Thursday, April 28, 2011

Cerita Ninja

Hari itu.

Sebuah kereta , tiba-tiba rosak di hadapan sebuah rumah. Pemandunya kemudian berjalan ke arah rumah dan mengetuk pintu dan berkata “Kereta saya rosak, bolehkah saya tumpang tidur disini?”

Untuk pengetahuan semua, sebenarnya, tuan rumah tersebut adalah seorang ninja dan walaupun begitu ninja tersebut menerimanya dengan tangan terbuka, menyediakan pemuda tersebut makan malam, bahkan membantu memperbaiki keretanya.

Ketika pemuda itu hampir tertidur, dia mendengar suara-suara pelik dari belakang rumah. Esok paginya, dia bertanya pada ninja tersebut mengenai suara apa itu, tapi ninja berkata “Saya tidak boleh memberitahu kepadamu, kerana kamu bukan ninja...“.

Pemuda tersebut kecewa, namun tetap sangat berterima kasih, dan meneruskan perjalanannya.

Beberapa tahun kemudian,secara kebetulan, pemuda yang sama kembali mengalami rosak didepan rumah yang sama. Lagi sekali ninja tersebut menerimanya, memberi dia makan malam, dan bahkan memperbaiki keretanya.

Pada malam itu, dia mendengar suara-suara pelik lagi dari belakang rumah sama seperti yang dia dengar beberapa tahun sebelumnya.

Pada paginya, dia bertanya pada ninja tersebut, suara apa itu, namun lagi-lagi ninja berkata “Saya tidak boleh memberitahu kepadamu, kerana kamu bukan ninja”.

Pemuda itu berkata, “Ok, ok, saya terasa amat teruja sangat nak tau. Dan jika satu-satunya cara untuk mengetahui suara itu adalah menjadi seorang ninja, bagaimana caranya saya boleh menjadi ninja?"

Ninja tersebut menjawab, “Kamu harus berjalan sekeliling dunia dan menghitung berapa banyak rumput di atas dunia ini. Apabila kamu sudah selesai mengira, kamu datang berjumpaku dan dari situ kamu akan menjadi ninja”.

45 tahun kemudian, si pemuda kembali dan mengetuk pintu rumah tersebut. dia berkata “Saya telah mengelilingi dunia, dan mengetahui bahawa jumlah rumput adalah 145,236,284,232 helai."

Ninja tersebut menjawab, “Selamat, kamu telah menjadi ninja, Ok sekarang aku akan menunjukkan tempat suara-suara pelik tersebut”.

Ninja tersebut membawa pemuda tersebut ke sebuah pintu kayu di belakang rumah dan berkata “Suara itu berasal dari belakang pintu itu”, si pemuda membuka pintunya tetapi ternyata ia berkunci,

Pemuda tersebut berang seraya berkata “Hey! mana kuncinya?”. Ninja tersebut memberikannya kunci, dan apabila pemuda tersebut masuk rupanya di belakang pintu kayu tersebut ada sebuah pintu lagi yang terbuat dari batu lantas si pemuda meminta kunci untuk pintu batu tersebut.

Ninja memberikan kunci untuk pintu batu, dan si pemuda membukanya tetapi ada pintu lagi dari perak. Begitu seterusnya sehingga pemuda tersebut membuka pintu dari berlian, intan, dan akhirnya sebuah pintu emas.

“Akhirnya” kata ninja, “Ini adalah pintu yang terakhir”.

Dengan tak sabar dia membuka pintu yang terakhir, dan di belakang pintu itu dia sangat kagum melihat sumber suara pelik tersebut.

.
.
.
.
.
.
.
.
.

Tapi maaf gua juga tidak boleh bagitau pada lu orang apa dia sumber suara pelik-pelik tu. Sebab lu orang bukan ninja . . .


Terima kasih kerana membaca. Membaca amalan mulia.

Kosong-kosong okeh?

No comments: