Wednesday, February 10, 2010

Cerita lalai.

Bulan ni, gaji masuk awal bagi orang gomen. Kebiasaanya, gaji masuk 20 haribulan ke atas tapi sempena Tahun Baru Cina ni, Isnin lepas gaji Februari dah masuk. Jadi gaji seterusnya adalah pada bulan Mac. 25 haribulan Mac. Sebulan lebih lagi tu.

Untuk mengelakkan gua terbelanja, salah satu yang gua buat adalah memindahkannya ke akaun lain. Berjaga-jaga beb. Tak sanggup nak puasa lepas raya cina ni.

Semalam, 10.35 malam, gua simpan duit di "cash deposit machine" kat Maybank Greenlane, Penang. Nak dijadikan cerita, perut pulak dalam keadaan huru hara masa gua mendeposit duit tu. Mencucuk-cucuk. Tak tenang jiwa dibuatnya.

Lepas saja gua deposit duit, keluar saja resit, gua terus ambil. Dengan keadaan tergopoh gapah, gua terus laju p ke moto. Langsung terus start moto. Dan pulang ke rumah gua yang di belakang bank saja. Tanpa menyedari gua punya kad atm masih kat dalam mesin "cash deposit" tu. Ya Qadzial Hajat punya pasal.

Gua sedar lebih kurang pukul 12.30 tengah malam.

Itupun gua sedar masa kemas-kemas baju untuk pergi kerja. Disebabkan gua dok sorang kat rumah, biasanya malam sebelum p kerja, gua akan letak setempat barang yang biasanya dibawa ke opis macam dompet, jam, pass pejabat dan kunci moto. Senang nak capai just in case gua terlewat bangun (atau ter"subuh" gajah, gua mengaku gua bukan perfect.)

Berbalik pada cerita, apa lagi, kelam kelibut gua call Maybank minta dia "block" sekejap akses kad tu. Dan alhamdulillah, kad ATM tu masih selamat ditelan balik oleh mesin deposit duit tu.

Rupa-rupanya, kalo kita lupa nak ambil, dalam beberapa saat, biasanya mesin "cash deposit" atau mesin ATM tu akan telan balik kad kita masuk ke dalam mesin. Akibatnya kita kena kembali ke pejabat tu untuk ambilnya, semestinya pada waktu pejabat.

Hoho. Ini kali kedua gua terlalai. Jangan jadi macam gua.

Kesimpulan di sini:

- Janganlah berurusan yang penting-penting sebegitu di kala perut anda dalam keadaan huru hara. Nanti lain pulak jadinya.

- Mungkin pihak bank boleh mengubah suai sikit mesin cash deposit supaya mengeluarkan kad ATM dulu, kemudian barulah resit. Kebiasaan dan fitrah manusia, bila dah keluar resit, kebarangkalian dia untuk terus berpaling dan beredar dari mesin-mesin tersebut adalah tinggi.

- Bagi orang gomen, simpanlah gaji anda yang masuk awal ni ye. Next gaji lambat lagi. Ni raya cina, bukan raya kita. Jadi berhemahlah berbelanja. Kalo tidak, mungkin ada yang terpaksa berpuasa sampai Cap Goh Meh.

6 comments:

Izwah Ismail said...

next time, simpan jer no akaun tu dalam handphone, tak yah masuk kad atm.kalau nak cash deposit, hang punch in no akaun jer

miSz tUna said...

sokong komen di atas.
skrg ni sy amalkan mcm tu je..
cash deposit sume gune no. akaun..
cume kene hati2 la henpon kalo mati tk idop kembali n no. tu dlm fon bukan sim kad (maklumlah fonbook penuh beribu2 entry) agak sengal la jugak nk call sana sini dptkn no. akaun (mintak mak bapak la jwbnye..)

Hambali ® said...

Wani / Izwah.

Tula pasal. Ingat nak buat macam tu jugak. Tapi kena make sure suma no tu disave ke simcard. Kalo apa-apa jadi kat handphone, no tu dah disave. Lagisatu, bahaya takut kita jual hp tapi isinya masih ada.

Unknown said...

guna software ewallet

Hambali ® said...

Man: ewallet ka e yillek ....
takut jadi e bin seng ja ..

izwah said...

yer guna software handy safe. nak access guna password. lagi satu buat backup dalam pc guna software yang sama boleh save data if anything happen to phone.