Sunday, April 3, 2011

Cerita 2 sebab.

Ok.

Bersawang blog ni gua tak hapdet. Walaupun ada kengkawan kutuk kata tadak orang baca, tapi as i said, this blog is considered as journal, too. Jadi, kalu ada yang berziarah, ahlan wasahlan. Kecik tapak tangan, baldi gua tadahkan. Buleh baldi?

OK. Sebab tak berhapdet. Tak banyak, 2 saja sebab:

1. Gua ke Pahang. Kursus di Felda Tekam. Sila gugel di mana. Jangan malas. Itu jam, 27-30 Mac. Tempat dia, masyaallah memang jauh. Hutan brade hutan. Tapi 3g dia cantik, cuma gua tak bawak laptop. Sudahnye, gua banyak FB guna BB dalam kelas.

2. Gua masuk hospital. Sejurus selepas balik pahang. 30 Mac-1Apr. 2 malam di hospital. Flight gua kuantan-kl-penang. Masa transit di KLIA gua dah menggeletar. Tapi sebenornya badan tengah panas. 39.7 derjah celcius. Kat KLIA gua dah naik kerusi roda dan berkeras mau balik Penang juga. Turun-turun penang, abang nazri driver gua amik dan angkut terus bawak gi spital. Dan terus kena tahan. Dengan baju-baju kursus dlm beg lagi. Kesian wife dan anak-anak gua. Gua tak ckp gua demam. Sampai Penang baru gua cakap. Gua tanak diaoran risau. Sekurang-kurangnya, gua dah sampai Penang.

Ok. Gua demam. Alhamdulillah bukan demam sebab nyamuk (denggi atau malaria) tapi lebih kepada demam mengejut. Out of the blue kata orang. Suhu tinggi, blood pressure naik. Doktor kata sebab letih dan mungkin "throat infection" sama. Ya memang letih. Dan kebetulan pula, gua dapat bilik yang agak berdebu. Gua agak alah dongan debu sebab ada resdung. Tapi bab laksa dengan sambal belacan, gua tak boleh mengalah.

Tu je citer kali ni yob.



.

No comments: