Wednesday, March 26, 2008

o2 XDA Flame up for sale !

Salam and greetings to all !

Kita berehat sekejap pasai politik ni. Sat saja, bukan berenti teruih.

Hari ni, ada iklan di sini.

Tawaran istimewa.

Kami INGIN menjual PDA kami berjenama o2 model o2 Flame. Dipakai sejak bulan Mei 2007. Didatangkan khas dengan manual instruction dan jugak kelengkapan lain seperti charger, hands free, AV cabel, CD dan sebagainya.



Mengapa harus tertarik dengan tawaran ini?

- Harga yang ditawarkan adalah RM2200 sahaja berbanding sekiranya anda melihat "owner" lain yang turut ingin menjual PDA mereka serta jika anda melihat harga di kedai.
(MURAH! dan masih boleh dirundingkan).

- Masih di bawah jaminan sehingga Mei 2008.

- Didatangkan sekali esklusif dengan sarung berkulit jenama KRUSELL® (jaminan seumur hidup).




- Skrin dan paparan BESAR (3.6-inch TFT VGA LCD)

- Skrin yang dilindungi dengan screen protector. Tiada calar pada skrin.

- Memori onboard bersaiz 2GB.

- dan PERCUMA ! Memori kad luaran jenama Kingston bersaiz 2GB. Dengan 4GB jumlah keselurhan saiz memori (2GB onboard + 2GB memory card), o2 Flame ini mampu menjadikan ruangan storan anda luas bagaikan angkasa. Anda boleh menyimpan pelbagai video 3gp, mp3, gambar dan sebagainya !!

Spesifikasi mengenai o2 XDA Flame ini anda boleh dapati di sini.

Klik link di bawah untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai o2 Flame ni.
Mobilehornet
Mobile & Wireless Group (MWG)

Berminat? Ingin tahu dengan lebih lanjut? Jika YA anda boleh :

1. Meninggalkan mesej di ruangan komen di bawah
2. Boleh hubungi kami menggunakan YM! id
milo_ais_bungkus_ikat_tepi
3. Email kami di alamat roti_kosong_banjir@yahoo.com



Ada UMPHH !



Menawan!



Didatangkan khas dengan sarung kulit Krusell ®



Bergaya !



Pandangan sisi.



Pandangan sisi sebelah lagi.



Kellas gitu !!


Sekali lagi, bagi yang berminat, jangan malu untuk :
-hubungi kami melalui ruangan komen; ATAU
-email terus ke roti_kosong_banjir@yahoo.com.

Tuesday, March 25, 2008

Sapa dia Natang tu ? Jawab !

Lagi sekali kami sedih.

Rupa-rupanya orang yang gila pangkat dan gila kuasa ni terang-terang boleh memnjadikan diri dia hilang maruah, menjadi kurang ajaq, biadap, riak dan menjadikan dia bangsat.

Kami takmau komen panjang-panjang hal ni.

Terpulang pada semua nak menentukan sapakah "NATANG" yang penyokong Deris Bangsat ni cuba nak maki.






Mai dok Penang tengok.
Baru tau susahnya idop tanpa Sultan.
Tanpa ketuanan.

Monday, March 17, 2008

Boleh mintak balik Perlis dah hehe.

Kuasa Allah SWT. Tadak sapa boleh lawan.

Walaupun menang 14-1.
Walaupun ada "surat sokongan menyambung perkhidmatan" dari PM.
Walaupun suma orang lain dia label sebagai "munafik".
Walapun dia dok "cong" kata orang masih lagi sokong dia.
Walau apa pun dia cuba dok putaq dan auta dan mohong.
Namun kuasa Allah mengatasi segala-galanya.

Syukur Alhamdulillah.

3 tahun aku hidup terpaksa merantau mencari rezeki di negeri orang lain sebab dia ni.

Tak dapat digambarkan lagu mana gembiranya aku yang ber-ic-09-ditengahnya dengan keputusan KDYMM Tuanku Syed Sirajuddin ibni Almarhum Tuanku Syed Putra Jamalullail yang berkenan melantik orang lain selain dia ni sebagai Memanda Menteri Besar yang baru bagi Negara Kayangan.

Pada YAB Datuk Md Isa Sabu, Menteri Besar Perlis ke-8, ini amanah Allah, amanah KDYMM Tuanku Raja dan amanah Rakyat Negara Kayangan. Kami merindui pemerintah yang adil dan saksama. Janganlah dikhianati lagi amanah ini. Janganla dok jadi lagi lagu dia ni lagi. Amin.


Daulat Tuanku !



Amin amin ya Rabbaljalil,
Doa hamba yang sangat zalil,
Tinggikan daulat serta adil,
Kekal perintah Jamalullail.

امين امين يا رب الجليل
دعاء همبا يڠ ساڠت زليل
تيڠڬيكن دولت سرتا عاديل
ككل ڤرينته جمال الل.

Sunday, March 16, 2008

Derhaka

Masih dengan kisah politik.

Suka atau tidak, kena cerita pasai kisah politik.
Silap besaq kalau tak mau amik tau pasai politik.
Sebab orang politikla yang akan perintah negara kita.
Walaupun orang politik ni ada yang pandai.
Tak kurang juga yang tak tara mana pun.
Sembang saja kemaih.

Ada yang kelulusan setakat sekolah menengah, ustaz, bekas cikgu jasmani, peon, posmen, tukang juai tiket keretapi, arkitek.
Tak kurang yang bergelar Doktor. (PHD ataupun bekas Doktor).
Doktor gigi pun ada.
Doktor hemopati kami tatau pulak. Mungkin ada kot.

Last-last jadi pemimpin. Sebab politik la.
Sebab tu kena amik tau pasai politik ni.

Orang yang kerja kerajaan hanyalah kuli. Sila ingat perkara ini.
Pandai mana pun, bila kerja kerajaan.
Saya-Yang-Menurut-Perintah.
bukan Perintah-Yang-menurut-Saya.

Ok cukup sebagai intro.
Kita teruskan.
Kali ni cerita pasai derhaka.

Bila Lim Kit Siang sewenang-wenangnya menyanggah titah KDYMM Sultan Perak (walaupun selepas itu dia minta maaf). Kisah bermula bila Lim Kit Siang mendakwa ADUN DAP lebih layak menjadi MB Perak walaupun KDYMM Tuanku berkenan melantik MB Perak dari kalangan ADUN PAS. Maka berbondong-bondong media melabelkan dia sebagai biadap dan kurang ajaq. Semua mahu jadi champion.

Itu satu kes.

Sekarang ni pun ada jugak pihak yang berasa dia layak menjadi MB di Negara Kayangan Darul Sunnah berdasarkan "surat sokongan" orang no satu Malaysia kononnya dia layak menjadi MB di negara Kayangan.

Dengaqnya, dia la ni dok kelupoq tak ketahuan dan terpekik terlolong disampuk setan kerana KDYMM Tuanku Raja Perlis rupa-rupanya telah mengeluarkan watikah perlantikan serta berkenan melantik Adun Bintong, YB Md Isa Sabu sebagai MB Perlis yang baru mengikut Perkara 39(2) Undang-undang Tubuh Negeri Perlis. Berita terkini pun menyatakan yang dia baru saja jumpa orang no 1 Malaysia ,sebentar tadi.

Daulat Tuanku.
Patik selaku anak jati Perlis ber-ic-kan 09 di tengahnya serta bernaung di bawah payung Tuanku menyanjung tinggi akan keputusan KDYMM Tuanku.

Soalan: Apakah kelakuan membantah dan tidak puas hati dengan keputusan baginda KDYMM Tuanku Raja ini juga dianggap menderhaka ? Jika ia, maka perlulah juga ia dihebahkan dalam media massa arus perdana kan ?

Fair and Square.

:D

Friday, March 14, 2008

Terkini

Terkini dan Tergempaq di petang Jumaat, 14 Mac 08.

Di Kangaq Negara Darul Sunnah.
YB Mat Isa Sabu dilantik menjadi MB Negara Kayangan Darul Sunnah. Ini disahkan sendiri oleh Pegawai Khas KDYMM Raja Perlis.
Berita lanjut ada di sini..


Di Negara Tanjung Darul Hong Kong.
Satu perhimpunan membantah dasar Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang baru berhubung dengan Dasar Ekonomi baru telah diadakan di jalan2 sekitar KOMTAR. Perarakan dan pekikan telah diadakan bagi membantah tindakan Kerajaan Negeri PP yang baru berhubung dengan isu pemansuhan DEB di negeri Pulau Pinang.

Demonstrasi ini telah menyebabkan jalan-jalan sekitar KOMTAR dan Georgetown sesak akibat dipenuhi manusia. FRU dan Polis juga telah dikerah untuk mengawal keadaan. Kami dok jauh saja. Tak mau la terlibat benda2 ni semua.

Ada gambaq la sikit (guna hp) diambik.




Thursday, March 13, 2008

Anak Kecil Main Api

Dipetik dari Detikdaily (Klik sini untuk melihat)

Hari ini 12 Mac 2008, calon PAS Ir. Mohamad Nizar Jamaluddin dilantik menjadi MB Perak setelah diperkenankan oleh DYMM Sultan Perak. Malam sebelum itu di TV3 ditunjukkan ketiga-tiga calon dari DAP, PKR dan PAS sebulat suara bersetuju untuk menerima sesiapa sahaja yang bakal dilantik oleh Baginda Sultan. Siap boleh saling berjabat tangan lagi

Tiba-tiba hari ini DAP melalui Penasihat DAP Pusatnya Lim Kit Siang meluahkan rasa terkejutnya berikutan pemilihan Ir. Mohammad Nizar sebagai MB. Dia akan memulaukan upacara angkat sumpah yang bakal berlangsung di Istana Iskandariah esok. Alasannya Ir. Mohamad Nizar belum mendapat mandat dari Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP. Berita ini sangat-sangat mengejutkan semua orang. Tidak dapat dinafikan lagi berita ini akan digunakan habis-habisan oleh media BN bagi menanam perasaan saling benci membenci antara penyokong Barisan Rakyat terutama dari kaum Melayu dan Cina. Jika ini terjadi maka apa yang dihajati oleh BN akan berjaya.

Siapa silap dalam hal ini? Yang silap ialah kedua-dua pemimpin tertinggi PAS dan DAP. Apabila Parti PAS berusaha bersungguh-sungguh bagi mewujudkan sebuah negara Islam yang tulin di Malaysia, ianya ditentang hebat oleh DAP. Karpal Sigh sanggup mencabar supaya dilangkah mayatnya terlebih dahulu sebelum melaksanakan sebuah negara Islam di Malaysia. TG haji Hadi membalas dengan mengatakan pimpinan DAP sudah tidak relevan dan diumpamakan sebagai Dinosour. Maka bermulalah satu episod persengketaan di kalangan pemimpin.

Episod yang telah lama berlalu rupanya masih tidak dilupakan oleh pimpinan DAP terutamanya Lim Kit Siang. Sepatutnya beliau melupakan peristiwa tersebut dan membina satu halatuju baru dalam membentuk pola pemikiran rakyat. Setelah puluhan tahun BN mencanangkan bahawa DAP ialah sebuah parti Cina. Walhal ia adalah parti berbilang kaum. Jauh lebih baik dari UMNO, MCA dan MIC.

Apakah untungnya DAP memulaukan perlantikan Ir. Mohamad Nizal? Untungnya sangat sedikit sebenarnya malah kemudaratannya sangat banyak. DAP hanya menerima puji-pujian dari kalangan yang rapat dengan pimpinan sahaja tapi disebalik itu DAP akan menerima padah yang bukan kepalang kelak. Antaranya ialah;

1) BN akan memanipulasi habis-habisan isu ini.
2) Rakyat akan menganggap DAP adalah parti Cina yang memperjuangkan kaum Cina sahaja
3) Tidak ada tolak ansur di kalangan pimpinan DAP
4) DAP anti Melayu
5) Rakyat akan mengganggap Perak telah ditakluki oleh orang Cina
sebagaimana P.Pinang dan Singapura
6) DAP akan dianggap menderhaka kepada DYMM Sultan

Apa pula faedah bila DAP menerima perlantikan Ir. Mohamad Nizal sebagai MB Perak?
1) BN terkedu bila melihat kerjasama yang terjalin
2) Rakyat akan melihat DAP bukanlah parti perkauman Cina
3) Pimpinan DAP adalah terdiri dari mereka yang berhemah
4) DAP parti pelbagai kaum
5) Tidak timbul langsung Cina menakluki Perak kerana MBnya adalah orang Melayu
6) DAP akan dianggap sangat menghormati Raja-Raja Melayu
7) Rakyat akan lebih menghormati DAP. Satu kejutan baru akan timbul iaitu DAP bukanlah sebagaimana yang mereka sangkakan selama ini. Ini akan membuka lebih ruang bagi rakyat yang karat BN untuk menukar arah.

Jadi kepada pemimpin DAP, fikirkanlah secara mendalam kesan yang bakal muncul....

** Kata kami pulak, orang Melayu pantang dicabar Sultannya (Daulat Tuanku!). Ingat lagi kes KDYMM Sultan Kedah yang terpaksa mencemar duli berjalan kaki di Batu Kawan tahun lepas? Seluruh Kedah bangun meminta kepimpinan Negeri PP mengadap Tuanku memohon maaf. Kali ni nak jadi pulak. Berani depa nak mainkan KDYMM Sultan Perak yang terkenal dengan kebijaksanaan dan kedaulatan baginda serta pernah menjadi Ketua Hakim Negara?

Kami ikut juga kes Perlantikan MB Perak ni dari pelbagai sumber baik dari Ar Ti Em, Tivi Ti Ga Suku, perUTUSAN, Harakah dan juga pelbagai blog termasuklah blog Lim Kit Sial ops Siang sendiri.

Cukup setakat ini. Hati terasa panas dan bengkak melihat kesialan dan kecelekaan DAP.

Ingatan kami, bagi yang terlupa, suka kami ingatkan yang satu-satunya perkataan Bahasa Melayu yang ada di Oxford Dictionary adalah perkataan Amok. Boleh rujuk di sini dan di sini dan juga di sini kalau masih tak paham apa maknanya. Juga bleh tanya orang Kampung Rawa, Pulau Pinang apa maksud amok.

Wednesday, March 12, 2008

4B

Budaya bodo, buta, bodek dan bongok (Budaya 4B) seharusnya dijadikan teras utama dalam budaya kita.

Sebab apa ? Sebab nampaknya budaya 4B ini jugak semakin diterima pakai oleh semua. Semuanya selepas PRU 12 tempoh hari. Bermula dengan mereka yang mendakwa menyokong teguh di belakang (tikam pun kot belakang jugak) pemimpin nombor wahid partai cap keris hijau biarpun dia dilihat kini sangat tak relevan, kini tidak ketinggalan meraikan budaya 4B adalah penyokong partai yang hanya setengah saja nilainya (semi value). Nampaknya sambutan korban di Sungai Siput masih belum cukup ni.

Kami malas nak kata dan ulas mengenainya. Anda boleh baca mengenai penerapan nilai2 4B di sini.

Tuesday, March 11, 2008

Undilah Lagi ...

Selamat !

PilihanRAYA kali ni memang betoi-betoi RAYA.
Semua dah tau keputusan dia.
Satu signal.
Satu tsunami.
Satu wake up call.
Sumanya buat dia yang selalu lena.

Hari ni kami nak tulis sikit pasai ulasan amatur kami tentang "antara Keputusan Mutlak Pilihanrakyat ops Pilihanraya ke 12 (PRU 12) 2008 yang mengejutkan".

Mungkin coretan terpanjang kami sepanjang sejarah kami memblog sejak 2005.

Kami balik undi di Kangaq.
Sapa kami undi mana bleh habaq. Bukankah undi itu rahsia walaupun terpampang besaq no siri. Oh ya, tu untuk "semak kehadiran". Kata petugas SPR yang kami tanya di pusat undian tempat kami buang undi.

Malam itu, jam 7.15 malam 8 Mac 2008, kami dah dapat call yang Orang Tanjung sudah menyahut seruan supaya menerokai angkasa lepas dengan menaiki Roket. Maka sekonyong-kongong kami pun kena bergegas balik ke Tanjung sekarang tu jugak. Pasaipa kami kena balik Tanjung ? Itu jangan tanya. Rahsia. Sama macam undi jugak.

Bila tiba di Tanjung pukoi 11 malam, antara berita lain yang kami dapat Kelantan gagal di"rawat". Selain itu, 4 negeri lagi iaitu Kedah, Pulau Pinang (Haria!), Perak dan Negara Maju Selangor turut mengikut jejak langkah Negeri Che Siti Wan Kembang itu.

Itu antara hot topic kali ni.

Kita bermula di Negara Kayangan Darul Sunnah. Negara kelahiran kami.

Persaingan sengit dan tumpuan di Negara Kayangan Darul Sunnah dalam PRU kali ni memang terserlah. Selepas pendedahan oleh Setiausaha Agong Partai Cap Keris Hijau mengenai perpecahan di Negara Kayangan, ramai yang beranggapan yang Negara Kayangan akan Menjadi Negara Bulan di Kayangan. Dua hari dua malam dikhabarkan Ibnu Kassim mengadap Menteri Perdana seperti yang dilaporkan di Media Tivi Ti ga Suku dan Tivi Ar Ti Em memohon perkenan menyambung perkhidmatan menunjukkan seolah-olah ada yang tak kena dengan pentadbiran Partai Cap keris Hijau dan partai Cap Penimbang Zaman Purba di Negara Kayangan Darul Sunnah.

Namun Ibnu Kassim menafikan semuanya. 14-1 adalah bilangan DUN yang dimenangi dan 3-0 untuk bilangan Parlimen yang dimenangi oleh Partai Cap Penimbang Zaman Purba pimpinan Ibnu Kassim membuktikan yang beliau bukan mudah ditewaskan. Nyata silat pulut yang cuba dimainkan oleh Setiausaha Partai Cap Keris Hijau saja tidak mencukupi bagi melawan Ibnu Kassim yang bukan sahaja mahir Wushu, Kuntau, Kalari Payat, Tomoi bahkan juga dikhabarkan menggunakan khidmat jampi serapah dan pendinding diri dari bomoh-bomoh khas di samping menggunakan kuasa kertas bercetak gambar kepala Yang Dipertuan Agong pertama sebagai senjata.

Maknanya, selain membagi ayaq mineral sorang sebotoi, vest, tshirt serta payung lambang Penimpang Zaman Purba, rupa-rupanya ada banyak lagi yang perlu dipelajari dari Ibnu Kassim oleh Pemimpin Partai Cap Pemnimbang Zaman Purba di Negeri lain sekiranya berhasrat mahu menjadi "hebat" seperti beliau. Dikhabarkan juga pengeras untuk kelas menuntut ilmu-ilmu ini adalah tidak mahal. Cuma perlu bayar cash saja.

Dipendekkan ceritera, Negara Kayangan masih diperintah oleh Ibnu Kassim (sekeluarga). Di saat orang lain mengalami pembungkusan dan libasan yang mengejutkan, Negara Kayangan masih KUKUH di bawah pemerintahan Penimbang Zaman Purba ala Ibnu Kassim.

Kita p Kelantan sat. Secara rasmi dan (ringkas)nya, Kelantan masih di bawah pemerintahan TG Nik Aziz. Kami tamau ulas apa-apa pasai ni dengan panjanq lebaq. Kami bukan orang sana. Dan kami tak dok sana. Ceritera lebih lanjut mengenai Kelantan boleh dibaca di blog Tok Mudin di sini.

Cuma yang pasti, slogan Tahun Merawat Kelantan yang depa war-warkan dulu telah berubah menjadi "Tahun Demam Kepialu dan Demam Kura" bagi sesetengah yang bercita-cita untuk menawan negeri tanah serendah sekebun bunga itu. Sesungguhnya ada sesuatu yang lebih daripada sekadar janji-janji pembangunan fizikal yang sebenarnya didambakan oleh rakyat Kelantan hingga menyebabkan mereka mempertahankan pemerintahan di bawah sinar Bulan Purnama pimpinan TG Nik Aziz. Apa dia yang depa mau sebenaqnya ? Itu kenalah tanya Tok Mudin.

Mengikut jejak Kelantan bernaung di bawah Bulan Purnama adalah Kedah Darul Aman, iaitulah Juara Liga Super, Piala FA dan Piala Malaysia Tahun 2007. Jika selama selama 50 tahun Kedah sebelum ini, negeri yang melahirkan 2 Perdana Menteri teragung dalam sejarah Malaya/Malaysia ini tampak Aman dari luar, kini rupa-rupanya tidak lagi.

Sesungguhnya Kedah, sama seperti Kelantan yang banyak terdapat sekolah pondok serta sekolah agama rakyat serta pengajian agama nampaknya tak dapat menerima kecelaruan yang dibawa melalui mazhab baru Islam Had Hari. Dengan projek yang banyak membuang duit seperti pembinaan Marina Kola Kedah yang dbibuat di tempat ayaq cangkat, Medan Ikab Bakaq Kola Kedah yang jadi tempat melepak, kekotoran dan kelemahan pentadbiran Majlis Bandaqraya Aloq Staq sungguhpun kononnya Aloq Staq dah menjadi Bandaqraya telah menjadikan penangan slogan "MAI KITA KALIH" yang menyelebungi selama 13 hari tempoh berkempen di Negara Jelapang Padi memang betoi-betoi menyebabkan Dato' Seri Mahadzir Khalid kini memang diKALIH daripada seorang Menteri Besar menjadi KETUA PEMBANGKANG di Negara Jelapang Padi tersebut.

Slogan "MAI KITA KALIH" juga menyaksikan orang paling berkuasa menjaga hal-hal penyiaran serta kawalan media dan pelabel blogger sebagai "bodoh" ini tersungkur di Sungai Petani dan dikhabarkan kini sedang mencari memohon lesen peniaga kereta tolak untuk menjuai cendoi di sekitar Sungai Petani.

Turun ke bawah adalah Negara Tanjung dan Perak yang habis dijadikan tapak pelancaran roket. Rakyat menyahut seruan supaya banyak angkasawan dilahirkan dan mungkin semangat hasil ceramah Sheikh Muzafar menyebabkan kesedaran pengundi untuk menaiki roket meluap-luap dan diterjemahkan di kertas-kertas undi yang berlambang roket. Hasilnya di Pulau Pinang, 19 tapak pelancaran roket telah selamat didirikan, 9 tempat menerima Cap Mata sebagai wakil mereka serta 1 kawasan tiba-tiba ada Bulan Purnama bersinar walaupun di tengah hari buta.

Di Negara Tanjung sendiri, saingan menyaksikan pemangku parti berGerak-gerak tumbang dalam usaha bertatih untuk ke Parlimen. Beliau tumbang di Batu Kawan, tanah di mana Ke Bawah Duli Yang Maha Mulia Tuanku Sultan Kedah (Daulat Tuanku!)terpaksa mencemar duli berjalan kaki sejauh 2 km hingga menyebabkan baginda gering semasa baginda mahu menyaksikan perlawanan akhir Piala FA antara Perlis dan Kedah akibat kelemahan pengurusan Kerajaan Negeri. Adakah ini suratan atau kebetulan namun yang pasti, bekas Ketua Menteri PP ini amat berdukacita dan sedih sehingga tak sempat menyikat rambut dan touch up mukanya sewaktu mengumumkan kebungkusan PP ke tangan roket pada malam keputusan PRU ke 12 tempoh hari.

Kita ke Perak.

Di Perak, ada diberitakan yang bekas MB Perak menitiskan air mata ketika mengetahui keputusan PRU ke 12 di Negeri Perak. Beliau dikhabarkan tidak mahu menjawab sebarang soalan media dan hanya mengurungkan diri serta hampir kehabisan air mata dek kerana asyik menangis bermula daripada hari penamaan calon sehinggalah keputusan diumumkan.

Di Perak juga dikhabarkan yang MB Baru masih belum diumumkan kerana berlaku kekecohan dalam pemilihan bakal MB Baru. Media Ti Ga Suku melaporkan yang ini kerana Partai Cap Bulan Purnama dan Partai Cap Mata mencadangkan supaya calon MB Baru dipilih di kalangan orang Melayu sungguhpun Cap Roket lebih banyak menang kerusi di Negeri Bijih Timah itu. Jika diteliti dari media Ti Ga Suku itu, nyata sekali berlaku perpecahan atau krisis namun soalannya :

Adakah betul ada krisis pemilihan ?

Rupa-rupanya, hal ini berlaku kerana Undang-undang Tubuh Negeri Perak memaktubkan bahawa seseorang MB Negeri Perak mestilah dipilih dari kalangan yang Berbangsa Melayu dan beragama Islam (had hari atau tidak itu no dua) dan MESTILAH mendapat perkenan KDYMM Sultan Perak (daulat Tuanku!) Kami bukan orang Perak jadi untuk mengetahui dengan lebih lanjut mengenai isu pemilihan MB Baru negeri Bijih Timah ini dan Undang-undang Tubuh Negeri Perak, sila klik sini. Apa yang pasti, segala kekecohan KONONNYA berlaku PEREBUTAN KUASA antara Partai cap Roket, Partai Bulan Purnama dan Partai Cap Mata dalam urusan perlantikan MB Baru Negeri Perak Darul Ridzuan hanyalah BOHONG SEMATA-MATA dan tak lebih daripada niat JAHAT serta BUSUK hati media Tivi Ti Ga Suku untuk memburukkan kerajaan yang dipilih rakyat serta tidak langsung mencemarkan Kedaulatan KDYMM Sultan Perak.

Masih di Perak.

Rakyat juga menyaksikan satu sambutan korban telah diadakan di Sungai Siput bagi menyambut dan meraikan hari jadi Encik Vellu ke-72 yang kebetulan sama dengan tarikh pengundian iaitulah 8 Mac 2008. Encik Vellu rasanya amat berbangga kerana hari jadi beliau telah disambut dengan penuh kesyukuran dan keraikan oleh seluruh rakyat Malaysia hinggakan beliau terkedu tanpa sebarang kenyataan akhbar mahupun sebarang liputan oleh tive tak kiralah Tivi Ar Ti Em mahupun Tivi Ti Ga Suku. Adalah diharapkan yang selepas ini, segala tugas berkaitan dengan lebuh RAYA, jalan RAYA, kerja RAYA, balai RAYA dan apa-apa saja berkaitan dengan RAYA dapatlah kiranya dijalankan dengan lebih telus, ikhlas dan jujur serta selamat aman dan makmur tanpa campur tangan Encik Bellu sejajar dengan menifesto Partai Penimbang Zaman Purba.

Kita turun sikit lagi.
Kali ni ke Negara Maju.

Umum mengetahui Selangoq Negeri Maju juga bungkuih mengejut. negeri Juara 30 Kali Piala Malaya ini pernah dipimpin lelaki berusia/tua (tapi kini berwajah muda) yang sebelum ini angkuh melaungkan "Pembangkang Sifar" menerima penamparan yang hebat hingga ada khabar angin mengatakan beliau terpaksa menambah lagi bilangan tempe untuk dimakan bagi menegangkan lagi kulit muka beliau yang nampak kedut dan monyok di malam pengumuman keputusan pilihan raya tempoh hari. Nyata doa ahli kariah Surau Kampung Berembang, Ampang Jaya yang surau mereka dirobohkan suatu masa dahulu benar-benar diangkat dan disahut oleh yang Maha Esa.

Mungkin (i said mungkin) menjelang PRU ke 13 nanti, akan banyak pula slot di Tivi Ar Ti Em dan Tivi Ti Ga Suku berkenaan "kadar kemiskinan di Negara Maju Selangoq" dan ditayangkan berulang2 kali bagi menunjukkan betapa Rakyat di Negara Maju hidop merana akibat dipimpin oleh Kerajaan yang tidak memakan tempe sebagai amalan pemakanan sihat untuk menegangkan kulit. Take my word. Tunggu dan lihat.

Owh ya. Baru dapat berita. Alfatihah buat bekas Adun Pelabuhan Kelang, Zakaria Md Deros yang meninggal dunia pagi tadi akibat sakit jantung di Kampung Idaman, Klang. Allahyarham ni yang "terkenal" dengan kisah beliau dan mahligainya di Kelang. Apa yang berlaku bagi kami itu adalah antara urusan dia dan Allah Taala. Begitu juga samada Allahyarham diserang sakit jantung terkejut dengan keputusan PRU kali ini atau pun bukan, kami hanya mampu katakan yang ajal sudah sampai. Kami tamau ulas pasai tu. Alfatihah untuk dia. Itu bukan urusan kita.

Kita tinggalkan Selangoq.

Secara keseluruhannya, bagi kami, nampak sangat yang PRU ke12 bukan lagi satu signal malah juga sebagai Tsunami, Ribut, Taufan, Gempa bumi dan segala macam bala bencana akibat manusia ini terlalu angkuh, bongkak dan melupakan rakyat yang sebenarnya BERKUASA melantik mereka. Depa ingat rakyat ni bodo sangat gamaknya.

Sesuatu perlu dilakukan kalau depa nak memenangi balik hati rakyat. Bukan dgn cara tipu helah tapi mengembalikan kepercayaan rakyat balik.

Namun dalam banyak yang terjadi ini, beliau masih lagi menjadi Menteri Perdana. Tiada tekanan, tiada apa yang nak disesalkan, ada agenda yang perlu diselesaikan merupakan hujah kenapa beliau ini masih mahu menjadi Menteri Perdana sedangkan rakyat dan mantan Menteri Perdana Malaysia sendiri sudah menyuarakan pandangan mengenai beliau yang seorang ini.

Apa agendanya?
Mai kita pakat tunggu.

Saturday, March 8, 2008

corat coret tak bleh tidoq

8 Mac 2008.
3.50 pagi.
Hari ini.
Pagi ini.

Takleh lena.
Tatau pasaipa.

Seronok pun ada. Berdebaq pun ada.
Coutious kata orang putih.

Owh ya.
Kami dah selamat sampai di Negara Kayangan.
Pulangnya kami demi satu tanggungjawab.
Ini kali kedua kami nak tunaikan tanggungjawab.
Biar apa orang kata.
Kalau dah ini saja cara untuk menegoq mana yang perlu.
Kami akan balik tunai tanggungjawab kami.
1 pangkahan dikira.

Insyallah yang bakal ,dipilih memang betul-betul "meWakili Rakyat".
Bukannya sebagai wakil sahabat handai.
Jauh sekall mewakili sanak saudara.

Doa kami hanya satu padaNya.
Tabah dan Tetapkankanlah hati kami.
Untuk memilih wakil kami.

Yang boleh diharap untuk bawak sora kami.
Yang boleh diharap untuk bawak sora anak cucu kami.
Yang boleh diharap untuk diberi harapan.

p/s Dengaqnya pangkahan kali niadalah rahsia.
Sapa-sapa boleh sahkan?

:D

Wednesday, March 5, 2008

Ketagih nak pot pet pot pet

Mahalo !

Hoh! Sibuk! Semua orang sibuk! Sama ada memang sibuk atau buat-buat sibuk, wallahualam.

Buat masa skang ni, kami siiiiibuk sangat (insyallah bukan pura2 sibuk) sehinggalah menjelang hari PRU ke 12. Tapi harini kami sempat jugak curi masa. Kebetulan banyak idea nak pot pet pot pet. So here it goes.

Semalam menjadi urusetia satu Pelancaran Program I-pintar oleh Paklah di Kepala Batas. Program di mana sekolah-sekolah luar bandar (yang terpilih) akan dibekalkan Papan Pintar sebagai Alat Pembelajaran yang berfungsi seperti papan hitam tapi berwarna, boleh insert gambar2, bleh print apa yang ditaip di papan tu dan sebagainya. Pendek kata, berinteraktiflah.

Berita lanjut mengenainya bleh didapati di sini.

Kami tamau komen pasai majlis tu. Biaq p la yang tu.

Ok kita tinggaikan sat pasai majlis pelancaran. Kami cuma nak pot pet pot pet pasai "kepentingan pembelajaran" ni saja. Sila amik maklum yang ulasan ini adalah pandangan peribadi kami saja. "Everybody has their own view". Jadi jangan amik peduli sangat la.

Kami tak pasti sama ada smart board ini mampu atau tidak menghadir/melahirkan modal insan yang berwibawa di masa depan. Bukan apa, dalam dok tengok dari jauh pelancaran tu dan dalam dok tengok budak2 sekolah yang mai (kena suruh mai) ke pelancaran tu, sesekali kami ada jugak dok terpikiaq akan beruntungnya dan pada masa yang sama kesian dengan budak2 zaman sekarang.

Beruntung bila memikirkan perbandingan antara budak2 zaman kami yang hanyalah generasi papan hitam dengan budak2 di zaman la ni. Sekolah kami dulu, ada papan hitam saja. Sesetengah sekolah MUNGKIN ada OHP (Overhead Projector). Zaman tu tak kenai lagi komputer. Era 90-an baru mai komputer. Tu pun pakai BIOS. Tadak segala macam Windows ni ha. Untuk word processor, yang ada hany Wordstar saja. Game pun kalo ada, hanyalah Prince of Persia. YM dan Blogspot jauh sekali.

Generasi yang dulu pulak lagi la. Kalo ikut abah, dulu punya generasi adalah generasi papan batu. Lepas tulis kena tonyoh dengan kain sebab nak tulis benda lain pulak. Pastu kalau nak p mana2, kena la usung ke hulu ke hiliaq membawak papan batu tu. Macam cerita Flinstones kata abah.

Dan kesian pun ada bila tengok budak2 la ni yang kecik-kecik lagi terpaksa diasak disumbat diajaq oleh mak bapak semata2 kononnya tamau bagi anak depa ketinggalan daripada anak orang lain. Ada kawan2 anak kami baghu 3 tahun dah kena masuk taska / smart learning etc etc. Apa budak tu boleh buat ? Bila ditanya, kawan2 kami tu kata sebab nak dedahkan depa dengan huruf, nombor dan sebagainya di awai2 umoq. Senang cerita nak bagi cerdik awai la. Tak mau bagi anak depa ketinggalan.

Baguih kata kami. Cuma soalan kami, hangpa tak kesian ka kat depa ? Depa tu budak. Apa depa nak ialah seronok. Nak main2. Main dalam erti kata main yg betoi2 main macam lego atau main kereta polis, keretapi mainan etc apa apa2 saja yang dia rasa nak main. Bukan dok p paksa dia p mengeja belajaq semua tu.


Sekadar hiasan
Kami dulu dapat sampai Keris Perak wooo !
Keris Emas kantoi sebab gagal ujian berenang.

Ntah la kan. Kami rasa kami lagi suka anak kami 'enjoy' sepuas-puasnya zaman dia kecik sampai la umoq dia dah 5 ke 6 tahun baru pelan2 nak hantaq dia p tadika / sekolah / segala smart learning. Kira dah besaq sikit la kan. Kami dulu pun mai umoq 6 taun baru arwah mak antaq p tadika supaya pandai bergaul dgn orang. Sebelum tu, seingat2 kami, keja kami hanyalah maaaaaaaain saja. Segala macam mainan kami ada. Lego, Kereta api, Kereta polis, kapai terbang kertas, peguin set yang naik tangga, beskal (lihat posting terdahulu; masa tu kami baru umoq 5 tahun)dan yang paling kami ingat, masa umoq kami 5 tahun lagi abah dah ajaq kami main mercun dan bunga api. Ada mercun katak, mercun ayam, mercun moto. Serius.

Agaknya itula sebabnya sampai kami dah ada anak sorang ni pun kami dok gila main mercun lagi. Tapi best apa.

Masa raya haritu di umah mentua di Johoq, berkerumun anak2 sedara kami ikut aku main bunga api dgn mercun dgn bunga api. Kesian kami tengok. Masing2 jakun tak pernah tgk bunga api sampaila kami start cucuh.


Juga gambar hiasan.
Budak dalam gambaq tu bukanlah
anak menakan aku yang dimaksudkan.

Bila suma dah mula main, kami nampak sangat malam tu apa maknanya "kegembiraan" menjadi sorang kanak2. Main bunga api sambil lari2 gelak, lepastu eksperimen p cucuh bunga api tu kat batu dan pokok bunga tok man dia dan macam2 lagila. Benda/perkara yang semacam/seumpama ni la yang bagi aku sorang kanak2 ni kena "enjoy" sepuas-puasnya dan yang (aku rasa) diinginkan/dimahukan oleh kanak2 terutamanya kanak-kanak yang membesaq di bandaq2 besaq / hutan batu. Depa nak main! Sebab tu kalo ada aku, anak2 menakan aku ni suka. Depa ajak aku p garden (taman permainan )la, ajak aku main bola la, semua sebab depa nak main yang mana aku rasa orang tua depa (ipaq duai aku) ni tak paham kehendak anak depa.

Yang depa tau, balik2 dok bukak ulang bukak CD Barney, dok ulang bukak Channel Playhouse Disney pastu dok suruh budak2 ni ajuk/ikut apa yang makhluk-makhluk ni dok buat kelalu. Ada ka patut ?

Rilek la. Depa kecik lagi !
Insyallah banyak lagi masa dan benda yang depa akan belajaq lepaih ni.

Sekian pot pet pot pet untuk hari ini.

*owh tak lupa, terima kasih pada yang wish besday kat kami. ngeh ngeh ngeh