Friday, May 26, 2006

Sekitar perasmian perkampungan SUKMA di UUM



Hoh Hoh ! (2 kali hoh sbb dia sporting)



Woh!




Sang helang



bersama FAHI @ Elo Yang




Bilik gerakan N9



Bilik Gerakan Ganu




Lentik kak long !



Wuuuuu!





YAB MB Kedah



Upacara perasmian




Upacara perasmian perkampungan SUKMA dah pun selamat dirasmikan oleh YAB MB Kedah di Stadium UUM, Sintok, Kedah. Well, sebagai salah seorang seketariat Bapa Angkat Kontijen, maka aku pun berada di sana. Ala perasmian secara kecil-kecilan, taklah grand sangat tapi meriah la jugak. Siap ada paragliders UUM meluncur² di atas udara dan tembakan bunga api (what?) pada pukul 5.30 ptg.


Dan sedikit sebanyak gambar yang diambil oleh jurugambar tak profesional. Oh yah, by the way, FAHI @ "Elo Yang" turut berada di sana dengan kontijen Wilayah.


Hummmm

Letih tapi bila tgk geng² kebudayaan ni, secara automatiknya, rasa letih pun surut hahah.

Thursday, May 25, 2006

Letih yang teramat




Aku letih yang teramat.
Rasa seram sejuk nak demam pun ada.
Petang ni perasmian perkampungan SUKMA di UUM oleh YAB MB Kedah.
Kalu ada masa, nanti2 aku upload gambaq2 SUKMA ni.
Best betui jalan2 melawat vanue sambil jadi jurugambar tak bertauliah.
heh !

Monday, May 22, 2006

Dan hampir bermulalah SUKMA KEDAH 2006

Lagi 2 hari saja woooo

Yeah SUKMA KEDAH 2006 kini tinggal 2 hari saja.

2 hari untuk acara pembukaan tetapi aku dah kalut sangat dah di Wisma Darul Aman ni.
Mana dengan baju AJK nak diedaq, dgn tempat2 penginapan kontijen yang tiba2 last minit ada problem kekurangan tu kekurangan ni. Hoh ! Ni baru balik dari seketariat SUKMA di bangunan Bina Darulaman amik segala baju, topi, tag itu ini ... semua dah ready nak diedaq. Aku rest sat sesambil update blog.

Hoh ... Ya la, keja pejabat kena on tapi pada masa yang sama kena ligan dgn dgn SUKMA ni.Letih tapi aku suka. Semua pengalaman keja di state ni takkan aku dapat kalau aku keja di Putrajaya / HQ. Pengalaman itulah yang mematang, mengajar dan memberikan kita pelbagai coretan hitam putih dalam kehidupan.

Insyallah aku akan buat yang terbaik. Jangan aku tumbang sudah hehe ....

*ops sebelum aku lupa, malam esok 23 Mei 2006 Singa Utara akan berjumpa SEEEEEEELANGOQ di Std Utama Negeri, Kangar dalam Perlawanan terakhir LIGA SUPER 2005/06 . Adakah Singa mampu untuk bubuh Selangoq 6-1 lagi kali ni ? Atau Singa yang rebah sekali lagi ... sama-sama kita tunggu.


SUKMA SUKMA Jalan jalan
Depan Hospital Aloq Staq, on the way p Bangunan BDB.





Bendang di YAN Bendang di YAN

Ni la bendang chek oi, bukan rumput karpet ....
yang hangpa dok melantak beras pilihan Bernas tu mai dari sini la.




Tanjong Dawai
Tg Dawai, Kedah.

Sunday, May 21, 2006

Berkabung ...

Usaha dah, attack dah, masuk saja yang tak mau.
Lagu tulah nasib final Piala FA antara Tok Gajah dgn Singa Utara.


1st half serius Singa Utara main teruk nak mampuih macam orang tatau main bola. Dengan miss kick, ball control out, no chances created, huh macam la tak penah main final sebelum ni. Alasan nervous dah tak boleh pakai dah. Ni peranan pakar motivasi perlu digunakan ni.

2nd half baru mula menampakkan gerakan2 bahaya dan Tok Gajah pun tak kurang jugak dengan satu percubaan menghentam palang gol. Malam ni juga mendedahkan betapa pertahanan Singa tiba tiba menjadi lintang pukang cacamerba. Feriza yang menerima anugerah man of the match masa melawan Temasek u23 nampak sangat kudrat usia dia tu dah tak boleh nak pi dah. hmmmm dah boleh pelan pelan pk pencen dah kot. Lama sangat dah dia main, umoq pun dah 35. Dia sendiri pun penah main dengan V Sundram Moorthy apa masa Kedah jumpa Temasek tahun 93 dulu ni. Bayangkan lama tak lama kereta kebal ni dah beraksi. Dia bukan tak baguih cuma kudrat membataskan.

Apa-apa pun bola tu bulat, dan untuk pertemuan kali ni, giliran Singa Utara pula berada di bawah. Tendang sana tendang sini, cuba sana cuba sini, masih kosong-kosong dan bila di penentuan penalti, 2 masuk through Manzoor dan Mazlan Emoi tapi 2 lagi tak masuk Effendi Malik dan Lamin (sekali lagi mamat ni takleh score penalti lepas haritu lawan Temasek u23).

Hmmm pulanglah Sang Singa dan segala macam juak juak dan rombongan rombongan dari Negara Kayangan ni ke tempat pertapaan mereka. Terlepas dah peluang nak wakil Malaysia dalam AFC Cup tahun depan tapi takpa, tahun depan tak la pack sangat jadual depa dalam Liga Super (ye ke Liga super? dgq kata FAm buduh tu nak ubah lagi format).
Aku sampai di Loq Staq pukoi 6.15 pagi, singgah di Masjid Aloq Merah lebih kurang 6.40 pagi, semayang + mandi di situ dan teruih pakai baju mai opis. Pergh gila betoi la. Aku punch in pukoi 6.48. Letih gila dok opis tapi still sempat update blog hahaha.





Keputusan muktamad final Piala FA 2006:
Tok Gajah 0-0 Singa Utara
(Tok Gajah menang 4-2 melalui sepakan penalti penentuan selepas kedua-dua pasukan terikat 0-0 selepas masa tambahan)









ScoreBORED
ScoreBORED


With Mon and Kepten Radzi
Mon (baju putih), Kepten Radzi dan aku.
Di depan adalah pakcik rombongan anjuran kedai Tomyam Kak Piah.



The supporters from Pahang
Antara penyokong Pahang

Monday, May 15, 2006

Bukit Jalil here i come

Zambian Hitman with The Lion



Perlis 2 - Temasek b23 0
(Aggregate Perlis 4 - Temasek b23 3)



Yeah ! Singa Utara kembali mengaum. Sesuai dengan gelarannya (?) Sang Singa telah berjaya menundukkan Young Lions pimpinan lagenda bola sepak Temasek (dan Asean) Fandi Ahmad.
Well apa lagi yang nak diperkatakan ? Two thumbs up for the fantastic match.

Hmm...
Perlawanan separuh akhir di Std Utama Negeri, Kangar yang juga disiarkan di tv1 malam tu membuatkan aku mengimbau saat-saat Final Piala FA 2003.

Tahun 2003 menyaksikan kebangkitan skuad Singa Utara yang masa tu di bawah bimbingan Norizan Bakar (atau bagi kami bekas2 anak didik dia lagi suka panggil PAK JAN). Setelah lama menjadi penghuni dasar liga ataupun sekadar pemenuh liga, menjadi Naib Juara di IPOH Perak setelah tumbang 2-1 kepada Nogori Sembilan adalah pencapaian terbaik Perlis dalam beberapa tahun selepas menjadi juara Divisyen Dua pada tahun 1989. Dengan menaiki kereta dari Kuala Lumpur, aku ke Ipoh dengan penuh semangat tapi apakan daya Perlis yang masa itu KALI PERTAMA masuk final kejohanan yang dikira GRAND juga la di arena tempatan terpaksa akur dengan kegagahan Negeri Sembilan yang memenangi perlawanan itu dengan 2-1.

Tahun 2006, kali kedua Sang Singa Mara ke Final selepas menundukkan S'pore u23 2-0 di Std Utama Kangar. Malam yang menghadirkan kepuasan maksima untuk aku sebagai anak Perlis. Malam yang bagi aku, PERTAMA KALI PERLIS BERMAIN CANTIK dan MENANG bukan sekadar nasib. Lawan yang menanti adalah pasukan Tok Gajah yang mana kalau tak silap sudah tak memenangi perlawanan dengan Perlis hampir 2 musim. Tapi bola tu bulat dan apa-apa pun boleh terjadi. Tok Gajah juga seperti Sang Singa, belum pernah bergelar Sang Juara piala FA dan hanya merasa menjadi Naib Juara pada tahun 1995 (Zaman Alan Davidson dulu gamaknya) dan sudah pasti, Tok Gajah takkan rela menyerah begitu sahaja. Apa-apapun, bola itu bulat dan kita tunggu sahaja 20/5/2006,

Final Piala FA 2006,
Perlis Singa Utara vs Pahang Tok Gajah
20 Mei 2005, Std Bukit Jalil

Bukit Jalil ... here i come again.

Thursday, May 11, 2006

Dan aku ke KL lagi haritu ...

Lama gak tak update blog
Hummmmm
Bermula dari Ahad 9 Mei 2006, aku ditempatkan di Seksyen Pemantauan, so kiranya lepas ni keja-keja projek Tunas Mekar ni mmg di bawah aku 100% la ... Dulu masa baru pindah ke Kedah, tu aku dok di Seksyen Khas yang mana keja-kejanya adalah sama macam mana aku buat di Negara Kayangan sana tu. Keja apa ? Yes ! keja yang melibatkan Kontrak/Projek Kelas F. Tapi itu semua dah berlalu.
So bila dah duduk di seksyen pemantauan ni, apa yang nak dipantau ye ? Ah segala macam projek pembangunan masyarakat yang lebih ke arah pembangunan insaniah (hoh ayat!) di bawah KKLW (Kem Luar Bandar) semua aku kena pantau.
Dan mmg betulla, the boss is always right. Boss masukkan aku di bawah seksyen baru dan terus je dia bagi arahan suruh p meeting KKLW di Putrajaya. Terkebil-kebil aku terima arahan dari dia. Terus call MAS nak book tiket tapi dah penuh. So terus aku kemaskan fail2 yang patut, start enjin keta, balik Negara Kayangan dulu amik baju semua. Lepas mandi semua terus aku ke KL dari Negara Kayangan dgn keta ler ....
Esoknya 10 Mei 2006 , meeting di KKLW yang mana mmg aku tak paham langsung apa yang dibualkan oleh depa-depa tu. Serius aku tak paham. Ditambah pulak dengan kekalutan akibat tak bawak tie, aku telepon Abdilllah @ Bachok pinjam tie dia. Argh apa benda la depa ni dok gebang dalam meeting tu ?? Takpe aku pun call Sheera dan Simon. We had lunch together. serous it was a GREAT lunch. Pekena sup ekor + Nasik putih di Bangi lama. Simon terpegun tgk kehebatan aku dalam bidang makan memakan ni .... dem camna la aku nak pakai baju Istiadat nanti ?? Hoh. dan biasaje ... lepas makan aku terus sambung meeting (yang aku tak paham). Lepas je meeting terus amik Matori, gi ke SOUQ di sebelah Masjid Putra. Ramai gak jumpa budak2 kat sana termasuklah Ian, Georgie, Amylisa, Hisham Dato, Hisham, Bern, Zulhilmi, Man Kedah, dan Ephol. Hilang jap tensen aku aku berborak2 dgn depa ni yang mana banyak berkisar pasal "kenapa aku kena transfer dari Negar Kayangan??"
Well lepoas lepak2 Souq, aku antar Matori balik ke MOSTEE. Salam2 semua, pastu aku pun balik ke KL. Check in di KL International Hotel, aku terus ZZZzzzZZZ malam tu. Letih beb. Esok nak drive balik Kangaq pulak. Hoh! ape nak buat beb dah nasib keje camni.

Wednesday, May 3, 2006

La ni baru aku tau ...


pasaipa aku kena blah dari Negara Kayangan sana
ah mampuih p la kat depa
dok aLoq Staq ni pun lagi senang hati




dipetik dari Berita Harian; Rabu 3 Mei 2006

Perlis tak terima kakitangan gemuk

KANGAR: Kakitangan kerajaan yang dipindahkan atau berhasrat berpindah ke Perlis perlu memastikan mereka bebas daripada masalah berat badan berlebihan atau obesiti.

Bagi kakitangan kerajaan yang sedang bertugas di Perlis dan menghadapi masalah kegemukan, mereka diarahkan mengurangkan berat badan dengan menjalani latihan setiap minggu.Kakitangan kerajaan yang mengalami masalah berat badan ini juga akan diberi pemeriksaan kesihatan dan kesemua rekod mengenai kandungan gula, kolesterol serta berat badan akan disimpan sebagai rujukan. Menteri Besar, Datuk Seri Shahian Kassim, berkata beliau memandang serius masalah berat badan berlebihan kerana kebanyakan anggota kerajaan yang bertugas di negeri itu menghadapi masalah itu sehingga memberi kesan kepada prestasi kerja. "Kepada kakitangan kerajaan yang ingin ditempatkan di Perlis perlu mempunyai berat badan ideal. Ini adalah dimestikan. Kalau tidak mahu ikut pun tidak mengapa tetapi kita mahu yang bertugas di sini sihat tubuh badannya. "Bagi yang gemuk dan ingin mengikuti saranan kerajaan negeri ini, mereka perlu berjanji untuk menguruskan badan serta menjalani latihan," katanya selepas menyaksikan majlis angkat sumpah pelantikan dua pegawai khas kepada Menteri Besar di Bilik Gerakan Negeri, di sini, semalam.

Pada majlis berkenaan, bekas Ahli Dewan Negara, Mariah Abdullah selaku Ketua Wanita Umno Bahagian Padang Besar dan Ketua Pemuda Umno Bahagian Padang Besar, Mohd Noor Aziz dilantik menjawat jawatan berkenaan.

Tuesday, May 2, 2006

Baru balik kursus

Baru balik kursus Pengurusan Perolehan ICU JPM di Bayview Hotel Melaka
26-29 April 2006
Letihnye masih terasa sebab drive dari Melaka.
Tapi yang bestnye sbb dpt jumpe buah hati
bawak jalan jalan
ehem ehem
best !