Wednesday, November 25, 2009

Cuti sekolah

Sekarang ni musim cuti sekolah. Lama tu. Dekat 2 bulan kalo tak silap aku.

Bagi yang tengah amik SPM, selamat menempuh peperiksaan ye adik-adik. Bagi yang tengah amik SPM dalam banjir, harap² hangpa tabah dengan dugaan ni. Dugaan dari Ilahi.

Sesekali terpikiaq jugak aku. Apa budak² sekarang buat masa cuti sekolah ni ya? Masa aku kecik-kecik dulu, cuti sekolah memang satu masa yang dinanti-nantikan. Ya la dah nama pun budak kan? Mesti la nak tunggu cuti sekolah.

Banyak program yang kami plan masa tu. Sumanya menyihatkan. Dijamin.

Antara aktiviti yang biasanya dibuat dulu-dulu masa cuti sekolah adalah naik beskal dari Kangaq ke Batu Pahat. Bukan Batu Pahat di Johor nu tapi Sungai Batu Pahat di Perlis ni la. Yang ada Taman Ular tu ha. Mampoihla kami kalo kena kayuh beskal p sampai Johor nu.

Nak plan bukan susah macam sekarang. Tak payah berhp-hp pun. Bincang hari apa nak p, pukoi berapa nak p, berkumpoi di mana. Terus set. Dengan apa? Semestinya naik beskal la.

Syok ooo naik beskal ramai-ramai. Masing-masing bawak beg galas. Ada botoi ayaq, nasik mak buat dan sepersalinan untuk mandi manda sat lagi. Tak lupa, beg plastik untuk bubuh baju basah sat lagi.

Masa tu kami kecik-kecik saja. Dalam darjah 6. Biasanya kami p ikut jalan Abi. Keta tak banyak sangat masa tu. Jalan pun tak berapa sibuk. Itu yang mak pak tadak masalah nak bagi kami p dengan beskal walaupun jarak dia lebih kurang 15 km jugak, sehala. Jauh jugak tu.

Dulu di Batu Pahat tu, ada macam satu mini zoo. Sampai di Batu Pahat, musti lalu ikut situ. Free, tak berbayaq pun. Tapi tempat tu tak terjaga. Ada la 7-8 sangkaq kot. Aku pun dah lupa apa menatang yang ada di situ. Tapi memang tak terjaga tempat tu. Busuk. Kotoq. Kesian kat menatang yang dok dalam tu. Paling kesian, ada sekoq beruang dalam satu sangkaq tu. Kuku dia masa tu kalo tak silap aku dah dekat sejengkal. La ni aku tatau apa jadi kat tempat tu.

Sampai di sana, tadak aktiviti yang paling best selain daripada mandi di Sungai Batu Pahat. Ada acara terjun tiruk. Ada lawan berenang. Ada lawan sapa berani p berenang tempat orang tua (sebab tempat orang tua kan ayaq dia dalam).

Tapi acara paling popular ialah "lawan sapa paling lama menyelam". Rasanya itu memang acara wajib sampai sekarang. Caranya mudah. Pakat-pakat ramai-ramai tarik nafas dalam-dalam ... dan hurppppp tahan la nafas selama mungkin dalam ayaq tu. Ada jugak yang kecoh. Tarik nafas sama-sama tapi bila masa nak selam, dia yang masuk lambat. Itu pun nak kecoh.

Bila dah ketaq-ketaq dan merah mata, baru pakat naik. Bagi yang bawak bekal mak masak, pakat makan la. Yang tak bawak bekal, biasanya p la beli jagung bakaq atau apa² makanan yang orang jual tepi-tepi tu.

Lepas makan, kalo rasa tak puas, pakat terjun balik dalam ayaq. Berendam (dan berkubang lagi) lagi. Selagi tak puas, selagi tu pakat berkubang. Sampaila dah kecut sangat dah kaki tangan semua baru pakat balik.

Biasanya semua aktiviti ni selesai bila dah nak petang. Mai dalam pukoi 3-4 petang, semua dah siap nak balik dah. Kayuh balik la kami ke Kangaq. Masa tu dah pakat tak gelak² dah. Semua dah mola letih. Kayuh beskal pun dah tak dalam kumpulan lagi dah. Sapa larat, dia p dulu. Yang tak larat, dok la di belakang. Sampai rumah, malam tu musti terjelepok. Lena. Letih. Mengaji Quran pakai tak pi dah malam tu. Tapi mama sporting masa tu. Dia kasi je gua ponteng ngaji.

Itulah antara aktiviti kami dulu. Nanti-nanti kalo ada, gua cerita lagi pasai aktiviti lain. Suma jadi kenangan terindah masa cuti sekolah dulu-dulu. Lasak. Adventurous.

6 comments:

Anija, said...

hahaha.. bila baca post ni, aku pon teringat zaman kanak2 ku.. aku pon buat mcm ni (kayuh beskal p batu pahat).. masa kita dulu sangatla seronotnya.. kesian kat anak2 kita la ni, mandi sungai jangan harap la.. nak biaq p kedai dekat umah pon tak leh..
keep on writing woi.. u have such a big idea! kim salam Lila..

blackpurple @ jowopinter said...

Aku dulu2 bila cuti sekolah jer, pagi dalam kebun getah, petang kebuh kelapa / nanas....

X-weatherman said...

Aku orang pantai timur..cuti sekolah ni biasanya musim tengkujuh..apa lagi nak buat time musim tengkujuh kalau bukan main hujan.

pastu pi tangguk ikan laga..celen orang kampung sebelah..

Hambali ® said...

Anija: Itu belum lagi cerita bab kayuh beskal p Bukit Jernih di Chuping. Lagi la jauh.

Bung JP: Tak pernah lagi merasa duk area ladang kelapa sawit/nenas. Tapi pengalamannya sama jugak. Masing2 asal dari kampung. Hehe

Swock: Itu bergantung pada cuaca. feveret jugak tu. Perlis dah jarang banjir. Dulu asal hujan depan Kg Guru musti banjir. La ni dah kurang.

Unknown said...

hang mst naik gerek BMX GT masa tu yus.. :)

Hambali ® said...

masa tu aku naik gerek LeRun.

Yang ada BMX Haromaster tu Pacchen ja ....