Monday, November 9, 2009

Gila.

...Macam bunga api sambut Merdeka di Dataran


Gila.

Tu saja gua boleh kata bila tengok dalam TV perlawanan akhir Piala Malaysia antara N9 lawan Kelantan di Bukit Jalil haritu. Tapi sebelum tu, tahniah pada Nogori. Penantian 61 tahun depa berakhir.

Gua minat bola. Gua sokong SingaUtara. Masa bujang dulu, gua dah p rata alam dah tengok bola ni. Kecuali Std Kelantan, Std Terengganu dan Johor. Dan of course la Sabah Sarawak. Mana penah gua p Sabah Sarawak.

Di Std Utama Kangar pun, dah berpuluh2 match gua tengok. Gua start pi stadium tu dari mula std tu dibina dan dibuka untuk Piala Dunia Remaja 1997 sampai sekarang.

Sebelum tu, gua dengan kawan-kawan tengok bola di Stadium Dato Sheikh Ahmad, sebelum terbinanya Stadium Utama Kangar. Taraf stadium ni rasanya kira macam Stadium Kelantan / Terengganu. Asalnya gua p tengok bola ni ikut kawan-kawan saja. Umoq 11 atau 12 tahun lagi abah dan mama dah bagi gua p stadium. Tak macam sekarang. Nak berjalan sorang pun takut kena kidnap. Kena rogol. Kena liwat.

Dulu gua masuk stadium menyelit-nyelit saja. Budak-budak kan. Bila sampai stadium, tumpang la sapa-sapa orang tua yang nak masuk stadium, mengaku la anak dia sat. Dapat la masuk stadium. Free. Pakcik-pakcik / orang tua masa tu pun banyak yang jenih sporting. Org jaga tiket pun sporting. Depa tak kisah pun.

Pernah dulu kami 4-5 orang masuk sekali dengan satu pakcik tu. Dia cakap ni suma anak dia. Walhal memang features masing-masing lain sungguh. Lepas ja pintu masuk, kami pun ucap terima kasih kat dia dan masing-masing bawak haluan sendiri. Sopan santun tetap diutamakan. Budak-budak. Hidup pun mudah. Tak complicated.

Sekarang ni Std Dato Sheikh Ahmad dah dirobohkan. Di"clear"kan struktur stadium dan dijadikan padang terbuka. Dari situlah minat gua untuk tengok bola ni hidup subur. Sampai sekarang. Cuma kurang aktif sebab dah bekeluarga dan ada sepasang "handbag" yang comel.

Masa tu, tadak rusuhan. Tadak mercun. Paling kuat pun maki hamun. Itu pun secara perseorangan. "Player bodo, kaki bangku" tu antara yang biasa kedengaran. Bunyi macam lalat ja. Sebab tu mak bapak gua tak risau gua p stadium. Insyallah selamat.

Satu benda gua perasan, penyokong SingaUtara ni tengok bola macam tengok wayang. Tak reti sorak ramai2. Maki hamun secara perseorangan saja. Yang tau, pakat p stadium, "tengok" bola sambil makan koci. Tak passionate macam kelab2 di England. Atau paling koman pun macam penyokong Selangor atau Kedah.

Gua ingat lagi. Final Piala Malaysia pertama Peghelih, tahun 2004 lawan Kedah (alah yang gol bola baling Jurad tu) nampak sangat penyokong Peghelih memang jakun. Kali pertama masuk final. Kali pertama p Bukit Jalil. Nak sorak apa pun tatau. Nak buat ombak pun tak reti lagi. Tak macam Kedah. Penyokong depa dah established. Dah beberapa kali masuk final. Takut ooo tengok depa. Tapi takdir menentukan. Kedah kalah. Kena pulak gol bola baling. Tapi depa tak merusuh. Frust tu memang frust. Sapa tak frust. Tapi depa masih rasional. Tak bakaq apa2 kat std. Setakat hamput dan maki hamun saja. Biasala orang frust. Tang tu gua tabik.

Berbeza dengan final haritu. Macam-macam kelaku ada. Macam2 mercun ada. Hat tu la yang depa baling di Kangaq haritu. Selain mercun, macam-macam pasukan beruniform pun ada haritu.

Kalau dulu aku tengok bola, yang ada hanyalah Polis, FRU dan Rela, kali ni Bomba pun ada. Agaknya lepas ni kalao ada game lagi, kita kena sedia kakitangan PERHILITAN sama. Bagi kuasa depa bawak senapang dan ubat penenang. Bukan apa, supaya depa dapat tembak dan tangkap buang beruk serta menatang liaq yang terlepas masuk stadium. Tembak bagi pengsan buang. Angkut, lepas tu bawak p zoo. Tinggai ja di zoo.



Bila dikenang-kenang, patutla orang Peghelih mengamuk di Kangaq haritu lepas game separuh akhir haritu. Habih depa katoq puak-puak ni. Kereta dengan bas depa pun habih kena latu dengan batu. Tak tahan sangat la tu. Depa ni mai tempat orang dok buat ghempang**. Rasa jogho habih. Walaupun depa ramai juga di Std Utama Kangar masa tu, tapi tetap kena beringat yang tu tetap tempat orang. Jangan dok mai tunjuk hero. Gua tau apa yang dibuat itu salah. Memang salah. But as i said before, bila dah tak tahan sangat dah, tu yang depa bagi balik la puak-puak tu ...


Hmmmm ... itulah bola Malaysia. Meriah.


**ghempang = mai dok tunjuk megah / eksyen / konon kuat


.

Bomba pun ada ...



Bodo. Ni baru belajaq p stadium la ni. Muka pun kanyiaq lagi.



Sori cakapla. Aku cukup cemuih lembu hat dok bawak mesej politik dalam sukan ni. Tak kira la PAS ka, BN ka, PKR ka, DAP ka



Hangpa tengok benda apa dia boh di kepala.

4 comments:

robotix said...

personally aku rase tak kira ape keputusan mlm tuh, kelantan kalah ke, menang ke, same je kesudahannye.. kerusi tu tetap akan dibakar jugak..

Hambali ® said...

haha aku pun rasa gitu jugak. Apa la depa ni ....

shahriman said...

nasib masa kes di stadium utama aritu fan kelantan x boleh bakaq kerusi...keh keh keh

X-weatherman said...

Adehss...aku yang pi sana pun rasa malu nak ngaku orang pantai timur..

Masuk gol ke 3 je, aku cabut terus..aku dah boleh agak apa diaorg akan buat..dan jangkaan aku tak salah..