Wednesday, June 16, 2010

Cerita Malam Tadi

Semalam. Dalam keadaan hujan renyai-renyai.

Gua, Wifey, dan anak-anak gagahi untuk ke Masjid Negeri Penang. Nak dengar ceramah dan menadah ilmu dari Ustaz Mail Kamus. Sori gua tak biasa panggil dia Dato. Lama gua menunggu kedatangan "Otai-otai" forum Ehwal Islam ni. Itu dulu. Sekarang ni forum Ehwal Islam hilang serinya.

Tatau di mana silapnya. Ehwal Islam seolah-olah menjadi satu forum yang hambar, kaku, bosan lagi membosankan. Salah satunya adalah kerana penonton terasa kehilangan barisan penceramah hebat.

Hebat di sini bukan hanya dari segi ilmu tetapi juga daya tarikan (atau aura) ketika berceramah. Selain ilmu, kemahiran komunikasi seperti boleh berceloteh dan tidak membosankan, selain tidak mengganggap seolah-olah "dia saja yang betul dan orang lain bodo" merupakan antara sebab musabab sesuatu ceramah atau majlis ilmu itu mampu menarik minat penonton. Penonton macam gua ni biasanya nakkan ceramah yang "hidup" dan gua rasa, itu yang mungkin menyebabkan Ehwal Islam hilang bisanya. Gua rasa la.

Hmm

Tahun lepas, Tuan Guru Datuk Harun Din ada datang ke tempat yang sama. Di Masjid Negeri Pulau Pinang. Ceramah pasal maulid Nabi kalau tak silap. Terasa rahmat yang dibawa oleh Ulamak sebagai pewaris Nabi. Masih gua ingat, dalam kekalutan jemaah masjid beratur untuk bersalam lepas beliau memberi ceramah, sempat lagi Ustaz Harun Din mengusap kepala Qaseh sambil berkata "cerdik budak ni".

Kebetulan malam tu, Pulau Pinang dah tak hujan hampir 2 minggu sebelum itu. Dan masih lagi gua ingat, selepas sahaja beliau menyampaikan kuliah dan bertolak pulang dari masjid, hujan turun selebat-lebatnya lebih kurang satu jam membasahi Pulau Pinang pada malam itu. Mungkin sesetengah orang kata itu kebetulan tapi bagi gua, itu kuasa Allah Taala..

Ok, berbalik kepada topik.

Ceramah dijadualkan bermula selepas Isyak. Sebelum tu ada perasmian bulan Al-Quran Negeri Pulau Pinang oleh Tuan Yang Terutama aka Gabenor. Gua tak amik pot pasal tu.

Anak-anak cukup happy.

Thaqif seolah-olah mendapat kepuasan maksimum bila dapat berlatih dan memahirkan ilmu jalan-rebahnya dengan sepuas hati di ruang masjid berkarpet. Berkawat ke hulu ke hilir melilau di dalam masjid.

Kakak pulak, macam itik pulang petang. Pun melilau-lilau ke sana ke mari dalam masjid. Bergaul dengan kawa-kawan baru dikenali. Biarkan. Biarkan diaorang biasa dengan suasana masjid. Biarkan diaorang tak kekok dengan persekitaran masjid. Biarkan.

Tiba-tiba MC buat pengumuman kata Ustaz Mail Kamus tak dapat hadir di saat² akhir.

Allah ... frustnya.

3 comments:

nifalnin... said...

memang frust.. tp nak buat mcm mane kan... mungkin x der rezeki.. ape2 pun, anak2 ar bertuah sebab dibawa skali ke masjid... alhamdulillah...

Ummu Auni said...

untungnya sebab ada hasrat nak ke sana. bertuahnya hang sebab terpilih antara mereka yang digerakkan hati untuk ke majlis ilmu. cuba tgk org lain, kalau ajak, belum tentu nak pi, ye dak?

Hambali ® said...

Puan Nifal: Agak frust tapi takpa, rasanya Isnin depan kuliah Maghrib Ustaz Shamsuri pulak

Aini: Insyaallah.