Monday, May 22, 2006

Dan hampir bermulalah SUKMA KEDAH 2006

Lagi 2 hari saja woooo

Yeah SUKMA KEDAH 2006 kini tinggal 2 hari saja.

2 hari untuk acara pembukaan tetapi aku dah kalut sangat dah di Wisma Darul Aman ni.
Mana dengan baju AJK nak diedaq, dgn tempat2 penginapan kontijen yang tiba2 last minit ada problem kekurangan tu kekurangan ni. Hoh ! Ni baru balik dari seketariat SUKMA di bangunan Bina Darulaman amik segala baju, topi, tag itu ini ... semua dah ready nak diedaq. Aku rest sat sesambil update blog.

Hoh ... Ya la, keja pejabat kena on tapi pada masa yang sama kena ligan dgn dgn SUKMA ni.Letih tapi aku suka. Semua pengalaman keja di state ni takkan aku dapat kalau aku keja di Putrajaya / HQ. Pengalaman itulah yang mematang, mengajar dan memberikan kita pelbagai coretan hitam putih dalam kehidupan.

Insyallah aku akan buat yang terbaik. Jangan aku tumbang sudah hehe ....

*ops sebelum aku lupa, malam esok 23 Mei 2006 Singa Utara akan berjumpa SEEEEEEELANGOQ di Std Utama Negeri, Kangar dalam Perlawanan terakhir LIGA SUPER 2005/06 . Adakah Singa mampu untuk bubuh Selangoq 6-1 lagi kali ni ? Atau Singa yang rebah sekali lagi ... sama-sama kita tunggu.


SUKMA SUKMA Jalan jalan
Depan Hospital Aloq Staq, on the way p Bangunan BDB.





Bendang di YAN Bendang di YAN

Ni la bendang chek oi, bukan rumput karpet ....
yang hangpa dok melantak beras pilihan Bernas tu mai dari sini la.




Tanjong Dawai
Tg Dawai, Kedah.

No comments: