Friday, November 13, 2009

Potong punya cerita

Sejak dua menjak ni, 1Malaysia heboh pasal potong. Iklan potong to be exact. Dah dibawa ke Parlimen pun. Suruhanjaya Komunikasi (SKMM) pun dengarnya dalam kajian untuk potong iklan potong tu dari telibisyen. Berapa tahun dia kaji, itu gua tak pasti.

Haritu. Ada member tanya gua. Bunyi dia macam tak puas hati.

"Apa komen hang pasai iklan potong yang kat telibisyen tu?"

"Aaa?"

"Alaaa iklan potong yang P! WaiMax tu. Takkan hang tak tengok?"

"Aaaaaaaa.... ooo iklan tu. Aku ada tengok. Awat?"

"Kompeni yang buat iklan tu main-mainkan pulak adat kita. Ada ka patut?? Tak sensitif langsung. Benda potong tu dia dok main-mainkan pulak. Kurang ajaq sungguh. Ni dah kira hina kita punya bangsa". Semangat member gua ni. Ini betul-betul marah ni. Ada chance nak kena jual.

"ooooo." Jawab gua. Ringkas.

"Hang ni macam tak kisah ja orang dok pemain budaya bangsa kita. Orang macam hang ni la tadak jati diri. Patutnya kita tentang iklan ni. Tulis surat kat surathabaq. Minta diharamkan iklan tu kat tv" Marah sungguh dia. Gua pulak yang kena.

"Awat hang sendiri tak hantaq kat surat habaq?" Gua tanya.

"Hang la buat. Hang kan kerja gomen. Kalau hang hantaq mesti depa siarkan. Aku ni kerja kampung saja...."

Pulak dah ..... apa kaitan keja aku dengan benda ni?