Wednesday, February 17, 2010

Cerita Lepas Raya Cina

Cerita Balik Johor.

Hari tu,cuti raya cina. Gua balik Johor. Jengok budak-budak dan jugak wifey.

Untuk balik ke Penang, gua naik keretapi. Kelas 2. Lebih kurang 11 jam gua terperap dalam keretapi. Setiap pelosok keretapi gua explore. Ujung ke hujung koc gua jalan-jalan. Gua suka observe dan berbual dengan penumpang-penumpang yang senasib dengan gua; yang naik keretapi sorang-sorang.

Terus terang gua cakap, gua sedih tengok keadaan train yang langsung tak mencerminkan Malaysia di tahun 2010. Keadaan keretapi hampir sama macam babak dalam cerita Ali Setan. Tapi itu tahun 80-an. Sekarang 2010. Koc yang sama. Kusam. Bas pun gua tengok dah berubah. Sepatutnya pun perhidmatan keretapi ni turut berubah. Tapi itulah nasib Malaysia. Nasib la sapa yang jadi rakyat marhain macam gua.

Mungkin kerana keretapi ni masih (dianggap) pengangkutan kelas bawahan, jadi usaha untuk menaik tarafkan keretapi ini dianggap satu usaha sia-sia sahaja. Sama macam Puduraya dan Plaza Rakyat. Dari mula gua kenal Puduraya (masa tu bulatan Pudu masih wujud) sampaila sekarang, keadaannya tetap seperti dulu. Busuk, kotor dan hina. Walhal tempat itulah tempat pertama (bagi kebanyakan anak rantau termasuk gua) yang dijejaki bila sampai di Kuala Lumpur. Tempat pertama bagi kebanyakan rakyat marhain yang berhijrah ataupun menyambung pelajaran di sebuah tempat bergelar Kuala Lumpur. Dan juga antara tempat pertama dijejaki pelancong yang menggunakan bas. Tapi itulah hakikat.

Tahla. Nak kata depa tunggu kucing bertanduk, rasanya dah 4-5 kali dah kot kucing bertanduk. Tapi keadaan sama saja. Lawatan (secara VIP) dah berapa kali buat. Patut depa ni p melawat naik bas. Turun di bawah Pudu tu. Bagi dia kena asap bas tu barang sekilo, baru umph. Ini tak. Polemik ja lebih. Gimik ja kuat. Hasil? Yilek.

Cerita Hari Ulangtahun Perkahwinan.

Hari ni, 17 Feb 2010, genap tiga tahun usia perkahwinan kami. Baru lagi. Tapi gua rasa dah banyak cabaran kami hadapi. Alhamdulillah gua bahgia, sangat bahagia. 3 tahun kahwin banyak mengajar erti hidup. 3 tahun kahwin dan dikurniakan Allah SWT sepasang cahayamata merupakan satu hadiah tak terhingga.

Gua tak tinggal rumah orang tua seperti mana kebanyakan orang lain masa baru-baru menikah. Takdir menentukan yang sejurus selepas kahwin, gua kena transfer ke Penang. Memulakan hidup di tempat orang dan tempat terasing dengan wifey. Dan pengalaman hidup tanpa bantuan orang lain jugalah yang mengajar gua sekeluarga agar tabah dengan segala dugaan, ujian mahupun fitnah dari orang-orang yang mungkin dengki dengan apa yang kami ada.

Perih jerih dan suka duka memulakan hidup di Penang ni akan gua kenang sampai bila-bila. Dan sebab itu juga, gua sayang nak tinggalkan Penang. Nostalgia. Tambahan pula, dua-dua anak gua pun lahir di Penang. Membesar di Penang. Haria !

Buat isteri gua, Selamat Hari Ulang Tahun keTiga. Ba sayang sangat kat yang. Ba sayang sangat kat anak-anak kita.

10 comments:

Anonymous said...

salam...
maaf jika teguran saya membuat u marah..but perkataan 'wifey' tu salah penggunaannya...mungkin u rasa ada perkataan 'hubby' so ada jugak perkataan 'wifey' but its not like that...just use 'my wife' its sounds a lot better...maaf sekali lagi k..tak salah kalau saya menegur kan .. try check the dictionary :)

Anonymous said...

sorry... i mean "it sounds" not "its sounds"

miSz tUna said...

tahniah.. happy anniversary..
pasal train tu, agak sokong la. saya nek dari seremban gi ipoh pun dh terasa tak best. inikan pulak pinang to johor..
ape pun tetap syg malaysia. hope ktm akan take note la teguran pengguna..

Hambali ® said...

Puan/Cik/Pakcik/Tokcik Anonimos:
Halamakkkk ini bukan kelas English kat PTPL Ka, ITM ka, paper Julai ke, Sekolah atap ke, braderrrrrr .... ikut suka la gua nak guna apa pun nak refer kat bini yang gua sayang. Bukan gua tatau, perkataan WIFEY tu tade. Tak wujud. Tapi apa gua kisah?

Cuba tanya group rock METALLICA tuh. Dah 30 tahun derang guna nama tu. Ada wujud ka perkataan METALLICA tu dalam kamus oxford versi terkini /ortodox.

Apa la lu. itu pun mau kecoh ka aaa? Aiya. Grow up la man.

Wani
Apa nak buat yek. Rakyat didahulukan hehe.

Anonymous said...

sorry!

Anonymous said...

Salam...

Smee.... masih tak berubah :p

Unknown said...

Some pray to marry the man they love,
my prayer will somewhat vary
I humbly pray to Heaven above
that I love the man I marry
I will always love u Yusman Hambali.

Hambali ® said...

Salam Anon (Thursday, February 18, 2010 10:23:00 PM)

Terima kasih. Selagi gua tak kaco orang, keluarga orang, rezeki orang, dan segala-galanya yang orang lain punya, rasanya gua tak perlu berubah.

Terima kasih sekali lagi.

izwah said...

happy anniversary sme :)

Hambali ® said...

terima kasih ewah.