Perlis 2 - Temasek b23 0
(Aggregate Perlis 4 - Temasek b23 3)
Yeah ! Singa Utara kembali mengaum. Sesuai dengan gelarannya (?) Sang Singa telah berjaya menundukkan Young Lions pimpinan lagenda bola sepak Temasek (dan Asean) Fandi Ahmad.
Well apa lagi yang nak diperkatakan ? Two thumbs up for the fantastic match.
Hmm...
Perlawanan separuh akhir di Std Utama Negeri, Kangar yang juga disiarkan di tv1 malam tu membuatkan aku mengimbau saat-saat Final Piala FA 2003.
Tahun 2003 menyaksikan kebangkitan skuad Singa Utara yang masa tu di bawah bimbingan Norizan Bakar (atau bagi kami bekas2 anak didik dia lagi suka panggil PAK JAN). Setelah lama menjadi penghuni dasar liga ataupun sekadar pemenuh liga, menjadi Naib Juara di IPOH Perak setelah tumbang 2-1 kepada Nogori Sembilan adalah pencapaian terbaik Perlis dalam beberapa tahun selepas menjadi juara Divisyen Dua pada tahun 1989. Dengan menaiki kereta dari Kuala Lumpur, aku ke Ipoh dengan penuh semangat tapi apakan daya Perlis yang masa itu KALI PERTAMA masuk final kejohanan yang dikira GRAND juga la di arena tempatan terpaksa akur dengan kegagahan Negeri Sembilan yang memenangi perlawanan itu dengan 2-1.
Tahun 2006, kali kedua Sang Singa Mara ke Final selepas menundukkan S'pore u23 2-0 di Std Utama Kangar. Malam yang menghadirkan kepuasan maksima untuk aku sebagai anak Perlis. Malam yang bagi aku, PERTAMA KALI PERLIS BERMAIN CANTIK dan MENANG bukan sekadar nasib. Lawan yang menanti adalah pasukan Tok Gajah yang mana kalau tak silap sudah tak memenangi perlawanan dengan Perlis hampir 2 musim. Tapi bola tu bulat dan apa-apa pun boleh terjadi. Tok Gajah juga seperti Sang Singa, belum pernah bergelar Sang Juara piala FA dan hanya merasa menjadi Naib Juara pada tahun 1995 (Zaman Alan Davidson dulu gamaknya) dan sudah pasti, Tok Gajah takkan rela menyerah begitu sahaja. Apa-apapun, bola itu bulat dan kita tunggu sahaja 20/5/2006,
Final Piala FA 2006,
Perlis Singa Utara vs Pahang Tok Gajah
20 Mei 2005, Std Bukit Jalil
Bukit Jalil ... here i come again.
No comments:
Post a Comment