Saturday, November 7, 2009

Lagi mau gaji RM800

Semalam. Hari Jumaat. 6/11/09. Sebelum gua teruskan, gua nak ucapkan Selamat Hari Jadi buat adik gua, Angah yang menyambut besday yang ke 2* hari Jumaat tu. Semoga murah rezeki, panjang umoq dan panjang akai (ke arah kebaikan). Hehe.

Ok kita teruskan. Semalam, gua selamat dah hantaq maid gua balik ke Indon. Sebabnya? Dia dapat panggilan kata mak dia sakit tenat. Walaupun belum cukup tempoh kontrak, gua bagi jugak dia balik. Kira baikkan gua ni?

Gua kasi nak balik. Memang gua baik. Tapi gua hantar balik teruslah. Gua tamatkan kontrak dia. Dia merayu. Katanya jangan diterminate lagi. Seronok kerja di rumah bapa sama ibu. Dia minta bagi dia cuti saja (tanpa gaji). Dia akan datang balik lepas tengok mak dia. Mungkin sebulan atau dua bulan. Itu janji dia.

Wifey tak setuju dengan rayuan dia. Gua pun. Lepas bincang dengan wifey, kami sepakat untuk hantaq terus dia pulang. Senang cerita.

Banyak sebab kami buat macam tu.

Paling penting sekali, gua tak percaya dengan diaorang. Sedang sedara mara sendiri pun kalo berjanji boleh mungkir. Mana bisa gua nak percaya dengan orang yang semacam itu.

Nanti cakap nak cuti sebulan (atau dua bulan), tup tup cuti terus. Lagi kacau gua dibuatnya. Nak kena buat report polis, nak kena turun naik Imigresen. Kena denda lagi. So jalan yang termudah dan terselamat, gua terminate je. Tambahan pula, dalam tempoh sepeninggalan dia pun, gua rasa nanti InsyaAllah kami boleh sesuaikan diri dengan ketiadaan maid.

Insyallah kalo tak seminggu, mungkin 2 minggu, kalau tak 2 minggu mungkin sebulan. Lama-lama biasa la hidup tanpa maid. Qaseh dan Thaqif pun InsyaAllah kami boleh handle sebab sebagai ibu bapa, kami boleh la jugak predict / arif sedikit sebanyak perangai depa berdua. Nak buat lagu mana kan. Itula rezeki orang yang anak rapat2. Hehe. Lagipun, Wifey bukan kerja. Maid yang gua amik ni hanya betul2 sebagai pembantu rumah. Bukan pengasuh. Ada la tukaq2 lampin / mandikan sekali sekala bila wifey tak menang tangan sebab dua-dua nangis serentak. Patutla dia kata seronok kerja rumah gua.

Apa yang penting di sini, tolak ansur kedua-dua pihak, sepecially gua yang bekerja. Walaupun bekerja, lepas ni gua takbleh la balik rumah terus rilek ja sebab kerja2 rumah dah diberes oleh maid. Kan? Kena la tolong sedikit sebanyak. Dont worry my wife, Gua berjanji yang gua akan berkompromi dan tolong menolong demi menjaga keharmonian dan kerukunan rumah tangga kami, InsyaAllah. Chewah ayat.

Owh ya.

Lepas hantar maid gua di airport Bayan Lepas (mengada takmau naik tongkang balik kampung, tapi gasakla kan duit gaji dia), gua dgn wifey terlajak pula ke Ayu Mee Udang di Teluk Kumbar. Tak jauh dah dari airport. Dalam 20 minit perjalanan. Tapi kalao terlajak ke Balik Pulau, 20 minit boleh jadi 2 jam.

Apa lagi, pekena Mee Udang la. Tamau cakap banyaklah. Hanya gambar ini menjadi saksi.
Terbaik. Alhamdulillah. Allah Taala yang masih berikan kesempatan untuk merasa makanan sebegini untuk kami sekeluarga.


Tadak pun udang? Tipu ka?


Ada ... kena selak mee tu dulu.


Ni namanya "ada udang di sebalik mee"


Hoh ini macam pinggan pun bleh masuk mulut.

6 comments:

Anija, said...

tersangatla sedapnya mee udang itew. terasa seperti nak booking flight balik mlm ni jugak..

Anonymous said...

Sejak bila pulak hang ambik maid ni ? Aritu hang kata pompuan hang tak kerja ?


-Sekolah derma-

Hambali said...

Encik/Puan Anonymous.
Aku amik maid bulan 3 haritu. Yes memang bini aku tak kerja. Aku amik maid sebab nak dia bantu bini aku di rumah. Anak2 aku rapat sangat. Sorang baru nak masuk dua tahun, sorang lagi dah 8 bulan. Plus, aku mampu amik. Aku amikla.

X-weatherman said...

Aduih..lamanya aku tak pekena mee udang kat Restoran Ayu tuh..kalau x silap ada kedai masakan siam kat depan kedai tu skit..pun daging masak merah dia masyukk jugak...

takpa..aku mai penang 14-17 dis nih..aku call hang.

disa said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,a片,AV女優,聊天室,情色

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,色情,080苗栗人聊天室,免費a片,視訊美女