Monday, December 7, 2009

Baa ... yak

Haritu.

Wifey tiba2 sakit selepas kami balik dari Johor sempena Aidiladha. Gula dia naik tinggi sangat. Boleh dikatakan, hampir 90% pengsan. Almost unconcious. Gua papah bawak jumpa doktor. Dia memang ada diabetis. Kena pulak dengan angin dan gastrik haritu. Nasib baik gua cepat bawak gi jumpa doktor. Doktor cakap kalo lambat sikit wifey boleh collapse. Alhamdulillah benda tu tak jadi. Dan dia sedang berehat.

Gua jadi suri rumah tangga. 4 hari cuti kecemasan sebab tadak sapa nak uruskan budak² ni di rumah. Kena tabah. Inilah yang dipanggil pengorbanan. Susah senang bersama. Wifey dah terjelepok je atas katil dek kerana kandungan gula yang tinggi. Lepas beberapa hari, keadaan beransur ok. Mak mentua pun datang dari Johor tengok. Kesian sebab tadak orang boleh bantu.

Alhamdulillah gua dah biasa dengan budak² dan kerja rumah ni. Dari bangun pagi, gua mesin baju, sidai baju, jerang air untuk mandi budak, sediakan b'fast budak, masak lunch budak (dan bapaknya sekali), buat susu suma gua boleh buat. Tada hal. Walaupun ada kadang² gua menjerit juga terutama dengan Qaseh yang terlalu lasak, tapi itu semua dugaan.

Pendek kata, semua kerja yang suri rumah buat, gua pun buat. Selama 4 hari dan sepenuh masa. Baru tahu langit tinggi rendah. Bagi yang dok cakap pandai dan ingat kerja suri rumah tu kerja mudah, silakan. Tak kena gaya boleh gantung diri ooo.

Dalam salah satu hari gua jadi suri rumah tu, ada la satu hari tu, gua tertidur tengah hari. Tidoq sekali dengan anak-anak gua. Derang lepas makan memang senang nak tidoq. Haritu gua buat makaroni sup ayam dengan mix-vege utk kakak dan bubur untuk adik. Licin. Tu yang sedap tidoq.

Tiba² gua terbau busuk. Dalam lena pun gua boleh bau busuk. Hebat. Macam Superman.

"Baaaaaa ... yakk" sayup-sayup gua dengaq suara Qaseh, anak dara gua. Masih belum petah bercakap. Cakap Jerman saja yang dia tau.

"Tidoq tidoq" jawab gua. Mamai².

Dalam mamai² gua nampak muka comel dia. Gua pun masa tu tak dapat tangkap lagi apa dia nak kata. Punyala letih jadi suri rumah ni.

Dan ...

Rupa-rupanya anak gua punya pampers dah berat sebab dia dah buang hajat. Yang lagi sadis, dia "cuit" sikit dia punya sisa kumbahan tu tu dan bawak kat muka gua.

Nak cakap tak pandai. Jadi itulah cara terbaik agaknya Qaseh terpikiaq untuk nak kejut Baba dia suruh basuh pungkoq dan tukaq pampers. Astaga potong stim sungguhla. Nasib baik masa tu gua tak mimpi apa-apa.

10 comments:

Anija, said...

hahaha... aku suka posting nih, rasa mcm nak tag je Aizal soh dia baca.. tau pon betapa susahnya menjadi surirumah.. sebab tu raya kena beli gelang mas kat bini.. :-D

Hazwani said...

Wah, nasib tak calit kat bibir, buat jilat. Pandai sungguh.

sheera said...

wahahaha.. aku gelak smpai kuar ayaq mata.. pandai sungguh qaseh skrg.. baru baba dia tau.. haha..

Fizrul Shawal said...

staga...huhu cubaan2..

rumet said...

kalau anak aku wildan, dia dah panjat atas aku tonyoh pungkoq kat muka dah!

Hambali ® said...

Anija: Tu la ... suruh dia keja rumah rajin sikit ... kat pejabat bukan main rajin

Hazwani: Kalo calit kat bibir, mau bapa hari jugak nak hilangkan bau tu ... melekat punyalah !

Sheera: Haha itu baru yang sulung ... adik dia pun nampak ada talent2 nak jadi buas jugak ni

Fidz: nak buat camno. Itulah reason nape gua lama tadak di opis last week.

Rumet: Haa perangai yang ni aku dok nampak nak jadi kat adik dia dah ni .... dia punya ganas pun semacam

blackpurple @ jowopinter said...

Hehe! OK la tu bro'..

azam rashid said...

hahaha bijak bijak

Hambali ® said...

Bung BP: Ok la sebab dia still tak calit kat muka. Hehe.

Ajamz: Bijak terlebih. Hang punya progress macam mana boss?

日月神教-任我行 said...

AV,無碼,a片免費看,自拍貼圖,伊莉,微風論壇,成人聊天室,成人電影,成人文學,成人貼圖區,成人網站,一葉情貼圖片區,色情漫畫,言情小說,情色論壇,臺灣情色網,色情影片,色情,成人影城,080視訊聊天室,a片,A漫,h漫,麗的色遊戲,同志色教館,AV女優,SEX,咆哮小老鼠,85cc免費影片,正妹牆,ut聊天室,豆豆聊天室,聊天室,情色小說,aio,成人,微風成人,做愛,成人貼圖,18成人,嘟嘟成人網,aio交友愛情館,情色文學,色情小說,色情網站,情色,A片下載,嘟嘟情人色網,成人影片,成人圖片,成人文章,成人小說,成人漫畫,視訊聊天室,性愛,ut聊天室,情色遊戲,情色a片,情色網