Monday, June 7, 2010

Cerita Lagenda Budak Setan or Syaiton

Sekarang, wayang tengah mainkan cerita Lagenda Budak Setan. Karya AA. Sebagai tempiasnya, harini gua nak story cerita tu. Tapi bukan preview. Sekadar menggamit memori.

Dulu masa sekolah, ramai yang pakai baca buku ni, terutamanya perempuan. Zaman tu dah berlalu. Zaman "Yo! Yo!". Zaman 4u2c, Res2, Feminin, KRU. Zaman lipstik tebal merah menyala sampai 1 batu boleh nampak. Zaman pakai boot tebal dan gantung CD di leher. Jangan memain. CD masa tu mahal. Kalau masuk pajak gadai, laku. Tapi masa tu la. Sekarang ni cd orang buat alas gelas saja.

Okla. Haritu.

Bini gua bagitau. Ada satu makcik di rumah tempat gua tinggal datang bual-bual dengan dia. Bual punya bual, sampaila ke cerita Lagenda Budak Setan ni. Dia cakap, dia tak kasi anak dia p tengok cerita ni kat wayang sana nu. Dia suruh anak dia tengok cerita Sherek 3 saja. Logik juga, sebab anak-anak dia kecik lagi. Lagipun anak-anak dia perempuan. Mesti takut pengaruh watak-watak cerita ni mempengaruhi anak dia.

Bini gua, dengan penuh berbasa-basi, cubalah bertanya sebab kenapa makcik ni tak bagi anak dia tengok cerita tu. Biasalahkan, nak jugak tahu kan.

Dan jawapan ikhlas dia:

"Makcik tak bagi la tengok cerita tu. Bunyi tajuk cerita tu pun dah macam cerita hantu. Takut nanti anak-anak balik tak tidoq malam pulak"

Astagaa ...........

Bini gua punya la jenuh nak tahan gelak masa tu.

5 comments:

nifalnin... said...

wakakakakak... nasib baik dok bilik sorg.. bleh layan gelak kuat2... wakakakak.. ingtkan takut pengaruh kat anak2... skali takut hantu da.....

*mau cuti rabu nih mau pg tgk LBS sama chenta hati... huhuuuhuuu...

Hazwani said...

laaa.. ingtkn sbb elemen lucah ke ape ke..

uNcLeJoE said...

hehehehe satu set induksi yang bagus untuk meneruskan kuliah ni dan tak tidur dalam kelas... hehehe syabas...

hmmm rasenya baik la... guna duit beli tiket wayang tu.. simpan ekkk ajar anak2 menabung tak pun ajar anak menderma untuk mereka di gaza...

peringatan lebih banyak untk tuan punye jari yang menaip ini...

salam:-)

kdg2 uj terlepas link ni kalu tak sama2 menjenguk... so UJ linkkan ke blog UJ ok...

Hambali ® said...

Nifalnin/Wani: Kena promote novel LBS tu kat dia ... wakakaka

UJ: Tak salah rasanya nak bagi galakan dan sedikit hiburan kat anak. Kasi chance la dia tengok wayang. Cerita budak-budak dah la ... habuan dia relax dan release tensen jap ... :)

Ummu Auni Afif said...

keh keh keh
tapi baguslah, cerita tu pun macam tak berst saja :P