Selamat tahun baru Masihi 2010 pada semua.
Ini posting terakhir 2009.
Gua bercuti panjang haritu. Ke KL jumpa family.
Tiada yang lebih gembira bila dapat jumpa isteri dan anak².
Semoga tahun akan datang ni bakal memberi makna pada kita.
Insya-Allah
Azam gua 2010?
Erk .... selama ni gua ada azam ke
Thursday, December 31, 2009
Thursday, December 24, 2009
A-V-A-T-A-R
I watched Avatar, last night. Yes last night. Wednesday night. Alone. 6th row from the screen. But since i'm alone, it didnt bother me at all.
What else to say? Worth every single RM. Superb CGI. Good storyline. I was amazed. It reminds me of the then Startrek, or Star Wars or Starship Troopers. No, not Ultraman. Urgh yes, maybe a little, especially when the all the wild creatures appeared and tried to kill Jack Sully.
Will watch it in 3D. Maybe next week. Or next next week. Hehe.
For those of you who haven't watch it yet, the only word for you, go.
I sincerely recommend this movie.
But please, dont bring ur kids. This is not a cartoon, or at least, this is not something like UP or Mr Incredible or Shrek. Like what happened last night. Last night, shit did happen when all these kids started to cry, when probably maybe, because this movie is quite long and plus, it's full with ugly-looking-creatures. I dont blame the kids since kids are kids. They no nothing. And that's the main reason i havent go cinemas for a quite long time.
So, for those who have kids, leave them at home, with ur maid or with their gramma when you want to watch movie. Everybody earns their right to watch movie, peacefully.

Wednesday, December 23, 2009
Rindu kat domok² dan bacin² Baba.
Tuesday, December 22, 2009
Kisah Gua Yang Nekad.
Semalam. 9.30 malam.
Gua nekad. Betul-betul nekad. Bukan naked. Nekad ye. N-E-K-A-D. Apa nak jadi pun, jadila.
Jangan salah paham.
Gua bukan nekad nak merompak. Jauh sekali nekad nak membunuh. Gua cuma nekad nak masak. Hampir seminggu lamanya gua asyik makan di luar bila wifey dan anak-anak tadak di rumah. Ye la kan. Bila duduk sorang, nak masak pun malas. Jadi asyik makan di luar je la. Nasik kandar, nasi kenduri, nasi campor suma gua dah muak. Jadi gua nekad. Gua nak masak.
Kali ni gua nak masak makaroni dan sup ayam. Simple dan mengenyangkan.
Balik rumah semalam, gua bukak peti. Ayam ada seketul, bahagian dada. Cantikla tu. Gua potong kecik. Cukupla nak buat semangkuk sup. Pastu gua tumbuk bawang putih sikit, hiris halia sikit halus-halus. Owh ya sesambil tu gua rebus makaroni tu. 2 cawan. Mix vege gua keluarkan dari peti dan rendam dalam air panas kasi lembut. Daun bawang ada la dalam 3-4 urat. Layu sikit sebab dah seminggu dalam peti. Gua hiris-hiris. Kecik-kecik. Dapat la segenggam. Okla tu. Bukan nak buat kenduri.
Pukul 10 malam. Makaroni dah lembut. Gua alih. Gua toskan dan letak di sebelah.
Gua amik periuk. Mula menumis. Masuk halia, bawang putih. Masuk stok ayam. Kacau-kacau sikit tumisan tu. Kemdian, gua nak tambah ayaq dan masuk ayam yang gua potong.
Baru nak tuang ayaq, tiba² api mengecil. Mengecil, dan makin mengecil, selepas seminit, terus padam.
"ARGHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHHH," Gua menjerit. Agak satu flat boleh dengar.
Sekali gas habis. Tensen gua.
Terus kensel masak. Gua start kapcai gua. Pegi McDonald depan rumah gua, beli Prosperity® Burger satu set besar dan chicken nugget dan ais krim Sundae®. Tensen punya pasal. Hilang habis nekad gua. Makaroni yang siap ditos gua simpan dalam peti.

Monday, December 21, 2009
Cuti panjang 3 hari.
Sebelum gua mula, ramai yang maklum skuad bola malaysia dapat emas Khamis haritu. Gua pun antara berjuta yang menonton siaran langsung haritu. Tahniah. Walaupun gol "cendoi", tapi okla sebab menang. Haha.
Banyak lagi perjalanan depa ni. Jauh lagi. Jangan dok rasa puas hati dah. Sekurang-kurangnya berita bola dapat emas haritu dapat sedikit sebanyak membuktikan penyatuan rakyat MALAYSIA.
Di mana-mana saja lebih-lebih lagi di kedai kopi, semua orang tak kira hang cina ka melayu ka hindu ka iban ka, PAS ka PKR ka, UMNO ka, DAP ka, Makkal Sakti ka (ada lagi ka parti ni?) semua pakat tengok bola sekali atas nama MALAYSIA. Sukan boleh menyatukan perbezaan politik. Tapi sukan jugak boleh menjahanamkan kalo dipolitikkan untuk merebut jawatan dan nama.
Lagi cerita pasai bola, puas hati lagi bila Loserpool dan Manu kalah. haha. Sekurang-kurangnya liga tu taklah didominasi oleh depa-depa ni saja. Dari gua kecik sampai besaq asyik group "Top Four" ni saja yang dok "kongker" EPL. Di Malaysia pun kalo ada penyokong EPL ni pun asyik-asyik penyokong Looserpool dengan Manu. Boringla wei.
Cuti panjang 3 hari.
Apa gua buat? Wifey, Qaseh dan Thaqif ke Kuala Lumpur. Dah seminggu. Kak ipaq gua sekeluarga datang bercuti dari Labuan. Seronok dapat jumpa depa sat. Dah setahun lebih depa tak balik semenanjung. Gua dok Penang. Sunyi. Rindu keletah anak-anak walaupun kadangkala letih lebih-lebih lagi dengan keletah Qaseh yang kuat sungguh "merap"*** dan "mengaroknya"*** lebih-lebih lagi bila ada adik. Bohongla kata kalo tak letih. Tapi keletihan tu hilang bila dapat dengaq dengan gelak tawa anak-anak. Hmmmm.
Cuti panjang 3 hari.
Apa gua buat? Well, selain daripada house-cleaning dan menggunakan masa sepenuhnya untuk berehat, masa yang ada digunakan sepenuhnya untuk gua explore Penang habis-habisan. Dengan moto kapcai, gua ronda pusing dan round habis Penang ni. Mencari tempat-tempat makan baru yang mungkin gua terlepas pandang. Nampaknya tadak. Hehe.
Hari Sabtu/Ahad yang lepas, ada Cub Prix di Padang Kota. Peluang tak dilepaskan. Walaupun gua bukan pengikut Cub Prix ni, tapi gua join jugak tengok menda alah tu. Bukan nak tengok sapa menang, tapi lebih kepada seronok tengok orang jatuh moto.
Selain tu, gua amik juga kesempatan ni mengusha barang² yang dijual di gerai-gerai jualan. Dulu masa kecik-kecik pun gua suka tengok gerai-gerai jualan ni kalo ada race / event. Gua pernah beli satu pouch Marlboro Adventure Team. Cun ooo. Pakai duit baki belanja sekolah yang gua simpan. Syok tayang kat member-member.
Masa cub prix, Gua lepak area Bank Islam Penang. Situ sharp corner. 90 degrees. Hasilnya memang puas. Berapa banyak moto berselerak kat area tu masa race. Harhar. Lepas race, macam biasa gua makan-makan di sekitar area tu. Mana lagi kalo bukan pekena Mee Sotong Padang Kota Lama sama ais kacang Jalil. Terbaik gua cakap lu.
Cuti panjang 3 hari.
Satu benda lagi, Gua dah mola start mengail balik dah. P mengail area Tanjung Tokong. Tak dapat ikan pun tapi seronok. Gian. Lama tak pegang rod. Wahaha. Itu hobi utama gua sejak dulu lagi. Dekat 3 tahun di Penang, dekat 3 tahun kawin, bermakna dekat 3 tahun juga gua berenti mengail.
Gua berenti mengail sebab sepanjang 3 tahun ni, 2 kali wifey mengandung. Jenis padi malinja la katakan. Ada ja rezeki lekat. Jadi gua amik keputusan untuk bersara kejap hobi gua ni. Jangan salah faham. Gua berenti bukan kerana gua percayakan benda tahyul "kalo mengail nanti anak jadi itu jadi ini". Sumpah gua tak percaya.
Cuma gua malas. Malas apa? Malas nak dengar pot pet pot pet orang sekeliling gua jika ditakdirkan apa-apa jadi nanti. Masyarakat kita memang terkenal dengan kepercayaan karut ni. Jadi gua rasa gua amik keputusan tepat untuk berenti sat. Alhamdulillah, sumanya ok. Gua bukan saja ada anak-anak yang cerdik, tapi juga kacak dan cun lagi. Hehe.
Bukan apa, gua bukan boleh kalo jadi apa-apa nanti orang cakap "ha benda ni jadi sebab bapak dia p mancing bla bla bla bla" dan sekaligus seolah-olah menuduh gua yang jadi punca.
Untuk pengetahuan, Gua ni jenis yang baran orangnya walaupun pada yang sama gua ni happy-go-lucky. Nanti kalo orang bising-bising camtu, gua takut gua hilang pertimbangan dan gua takek ja suma yang hingaq tu. Jadi gua rasa langkah gua berenti kejap mengail tu adalah langkah terbaik. Prevention is better than cure.
Cuti panjang 3 hari.
Apa lagi gua buat? Gua jadi budak-budak balik. Malamnya gua ikut budak² moto p tengok race aka rempit. Haha. Kalo polis mai, mau dengan gua sekali kena cekup. Tapi apa gua mau risau, kapcai gua standard saja, suma ok. Lapu depan belakang suma menyala, Exzos pun standard. Bukan jenis bunyi macam motobot. Lesen dengan roadtax gua pun idop lagi. Urine test? Lagi la gua clear. Nak test HIV pun boleh. Mungkin kalo nak kena pun, atas kapasiti sebagai penonton. Haha.
Race track mola di Batu Feringgi. Penonton ramai. Ada dekat 100 biji kapcai tunggu tepi jalan. Gua tengok budak² ni layan cilok jalan Batu Feringghi. Gila ah. Jalan bengkang bengkok tambah dengan sibuk lagi. Memang budak² ni tak takut mati. Musti dah banyak bekal nak dibawa ke kuboq kalo mati nanti. Kan bagus kalu tak takut mati untuk pertahan agama dan negara.
Lepas 2-3 round, depa tukaq port. Itu modus operandi depa. Patutla polis payah nak tangkap. Gua ikut sekali. Ke Tesco Jelutong pulak. Main pusing-pusing area tu pulak. Ada 2 moto berteraboq kat situ. Gua tak amik pot. Gasakla. Yang sakit hangpa. Bukan gua kenai pun.
Lokasi seterusnya, nak ke roundabout Bayan Lepas. Gua macam biasa, folo dari jauh. Slow slow dan steady. Tak masuk group naik ramai-ramai dengan budak² tu. Tapi nasib depa, polis dah standby. Ramai yang kena cekup. Terus race ditamatkan macam tu saja. Kalo tidak, lepas Bayan Lepas, dijangkakan depa akan ke Relau untuk final track. Track mencabar sebab berbukit. Tapi hajat tak kesampaian.
Lepas tu gua terus blah. Singgah di Dato Koyah Road makan maggi goreng. Pekena kopi ais. Dan balik rumah lepas tu.
Syok jugak jadi budak² balik. Enjoy. Lama gua tak buat macam tu. Dulu masa kat KL pun gua suka ronda-ronda dengan moto malam-malam. Sebab tu gua kira cekap jugak jalan di KL. Tapi KL betul la. Bukan pinggiran KL macam PJ ke Shah Alam ke. Habis segala macam lorong gua redah di KL.
Bukan susah pun, apa yang perlu dibuat adalah isi minyak 3-4 ringgit, pusing je la. Tol tak kena bayaq. Keluaq malam naik kapcai ronda-ronda sampai pukoi 3 pagi. Sesambil dapat memerhati gelagat manusia. Lapar kalu, berenti je mana-mana gerai, makan dan teruskan lagi pusing-pusing. Banyak dapat dipelajari dengan observation ni. Serius gua tak tipu.
Sayang. Budak² ni bukan tadak bakat, tapi tak diketengahkan. Sama ada memang tak mau diketengahkan (lagi seronok rempit) ataupun taktau macam mana nak diketengahkan atau apa sajala. Terpulang pada masyarakat macam mana nak buat. Kita pun sebahagian daripada masyarakat.
Cuti panjang 3 hari.
Semalam, Ahad, gua p kenduri kawin staff gua dan sebelah malamnya, gua hadir ke Majlis Anugerah Ikon Usahawan Bumiputera di Hotel Vistana. Malas gua nak komen pasai anugerah tu. Orang jemput, gua p saja. Makan chinese style. Bab makan gua memang tak tolak. Memang best. Haha.
Owh ya, kelmarin 20/12/2009 juga merupakan besday Adik bongsu gua yang ke 16. Dah nak amik SPM dah tahun depan. Happy besday Adik. Along sayang Adik. Dulu masa adik kecik, along ni la dok tolong mama jaga adik. Bawak adik naik moto dok dalam raga masa adik umoq 3-4 tahun dulu.
Bab tukaq lampin / jaga budak ni, arwah mama la yang banyak ajaq suma tu. Kena ada skill ooo. Silap pakai lampin, boleh tercucuk budak tu dengan pin. Basuh lampin pun pakai sabun cap kapak hehe. Itu yang paling malas. Masa tu pampers tu jadi satu barang mewah. Bukan keperluan. Tak macam sekarang. Tapi semua ilmu yang mama ajaq dulu tu banyak gunanya sekarang. Hasilnya, gua tak jadi kekok bila kena handle anak-anak gua.
Terima kasih mama. Kami suma rindu mama. 5 tahun dah mama p tapi kami tetap rindu. Mama jangan risau, insya-Allah tiap kali kami semayang, kami kirim doa kat ma di sana. :)
Itulah aktiviti gua sepanjang cuti panjang 3 hari ni. 3 hari yang solid di mana gua bertapa di Penang.
Kamus hari ini:
*** Merap (loghat Peghelih/Kedah), atau Mengarok (loghat Johor) bermaksud (lebih kurang) : "budak-budak yang buat perangai, selalunya dengan cara merengek / menangis terutamanya bila nakkan sesuatu benda, atau bila mengantuk. Boleh juga dibuat saja-saja untuk menarik perhatian ibu bapa atau saja nak bagi ibu bapa tensen."
Hehe.

Wednesday, December 16, 2009
Bahana Takpa
Ok.
Dalam kita dok cerita pasai makan ni, gua rasa bertanggungjawab juga untuk berkongsi berita ini sebagai rakyat Malaysia yang sepatutnya didahulukan di bumi bertuah ini.
Ini topik berat. Tak lawak. Tapi tadak la sampai tak boleh senyum langsung. Kan Senyum tu sedekah. Hehe.
Ok kita serius balik. Bagi yang tak tahu, dalam tak diam, sebenarnya tampuk pemerintahan Kerajaan Persekutuan di Malaysia ini sebenarnya hampir tumbang atau KO pada hari Isnin, 14 Disember di sebelah malamnya dek kerana sikap "tak apa" sebahagian Ahli Parlimen atau MP di pihak Kerajaan.
Ingat lagi kes DUN Kota Siputeh yang diisytihar kosong oleh Mahkamah sebab sikap tak apa ADUN dia? Kes ni berulang lagi. Tapi impak dia lagi besaq bhai. Lagi besaq dari gua.
Disebabkan sikap "tak apa" itulah maka pihak pembangkang yang diketuai oleh DS Anwar hampir sahaja menggagalkan bajet 2010 yang dibentangkan oleh DS Najib tempoh hari.
Secara ringkas, dalam amalan Demokrasi Berparlimen, jika sesuatu bajet yang dibentangkan oleh Kerajaan tidak diluluskan (dalam hal ini yang dibentangkan oleh DS Najib pada pembentangan bajet 2010 haritu), ia bererti Kerajaan yang sedia ada perlu meletakkan jawatan. Tulah peraturan atau code of conductnya.
Bermula dari cubaan DS Anwar melalui janji 16 Sept beliau, adalah dapat dilihat dengan jelas bahawa pembangkang sentiasa berusaha untuk mengambil alih tampuk pemerintahan negara. Pelanduk sering lupakan jerat. Tapi jerat jarang lupakan pelanduk. Itulah yang terjadi malam itu bilamana sebahagian besar Ahli Parlimen Kerajaan tidak hadir ke sidang Parlimen.
Bayangkan jika terjadi pertukaran Kerajaan Persekutuan pada malam tu akibat tindakan MP dan Ahli Parlimen bertaraf lembu yang sengaja ponteng sidang. Gua sebut lembu di sini adalah khusus untuk MP atau Ahli Parlimen yang SENGAJA PONTENG / MALAS/ BALOQ nak ke Parlimen sedangkan itu amanah yang diberikan pada depa. Yang ada urusan (sampai tak boleh nak elak sangat-sangat) tu lain cerita. Itupun jumlahnya sedikit saja sebenarnya. Tadakla sampai 70 orang. Itu PONTENG namanya. PEMALAS. AMBIL MUDAH.
Gua dapat info ni sejurus selepas balik dari Intan Keluang. Ada sohabat² yang bertugas di Parlimen haritu yang menyalurkan maklumat tu. Gua terus semak di internet dan memang dapati berita ini memang sahih. Bagi yang nak tau kronologinya, boleh rujuk di sini dan sini. Gua dah hubungi sohabat², memang berita ini tepat dan boleh dijadikan bahan rujuk.
Memang kelam kabut jadinya. Dan sememangnya berita ini tak disiarkan di surathabaq perdana kerana ia memang memberikan impak yang sangat negatif terhadap MP / Ahli Parlimen Kerajaan di saat Perdana Menteri macam sibuk nak buat KPI dalam pentadbirannya. Pendek kata, Perdana Menteri nampaknya banyak lagi nak kena pantau. Bukan takat menteri saja kena KPI, Ahli Parlimen juga kena dipantau habis-habisan. Banyak sangat yang kaki tuang, kaki ponteng, pemalas dan baloq. Bab nak kaut kat depa saja yang laju kot.
Kalau PM tak nampak lagi gelaja ni, gua tatau la nak kata apa. Next PRU pun tak lama lagi dah. Jadi pandai-pandaila atoq.
Isk. Apa akan jadi pada ekonomi, pentadbiran, perkhidmatan awam, duta-duta, pegawai² yang sedang diposting di luar negara dan segala macam kemungkinan akibat "kesilapan teknikal" ini? Macam mana pula keadaan pentadbiran di negeri-negeri? Adakah negeri Perlis, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Terengganu, Perak, Sabah dan Sarawak tiba² akan jadi negeri pembangkang? Macam mana pulak kes Royalti Minyak Kelantan? Lagi sekali gua tegaskan, ini bukan kes kecik anak bhai. Boleh huru hara jadinya negara kita ini.
Ntahla gua tak bleh terpikiaq lagi sampai ke tahap tu sebab masih agak terkejut. Tak pernah terpikiaq akan jadi sebegini. Jangan buat main-main. Ini bab tukar Kerajaan bhai. Bukan tukar baju. Sebab tu gua rasa bertanggungjawab dan "concern" dengan berita ni.
Sebelum gua mengakhiri bebelan gua ini, ini pesanan gua pada MP LEMBU DAN BAGHAL NI(Baik pembangkang mahupun Kerajaan: "Kalao dah malas nak p Parlimen, jangan jadi MP/Ahli Parlimen. Kalao nak duit, p kerja la. Bukan jadi MP/Ahli Parlimen sebab nak jadi kaya."
Owh ya.
And please, i'm not talking as a member from any political party either PAS, DAP, PKR or BN. I'm talking based on the capacity as a Malaysian. A truly Malaysia who deserved to be under the tagline "Rakyat Didahulukan"or People First.

And as a Malaysian, I'm worried. Damn worried.
Sok Sek Sok Sek
Minggu lepas.
Gua jadi Panel Penilai PTD Assesment, lagi. 3 hari. 3 sesi. 3 kumpulan peserta yang berlainan setiap hari. Jumaat, Sabtu, Ahad.
Kali ni di Intan Keluang, lagi. Gua takmau nak ulas pasal aktiviti gua selaku Panel Penilai ni. Gua nak ulas pasal makan-makan.
Macam biasa, musti ada sohabat² dari batch gua yang jadi panel jugak. Ada Ard@Bacok, Zowie, Wong, AG, Yati dan Aida. Dan bila berhimpun ramai-ramai, aktiviti wajib di Keluang adalah ke Keluang Station untuk pekena roti bakar dan kopi o. Sesambil tu, sok-sek sikit pasai kawan tu, kawan ni, kutuk-kutuk sikit. Sikit je, tak banyak. Hehe.
Orang kata Keluang Station ni terbaik untuk minum kopi dan makan roti bakar. Itu orang kata. Tapi, ini pendapat gua.
Serius cakap, bab roti bakar Keluang Station ni, boleh dikira okla. Takdela superb sangat seperti yang digembar gemburkan. Gua makan roti bakar di Penang lagi ho-liao. Roti hailam yang dibakar pakai bara lagi. Bukan pakai oven. Nak tau kat mana? Mai Penang, halo gua. Nanti kita p sana, kalo gua free.
Tapi yang paling mengecewakan, kopi O dia. Hancoq. Jahanam. Pertama, kopi dihidang dalam cawan/gelas minum teh tarik macam di kedai mamak. Bukannya cawan putih ala-ala klasik macam kedai² kopi antik yang biasa gua pergi. Hilang terus dia punya ke'klasik'kan minum kopi tuh. Yang kedua, gua rasakan kopi dia takdela sedap sangat. Tak cukup kaw. Ceroi. Cair macam air mata. Kopi yang kurang kopi. Apala. Itukan trademark dia. Patutnya depa kena la jaga dia punya trademark.
Bagi gua, nothing spesel kat Keluang Station ni. Tak seperti yang digembar gemburkan. Kalau nak lepak² bual-bual bolehla. Mungkin salah/silap orang yang gembar gembur tu. Mungkin tahap citarasa dan kecintaan orang-orang ni terhadap makanan ni masih belum mencapai tahap "Api Syurga Meragut Lalang" atau dalam kata lain, belum layak untuk menjadi pengkomen makanan atau menjadi "food tester".
Ah. Tak dinafikanla, bila bab makan ni, tadak yang sehebat Penang. Tak heran la gua naik hampir 13 kilo selepas 3 tahun posting di Penang ni.

Monday, December 7, 2009
Baa ... yak
Haritu.
Wifey tiba2 sakit selepas kami balik dari Johor sempena Aidiladha. Gula dia naik tinggi sangat. Boleh dikatakan, hampir 90% pengsan. Almost unconcious. Gua papah bawak jumpa doktor. Dia memang ada diabetis. Kena pulak dengan angin dan gastrik haritu. Nasib baik gua cepat bawak gi jumpa doktor. Doktor cakap kalo lambat sikit wifey boleh collapse. Alhamdulillah benda tu tak jadi. Dan dia sedang berehat.
Gua jadi suri rumah tangga. 4 hari cuti kecemasan sebab tadak sapa nak uruskan budak² ni di rumah. Kena tabah. Inilah yang dipanggil pengorbanan. Susah senang bersama. Wifey dah terjelepok je atas katil dek kerana kandungan gula yang tinggi. Lepas beberapa hari, keadaan beransur ok. Mak mentua pun datang dari Johor tengok. Kesian sebab tadak orang boleh bantu.
Alhamdulillah gua dah biasa dengan budak² dan kerja rumah ni. Dari bangun pagi, gua mesin baju, sidai baju, jerang air untuk mandi budak, sediakan b'fast budak, masak lunch budak (dan bapaknya sekali), buat susu suma gua boleh buat. Tada hal. Walaupun ada kadang² gua menjerit juga terutama dengan Qaseh yang terlalu lasak, tapi itu semua dugaan.
Pendek kata, semua kerja yang suri rumah buat, gua pun buat. Selama 4 hari dan sepenuh masa. Baru tahu langit tinggi rendah. Bagi yang dok cakap pandai dan ingat kerja suri rumah tu kerja mudah, silakan. Tak kena gaya boleh gantung diri ooo.
Dalam salah satu hari gua jadi suri rumah tu, ada la satu hari tu, gua tertidur tengah hari. Tidoq sekali dengan anak-anak gua. Derang lepas makan memang senang nak tidoq. Haritu gua buat makaroni sup ayam dengan mix-vege utk kakak dan bubur untuk adik. Licin. Tu yang sedap tidoq.
Tiba² gua terbau busuk. Dalam lena pun gua boleh bau busuk. Hebat. Macam Superman.
"Baaaaaa ... yakk" sayup-sayup gua dengaq suara Qaseh, anak dara gua. Masih belum petah bercakap. Cakap Jerman saja yang dia tau.
"Tidoq tidoq" jawab gua. Mamai².
Dalam mamai² gua nampak muka comel dia. Gua pun masa tu tak dapat tangkap lagi apa dia nak kata. Punyala letih jadi suri rumah ni.
Dan ...
Rupa-rupanya anak gua punya pampers dah berat sebab dia dah buang hajat. Yang lagi sadis, dia "cuit" sikit dia punya sisa kumbahan tu tu dan bawak kat muka gua.
Nak cakap tak pandai. Jadi itulah cara terbaik agaknya Qaseh terpikiaq untuk nak kejut Baba dia suruh basuh pungkoq dan tukaq pampers. Astaga potong stim sungguhla. Nasib baik masa tu gua tak mimpi apa-apa.

Subscribe to:
Posts (Atom)