Monday, January 4, 2010

Kisah Sedih Akak

Salam. Selamat tahun 2010.



Ini akak.

Seperti yang pernah diberitahu (ye ke?), anak sulung gua merupakan peminat Ultraman. Biar pun hanya baru 2 tahun ++, dia suka sangat beraksi dengan gaya melawan sambil menjerit "hosh hosh" di depan tv masa menonton Ultraman. Dan dia juga ada sehelai baju character terhebat dari Jepun tu. Oh ya dan lagi, dia juga ada sebiji patung mainan Ultraman. Suma mak dia yang belikan.

Ini pula adik.



Baru nak masuk 9 bulan. Baru pandai "menjuloq", kata orang Perlis. Ataupun mengesot or apa² sajalah. Tapi bukan merangkak. Tu pun dah letih nak mengepung pergerakan dia. Macam lipas kudung. Skill terkini, mampu memegang botol susu sendiri. Alhamdulillah, adik masih belum pandai minta adik lagi. Tak macam Anija, bini si Aizal ni ha. Haha.

Satu hari.
Kakak belek-belek Ultraman dia. Macam ada tak kena ja.



Rupa-rupanya, adik dah capai patung Ultraman akak. Langsung dipatahkan lengan Ultraman tu. Astaga.



Kesian tengok akak masa tu. Dia diam je. Belek-belek patung tu. Pusing sana, pusing sini. Cuba-cuba nak masukkan tangan dia. Tak nangis, tak marah. Tapi nampak sangat raut sedih kat muka dia. Sayu. Kesian sangat gua tengok muka dia. Takpala, nanti ibu boh gam cap gajah kat lengan dia, ok?

10 comments:

Hazwani said...

Bagusnya temperament dia. Jarang jumpa budak tak mengamuk. Hm..

Hambali ® said...

Wani, tu time dia tak ngamuk. Time dia ngamuk .... hadoihh. Pening! Hehe

Anija, said...

hang tunggu la si adik tu besaq sket, mesti dia pon mintak adik mcm aku.. jenuh la hampa..

uish, jarang aku jumpa gegirl yang otoman fan.. baguih, besaq nanti tak yah masuk kelas silat dah..

WF said...

simpatiku utk anak kau. leh boh balik tu sme. dia guna sistem takal. F=ma. ingat OKAHA.

rumet said...

kalau bubuh gam gajah... cemana ultraman nak buat aksi tangan silang dia nak temak raksasa???

Hambali ® said...

Anija: Hahaha ....

WF: Tolong tolong ... aku takmau dengaq lagi dah segala OKAHA suma tu. Aku bahagia hidup tanpa fizik ... hahaha

Rumet: Tula pasai ... nampak gaya nak kena beli satu lagi la kat dia ... la ni dah nampak macam kembaq. Apa aku beli kat akak, adik kena ada sama, vice versa.

sikulat said...

ko pi belikan ultraman yg badan die plastik sket tuh.. bukan yang ber'screw driver'.. yang tuh.. pusing lipat.. patah riuk pun takpe.. steady je... anak2 aku ada 3-4 ntah spesis ultraman tuh.. bertahun dah tuh.. alhamdulillah.. tercabut tangan kaki & kepala.. masih boleh di attach balik.. muhehehe

Hambali ® said...

aaaa tq semah. Nanti aku cuba try cari. Kat mana aaa nak cari? mid valley? jesko? tesko? maidin? habaq mai

sikulat said...

kat jusco ade.. cemacam kaler ade.. bukan ultramen merah aje.. biru.. unggu..

Anonymous said...

that stupid for u...no story for your friend at perlis..i think friends or neighbours at taman guru jaya loser for u...