Sunday, May 21, 2006

Berkabung ...

Usaha dah, attack dah, masuk saja yang tak mau.
Lagu tulah nasib final Piala FA antara Tok Gajah dgn Singa Utara.


1st half serius Singa Utara main teruk nak mampuih macam orang tatau main bola. Dengan miss kick, ball control out, no chances created, huh macam la tak penah main final sebelum ni. Alasan nervous dah tak boleh pakai dah. Ni peranan pakar motivasi perlu digunakan ni.

2nd half baru mula menampakkan gerakan2 bahaya dan Tok Gajah pun tak kurang jugak dengan satu percubaan menghentam palang gol. Malam ni juga mendedahkan betapa pertahanan Singa tiba tiba menjadi lintang pukang cacamerba. Feriza yang menerima anugerah man of the match masa melawan Temasek u23 nampak sangat kudrat usia dia tu dah tak boleh nak pi dah. hmmmm dah boleh pelan pelan pk pencen dah kot. Lama sangat dah dia main, umoq pun dah 35. Dia sendiri pun penah main dengan V Sundram Moorthy apa masa Kedah jumpa Temasek tahun 93 dulu ni. Bayangkan lama tak lama kereta kebal ni dah beraksi. Dia bukan tak baguih cuma kudrat membataskan.

Apa-apa pun bola tu bulat, dan untuk pertemuan kali ni, giliran Singa Utara pula berada di bawah. Tendang sana tendang sini, cuba sana cuba sini, masih kosong-kosong dan bila di penentuan penalti, 2 masuk through Manzoor dan Mazlan Emoi tapi 2 lagi tak masuk Effendi Malik dan Lamin (sekali lagi mamat ni takleh score penalti lepas haritu lawan Temasek u23).

Hmmm pulanglah Sang Singa dan segala macam juak juak dan rombongan rombongan dari Negara Kayangan ni ke tempat pertapaan mereka. Terlepas dah peluang nak wakil Malaysia dalam AFC Cup tahun depan tapi takpa, tahun depan tak la pack sangat jadual depa dalam Liga Super (ye ke Liga super? dgq kata FAm buduh tu nak ubah lagi format).
Aku sampai di Loq Staq pukoi 6.15 pagi, singgah di Masjid Aloq Merah lebih kurang 6.40 pagi, semayang + mandi di situ dan teruih pakai baju mai opis. Pergh gila betoi la. Aku punch in pukoi 6.48. Letih gila dok opis tapi still sempat update blog hahaha.





Keputusan muktamad final Piala FA 2006:
Tok Gajah 0-0 Singa Utara
(Tok Gajah menang 4-2 melalui sepakan penalti penentuan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 selepas masa tambahan)









ScoreBORED
ScoreBORED


With Mon and Kepten Radzi
Mon (baju putih), Kepten Radzi dan aku.
Di depan adalah pakcik rombongan anjuran kedai Tomyam Kak Piah.



The supporters from Pahang
Antara penyokong Pahang

3 comments:

Anonymous said...

sabar banyak2 ye.perlis mmg lebih baik dpd pahang hari tu tapi dah takde rezeki.takpa, nxt yr boleh try lagi.

Anonymous said...

tak kisah la sape lebih baik pon.. at the end of the day, final result counts.. idop tok gajah!!!

Hambali ® said...

hehehe takpa takpa