Tuesday, January 5, 2010

Cepumas.

Dulu.

Sebab gua suka "p mengail" / memancing, ada orang pernah tanya gua, awat gua suka mengail. Awat tak beli saja dari market, awat sanggup tunggu berjam² walhal dapat pun belum tentu, awat itu, awat ini.

Gua tatau nak jawab apa. Gua cuma jawab, itu hobi. Gua suka.

Memang sedari kecik gua suka memancing ikan. Dari memancing dan bergelumang di bendang/sawah, parit, longkang, sungai, sampaila ke kolam, lombong, kolam berbayar dan laut. Cuma sewa bot ke laut gua belum buat.

Gua fobia dengan laut dalam. Dulu masa berkayak pusing Pulau Pangkor masa OBS, kayak gua terbalik kena ombak. Dan gua betul² fobia dengan laut dalam / open sea. At least sampai sekarang. Kalau nak p mengail di laut pun, kena bot yang betoi² besaq. Bukan bot "fibre" yang bila kena ombak ja, meremang bulu roma kita.

Ok. Kita sambung pasal soalan cepumas dia tadi. Kenapa suka mengail.

Gua cuba jawab lagi, "Memancing ni, selain dapat rasa seronok feel menarik rod masa dapat ikan, dia jugak mengajaq kita bersabar, sebab bukan setiap masa kita p memancing tu kita akan dapat ikan"

Tapi selamba orang tu jawab, "Ya ka? Abih awak ni penyabar sangat ke orangnye?"

Cis terkena gua. Mentang² gua pembaran orangnya.

Gua diam. Malas nak layan soalan tu. Orang tu pun dah jadi suri hidup gua sekarang. Dan ibu pada anak² gua.

Sabaq ja la dengaq dia punya ayat. Selamat memancing. Hehe.

6 comments:

Hazwani said...

Saya suka pegi mancing sbb itulah time untuk bonding dengan cik abg dan keluarga beliau..
cuma belum pernah rasa dpt tangkap ikan lagi.
tapi selain tu, ape yg bestnye mancing nih?? macam kurang produktif je..

Anonymous said...

bila dh tgk ur children's face...mesti kurang sifat pemarah tu rite?

Hambali ® said...

Wani: Sebenar-benarnyalah,memancing ni kepuasan dia adalah masa ikan tengah dapat. Masa tengah "karau" pancing/ gulung tali pancing tu dan ikan pulak tengah melawan di ujung rod nu. Cuba nanti, kalo gi mancing dengan cik abang, masa dapat ikan, wani cuba untuk "karau" tali kat rod pancing tu. Gerenti shok.

Anon: Erk ... i could say, yes. Tapi kadang2 pemarah tu tak dapat dibuang 100%. :D

Alam Setia said...

Lepas ni jom amik gambar plak...hobi baru hang. hahahah

Anija, said...

kalau kaki pancing kena mai NZ, memang syorga kaki pancing..

*mkn ikan salmon hari ni, bukan pancing, beli kat farm

Hambali ® said...

Fairuz: Aku minat amik gambaq ni lama sah ... sejak dari zaman sekolah lagi. Cuma tak konsisten saja. Lagisatu, nak cuci tu mahal.

Anija: I wish i could be there.