Wednesday, February 24, 2010

Corat coret panas

Panas.

La ni musim panas. Kalau belah utara, la ni musim lepas amik padi. Sangat panas. Sana sini orang merungut sebab panas sangat. Jalan sikit panas. Nak tido panas. Nak bersukan pun panas. Nak tot tot (dengan bini ye) pun ada yang merungut panas. Yang toot toot dengan awek pun tetap panas. Panas Neraka namanya. Politik lagi la. Tak berenti panasnya. Panas dan panas. Gua sebagai rakyat marhaen pun terkena tempiasnya, secara tak langsung.

Takpala. Bawak bertenang.

Kalo nanti musim hujan, pun orang merungut jugak. Hujan hari-hari nanti pakat kata semua aktiviti terbantut. Nak sidai baju problem, nak keluar problem, jalan jam (pasal semua naik kereta) sampaikan nak keluaq makan di gerai pun problem sebab hujan. Akhirnya, pakat-pakat buat rumusan bahawa aktiviti yang sesuai di musim hujan adalah berpeluk dalam selimut. Pakat mengawan.

Lagu tu la manusia.

Serba serbi tak kena. Hujan salah. Panas pun tak betoi. Apa yang betoi? Buatnya "Dia" bagi salji sampai sekaki dua tebalnya. Tak ka haru. Takpun "Dia" bagi tsunami ka pulak lagi. Lagi la jahanam.

Bukan. Bukan gua kata gua maksum. Bohongla kalau gua pun tak merungut juga. Kadang-kadang termerungut jugak. Terlepas cakap. Merungut tentang apa yang diberi oleh Allah Taala ni kalo tak silap gua boleh gugur syahadah.

Rasanya dulu-dulu pun ustad ada bagi tau kat kita semua kan? Selain dengan cara perbuatan (menyembah pokok ka, patung ka, tahi lembu ka) syahadah boleh juga gugur melalui pertuturan kita, termasuklah mempertikaikan kejadian panas yang diberi olehnya sekarang ni, sama ada secara sengaja mahupun tidak. Oleh yang demikian, janganla kita ni lupa yang segala benda ni semua Allah Taala yang bagi kat kita selaku hambaNya. Sebagai hambaNya, kena la kita terima. Bukan hambali ye. Itu gua.

Jadi kepada semua sahabat, rakan, saudara, saudari, tuan, puan, berbaliklah pada asal. Pada fitrah. Terimalah semua ini kurniaan Allah Taala. Jangan banyak komplen. Jangan dok ungkit pasai apa "dulu masa aku kecik, awat musim panas tak teruk macam ni?" atau "Dulu musim panas tak seterik ni dan sebagainya."

Sedaqkah kita waktu "dulu" tu adalah zaman di mana kebanyakan kita belum bekerja? Belum duduk dalam aircond. Banyak antara kita, masa tu masih jadi student, jadi budak-budak. Jadi panas macam mana pun, tadak sapa yang perasan sebab kita terbiasa dok tengah panas. La ni sebenaqnya, kita dok pelan-pelan jadi manja. Tu pasai, kena jalan sikit dah hingaq, kena panaih sikit dah riuh, kena hujan sikit dah demam. Kita tu sendiri yang lekeh. Termasuklah gua.

Berbalik pada cerita panas, saranan gua yang bukan lulusan agama ni, banyakkan baca Quran. Insyallah turunnya hujan tu kerana masih ada lagi orang yang baca Quran. Walaupun gua pembaran orangnya, tapi mai tang nasihat, gua nasihat juga. Yang baik, amik. Yang tak elok, jangan tiru.

"Dia" bagi panas pun, ada yang dapat hasilnya contoh peniaga-peniaga pasar malam dan penggerai, tempat cuci kereta, gerai-gerai cendoi sekitar jalan, klinik-klinik (sebab ramai demam) dan juga, cuaca panas ini turut dinikmati oleh tanah sawah terutamanya selepas musim amik padi dan ini boleh dikira sebagai "tempoh bertenang" dan "masa untuk mengembalikan vitamin ke tanah-tanah sawah" selepas setahun 2 kali dicucuk tanam. Kira rest sekejap la. Pernah ka kita terpikiaq semua benda ni?

Oh ya. Tak lupa, cuaca panas juga banyak dijadikan alasan untuk lebih ramai di antara kita berpakaian lebih singkat dan kurang sekaligus menjadi "rezeki" bagi yang suka menonton mereka. Terutamanya di Penang ni ha. Dulu masa kecik-kecik, ustad selalu cakap, kalu tertengok pada pandangan pertama, itu dinaggap rezeki. Tapi tengok pandangan pertama saja ya . Kalo pandangan kedua, ustad cakap dah jadi berdosa. Jadi masa pandangan pertama tu, janganlah kelip mata. Hehe.

Kesimpulannya, sabaq la semua dalam musim kemarau ni. Ingat, tu semua Allah bagi. Sebetulnya, kita yang kena sesuaikan diri dengan keadaan cuaca. Dah tau panas, banyakkan minum ayaq masak. Ayaq kosong kata orang utara. Bawak bekal atau pun botoi ayaq. Jangan malu nak bawak botoi ayaq. Dan jangan malas untuk kencing bila dah minum ayaq banyak. Tu pun satu alasan kenapa ramai orang tak mau minum ayaq banyak. Malaih nak kencing.

MasyaAllah. Sampai nak kencing pun malas. Apa yang hangpa rajin? Facebook? Mengumpat? Konspirasi menjatuhkan orang lain? Isk isk isk. Sendiri mau pikiaq la. Semua dah besaq panjang dah. Bukan budak-budak lagi. Tapi walaupun dah besaq panjang, pun masih ramai yang akai dia macam budak-budak lagi.

Okeh gua chalos dulu. Selamat! Assalamualaikum wbt.

5 comments:

Ummu Auni said...

good write up. aku suka. especially untuk kita yang jarang bersyukur ni :(

rumet said...

aku tak kesah... panas ke sejuk ke... masuk selimut peluk peluk jugak!.. .hahahhaha

Anija, said...

apa pon kami tetap suka cuaca di Malaysia..

Deni said...

musim panas bro...

Hambali ® said...

Ummu Auni: Biase² aje ... terima kasih. huhu

Rumet: hang lain. Pakai overall pun buleh jadi cerita ...

Anija: tompek jatuh lagikan dikonang. :D

BangDen: Kuasa Allah semua ni :D