Hari itu.
Gua agak sibuk. Sibuk dengan nak pindah rumah, kononnya. Ceritanya begini. Gua ditawarkkan sebuah kuarters Kerajaan jenis "landed".
Kuarters ni cukup besar. Rumah era kolonial. Terletak dalam kawasan Free School, Penang. Dekat rumah Puspanita Penang. Memang betul-betul kolonial. Zaman 1940-an dah ada. Tanah halamannya mak aih, sepelaung. Kalau hari-hari nak buat kenduri kawin pun tadak masalah. Pokok-pokok dari yang sebesar pemeluk dan lagi besar ukur lilitnya dari pinggang gua memang ada di sekitar rumah.
Lepas terima surat tawaran, gua mengorak langkah.
Gua tengok rumah tu, gua intai luar dalam. Gua masuk rumah tu usha line. Sorang-sorang bai. Naik atas bawah. Azankan, qamatkan. Maklumlah rumah lama. Penghuni dulu baru saja pindah. Naik pangkat katanya.
Lepas clear lebih kurang, gua basuh rumah tu. Gua masukkan api air. Wifey start packing barang. Gua dah bawa Wifey dan Qaseh dengan Thaqif ke rumah tu. Berlari-lari anak-anak dalam rumah tu. Maklumlah luas. Dan tak lupa juga, gua dah jemput juga satu ustaz tua, orang lama, untuk tengok-tengokkan apa yang patut. Almaklumlah rumah lama. Seeloknya kita terangkan hajat kat "penghuni lama" yang kita pun nak tumpang berteduh di bumi Allah ni. Bukan nak kaco dia. Bagi win-win situation. Kan?
Tapi last-last, bila gua bincang dengan wifey, kami temui jalan buntu. Berkali-kali kami bincang. Sampaila ke perbincangan yang penghabisan. Macam orang yang bertunang beriya nak bernikah tapi bila mai dekat-dekat nak menikah, kadang2 terasa macam "betoi ka aku nak menikah ni?". Macam tu la perasaan.
Memang kami suka rumah tu. Ada privacy sikit. Takla dengaq bunyi kong kang kong kang bila orang atas menumbuk sambal belacan. Atau bunyi drill dari rumah sebelah. Atau bunyi keriuk keriak kerusi/katil dihenjut tetengah malam buta dari umah lain. :D
Tapi kami kesian kat anak-anak, Qaseh dan Thaqif. Rumah tu sunyi sangat. Tadak permandangan apa-apa. Tadak jiran. Tadak budak-budak. Yang ada pun, padang bola Free School depan rumah. Malamnya pulak, tadak lampu jalan. Sangat kelam gelap gelita.
Rumah sekarang ni, walaupun hanya apartment, tapi bila jengok ke tingkap, ada jiwa. Ada soul kata omputih. Nampak kereta lalu lalang, nampak masjid, nampak orang jual kuih petang-petang, nampak playground, nampak mamak jual roti, nampak orang main. Kadang-kadang nampak mat rempit.
Demi anak-anak, gua tolak tawaran tu, walaupun ada kawan-kawan cakap nampak tak berbaloi duduk di apartment dengan potongan elaun perumahan yang tinggi (ikut gred semasa), gua rilek saja. Gua cakap, gua nak anak-anak happy.
Qaseh awal-awal lagi cakap "No i dont want that house. I want Qaseh's house." sambil menunjuk-nunjuk rumah sekarang kami duduk. Gua tak heran. Dari baby dia dah duduk di apartment tu. Dia selesa dengan rumah tu. Dan gua pun tanak kerana dengan pindah ke rumah baru, dia jadi tak happy.
Dan akhirnya, gua serah balik kunci. Gua buat surat penolakan dan memohon maaf kerana kenselkan persetujuan awal. Kami tak jadi pindah. Barang-barang yang dipacked, kami bukak balik. Kira macam 'spring cleaning'. Bagus juga sebab masa packing baru sedar yang kami banyak gila sebenornya barang-barang lama yang kami tak buang. Simpan buat pusaka katanya tapi realitinya, hanya menyemak.
Biarlah. Asalkan anak-anak happy. Duit kupang, rezeki, semua dari Allah melalui anak-anak dan keluarga. Gua percaya, insyallah nanti ada lagi rezeki rumah lain yang lagi best. Dan ada jiwa. Betul. Gua nak rumah yang ada jiwa. Hidup. Bukannya sunyi sepi macam tanah kubo, walaupun kita akan ke situ juga nanti :D

5 comments:
mak aih.. seramnya ghumah... memang x dak soul... lebihi baik duk kwsn yg ramai org.. mati ka, hidup ka ada gak jiran tetangga yg tau...
anak2 lebih penting dr umah besaq... tahniah...
umah tu kalo ada family members yang ramai memang seronok. meriah
Aku sokong pilihan hang..bukan apa, kesian kat anak-anak bila takdak kawan..bole terencat proses pemikiran oii...
lama dah aku tak masuk blog hang ni sme...best gak sekali-sekala layan pot pet pot pet hang ni
Rindu rumahni, dulu ayah kerja kerajaan pernah dapat duduk sini, kalau malam memang tak turun tingkat bawah, duduk atas je, kalau turun rasa seram sejuk hahahaha
Post a Comment