berniaga tu bagus
9/10 sumber rezeki
tapi jangan berniaga dan aniaya orang
jangan menipu
berniagalah seujujurnya
macam Saidina Uthman bin Affan
hartanya melimpah
bukan setakat jujur
bahkan lagi bagus,
diinfakkan harta ke jalan Allah
sekarang ni
agak heboh
pasal serikat jakel
ramai tak puas hati
dakwa harga tipu
iklan berpuluh ringgit
bila nak beli harga 150-200 ringgit
(yang pelik, pakat beli jugak)
tu salah satu contoh
gua petik dari FB dia
fresh dari oven
dan orang kita pulak (pengguna)
pun kena la cerdik
jangan jadi bangang
gunakan hak kita
sebelum membayar
check betul2
telek betul2
perati betul2
mana koyak
mana defect
mana terkurang
muat ke idak
betul ke tak harga
adakah betul haria dia RM70
atau DARI 70 ringgit
isteri gua pun hampir terkena
di jakel segamat
dia beli baju ke apa tah utk mertua gua (bapak dia)
barang tu datang dlm kotak
budak jual tu tak kasi bukak
gua cakap kalo dia tak bagi check, jangan beli
cakap kat budak tu
kalo u bagi sedekah okla i redha je apa u bagi
tapi ni i beli. gaji u tu dtg dari duit hasil i beli
berlambak lagi kedai lain ada
tak mati aih tak pakai baju kedai dia
Seorang kawan gua
pernah cakap
berniaga kalo kita pk untung semata
selalunya memang begini jadinya
jadi gua jawab apa sebab lu berniaga?
dia tepuk bahu gua
dia cakap
"selain untung, paling penting berniaga nilah platform gua
untuk beramal. Bila dah untung, kita bantu, kita kenal orang,
berhubung silaturahim sesama manusia ..."
gua terdiam. setuju dgn apa dia kata.
No comments:
Post a Comment