Membeli juadah di Pasar Ramadan ni kadang2 mencabar. Bukan kadang2 tapi selalunya mencabar. Lebih mencabar kalao kita berada di kota2 besar macam di lembah kelang sebab kita tadak kedai/peniaga yang kita boleh cam/kenal. Tak semua daripada peniaga ni jujur (walupun ramai yang jujur). Budaya recycle lauk dan barang2 jualan yang tak habis, budaya nak untung cepat, buat cthnya kuih keripap intinye besaq tahi mata saja adalah antara contoh betapa ada segelintir peniaga ini selayaknya digelar sampah seperti mana azwan ali ada sebut. Gua, ada juga setuju dan tak bersetuju dengan apa dia kata. Tapi tu cerita lain.
Ok berbalik pada kisah kita. Contohnya kalo di pasar ramadan bandar2 kecil mcm perlis, kebiasaannya mereka yang berniaga hari2 biasa jugaklah yang akan bukak gerai pasar ramadan. Bukan takdak langsung peniaga2 mee segera (peniaga yang berniaga bulan posa saja) tapi bagi gua, gua lagi senang berurusan dengan mereka yang kita dah familiar dan yang kita dah tau tahap kesedapan, kebersihan dan lingkungan harga barang jualannya.
Salah satu benda yang memang ditunggu2 dalam Ramadan ialah murtabak. Gua tak pasti kenapa mertabak ni menjadi satu barang seolah2 wajib bagi rakyat malaysia di bulan puasa. Sinonim. Jadi memandangkan banyak gerai2 mertabak segera dan hasil dari pemerhatian gua di banyak bazar2 ramadan hampir seluruh pelusuk semenanjung, ini mungkin 1-2 tips untuk membeli murtabak.
Pertama, perkara asas yang perlu dilihat di sebuah gerai ialah keadaan kuali. Ye la bab bersih tu satu hal lah kan. Ini gua nak share mcm mana nak mengenal penjual mertabak instant. Tengok pada kuali. Kalo bersih sangat berkilat bab pinggan yang baru ditonyoh Glo pekat, nah lupakan sajalah. Gua memang jamin itu peniaga segera yang hanya meniaga bulan posa saja.
Kedua. Murtabak ni beza dari roti canai. Beza dari segi mana? Beza dari segi warnanya. Seni murtabak mewajibkan warna tepung yang cover inti di luarnya itu sedikit kekuningan. Jadahnya ko beli murtabak kaler putih berseri. Dan ko boleh tengok juga cara orang tu tebar kulit mertabak tu bagi menentukan dia ni memang peniaga instant atau tidak. Kalo ko tengok dia terkial2 ja, lupakanlah. Belilah kedai lain yang dah establish.
Ketiga, lagi satu, kalo ko tengok peniaga2 hustler ni dia bungkus mertabak tu selamba ja pakai tangan walaupun panas2. Contoh bila dia bentang kulit mertabak, taruk inti dan dia balut dengan tangan selamba, maka percayalah bahawa dia memang dah biasa dengan kerja2 tu. Kalo terhegeh2 nak balut tu pun pakai sudp bagai, lupakanlah. Ini gerenti meniaga instant ni.
Ok tu saja tips mengenai membeli mertabak di bazar ramadan. Kalo ada, korang bleh share. Bersama kita banteras peniaga bazar ramdan instant yang nak untung 300persen sempena ramadan tapi hasil nya tahap sampah.
(owh ini pulak gambaq viral di internet seorang pompuan yang ke pasar ramadan -tak diberitahu di mana- dengan keadaan hanya bertuala berkemban. Diberitakan juga dia mmg selamba pusing2 beli makanan dan merasa makanan yang nak dibeli. ok -dia non muslim-)
3 comments:
hang membuatkan aku rindu nak makan murtabak malaysia. T_T
murtabak singapore tak sama.
mertabak zam zam tu bukan tak best tapi aku sikit tak berapa berkenan pasai depa stail taboq daging kot luaq ... pastu daging dia kering ...
Post a Comment