Friday, July 2, 2010

Cerita haru ...

Tadi. Baru tadi. Masa sembahyang jumaat.

Gua ke Masjid Simpang 6, Sebelah KOMTAR.

Imam baru saja melaungkan azan pertama. Menyeru dan memberi amaran awal pada kaum lelaki Islam yang sedang makan nasi di kedai nasik S.H. Hameediah dan kedai nasik kandaq Safaa untuk menyegerakan suapan mereka.

Gua baru parking moto. Gua jalan slow² ke pagar depan masjid. Agak riuh di situ. Gua ingat ada demostrasi. Selalunya Masjid Simpang 6 ni terkenal dengan tempat permulaan demonstrasi, lebih-lebih lagi selepas Mac 2008.

Ada satu mami dok hingaq. Tangan dia dah pusing merata. Biasala mami kalo sembang tangan tak gawang kiri kanan, bukanlah mami namanya.

"Oh ok. Bukan demo," detik hati gua.

Ini mami punya hal. Gua tadah telinga, sambil berjalan nak masuk ke masjid. Cuba menangkap apa yang dihingaqkan oleh mami tu. Bahasa lainnnya, busy body. Hehe.

"Apa punya masjid ni? Pasai apa tadak tempat orang pompuan nak semayang? Orang dah bang (azan), mami mau semayang pasai apa tadak tempat orang pompuan sembahyang"

Itu rungutan mami tu. Tangan macam biasa, masih gawang ke hulu ke hiliaq.

"Bok brek bok brek bok brek", ntah apa tah lagi mami tu dok hingaq.

Satu hamba Allah. Berkumis nipis, berbaju melayu putih, berlebai putih, datang menghampiri mami tu. Cukup rilek. Cukup steady. Hero penyelamat.

"Hari ni hari Jumaat mami. Sebab tu masjid ni ramai orang laki. Depa nak semayang Jumaat. Mami nak ikut mai semayang Jumaat ka?", tanyanya lembut.

"Oih la lupa pulak hari ni hari Jumaat", sekonyong-konyong jawab mami tu.

Orang ramai pun beredar. Drama habis.

Yang tengah makan, terus makan.
Yang laki² terus ke masuk ke masjid.
Yang mami tu, entah ke mana perginya.

Haihhhh. Macam² perangai orang Tanjung ni. Haru.

4 comments:

nifalnin... said...

heheheh... lawak la mami tu... mesti mcm kartina aziz dlm citer mami jarum... hehhehhe...

Hambali ® said...

mamai kot. Baru bangun ka apa. Serius pelik. Nak kata metally-retarted pun, maca ya jugak. Tapi tulah rencah dunia :)

mayomyth said...

Hui, Hamidiah sedap tu.. tapi takde tempat duduk selalunya kalau datang ramai-ramai.

Hambali ® said...

amat ... itu hameediah kat komtar tu tak original .... ramai org luar terkena sebab taktahu

yang ko ckp hameediah tak cukup tempat duduk tu, yang tu di campbell street .... memang terbaik briyani dia. Design pun memg oldies