpulan terakhir dalam sejarah PTK sebelum dimansuhkan, seperti yang diumum oleh PM dalam bajet baru-baru ni.
Hmmm. Kumpulan sejarah :)
Monday, October 18, 2010
Cerita ceriti
After the convention ended yesterday, I took the oppurtunity to walk around Low Yatt Plaza before going back to Penang, where i accidently met them.
One of them is well known for his effort in sports. Congratulation Dato for the 12 gold medals success in the Commonwealth Games recently.
The other one is, well ....
An inspiration to most of the bloggers. Go Dato Rocky. I do not want to elaborate more about his recent spat with "him" but enough said, we are all with you Dato.
Thursday, October 14, 2010
Cerita keh keh keh
"Apa dia?", jawab gua dua patah, sambil tangan gua laju menyuap nasik. Nasik panas berlaukkan gulai ikan kembung lawan taugeh goreng dan sambal belacan dengan kicap, sememangnya feveret gua. Lagipun, tak baik bercakap masa tengah makan.
"Bila hang nak amik anak bini? Dari haritu depa balik kampung. Hang pun dok idak makan di kedai ja", dia mula brok brek dah orang tua ni.
"Gua sibuk. Tak sempat. Lagipun cuti tadak", Tangan gua masih laju menyuap nasik. Nasik panas berlaukkan gulai ikan kembung lawan taugeh goreng dan sambal belacan dengan kicap, sememangnya feveret gua.
"Ha tu la. Sibuk memanjang. Sampai tak ingat ke anak bini", dia brok brek lagi.
"Ni", jawab gua. Nasik dah habis. Gua ketuk² jari di pinggan.
"Hang dok hingaq apa? Yang hang tu. Bila nak menikah?" Gua bagi soalan maut. Nasik memang dah habis. Gua bangkit pelan-pelan. P belakang kedai tu. Basuh tangan dengan sabun.
"Dejei. Tadak soalan lain ka", dengus member gua. Dia bangkit, terus ke cashier, kira sekali dengan gua. Makan free gua harini.
Hehe.
Wednesday, October 13, 2010
Cerita kanak-kanak
Semalam Wifey MMS gambar kedua-dua ni.
Duh rindu sungguh.
Lepas Ba amik exam ujung bulan ni, kite balik Penang ok?
Ibu dah rindu sangat dgn nasik kandaq.
"Bagila baba lulus exam dgn cemerlang, amin."
Bacin-bacin main tasbih Tok Pa dia.
Naaaakal sangat, kata Wifey. Biasalakan ... hero.
Baba, di tahun 87.
Tuesday, October 12, 2010
Cerita Piala Dunia ... eh silap Piala Malaysia 2010
Enot (n9) vs Rita Rudaini (perlis)
Mat Over - Pi mai Pi Mai Tang Tu (ganu) vs Rozita Che Wan (kedah)
Ramlah Ram (johor) vs CT Nurhaliza (pahang)
Erra Fazira (selangoq) vs Mek Salam Pantai Timur (klate)
Cerita 12.10.2010
"Pengantin bersembang bagai atas pelamin nuha. Hish tak elok sungguh"
"Ada pulak mainkan selawat jadi lagu kahwin dia. Tatau adab ka"
Konklusi:
Di atas adalah topik sembang kemarin.
Dari dalam lif masa mula sampai ke opis, sampaila kepit "beg-duit-beli-masa-Megasale-70%" celah ketiak pakai slipar nak ke kantin, hinggala ke dalam lif masa nak balik ke rumah.
Itula topik orang gomen (lebih tepat lagi, geng makcik kiah dan kak senah) pada hari bekerja Isnin 11.10.2010.
Haih ... kata transformasi...
Nota kaki:
Alfatihah dan Takziah buat semua keluarga mangsa kemalangan ngeri di Lebuhraya PLUS berhampiran exit Simpang Ampat, Melaka. Sesungguhnya Allah memang maha berkuasa atas segalanya. Salah kita atau tidak, sekiranya maut datang menjemput, maka tiada yang mampu menghalangnya. Lepas ni, kita dengarla apa pula saranan pihak berwajib.
Wednesday, October 6, 2010
Teruja.
Melihat koleksi-koleksi antik milik abah.
Mai ... kita pakat tengok.
Kereta Kebal. Toyota 1950. Enjin mazda 1.3.
Dah 14 tahun rasanya abah pakai.
Scrambler, macam Azroi zaman Gila-gila Remaja.
"Senang nak masuk kampung" kata abah
Deretan basikal tua, hobi terbaru dia.
Ini motor legend. Masih diguna sampai hari ini.
Gear satu, tekan belakang.
Gear dua, kena tekan depan 2 kali.
Pandangan depan. Masih Garang.
Friday, October 1, 2010
Cerita ceriti
Haritu, di KL.
Gua sempat menonton teater muzikal mahathir atau tok det kata orang utara di istana budaya. Gua p dengan munir dan halim, 2 orang peminat teater tegar. Terima kasih pada rakan 334, Chen yang telah membantu mendapatkan tempat duduk spesel bagi kami bertiga. Nanti kami p lagi no.
Sebagai bukan orang seni dan bukan orang teater macam orang lain yang poyo hebat di bidang teater, semestinya ulasan gua bukanlah ulasan berebentuk seni. Gua tak layak menilai dari sudut seni macam orang-orang lain yang kononnya lebih seni dari gua. Tapi gua tak kisah. Ini pandangan pribadi gua.
Gua rasa teater ni biasa saja. Semuanya ok termasuklah pembawaan watak siti hasmah oleh erra dan tok det semasa remaja oleh zizan nin serta tak lupa watak ayah tok det oleh jalaludin hasan (beras jasmin super 5). Watak zaibo pun ok.
OK OK. Dah erra nak amik gambar dgn gua. Ha amikla.
Pendek kata, hampir kesemuanya oklah kecuali penghayatan "loghat Kedah" oleh pelakon utama terutamanya pembawa watak tok det semasa dewasa oleh Esma Daniel. Pendapat gua, banyak lagi homework dari segi dialog perlu diperkemaskan oleh dia agar loghat Kedah yang dibawa itu bukan berbunyi macam loghat Indon. Itu saja yang spoil mood gua.
Ada yang skeptikal dgn pandangan gua.
"Diaorang bukan orang Kedah, so lu tak bolehla expect diaorang buleh cakap loghat Kedah yang "piau" (betul-betul kaw).", itu komen member gua bila dengar ulasan gua.
Mungkin esma daniel boleh tanya zizan nin macam mana nak asah lidah bagi bunyi macam orang Kedah. Dia pun bukan kedah. Dia asai Tanjung Rambutan, Perak. Loghat dia pun tadakla perfect 100% tapi bunyi tu takla macam indon yang bersepah di Komtar ni ha.
Apa-apa pun, semua dipersilakan menonton dan memberi ulasan. 4 Oktober ni last tau!
Tuesday, September 28, 2010
Cerita 1M
Entah apa silapnya, Ah Seng lambat sampai haritu. Hangin satu badan orang tua tu. Mana taknya, semua benda dah tersedia nak dimasak tapi segala urusan tergendala dek kerana habis gas walhal masa sudah menginjak ke tengah hari.
Sekonyong-konyong terlihat kelibat Ah Seng. Berpeluh-peluh cina gas tu. Memikul tong gas yang berbelas kilo beratnya. Dengan rasa bersalah, dia terus cepat saja menggantikan gas yang habis sambil mlutnya tak putus-putus meminta maaf.
Ah Seng: Aiiya minta maap la makcik. Jalan ada jam tadi ma
Mak: Lu jangan tipu makcik la aseng. Ini Segamat mana ada jam
Ah Seng: Betul maaa. Aseng talak tipu punya olang maa
Mak: Kalau lu tipu, nanti makcik minta sama tuhan Allah kasi bankrap sama lu punya berniaga
Ah Seng: Aiiya jangan itu macam la makcik. Kasian la sama gua. Gua mau cali makan sama anak bini maa. Hutang pun banyiak lagi maa
Hahaha. Serious, memang Gua tak tahan gelak dengar perbualan dua orang lama ini.
Gua cukup kagum dengan orang lama 2 orang ni. Semangat dan slogan 1M yang popular selepas zaman hadhari dulu ini sebenarnya dah lama dperaktikkan oleh mereka. Tak perlu diterap secara paksaan dan dilihat macam dibuat-buat. Tak perlu ada 'mug' dengan cetakan 1M ataupun 'billboard' berlogo 1M ataupun t-shirt korporat dan topi berlogo 1M pun untuk semua ini. Tak perlu.
Itu semua bodek. Yang penting, penghayatan/ pelaksanaan/ praktikal.
Friday, September 24, 2010
Cerita Barbaric
Ok. Untuk tidak menyusahkan, gua tulis saja di sini, namanya dia Pali. Jadi petang tu, Pali halo gua.
Pali: Oi jom minum malam ni. Gua amik lu. Gua belanja. Lu mau makan apa?
Gua: Gua teringin makan makanan arab. Kat penang susah mau jumpa.
Pali: Cantik jugak. Jom gua bawak p jalan Ampang. Ada kedai Arab baguih-baguih belah sana. Kita pekena nasik arab sambil nanti kita boleh minum Barbaric.
Gua konpius.
Gua: Minum apa?
Pali: Barbaric. Alah yang beer tanpa alcohol yang orang arab UAE buat tu.
Gua: Itu Barbican la bodo. Barbaric tu macam Conan the Barbarian. Ada pompuan pakai baju dalam saja berlari sana sini.
Pali: Eh yaka
Dan memang best lepak kedai arab malam tu. Pali, lu memang best.
Saturday, September 18, 2010
Cerita Menunggu Kapei Terbang
Gua bertolak pulang, selepas seminggu bercuti raya.
Isteri dan anak-anak masih di kampung
Awal bulan depan baru nak amik
Kami beraya sampai ke Kemaman.
Kami sampai dari Segamat 2 malam lepas
Ada kenduri sepupu wifey pada hari ni (18 Sept) di sana, belah pompuan.
Belah laki merangkap sepupunya, kendurinya dijangka 25 Sept
Tapi gua tak dapat balik
Wifey yang menjadi wakil keluarga
Lagipun, sepupu baik dia kan
Owh ya
Di Kemaman, memang punah jahanam segalanya
Segala penurunan berat badan sepanjang Ramadan
Gua terbelasah satar, ikan bakar, kopok lekor dan lain-lain
Balik ke Penanglah nanti gua puasa 6
Tapi bolehka?
Gua dah terbayang-bayang mamak nasik kandar Merlin
Dan nasik kandar beratoq Masjid Kapitan Keling
Dan nasik kandar Kampung Melayu
Duh ...
Berbalik pada cerita di Kemaman
Jadinya,
Dari Kemaman
Gua amik kapei terbang sajala
Naik dari Kuantan(g)
Kuantan-KL-Penang
Dan sekarang
Gua sedang menunggu kapei terbang yang akan mengangkut gua ke Penang
Berada di sini
Menikmati suasana di sini
Tak serabut
Tenang
Dan rileks
Sesekali menyebabkan gua rasa tersasul
Dan terkonpius
Gua kat lapangan terbang atau di stesen bas?
Tuesday, September 14, 2010
Raya
Raya pertama: Berziarah. Cara makan masih terkawal tapi secara jamah seadanya saja. Tahun ni pecah rekod tak perlu makan pil chi kit teck aun (pil cirit birit) akibat makan banyak, macam tahun lepas.
Raya kedua: Berziarah. Cara makan sudah mula masuk gear 2. Mula terlupa bahwa puasa haritu sudah susut 4kg dan masih beranggapan "Takpa, baru sikit ... susut banyak haritu ... ada belen lagi"
Raya ketiga: Berziarah (lagi). Cara makan sudah mula lupa daratan. Masih berfikiran positif dgn beranggapan "Esok aku nak start posa 6 ... boleh cover lagi"
Raya keempat: Tak jadi berpuasa 6. Atas racun yang kuat dari biras, gua buat gila. Bangun pukul 5.45 pagi. Semayang subuh. Terus gerak ke Yon Peng. Berburu ayam hutan mengikut biras. Lumayan tapi penat nak mampus. 18 ekor yang tumbang sepanjang sehari suntuk perburuan. Air mineral 2 botol besar dibelasah masa berburu. Gambar nanti gua update.
Esok (Selasa) raya ke lima. Aktiviti tak ditentukan lagi. Tapi nampak macam nak mengerjakan (baca: Makan) hasil berburu tu je ... aiyo ... bila mau puasa 6 ni.
Tuesday, September 7, 2010
Cerita pra hari raya Aidilfitri 1431H
Selamat hari raya 1431H
Maaf dipohon
Luaran dan dalaman
Semoga kita menjadi manusia yang lebik baik selepas Ramadan 1431H ini
Semoga bertemu lagi Ramadan 1432 yang akan datang
Semoga kita semua tak lupa bayar zakat fitrah
Semoga kita semua bergembira di Syawal 1431 yang menjelma
Bagi yang memandu,
bawak kereta baik²
Bagi yang naik kapal terbang,
bersedialah dengan term "flight delay"
Bagi yang naik bas, jangan ke Pudu tahun ni
Pudu tengah renovation lagi
Pergilah ke Hentian Duta, Hentian Putra ataupun Hentian Bukit Jalil
Bagi yang menaiki beca,
Pastikan beca anda bukan beca
yang pergi ke teluk intan atau jambatan pulau pinang atau sorga
Itu bukan sahaja salah akidah,
tapi bangang namanya.
Okeh semua
Selamat hari raya Aidilfitri
Owh ya
Gambar di atas hanya gambar hiasan
Supaya kita jangan terlalu seronok
pssst:
Lagi 2 hari dah boleh hisap rokok masa siang dah, insyallah
Woohoo
Friday, September 3, 2010
Cerita Jumaat
Hari ini hari Jumaat yang bagi gua, teristimewa
Hari Jumaat 24 Ramadan 1431H
Hari Jumaat terakhir Ramadan 1431H
Belum tentu kita akan jumpa lagi Jumaat pertama di bulan Ramadan 1432H
Belum pasti lagi kita akan jumpa Jumaat pertama di bulan Syawal 1431H
Gua sempat berfikir
Apa khabar puasa selama 24 hari di bulan Mubarak ni
Apa khabar amal ibadat kita selama 24 hari di bulan Mubarak ni
Apa khabar diri kita, kaum keluarga, seluruh Muslimin lain di bulan Mubarak ni
Sungguh
Jumaat ini sungguh istimewa bagi gua
Jumaat seperti ini sudah lama gua tak merasa
Jumaat seperti ini selalunya terbiar begitu sahaja
Wednesday, September 1, 2010
Cerita mimpi
Jam masa tu dalam pukul 12 lebih.
Dalam tido, gua bermimpi ngeri. Ngeri sungguh. Serious.
Masa terjaga pagi tadi untuk sahur, gua menggeletar. Berpeluh.
Tapi serious bai, gua tak ingat apa yang gua mimpi.
Wednesday, August 25, 2010
Cerita Kemaskini
Selamat Hari Wanita kepada semua kaum Wanita di Malaysia.
Semalam gua diberi satu slot untuk bercakap mengenai jabatan gua di Mutiara FM (Radio Penang) dan juga sempena sambutan hari wanita.
Nasib baik tadak sesi soal jawab ikut telepon.
Hehe.
Owh ya.
Selamat berpuasa bagi hari yang ke 15 bagi majoriti Muslim.
Gua tau, ada yang puasa belum cukup 15 hari.
Ada memang sengaja tak mau cukupkan.
Ada yang kerana "nature's call".
Owh ya.
Thaqif dah keluar hospital. Alhamdulillah. Lega.
Kembali aktif dan notty macam biasa.
Cuma doktor pesan, dalam tempoh semimnggu dua ini, elakkan dari pergi ke tempat² yang ramai orang dan bertutup. Contohnya dewan.
Friday, August 20, 2010
Cerita Gelisah
Haritu adalah hari yang cukup tidak menenangkan.
Dia cukup rimas. Tidak selesa. Resah dan gelisah.
Duduk salah. Berdiri salah. Terasa segalanya serba tak kena.
Gayanya persis sang suami yang bakal pertama kali menjadi ayah.
Dan dia terus gelisah. Mundar mandir ke hulu ke hilir. Kadang-kadang tangannya dilihat meraba-raba batang hidungnya. Sekejap-sekejap dia mendengus kuat. Kelihatan benar ketidakselesaannya itu. Jelas terpancar di raut wajah.
"Ah apa nak jadi pun jadila. Tak boleh tahan lagi dah," dengusnya sendiri.
Dia nekad. Sepenuh azam. Hati kering.
Biar putih tulang, jangan putih mata.
Dan ...
Lalu terdengar satu jeritan.
"HOI !!! Apa curi-curi korek hidung masa posa ni. Batal posa tau"
Aisehman ....
Monday, August 16, 2010
Cerita Sedih hari ke^ puasa
Friday, August 13, 2010
Cerita wohaha ...
Gua teringin nak makan makanan Arab.
Tetapi ini yang gua jumpa.
Mesti serang ini tempat.
Kali terakhir gua ke buffet tempat ni adalah dalam tahun 2006. Dengan Jasrul dan Zafir, masa kerja di Kedah. Bayaran? RM18 saja masa tu. Seingat-ingat, kalo tak silap,gua belasah 6 biji burger masa tu. 2 biji daripadanya adalah double cheese burger. Lain-lain gua tak ingat jenis burgernya. Oh ya, pie pun ada gua belasah. Ayam goreng pun dia ada jugak gua hayon.
Pendek kata, serius berbaloi untuk hantu makan. Selamat berbuka puasa
Thursday, August 12, 2010
Cerita merapu
Tuesday, August 10, 2010
Sehari sebelum posa
Ke Kuala Lumpur lagi. Simposium Usahawan Wanita 2010 di CIDB Convention Centre, Cheras.
Membawa rombongan Usahawan Wanita bersimposium sambil membuka minda mereka.
Macam-macam ragam. Macam-macam kelaku.
Gua penat. Badan rasa macam nak demam pun ada. Mungkin ini gejala bila terlalu lama berada di Kuala Lumpur. Kas-kas nasi kandar dalam badan jadi hilang. Badan lemah letih dan lesu (3L). Keh keh keh.
Owh ya.
Hari ni 29 Syaaban.
Esok 1 Ramadan.
Esok puasa.
Selamat datang Ramadan.
Malam ni start tarawih.
Rindu nak ke semejid Negeri bawak anak2 dan bini.
Selamat berpuasa semua.
Ampun dan maaf dipohon.
Semoga posa kita diterima.
Terimalah pesan ikhlas dari Penyimpan Mohor Besar Raja²
(Best kerja ni ... Kerja 3 kali saja setahun)
Psst psst: EPL pun dah nak mula ... Manu dah bungkuskan Chelsi 3-1 haritu.
Monday, August 2, 2010
Cerita mamai pagi Isnin
Gua ke Komtar dgn kereta pejabat. Pemandu bawakkan. Ada urusan penting. Urusan Kerajaan Malaysia lah katakan.
Balik dari situ, gua singgah ATM amik kertas kepala berkepala Agong. Dalam dunia sekarang, sekeping kertas berkepala Agong ini banyak faedahnya. Lebih tebal dan lebih berwarna warni lebih baik. Itu kata orang.
Ok kita teruskan. Nun di seberang jalan, gua rasa gua nampak kelibat kereta pejabat menanti. Kereta Waja. Tapi sikit terlindung dengan sebuah Mitsubishi Pajero.
Gua terus menuju ke kereta dan langsung bukak pintu. Tanpa menoleh kiri kanan mahupun mengintai ke dalam kereta.
Sekali .... halamakkkk.
Terperanjat mamat dalam dalam kereta tu. Gua yang bukak pintu pun terperanjat. Terkejut beruk. Hampir-hampir kena heart attack.
Cilakak.
Macam mana la boleh tersilap bukak kereta ni. Pemandu gua gelak tak berenti. Jangan risau. Gua geng dengan drebar gua. Tak kena memo punya sebab dia gelakkan gua.
Friday, July 30, 2010
Cerita Pelaq
Gua: Halo
Shitibank: Halo Encik. Saya XXX dari Shiti-bank. Kami cuma nak update encik pasal moneyback promotion untuk pemegang kad Shiti-bank Bla bla bla ... bla bla bla ...
Gua: Oi. Promotion apa kejadahnya. Kad Shiti-bank gua dah expire dari bulan 5 aritu. Sampai sekarang belum hantar kad baru lagi. Cilaka punya kad kredit. Servis slow. Yang hangpa tau, nak menge"pau" orang saja. Suruh bayaq yuran macam-macam. Servis macam ciba*.
Shitibank: Aaaa Encik. Soli aaa. Nanti saya transfer ke Costumer Service.
Dia pun transfer ke Costumer Service. Serta merta. Tak sempat nak promosi apa² pun.
Gua tunggu. Takpa, dia yang telefon gua. Bukan gua yang telefon. Dan selepas lebih kurang 30 saat, ini responnya ....
Costumer Service: "Harap maaf, perunding perkhidmatan kami semuanya sibuk, sila tunggu sebentar, anda akan dilayan sebentar lagi."
Ciba*kan?
Monday, July 26, 2010
Hari Senin Mode
Apa aktiviti seterusnya: Kejap lagi nak jumpa Doktor. Ada appointment.
Harap-harap tak kena tarbiah lagi dengan Doktor. Berat badan makin bertambah ni. Isk risau gua ... serious weh gua risau.
Friday, July 23, 2010
Cerita lama tak naik flight.
Gua ke kl. Cadang nak ke KL sampai Ahad tapi terpaksa balik hari atas urusan-urusan yang tak dapat dielakkan.
Itu kali pertama gua naik flight dalam tahun 2010. Lama gua tak naik flight. Gua sangat-sangat tak suka naik flight. Serious gua tak suka. Ada beberapa insiden yang menyebabkan gua tak suka naik flight. Antaranya:
Insiden 1: Cuaca kurang elok malam tu. Flight delay satu hal. Ni pasal flight yang bergoyang-goyang di udara kerana (mungkin) berlanggar awan yang sarat dgn hujan pun satu hal. Al kisahnya, Gua sampai saja di KLIA, tempat pertama yang dituju adalah tandas. Bukan untuk membuang hajat, tapi untuk muntah.
Insiden 2: Keadaan yang hampir sama terjadi. Cuaca ok. Flight tak delay. Perjalan smooth. Tapi balik dari KL, bila touch down saja di Airport Bayan Lepas, pun perkara pertama gua buat adalah pergi ke tandas. Sekali lagi, bukan untuk membuang hajat, tapi untuk muntah.
Dan ya. Gua mabuk udara. Gelak la puas-puas. Chessss.
Wednesday, July 21, 2010
Cerita Penat
Bukan dari Kajang ke Seremban ke
Tapi dari Penang
Letih
Penat memang penat
Tapi Alhamdulillah
Allah Taala masih bagi kerja kat gua
Allah Taala masih bagi rezeki kat gua
Untuk disuap pada isteri dan anak-anak
Rezeki ini semua untuk keluarga
Yang amat gua sayang
Tuesday, July 20, 2010
Cerita 1st Time.
Haritu. Sabtu malam ahad.
Gua rilek-rilek di Padang Kota. Bawak anak bini. Ada sambutan pesta Bon Odori Festival di situ. Gua bawak anak-anak tengok bunga api. Memang meriah. Thaqif dan Qaseh amat teruja dgn bunga api yang ditembak. First time budak-budak ni dapat tengok bunga api-dekat-dekat.
Gua seluk poket. Mahu mencucuh rokok. Siot. Lighter tadak. Tertinggal. Gua toleh kiri kanan. Nampak satu apek. Apek tua. Ini lone ranger punya apek. Dia sedang menyedut rokok. Asyik sungguh dia menyedut produk yang mengandungi hampir 4000 racun ini. Penuh penghayatan.
Gua berjalan ke arah dia. Tujuannya satu, mahu meminjam lighter. Mahu mencucuh rokok. Bila sampai kat dia, gua pun berbahasa basi la dengan dia.
"Bos, boleh pinjam lighter ka?", tanya gua.
"Tak boleh", jawab apek tu sepatah. Dan dia terus buat-buat tak tahu sambil menyedut rokok dia sedalam mungkin. Khayal dalam dunianya.
Gua terkedu.
Ini kali pertama dalam sejarah hidup gua dan sejarah selaku penagih tembakau, ada orang tak kasi pinjam lighter dia. Gua cuba berperasangka baik tetapi gagal. Ah mungkin ada taruk apa-apa dalam rokok dia, selain tembakau. Lagipun, nampak high satu macam je apek tu.
Apa-apa pun, budak-budak memang enjoy tengok bunga api malam tu.
Thursday, July 15, 2010
Cerita sikit pasal fesbuk
Ada orang. Member lama. Member suam-suam kuku. Dia cuba "add" gua dalam fesbuk. Tapi gua tanak "add" dia. Gua "ignore".
Selang sehari, dia email gua. Pastu dia sound gua sebab tak add dia.
Perhatian pengamal undang-undang yang terbaca blog cikai ini. Gua ada soalan: Boleh ke gua tampaq orang macam ni kalau gua jumpa? (Kalau jumpa la).
Monday, July 12, 2010
Cerita lepas assessment ...
Antara soalan biasa selaku panel ialah "Kenapa nak jadi PTD?"
Dan antara jawapan yang gua terima:
"Saya nak jadi KSN."
"Saya nak kerja di tingkat empat JPM."
"Saya nak jadi TPM."
Adoiyai ...
Friday, July 9, 2010
Hola Oranje.
Maka untuk final, gua hanya memilih pasukan Oranje sebagai juara.
Arahan berkuatkuasa serta merta.
p/s
- Memilih, bukan menyokong. Gua bukan lalang.
- Paul the Octopus kini mungkin selamat menjadi sotong goreng tepung.
- Gua jadi panel penilai PTD Assessment di Intan Wilayah tengah weekend ni. Waka Waka.
Thursday, July 8, 2010
Cerita 2 kanak-kanak ...
Tuesday, July 6, 2010
Cerita haru lagi ....
Masa Jerman belasah Maradona 4-0.
Gua sungguh semangat. Maklumlah dua-dua team ada nama. Baru betul-betul wolkap.
Untuk game terpenting sebegini, persiapan mental dan fizikal amat penting. Jadi pada waktu petang semasa balik kerja, gua singgah di kedai apek membeli sebungkus koci (kuacilah..bukan kuih koci) dan ayaq tin. Habuan nak kunyah2 masa game.
Lepas beli, gua terus sumbat dalam peti sejuk dgn plastik² sekali. Tanpa mengesyaki apa-apa yang misteri.
Game bermula. Jerman lead 1-0 dan kini masa rehat. Jam menunjukkan lebih kurang pukul 10.50 malam, waktu Malaysia. Waktu Afrika mungkin tengah nak Maghrib.
Mulut letih mengunyah koci. Gua terasa haus. Gua ke peti. Hajat nak minum ayaq tin yang sejuk dan penuh nikmat, yang gua simpan dari petang hingga ke hampir pukul 11 malam.
Dengan rakus,gua buka peti dan keluarkan tin yang gua simpan dgn beg plastik dari peti tadi.
Cilaka. Sekali tin tu dah patah dia punya pembukak. Macam mana bleh tak perasan masa beli tadi. Terpaksa la gua bukak pakai pembukak tin yang dihentak dgn batu lesung.
Lepas tu gua terpaksa tuang ke dalam gelas je la. Abih dah tin dah dah pecah-pecah kat atas tu gua hentak. Takkan nak minum guna tin tu jugak. Mau rabak mulut gua ...
Apa-apapun, lepas tu, Jerman sambung belasah Maradona lagi 3 gol.
Sunday, July 4, 2010
Cerita lepas game Jerman.
Tiket ke Argentina dah kompom. Messi who?
Messi boleh sambung balik juai Asstro HD. Re-group balik dgn Lampard. Kesian Lampard. Dah seminggu dia kena jual benda tu sorang2 sebab Messi ada game lagi.
Hail Fuhrer!
Ini baru betul2 world cup. Baru betul2 world !
Friday, July 2, 2010
Cerita haru ...
Gua ke Masjid Simpang 6, Sebelah KOMTAR.
Imam baru saja melaungkan azan pertama. Menyeru dan memberi amaran awal pada kaum lelaki Islam yang sedang makan nasi di kedai nasik S.H. Hameediah dan kedai nasik kandaq Safaa untuk menyegerakan suapan mereka.
Gua baru parking moto. Gua jalan slow² ke pagar depan masjid. Agak riuh di situ. Gua ingat ada demostrasi. Selalunya Masjid Simpang 6 ni terkenal dengan tempat permulaan demonstrasi, lebih-lebih lagi selepas Mac 2008.
Ada satu mami dok hingaq. Tangan dia dah pusing merata. Biasala mami kalo sembang tangan tak gawang kiri kanan, bukanlah mami namanya.
"Oh ok. Bukan demo," detik hati gua.
Ini mami punya hal. Gua tadah telinga, sambil berjalan nak masuk ke masjid. Cuba menangkap apa yang dihingaqkan oleh mami tu. Bahasa lainnnya, busy body. Hehe.
"Apa punya masjid ni? Pasai apa tadak tempat orang pompuan nak semayang? Orang dah bang (azan), mami mau semayang pasai apa tadak tempat orang pompuan sembahyang"
Itu rungutan mami tu. Tangan macam biasa, masih gawang ke hulu ke hiliaq.
"Bok brek bok brek bok brek", ntah apa tah lagi mami tu dok hingaq.
Satu hamba Allah. Berkumis nipis, berbaju melayu putih, berlebai putih, datang menghampiri mami tu. Cukup rilek. Cukup steady. Hero penyelamat.
"Hari ni hari Jumaat mami. Sebab tu masjid ni ramai orang laki. Depa nak semayang Jumaat. Mami nak ikut mai semayang Jumaat ka?", tanyanya lembut.
"Oih la lupa pulak hari ni hari Jumaat", sekonyong-konyong jawab mami tu.
Orang ramai pun beredar. Drama habis.
Yang tengah makan, terus makan.
Yang laki² terus ke masuk ke masjid.
Yang mami tu, entah ke mana perginya.
Haihhhh. Macam² perangai orang Tanjung ni. Haru.
Cerita Sengih-sengih di hari Jemaat pagi.
Hujan satu hari. 2 hari sebenarnya. Sejak semalam.
Masuk je ke opis, kerani gua ketuk pintu. Tersengih².
"Bos, ada surat," katanya.
"Apa dia?"
"Ni ha. Nak minta pelepasan, bos. Ada hal."
Rupenye dia dapat anugerah cemerlang 2009. Majlisnye tengah bulan 7 ni. Minggu depan.
Tahniah le.
Thursday, July 1, 2010
Cerita Kosong
Rasa blur semacam. Macam tak happening.
Mungkin sebab malam tadi tadak game wol kap.
Baca paper pun gitu-gitu ja.
Tapi nasik masa lunch tetap lebih. Aiyooh.
Wednesday, June 30, 2010
Cerita Bangla pun hamba Allah ...
Gua balik lambat. Dekat nak maghrib. Langsung singgah di Masjid Negeri untuk semayang maghrib.
Badan penat. Sehari berbengkel. Badan rasa berlengas. Risau juga kalao ada bau-bau kurang menyenangkan. Almaklumlah, baru balik kerja. Kot nanti ada bau, apa pula kata jiran sebelah menyebelah masa semayang nanti. Hidu sana hidu sini, lebih kurang. Clear (gua rasa).
Selepas siap amik ayaq semayang semua, gua terus join. Berbaris. Masuk barisan. Ops, ni bukan cerita politik. Gua cuma masuk saf nak semayang. Tak lebih dari itu.
"Allahuakbar", laung Imam bertugas.
Jemaah pun sama mengangkat takbir. Gua dan jemaah lain pun sama. Ada yang melaung kuat, ada yang berpejam mata tanda khusyuk. Semua cuba mencari konsentrasi menghadap yang Esa.
Saat itu, hidung gua menangkap bau kurang enak. Ditahan-tahan tapi tak tertahan. Menyucuk sungguh. Gua gagahi bersolat dlm keadaan kurang enak akibat menghidu bau-bauan yang kurang enak. Datangnya macam dari sebelah kanan.
Selepas salam, cepat-cepat gua mengesot ke belakang. Terencat konsentrasi. Gua cuba mencari sumber wujudnya bauan sebegini di dalam masjid.
Nun di sebelah tangan gua, ada satu pakcik. Dia pun nampak cepat-cepat berinjak dari kedudukannya. Bukan pakcik tu. Dan di sebelah tangan kanan pakcik tu, ada satu hamba Allah. Bangla. Ber-tshirt yang pada asalnya gua rasa musti berwarna putih tapi haritu warna putihnya dah nampak kelabu. Dan gua nampak muka dan tengkok dia semua masih berpeluh. Tanda dia mungkin baru habis mencari rezeki dan mungkin lansung ke masjid dalam perjalanan pulang. Sama macam gua. Agaknyala.
Tanpa prejudis, secara automatis sumber bau tersebut dapat dikesan. Dan memang confirm. Tak perlu diterangkan secara saintifik dan terperinci bagaimana gua sahkan perkara ini.
Hmm ... gua paham dia pun nak sembahyang. Dia pun hamba Allah. Tapi isk intai²la sama diri tu. Kalau dah terlalu teruk baunya, pepandaila buat apa yang patut. Kalau tidak, secara tak langsung, anda mengganggu kekusyukan solat orang lain. Mengundang ketidakselesaan orang lain.
Allah itu indah. Dan Dia suka keindahan dan kebersihan.
Gua nasihat ni untuk diri gua jugak.
Monday, June 28, 2010
Cerita Tentang A$tro Beyont. (In HD)
Cerita Akak part II
Wednesday, June 23, 2010
Cerita Akak
Friday, June 18, 2010
Ah ...
Tadak apa sangat nak komen pasal World Cup.
Yang paling best ialah bila Sepanyol kalah dengan Swiss.
Dan terkini hingga hari ni, Argentina menang 4-1 dgn Korea. Dan France sudah bleh tempah tiket balik apabila halah 2-0 kepada Speedy Gonzales, Mexico.
Ah ... mengapa gua rasa hambar world cup kali ni ha??
Wednesday, June 16, 2010
Cerita Malam Tadi
Gua, Wifey, dan anak-anak gagahi untuk ke Masjid Negeri Penang. Nak dengar ceramah dan menadah ilmu dari Ustaz Mail Kamus. Sori gua tak biasa panggil dia Dato. Lama gua menunggu kedatangan "Otai-otai" forum Ehwal Islam ni. Itu dulu. Sekarang ni forum Ehwal Islam hilang serinya.
Tatau di mana silapnya. Ehwal Islam seolah-olah menjadi satu forum yang hambar, kaku, bosan lagi membosankan. Salah satunya adalah kerana penonton terasa kehilangan barisan penceramah hebat.
Hebat di sini bukan hanya dari segi ilmu tetapi juga daya tarikan (atau aura) ketika berceramah. Selain ilmu, kemahiran komunikasi seperti boleh berceloteh dan tidak membosankan, selain tidak mengganggap seolah-olah "dia saja yang betul dan orang lain bodo" merupakan antara sebab musabab sesuatu ceramah atau majlis ilmu itu mampu menarik minat penonton. Penonton macam gua ni biasanya nakkan ceramah yang "hidup" dan gua rasa, itu yang mungkin menyebabkan Ehwal Islam hilang bisanya. Gua rasa la.
Hmm
Tahun lepas, Tuan Guru Datuk Harun Din ada datang ke tempat yang sama. Di Masjid Negeri Pulau Pinang. Ceramah pasal maulid Nabi kalau tak silap. Terasa rahmat yang dibawa oleh Ulamak sebagai pewaris Nabi. Masih gua ingat, dalam kekalutan jemaah masjid beratur untuk bersalam lepas beliau memberi ceramah, sempat lagi Ustaz Harun Din mengusap kepala Qaseh sambil berkata "cerdik budak ni".
Kebetulan malam tu, Pulau Pinang dah tak hujan hampir 2 minggu sebelum itu. Dan masih lagi gua ingat, selepas sahaja beliau menyampaikan kuliah dan bertolak pulang dari masjid, hujan turun selebat-lebatnya lebih kurang satu jam membasahi Pulau Pinang pada malam itu. Mungkin sesetengah orang kata itu kebetulan tapi bagi gua, itu kuasa Allah Taala..
Ok, berbalik kepada topik.
Ceramah dijadualkan bermula selepas Isyak. Sebelum tu ada perasmian bulan Al-Quran Negeri Pulau Pinang oleh Tuan Yang Terutama aka Gabenor. Gua tak amik pot pasal tu.
Anak-anak cukup happy.
Thaqif seolah-olah mendapat kepuasan maksimum bila dapat berlatih dan memahirkan ilmu jalan-rebahnya dengan sepuas hati di ruang masjid berkarpet. Berkawat ke hulu ke hilir melilau di dalam masjid.
Kakak pulak, macam itik pulang petang. Pun melilau-lilau ke sana ke mari dalam masjid. Bergaul dengan kawa-kawan baru dikenali. Biarkan. Biarkan diaorang biasa dengan suasana masjid. Biarkan diaorang tak kekok dengan persekitaran masjid. Biarkan.
Tiba-tiba MC buat pengumuman kata Ustaz Mail Kamus tak dapat hadir di saat² akhir.
Allah ... frustnya.
Tuesday, June 15, 2010
Cerita Bengong Pasal Bola
Lain-lain pasukan yang macam gempak contohnya England dan Argentina pula hanyalah gah di mata media. Namun Argentina sekurang-kurangnya masih menang walaupun 1-0 berbanding dengan England yang setiap 4 tahun sejak 1966 melaung kata-kata "This is our year." France? Erkh nampak masih terkial-kial mencari the new Zidane (bukan New Zealand).
Oranje aka Holland juga masih dalam perhatian dan menepati ramalan selaku penghuni tangga ke3 ranking dunia selepas kemenangan melawan orang gasar dari Denmark. Italy yang menggunakan khidmat kuda tua pada World Cup tahun ini pula nampak seolah-olah keletihan.
Kebanyakan pasukan merungut mengenai bola Addidas Jabulani yang terlalu ringan dan lebih sesuai diguna untuk bermain pingpong. Mungkin sebab itu juga, kita masih belum melihat gol dari direct freekick dan jumlah gol yang besar. Gua test pegang di kedai pun rasa macam ringan satu macam.
Ah apa-apa pun Brazil main malam ni. Mai kita tengok, boleh menang ke idak. Cis Dunga. Perosak seni bola Brazil.
Friday, June 11, 2010
Cerita World Cup Datang Lagi
Seperti biasa, dalam tempoh sebulan, di sana sini, akan ramai mereka yang secara tiba-tiba menjadi pengulas setaraf John Dykes, Dato Rahim Razali atau paling kurang pun, setaraf Hasbullah Awang. Akan ada pakar dalam bidang kejurulatihan dan analisis permainan yang juga tiba-tiba bercambah selaras dengan sepak mula ini. Dan tak lupa, akan ada yang datang ke opis, punch kad dan ghaib ke surau di pagi hari. Bukan untuk menunaikan sunat dhuha, tapi menyunatkan diri untuk tido.
Owh ya.
Secara rasminya, gua mengisytiharkan diri gua selaku penyokong Jerman untuk Piala Dunia kali ini. Kali ini, gua berpaling tadah dari menyokong pasukan kesayangan gua iaitulah Brazil. Sejak 1994, gua menyokong Brazil. Gua membesar di zaman kehebatan Romario, Bebeto, Cafu, Taffarel, Aldair, Leornardo, Roberto Carlos, Dunga, Cesar Sampaio, Jorginho dan segalanya sampaila ke zaman Ronaldinho, Rivaldo, Kleberson (ada lagi ke mamat ni) dan Ronaldo Gemuk. Ya Ronaldo Gemuk. The original Ronaldo. The Phenomenon. Bukan Ronaldo yang penyokong Man U puja tu. Yang tu apa barang.
1994
Segala-galanya berpunca dari Dunga selaku juruletih Brazil yang telah (hampir) menukarkan seni bola sepak samba kepada corak bola sepak Eropah. Apa yang bermain di fikiran Dunga ialah "biar main buruk asalkan menang" sedangkan majoriti peminat fanatik Brazil mengharapkan "main cantik dan menang" diteruskan. Bola sepak Brazil telah semakin lama semakin hilang seninya yang tersendiri dek gara-gara tindakan Dunga.
1998
Tak dinafikan, tektik Dunga agak membuahkan hasil yang memberansangkan. Memenangi Piala Konfederasi tahun lepas dan menjadi antara pasukan Latin Amerika yang terawal layak adalah perkara-perkara bagus yang tertulis dari resume beliau tapi peminat merasakan ada sesuatu yang kurang. Ya. Samba. Itu yang kurang. Seolah-orang orang Nogori makan nasi tapi takdo cili api. Bak kata salah sorang penyokong Skuad JangHoben, "Makan nasik takdo cili api ni, konyang totap konyang tapi raso macam ado bondo tak kono yo."
Owh ya.
Bagi yang mengikuti perkembangan blog gua sejak 5-6 tahun lepas, mungkin rasanya ada di antara kita yang terbaca cacatan gua yang berhajat sekali untuk melihat kemalangan maut depan mata. Masa tu gua masih bujang dan masih tak bekerja di Pulau Pinang. Gua takmau ulas panjang tentang tu. Hehe. Kebetulan, kejadian itu 4 tahun lepas pada hari yang sama (Jumaat) di hari sepak mula Piala Dunia 2006 antara tuan rumah, Jerman dan Costa Rica di mana game tu Jerman Menang 4-2.
Kebetulan, entri kali ni juga adalah pada hari Jumaat, dan pada hari sepak mula Piala Dunia.
Apakah ...?
Wednesday, June 9, 2010
Celoteh Kenduri
Kenduri banyak.
Walimatul urus. Kenduri masuk jawi. Semuanya kenduri.
Tapi sayang, budaya rewang atau kendara masa kenduri sudah tiada. Kita terlalu sibuk dengan duniawi sampai tak mengenal jiran. Begitu juga dengan jiran kita. Pun terlalu sibuk.
Kenduri banyak. Tapi semangat kenduri tu hilang.
Serius gua rindu nak tengok pemandangan macam ni.
Monday, June 7, 2010
Cerita Lagenda Budak Setan or Syaiton
Dulu masa sekolah, ramai yang pakai baca buku ni, terutamanya perempuan. Zaman tu dah berlalu. Zaman "Yo! Yo!". Zaman 4u2c, Res2, Feminin, KRU. Zaman lipstik tebal merah menyala sampai 1 batu boleh nampak. Zaman pakai boot tebal dan gantung CD di leher. Jangan memain. CD masa tu mahal. Kalau masuk pajak gadai, laku. Tapi masa tu la. Sekarang ni cd orang buat alas gelas saja.
Okla. Haritu.
Bini gua bagitau. Ada satu makcik di rumah tempat gua tinggal datang bual-bual dengan dia. Bual punya bual, sampaila ke cerita Lagenda Budak Setan ni. Dia cakap, dia tak kasi anak dia p tengok cerita ni kat wayang sana nu. Dia suruh anak dia tengok cerita Sherek 3 saja. Logik juga, sebab anak-anak dia kecik lagi. Lagipun anak-anak dia perempuan. Mesti takut pengaruh watak-watak cerita ni mempengaruhi anak dia.
Bini gua, dengan penuh berbasa-basi, cubalah bertanya sebab kenapa makcik ni tak bagi anak dia tengok cerita tu. Biasalahkan, nak jugak tahu kan.
Dan jawapan ikhlas dia:
"Makcik tak bagi la tengok cerita tu. Bunyi tajuk cerita tu pun dah macam cerita hantu. Takut nanti anak-anak balik tak tidoq malam pulak"
Astagaa ...........
Bini gua punya la jenuh nak tahan gelak masa tu.
Friday, June 4, 2010
Selamat hari cuti.
Cuti sekolah = Jemputan kenduri banyak.
Gua macam biasa. Berkhidmat untuk negara.
Monday, May 31, 2010
Ada beberapa perkara berlaku sepanjang cuti yang lepas.
Antaranya ialah pengumuman kerajaan bahawa penjualan rokok 14 batang ditangguh ke tahun depan. Maknanya, berita sedih yang diumumkan oleh Alfred baru-baru ini melalui laman web ini nampaknya tak jadi.
Gua juga terbaca dan terdengar di berita tentang ura-ura nak majukan tanah Kampung Baru, KL. Macam biasa, harapan dan jaminan diberikan untuk tidak mengabaikan penduduk asal Kampung Baru (baca: Melayu). Jaminan yang sama turut diberi pada penduduk asal Bangsar South a.k.a. Kampung Kerinchi, dan juga kampung-kampung lain di Kuala Lumpur seperti Kampung Abdullah Hukum, Kampung Pasir, Pantai Dalam dan lihatlah sendiri ketepatan janji tersebut.
Eh wait seminit.
Apa kena mengena cerita di atas dgn gua? Takpala. Anggap katalah noo yang itu luahan hati gua walaupun ia tadak kena mengena dengan gua. Gua pernah idop di KL. Lebih tepat, di kawasan Kampung Kerinchi/Pantai Dalam. Jadi kawasan-kawasan yang gua sebut di atas tu amat dekat di hati gua, lebih-lebih lagi bagi warga kelas bawahan macam gua. Gua observe. Gua melihat. Dan gua nampak sekarang ni, macam ada yang tak kena dgn Negara Malasia yang 1 ini. Ntahla.
Ok.
Jadi hari ni, gua handle sesi interbiu untuk memilih peserta program I-Kit dan I-Keunita, khusus untuk membantu wanita dan ibu tunggal di Tanjong bagi memberi mereka tunjuk ajar tentang ilmu-ilmu kewanitaan seperti jahitan, sulaman, dandadan dan pada masa yang sama cuba untuk melahirkan usahawan wanita secara kecil-kecilan.
Secara rasional, bila dah habih kursus, Gua tak expect para peserta ni terus bukak gudang kain macam kedai Jekel ka, Gulatis ka atau menjadi tukang jahit terkenal macam Rizalman ataupun tukang kasut termasyhur macam Jimmy Choo tapi cukup untuk bermula dahulu secara kecil-kecilan mengambil upah dari kawan-kawan sedara mara. Dan mereka ini (Insyaallah) akan dipantau perkembangannya dari masa ke semasa supaya mereka tak hilang arah selepas kursus ni semua.
Sedih tengok orang-orang yang datang. Bukan tak rajin tapi taktau nak mula macam mana. Ada yang buat kuih sikit-sikit, buat cucur sikit-sikit. Ada yang ditinggal tak bertali (bercerai tak tapi kena tinggal) dan tak tahu nak buat apa. Mereka datang dengan harapan untuk majukan diri. Tapi tak tahu macam mana nak mula. Itu tugaslah gua sekarang. Bukan untuk mengejar KPI semata, tapi membantu masyarakat sekadar termampu.
Owh ya.
Dan hari ini, gua diserang resdung. Akibat banyak memakan benda berbelacan agaknya. Untuk rekod, gua telah bersin hampir 100 kali hari ini (Isnin) dari jam 8 pagi sampai 1 tengah hari tadi. Itu catatan tak rasmi. Gua stop jadi panel interbiu jam 2 pm tadi kerana tak tahan dengan serangan gatal hidung yang meluap-luap. Bagi anak-anak buah saja yang tolong handlekan.
Nanti kita story lagi. Dalam dok menaip ni pun dah dekat 14 kali bersin.
Monday, May 24, 2010
Cerita Berat-berat.
Gua menunggu big boss dari KL. Sambil-sambil menunggu, gua lepak di kafe. Minum kopi O sambil menyedut produk yang mengandungi "4000 bahan kimia berbahaya termasuk Tar,Nikotin, Karbon Monoksida dan racun tikus".
Sekonyong-konyong, gua terjumpa seorang sohabat universiti. Gua ajak minum. Kejap ja katanya, ada hal nak ke hotel. Tapi kami tetap berbual. Dari cerita kehidupan masing-masing, cerita tentang kerja, kutuk orang tu, kutuk orang ni, sampaila ke cerita hal-hal diri dan rumah tangga. Dia tanya soalan pasal rumah dan tangga. Diulang, rumah dan tangga. Bukan rumah tangga.
Dia tanya gua, "Tak beli rumah lagi ka?"
"Belum," jawab gua sepatah.
"Awat tak beli lagi?"
"Aku dok kuarters Kerajaan ja. Lagipun kerja aku ni, boleh bertukar ke mana-mana saja. Malasla nak beli lagi"
"Ha itu la silapnya. Hang dah la dok Penang. Patut kena invest sebab rumah di Penang ni makin mahal. Kita beli rumah bukan untuk duduk saja skang ni. Kita beli rumah banyak-banyak. Buat investment. Pelaburan masa depan. Macam aku buat," dia tarbiah gua. Kemudian dia mola cerita rumah-rumah dia beli atas nama pelaburan. Beli rumah RM300 ribu dan lepas beberapa tahun, harganya mencecah hampir RM1 juta.
Gua diam. Mengiyakan pun tidak. Menafikan pun tidak. Member gua, apa lagi, dia naik sheikh. Naik seronok pula dia membebel kat gua. Dia tarbiah gua banyak-banyak mengenai program "beli-rumah-untuk-pelaburan-masa-depan" ni. Macam-macam cadangan, nasihat, pandangan dan sebagainyanya dia bagi walaupun gua tak minta.
Lama gua diam. Mendengar nasihat dan tarbiah dia. Selepas beberapa ketika, kami beredar. Sebenarnya dia yang beredar. Ada hal mustahak. Gua masih kena tunggu bos gua di airport. Menjamah kopi O yang dah sejuk dan tak sempat gua minum gara-gara mendengar tarbiah percuma tadi. Gua order roti bakar. Letih dengaq ceramah ni.
Dalam minda, gua terfikir.
Perlukah kita buat duit dengan cara ni? Bukankah rumah itu keperluan? Kenapa perlu melabur beli rumah, buat spekulasi tentang tempat tu untuk kasi harganya naik. Dan kemudiannya jual. Untung atas angin. Bercerita tempat tu 15 tahun lagi akan jadi pusat perdagangan dunia. Dan kemudiannya jual. Atau mungkin 30 tahun lagi tempat tu akan ada Disneyland dan Universal Studio dan sekaligus meningkatkan nilai hartanah? Dan kemudiannya jual.
Gua nampak rumah sebagai satu keperluan. Banyak lagi manusia di Malaysia terutamanya di bandar-bandar yang perlukan rumah. Sebab itu wujudnya istilah miskin bandar. Istilah miskin bandar dan miskin di desa lain. Manusia-manusia kelas bawahan macam gua yang tinggal di Pantai Dalam, Sentul, Georgetown, JB, Kampung Kerinchi rasanya tak memikirkan rumah sebagai satu pelaburan tapi sebagai satu keperluan. Keperluan mendesak. Bayangkan jika gaji RM2 ribu (wow bunyi macam banyak) tapi menanggung 4 anak bersekolah dan tinggal di tengah metropolitan.
Rumah PPR yang hanya ada 3 bilik memuatkan katil single itu yang perlu dikaji pelannya, dibina dan dijadikan pelaburan untuk rakyat. Bukan pelaburan dari segi material sahaja tapi pelaburan dari segi pembentukan generasi baru. Sebab apa gua kata macam tu? Sebab bagi gua, salah satu punca gejala sosial yang teruk ini adalah disebabkan keperluan rumah untuk golongan ini yang banyak terabai. Mereka tak mampu memiliki rumah bernilai RM1 juta ke atas seperti yang dicanang oleh member gua tadi.
Dan dek kerana manusia-manusia yang seperti sohabat gua itulah yang gua rasa menjadikan harga rumah kini semakin di tahap tak munasabah. Ramai lagi yang berfikiran sedemikian. Mengubah sesuatu yang asalnya merupakan keperluan asas sebagai satu barang mewah.
Semuanya kerana duit. Ya duit. Ongkos, Rupiah, RM. Ya duit yang menyebabkan manusia menjadi macam ni. Duit itu berhantu. Kata alim ulamak dan bijak pandai, duit ni kalau dibiarkan dia akan mengawal kita. Duit ini kalau dibiarkan, dia mampu membuatkan kita rasa seolah-olah "makin banyak makin tak cukup".
Gua mengiyakan apa yang alim ulamak dan bijak pandai kata. Itu tak dinafikan.
Corong pembesar suara mengumumkan ketibaan flight yang gua tunggu. Gua bangun, bayarkan minum dan roti bakar kami berdua tadi, selepas gua nampak dia macam bagi signal suruh gua bayaq dengan cara beredar cepat-cepat.
Dunia dunia. Cerita pasai juta-juta. Nampak macam korporat. Pelaburan rumah la itu la ini la tapi minum kopi pun gua yang bayaq.
Thursday, May 20, 2010
Cerita Gomos
Gua mula dilanda aura kejambangan ini selepas sekolah. Lebat. Macam-macam stail jambang gua dah buat. Walaupun ditrim, gua tetap rimas kerana jambang yang ditrim dengan penuh teliti tu cepat sangat hilang "sengatnye" dek kerana kadar pertumbuhannya yang terlalu cepat.
Paling lambat pun, 2 hari gua mesti kena shave seluruh muka. Kalao tak, jadi ala-ala Tom Hanks dalam cerita-apa-tah-gua-lupa-tajuknya. Ala yang dia tersesat/terkandas di satu pulau tu. Habis berbulu satu badan.
Gua pernah tanya doktor/tabib cina/dukun/farmasi tentang cara-cara nak mengurangkan penumbuhan jangguut/jambang ni tapi jawapan yang diberi adalah kurang memuaskan. Dan seperti biasa, alasan gua hendak menghilangkan segala bulu-bulu jambang secara kekal ini adalah hanya kerana satu alasan. Gua rimas.
Perasaan itu kekal. Sampaila lepas kahwin. Dan ada anak.
Selepas kahwin dan ada anak-anak. Baru gua sedar. Rupa-rupanya, Allah Taala ni memang dah tetapkan yang setiap kejadian tu ada hikmahnya. Tanpa gua sedari, Dia jadikan jambang itu sebagai medium untuk tempat anak-anak bermanja.
Anak-anak gua, baik Qaseh ataupun Thaqif suka sangat gosok tapak tangan derang kat dagu gua. Malam-malam pulak sebelum tido, gua suka gomos muka gua ( yang hensem) berjambang ni ke badan diaorang. Lepas tu gelak-gelak dek kegelian. Sebab tu gua suka gomos budak-budak ni.
Mungkin bulu-bulu halus yang tumbuh itu memberi hiburan pada diaorang. Mungkin bulu-bulu halus itu memberi ketenangan dan dia orang rasa selamat diaorang bila berada di samping gua. Dan mungkin bulu-bulu halus di muka (kacak) gua itu Allah jadikan adalah alat mengurangkan tekanan hidup gua apabila mendengar anak-anak ketawa semasa menyentuhnya.
Serius gua tak pernah terpikir perkara tu selama ni. Betapa Allah cukup berkuasa dalam setiap kejadian.
Memang apa Allah bagi kat kita semuanya tak terduga. Maha Suci Allah.
Monday, May 17, 2010
Cerita Bacin dan Baby Gangren-nya.
Ini Thaqif. Hero gua. Nama manjanya, gua selalu rujuk sebagai "Bacin-bacin". Sebab die ada bau acin-acin. Seronok gomos-gomos Bacin ni. Achem achem bau dia. Manja tapi sangat aktif. Almaklumlah, hero.
Seperti budak-budak lain yang ada bantal busuk, Bacin pun ada "baby" dia. Atau bantal busuk. Asal nak tidoq atau nak minum susu, musti dia peluk baby dia. Pun menjadi masalah besar sekiranya kami travel tak bawak baby ni. Walaupun tido di bawah ketiak gua, baby dia tetap akan dibawa.
Ini rupa baby dia masa baru beli. Ada dua jenis sebenaqnya. Hensel and Gretel dari K'z Kids. Ala yang cerita org putih dulu-dulu tu.
Kakak dia pun ada satu. Namanya Gretel, sebab perempuan dan kaler pink. Bacin punya nama Hensel. Biru. Sesuai dengan jiwa lelaki. Ehem.
Bacin sayang sangat dengan baby dia. Habis baby dia dipeluk dicium dan jugak dimamah benda alah tu. Sama macam kakak, bacin tak boleh tido kalo tadak baby dia.
Namun selepas setahun, Hensel diserang penyakit. Kakinya terkena gangren walaupun tidak merokok dan bebas dari kencing manis. Terpaksa dipotong. Jadi, inilah rupa Hensel yang terkini.
Bukan setakat kena gangren dan kena potong kaki, jambul hensel yang sejemput pun kena potong. Hmmm nanti ba beli yang baru ye.
Tuesday, May 11, 2010
Friday, May 7, 2010
Cerita hari ibu .....
Penonton kusyuk menonton Sofea Jane. Berkemban. Seksi.
Penonton kusyuk melihat aksi Nasir Bilal Khan, yang melakonkan watak suami bodoh dan dayus akibat penangan nasik kangkang.
Suasana sunyi sepi. Hening. Hanya suara dari filem "Perempuan, Isteri dan ..." yang kedengaran. Gua pun turut sama terpaku. Terpesona. Bukan dengan jalan cerita, tapi lebih kepada kejelitaan Sofea Jane.
Tiba-tiba.
Ada satu "spesel effect" mencelah. Jeritan kuat. Memecah dan menggegarkan panggung Kapitol. Nampak 2 susuk tubuh manusia. Berjalan dari baris ke baris mencari seseorang, atau lebih tepat, mencari gua. Dua susuk badan yang amat gua kenal. Dua jeritan suara yang amat gua ingat.
Penonton lain dah mula marah dengan spesel effect tak diundang ni. Ada yang dah maki-maki kerana tumpuan mereka terganggu. Dan dua susuk tubuh itu tak peduli. Mereka terus mencari.
"YUSMANNNNNN !!!!!!!!"
"YUSMANNNNNNNNNNNNN !!!!!!"
"YUSMANNNNNNN ......... BALIKKKKKK !!!!!!!"
"SAPA AJAQ HANG MAI TENGOK CERITA LAGU Ni???? BALIKKKKKKKK !!!!"
Garang. Dan keras sekali suara itu. Takutnya gua masa tu, tuhan saja yang tau.
Itulah suara abah dan arwah mama. Rupanya depa lalu depan wayang Kapitol dan nampak poster "NOW SHOWING" cerita "Perempuan, Isteri dan ...". Apa lagi, terus meluru la dua-dua tu masuk dalam wayang.
Untuk pengetahuan semua, gua memang suka tengok wayang. Sedari darjah 3 gua dah p tengok wayang. Gua p tengok wayang haritu pun dengan keizinan depa berdua. CUMANYA, kali ni depa terlupa/terlepas pandang nak tanya cerita apa. Selalunya depa dah "screening" dulu segala maklumat sebelum bagi kebenaran.
Nak p dengan sapa? Sapa kawan? Anak sapa? Pukoi berapa nak balik? Cerita apa?
Itu semua soalan yang membuktikan perbezaan ibu bapa dulu dan ibu bapa sekarang. Semua dia tanya. Ibu bapa sekarang, anak umoq 15 tahun curik² bawak naik kereta sampai pukol 2 pagi pun depa tak tau. Tapi tak malu mengaku "mengenali" anak depa. Haihhhh.
Ok.Berbalik pada kisah di panggung Kapitol tadi.
Sudahnya, lepas lebih kurang 15 minit. Dua susuk tubuh tu pun keluaq panggung. Tak jumpa gua. Sebab panggung kan gelap. Memang la tak jumpa. Tapi siap la gua sat lagi.
Macam mana pun gua tetap kena balik ke rumah. Jadi habuan yang menanti adalah di rumah. Libasan rotan ke betis tanpa belas kasihan oleh abah dan bebelan maut memecah telinga adalah pengajaran berguna supaya gua jangan "dok gatai tak ketahuan sangat".
Itulah antara kenangan terindah gua dgn arwah mama. Tadak makbapak rasanya yang "kepung" anak dia sampai lagu tu. Bayangkan dia boleh masuk dalam wayang cari gua dalam tu semata-mata tak mau anak dia tengok cerita "yang bukan-bukan".
Tapi tu la. Tanpa kepungan, jagaan, libasan, bebelan dan segala macam tindakan, gua tak rasa gua boleh jadi manusia seperti sekarang. Walaupun garang, mama dan abah adalah manusia yang bertanggungjawab didik gua adik beradik. Walaupun garang, mama dan abah tak pernah abaikan kami. Kalu cuti, mesti bawak jalan-jalan tak kira la p Penang ka, p Kola Lumpur ka. Kalu gua teringin sangat nak makan Kentaki, abah sanggup bawak kami ke Aloq Staq untuk bagi kami makan sebab Kentaki masa tu tadak di Perlih. Tapi bab disiplin, tadak tolak ansoq.
Terima kasih mama dan abah. Selamat hari ibu buat arwah mama dan selamat hari bapa buat abah. Along sayang semua, mama dan abah.
Monday, May 3, 2010
Selkom Macam Chilaka.
Inilah musibatnya kalo semua servis nak dimonopoli.
Baik perkhidmatan letrik, kapai terbang, jalan bertol, bahkan perkhidmatan mengangkut najis.
Ah.
Sekian entry untuk hari ini.