Tuesday, December 22, 2009

Kisah Gua Yang Nekad.

Semalam. 9.30 malam.

Gua nekad. Betul-betul nekad. Bukan naked. Nekad ye. N-E-K-A-D. Apa nak jadi pun, jadila.

Jangan salah paham.

Gua bukan nekad nak merompak. Jauh sekali nekad nak membunuh. Gua cuma nekad nak masak. Hampir seminggu lamanya gua asyik makan di luar bila wifey dan anak-anak tadak di rumah. Ye la kan. Bila duduk sorang, nak masak pun malas. Jadi asyik makan di luar je la. Nasik kandar, nasi kenduri, nasi campor suma gua dah muak. Jadi gua nekad. Gua nak masak.

Kali ni gua nak masak makaroni dan sup ayam. Simple dan mengenyangkan.

Balik rumah semalam, gua bukak peti. Ayam ada seketul, bahagian dada. Cantikla tu. Gua potong kecik. Cukupla nak buat semangkuk sup. Pastu gua tumbuk bawang putih sikit, hiris halia sikit halus-halus. Owh ya sesambil tu gua rebus makaroni tu. 2 cawan. Mix vege gua keluarkan dari peti dan rendam dalam air panas kasi lembut. Daun bawang ada la dalam 3-4 urat. Layu sikit sebab dah seminggu dalam peti. Gua hiris-hiris. Kecik-kecik. Dapat la segenggam. Okla tu. Bukan nak buat kenduri.

Pukul 10 malam. Makaroni dah lembut. Gua alih. Gua toskan dan letak di sebelah.

Gua amik periuk. Mula menumis. Masuk halia, bawang putih. Masuk stok ayam. Kacau-kacau sikit tumisan tu. Kemdian, gua nak tambah ayaq dan masuk ayam yang gua potong.

Baru nak tuang ayaq, tiba² api mengecil. Mengecil, dan makin mengecil, selepas seminit, terus padam.

"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH," Gua menjerit. Agak satu flat boleh dengar.

Sekali gas habis. Tensen gua.

Terus kensel masak. Gua start kapcai gua. Pegi McDonald depan rumah gua, beli Prosperity® Burger satu set besar dan chicken nugget dan ais krim Sundae®. Tensen punya pasal. Hilang habis nekad gua. Makaroni yang siap ditos gua simpan dalam peti.

7 comments:

Azuandi said...

Salam Yusman,

Hg kenai ka aku ni? tak sangka terer masak no...Hg tgh bujang temporary ka? Aku pun sama wife dlm pantang tp aku dah cabut kepala tong gas awai2 dah, makan luaq la senang...

Hambali ® said...

Salam. Mana boleh tak kenai hang Suneo. Aku memang suka masak weh. Tengok badan la hahaha. Memang makan kedai senang tapi kadang² nak jugak makan di rumah. Simple pun takpa janji makan di rumah.

rumet said...

kira hang nekad nak masak sambil naked la?

miSz tUna said...

Sangat menarik. :D

Hambali ® said...

Rumet: itu yang kat AFC Channel 703 tu, cerita Naked Chief.

Hazwani: Apa yang menarik kalo habis gas.... uhuhuhu.

lobakasin said...

amboii..en yus..rajinnyee masak..last2mkn mcd.tulee susahkan jadi bujang balik..

miSz tUna said...

yela kalo ingat2 balik mesti buat ketawa punyelah.. dh bersungguh tapi... malang tak berbau..