Wednesday, June 30, 2010

Cerita Bangla pun hamba Allah ...

Haritu.

Gua balik lambat. Dekat nak maghrib. Langsung singgah di Masjid Negeri untuk semayang maghrib.

Badan penat. Sehari berbengkel. Badan rasa berlengas. Risau juga kalao ada bau-bau kurang menyenangkan. Almaklumlah, baru balik kerja. Kot nanti ada bau, apa pula kata jiran sebelah menyebelah masa semayang nanti. Hidu sana hidu sini, lebih kurang. Clear (gua rasa).

Selepas siap amik ayaq semayang semua, gua terus join. Berbaris. Masuk barisan. Ops, ni bukan cerita politik. Gua cuma masuk saf nak semayang. Tak lebih dari itu.

"Allahuakbar", laung Imam bertugas.

Jemaah pun sama mengangkat takbir. Gua dan jemaah lain pun sama. Ada yang melaung kuat, ada yang berpejam mata tanda khusyuk. Semua cuba mencari konsentrasi menghadap yang Esa.

Saat itu, hidung gua menangkap bau kurang enak. Ditahan-tahan tapi tak tertahan. Menyucuk sungguh. Gua gagahi bersolat dlm keadaan kurang enak akibat menghidu bau-bauan yang kurang enak. Datangnya macam dari sebelah kanan.

Selepas salam, cepat-cepat gua mengesot ke belakang. Terencat konsentrasi. Gua cuba mencari sumber wujudnya bauan sebegini di dalam masjid.

Nun di sebelah tangan gua, ada satu pakcik. Dia pun nampak cepat-cepat berinjak dari kedudukannya. Bukan pakcik tu. Dan di sebelah tangan kanan pakcik tu, ada satu hamba Allah. Bangla. Ber-tshirt yang pada asalnya gua rasa musti berwarna putih tapi haritu warna putihnya dah nampak kelabu. Dan gua nampak muka dan tengkok dia semua masih berpeluh. Tanda dia mungkin baru habis mencari rezeki dan mungkin lansung ke masjid dalam perjalanan pulang. Sama macam gua. Agaknyala.

Tanpa prejudis, secara automatis sumber bau tersebut dapat dikesan. Dan memang confirm. Tak perlu diterangkan secara saintifik dan terperinci bagaimana gua sahkan perkara ini.

Hmm ... gua paham dia pun nak sembahyang. Dia pun hamba Allah. Tapi isk intai²la sama diri tu. Kalau dah terlalu teruk baunya, pepandaila buat apa yang patut. Kalau tidak, secara tak langsung, anda mengganggu kekusyukan solat orang lain. Mengundang ketidakselesaan orang lain.

Allah itu indah. Dan Dia suka keindahan dan kebersihan.

Gua nasihat ni untuk diri gua jugak.

3 comments:

nifalnin... said...

klu stop kat rnr utk solat, terpaksa pki telekung yg dah berbau... apa blh buat.. salah sndr sebab x bw telekung...

Hambali ® said...

bayangkan, tudung/telekong putih boleh naik kuning/kelabu dan dipenuhi bintik bintik tahi lalat. Baunya puhhh .... rendam downy 4x sebotol pun belum tentu hilang

itulah rupe kain telekong wakaf di RnR atau mana2 surau di Malaysia.

Angah said...

aku kalau solat masa travel tak pakai telekung pun. janji menutup aurat sudah. bawak setokin jek.