Owh ok. Gua rasa, dah lama kita tak bersiaran dalam rancangan Makan-makan Jalan-Jalan (2M2J). Gua pun dah lupa bila last entry pasal makan ni.
Ok.
Hari ini gua makan
Nasik Kandaq Imigresen. Gua ringkaskan jadi NKI. Lokasinya NKI ini terletak di Jalan Masjid Kapitan Keling, dekat Asia Kafe.
Senang cerita, kalu datang dari KOMTAR/Masjid Kapitan (Anggap kata masjid tu ada belah tangan kiri), apa yang perlu hangpa buat ialah jalan terus, jumpa lampu isyarat (simpang 4), jalan terus dalam 50 meter dan elok lepas saja traffic light tu (50 meter), belok kiri masuk parking. Dari parking tu dah nampak Asia Cafe. P saja ke situ. Mudah saja kan?

Ok kalau tak jumpa juga, sila rujuk Wikimap di
sini.
Ehem. Sedikit sejarah NKI ni. Mengikut sejarah, dulu kedai ni memang berniaga dekat bangunan Imegresen Penang yang dekat jeti tu. Tapi bila dia pindah, dia masih maintain nama ni dan depa pindah pun tak jauh. Dekat saja. So itu sejarahnya. Mudah saja nak create nama kan?
Gerai NKI ni unik sebab depa cooperate dengan satu kedai kopi cina, Asia Cafe. Asia Cafe ni pulak satu kedai kopi Cina yang lama. Retro. Lu orang bleh tengok poster-poster lama dalam kedai ni untuk membuktikkan kelamaannya.

Ada poster F&N orange crush, dunhill lama, air cap rimau, rokok cap tourchlight dan macam-macam. SUngguh retro dan menggamit kenangan silam, terutamanya bagi generasi lama.





serius gua berkenan jam kedai ni.
"aiya itu talak juai la kawan. Sikalang cali talak jumpa lo"
jawab nyonya kedai tu bila gua ckp gua mau beli.
Itu bab kedai. Bab makanan pula, salah satu keunikannya ialah nasik kandaq ni ada ditabur bawang goreng di atasnya. Memang bawang yang depa goreng, bukan bawang paket dari siam yang selalu kita jumpa dlm bihun goreng tu. Rasa kari dgn bawang tu menjadikan NKI ni salah satu hotspot gua di Penang.

Ini lah yang gua jamah.
Ayam goreng paha, bendi dua, sayor.
Bawang goreng tengah2.
Ok sekian 2m2J untuk kali ini. Semoga berjumpa lagi dengan hotspot makan menarik. Tata titi tutu.