Wednesday, May 3, 2006

La ni baru aku tau ...


pasaipa aku kena blah dari Negara Kayangan sana
ah mampuih p la kat depa
dok aLoq Staq ni pun lagi senang hati




dipetik dari Berita Harian; Rabu 3 Mei 2006

Perlis tak terima kakitangan gemuk

KANGAR: Kakitangan kerajaan yang dipindahkan atau berhasrat berpindah ke Perlis perlu memastikan mereka bebas daripada masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Bagi kakitangan kerajaan yang sedang bertugas di Perlis dan menghadapi masalah kegemukan, mereka diarahkan mengurangkan berat badan dengan menjalani latihan setiap minggu.Kakitangan kerajaan yang mengalami masalah berat badan ini juga akan diberi pemeriksaan kesihatan dan kesemua rekod mengenai kandungan gula, kolesterol serta berat badan akan disimpan sebagai rujukan. Menteri Besar, Datuk Seri Shahian Kassim, berkata beliau memandang serius masalah berat badan berlebihan kerana kebanyakan anggota kerajaan yang bertugas di negeri itu menghadapi masalah itu sehingga memberi kesan kepada prestasi kerja. "Kepada kakitangan kerajaan yang ingin ditempatkan di Perlis perlu mempunyai berat badan ideal. Ini adalah dimestikan. Kalau tidak mahu ikut pun tidak mengapa tetapi kita mahu yang bertugas di sini sihat tubuh badannya. "Bagi yang gemuk dan ingin mengikuti saranan kerajaan negeri ini, mereka perlu berjanji untuk menguruskan badan serta menjalani latihan," katanya selepas menyaksikan majlis angkat sumpah pelantikan dua pegawai khas kepada Menteri Besar di Bilik Gerakan Negeri, di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, bekas Ahli Dewan Negara, Mariah Abdullah selaku Ketua Wanita Umno Bahagian Padang Besar dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Besar, Mohd Noor Aziz dilantik menjawat jawatan berkenaan.

4 comments:

ilsa said...

biar benar?

Hany FF said...

sehdan nih macam2 la.

hasmn said...

sian kat hang.. depa ni tak lojik kadang2.. meeting makan.. kursus makan.. makan bukan kecik2 tu.. makan besar je selalu.. siap ade org tukang hidang.. mane kakitangan tak jadi besaq2.. betui tak??

Hambali ® said...

biaq p la kat depaaaa
hehehe
aku dah aman damai sihat sejahtera di Kedah ni