Terkini dan Tergempaq di petang Jumaat, 14 Mac 08.
Di Kangaq Negara Darul Sunnah.
YB Mat Isa Sabu dilantik menjadi MB Negara Kayangan Darul Sunnah. Ini disahkan sendiri oleh Pegawai Khas KDYMM Raja Perlis.
Berita lanjut ada di sini..
Di Negara Tanjung Darul Hong Kong.
Satu perhimpunan membantah dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru berhubung dengan Dasar Ekonomi baru telah diadakan di jalan2 sekitar KOMTAR. Perarakan dan pekikan telah diadakan bagi membantah tindakan Kerajaan Negeri PP yang baru berhubung dengan isu pemansuhan DEB di negeri Pulau Pinang.
Demonstrasi ini telah menyebabkan jalan-jalan sekitar KOMTAR dan Georgetown sesak akibat dipenuhi manusia. FRU dan Polis juga telah dikerah untuk mengawal keadaan. Kami dok jauh saja. Tak mau la terlibat benda2 ni semua.
Ada gambaq la sikit (guna hp) diambik.
4 comments:
1. Padan muka Shahidan.
2. Kerja bodoh. Agak-agaknya berapa ramai daripada yang demonstrasi tu tau sangat pasal DEB? Dan yang paling penting, berapa ramai yang pernah dapat manfaat dari DEB?
Smey, aku rase banyak lagi soalan paling penting untuk point no 2:
a. Apa yang "pejuang Melayu" termasuk Anuar Ibrahim sendiri telah lakukan mase Pulau Pinang di bawah pemerintahan Be End lebih 40 tahun ??
b. Ape pejuang Melayu ni buat mase Lim Cong Euu (CM Penang sebelum Koh Tsu Kun) "halau" orang Melayu ke tanah besar amik tanah orang melayu.
Kalau derang yang tunjok perasaan tu bulih jawap, baru derang bulih jadi pejuang sejati melayu PP
Waktu parti2 lain buat perhimpunan/demo jalanan, pemimpin negara sume mengatakan yg demo jalanan bukan budaya rakyat Malaysia maka dtg la berkoyan-koyan polis siram air.
Namun waktu parti yg satu nih buat demo jalanan yg jelas mempamerkan sikap perkauman, tiada pemimpin negara menyelar mereka, tiada polis dtg menyuraikan mereka.
Adilkah polis kat Malaysia nih? Lupakah mereka dari mane sumber gaji mereka? Lupakah mereka seandainya rakyat mengharamkan duit gaji mereka? Lu pikir la sendiri..
Satu aja yang aku boleh rasa... DEMO ni memang pelik...
Bila aku tanya kat dua tiga pegawai polis kat situ tentang PERMIT PERHIMPUNAN, takdak sorang pun mau komen!
hahahaha... pelik kan?
Post a Comment