Ok.
Dalam kita dok cerita pasai makan ni, gua rasa bertanggungjawab juga untuk berkongsi berita ini sebagai rakyat Malaysia yang sepatutnya didahulukan di bumi bertuah ini.
Ini topik berat. Tak lawak. Tapi tadak la sampai tak boleh senyum langsung. Kan Senyum tu sedekah. Hehe.
Ok kita serius balik. Bagi yang tak tahu, dalam tak diam, sebenarnya tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan di Malaysia ini sebenarnya hampir tumbang atau KO pada hari Isnin, 14 Disember di sebelah malamnya dek kerana sikap "tak apa" sebahagian Ahli Parlimen atau MP di pihak Kerajaan.
Ingat lagi kes DUN Kota Siputeh yang diisytihar kosong oleh Mahkamah sebab sikap tak apa ADUN dia? Kes ni berulang lagi. Tapi impak dia lagi besaq bhai. Lagi besaq dari gua.
Disebabkan sikap "tak apa" itulah maka pihak pembangkang yang diketuai oleh DS Anwar hampir sahaja menggagalkan bajet 2010 yang dibentangkan oleh DS Najib tempoh hari.
Secara ringkas, dalam amalan Demokrasi Berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh Kerajaan tidak diluluskan (dalam hal ini yang dibentangkan oleh DS Najib pada pembentangan bajet 2010 haritu), ia bererti Kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Tulah peraturan atau code of conductnya.
Bermula dari cubaan DS Anwar melalui janji 16 Sept beliau, adalah dapat dilihat dengan jelas bahawa pembangkang sentiasa berusaha untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Pelanduk sering lupakan jerat. Tapi jerat jarang lupakan pelanduk. Itulah yang terjadi malam itu bilamana sebahagian besar Ahli Parlimen Kerajaan tidak hadir ke sidang Parlimen.
Bayangkan jika terjadi pertukaran Kerajaan Persekutuan pada malam tu akibat tindakan MP dan Ahli Parlimen bertaraf lembu yang sengaja ponteng sidang. Gua sebut lembu di sini adalah khusus untuk MP atau Ahli Parlimen yang SENGAJA PONTENG / MALAS/ BALOQ nak ke Parlimen sedangkan itu amanah yang diberikan pada depa. Yang ada urusan (sampai tak boleh nak elak sangat-sangat) tu lain cerita. Itupun jumlahnya sedikit saja sebenarnya. Tadakla sampai 70 orang. Itu PONTENG namanya. PEMALAS. AMBIL MUDAH.
Gua dapat info ni sejurus selepas balik dari Intan Keluang. Ada sohabat² yang bertugas di Parlimen haritu yang menyalurkan maklumat tu. Gua terus semak di internet dan memang dapati berita ini memang sahih. Bagi yang nak tau kronologinya, boleh rujuk di sini dan sini. Gua dah hubungi sohabat², memang berita ini tepat dan boleh dijadikan bahan rujuk.
Memang kelam kabut jadinya. Dan sememangnya berita ini tak disiarkan di surathabaq perdana kerana ia memang memberikan impak yang sangat negatif terhadap MP / Ahli Parlimen Kerajaan di saat Perdana Menteri macam sibuk nak buat KPI dalam pentadbirannya. Pendek kata, Perdana Menteri nampaknya banyak lagi nak kena pantau. Bukan takat menteri saja kena KPI, Ahli Parlimen juga kena dipantau habis-habisan. Banyak sangat yang kaki tuang, kaki ponteng, pemalas dan baloq. Bab nak kaut kat depa saja yang laju kot.
Kalau PM tak nampak lagi gelaja ni, gua tatau la nak kata apa. Next PRU pun tak lama lagi dah. Jadi pandai-pandaila atoq.
Isk. Apa akan jadi pada ekonomi, pentadbiran, perkhidmatan awam, duta-duta, pegawai² yang sedang diposting di luar negara dan segala macam kemungkinan akibat "kesilapan teknikal" ini? Macam mana pula keadaan pentadbiran di negeri-negeri? Adakah negeri Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak tiba² akan jadi negeri pembangkang? Macam mana pulak kes Royalti Minyak Kelantan? Lagi sekali gua tegaskan, ini bukan kes kecik anak bhai. Boleh huru hara jadinya negara kita ini.
Ntahla gua tak bleh terpikiaq lagi sampai ke tahap tu sebab masih agak terkejut. Tak pernah terpikiaq akan jadi sebegini. Jangan buat main-main. Ini bab tukar Kerajaan bhai. Bukan tukar baju. Sebab tu gua rasa bertanggungjawab dan "concern" dengan berita ni.
Sebelum gua mengakhiri bebelan gua ini, ini pesanan gua pada MP LEMBU DAN BAGHAL NI(Baik pembangkang mahupun Kerajaan: "Kalao dah malas nak p Parlimen, jangan jadi MP/Ahli Parlimen. Kalao nak duit, p kerja la. Bukan jadi MP/Ahli Parlimen sebab nak jadi kaya."
Owh ya.
And please, i'm not talking as a member from any political party either PAS, DAP, PKR or BN. I'm talking based on the capacity as a Malaysian. A truly Malaysia who deserved to be under the tagline "Rakyat Didahulukan"or People First.

And as a Malaysian, I'm worried. Damn worried.
No comments:
Post a Comment