Tuesday, February 23, 2010

Hoh !

Haritu. Ahad. Gua nyaris nak tikam orang.



Ceritanya mudah. Gua main wau, di tepi laut di Penang. Kawasan area-area Sungai Pinang, Belakang stesen Shell yang sebelah Jelutong Expressway tu.

Syiok woo. Sekarang kan musim panas. Angin kau kau. Musim lepas amik padi bagi kebanyakan kawasan di utara. Aktiviti terbaik tentulah main wau. Teringat dengan Qaseh, anak sulung gua. Dia suka sangat bila tengok orang main wau.

Sedang asyik melayan gua punya wau, ada la satu lembu ni datang. Dia pun nak naikkan wau dia jugak. Tak kisahla. Tempat public. Tapi walaupun namanya tempat public, kena la tau adat dan tatasusila.



Yang tak syioknya, dia mai naikkan wau dia sebelah gua. Betul-betul sebelah. Pastu lari kiri kanan. Ke sana ke mari. Bersilang-silang dengan wau gua.



Dipendekkan cerita, tali wau dia p gesel dengan tali wau gua. Langsung putus wau gua. Melayang-layang masuk laut.

Dengan tanpa rasa bersalah dan muka yang macam toya, dia buat-buat terkejut. "Eh tu pasaipa? Tali putuih kena tali saya ka?".

Isk.

Gua memang standby pisau kalo keluaq pi main wau atau pi mancing atau p naik bukit. Sebagai persediaan diri dan sebagai kegunaan am. Mamat ni, dia memang taktau, dalam poket gua ada pisau. Serious beb. Kalau diikutkan nafsu syaitan yang terngiang-ngiang di telinga gua masa tu, gua rasa gua dah jawab soalan bodo dia tadi dengan pisau yang gua bawak tu.

Takdir Allah. Kebetulan, Pakcik Helmi telefon masa tu. Ajak pekena teh.

Memang Allah selamatkan gua dari mengamuk petang tu. Seriuos beb. Dia call betul-betul time gua tengah gulung baki-baki tali wau gua yang terputus tu. Tengah hati panas mendidih. Tengah kepala berkecamuk.

Jadi, lepas tu, gua tinggal moto kejap kat area-area situ. Pakcik Helmi datang tempat gua main wau tadi, ajak gua naik kereta, sabarkan gua, ajak p pekena nasik dalca.

Beruk punya lembu.

Syukur. Mujoq ada pakcik Helmi, dan nasik dalca yang power. Salah gua lagi ke? Kalau tak isk ...

6 comments:

rumet said...

takkan bergesel tali pon boleh putus? lembu tu sengaja la aku rasa... dia dah letak serbuk kaca kat tali layang2 dia.. lepas dah putus tu boleh pulak ada dialog riak... "kena tali saya ke?"... kepala hotak dia.. kalau aku .. amik pisau tu terus potong je tali layang2 dia... hahahha

X-weatherman said...

uih...pasai pa hang tak slow slap je menatang lembu tuh??

Aku baca pun dah menyirap...

P/S: Pasai pa aku tetiba tulih kot utara nih??

Hambali ® said...

Rumet: Tu la kalao diikutkan nafsu ... memang bertumbuk dah. Isk isk isk ... maybe kalo zaman aku dok keja sekali dgn hang dulu, memang bertumbuk dah kot.

Suwod: Tu tandanya hang kena mai melawat Penang ni. Berdosa tinggai tempat ni lama-lama. Jom ...nasik kandaq jelutong menanti (ada boh bawang goreng kat ataih ayam goreng panas²).

Unknown said...

kalu aku dh lama humban masuk laut..

izwah said...

yer betul mesti dah letak kaca tu

bazli said...

sabar sme..walaupun si lembu ni nampak macam sengaja.