Friday, April 2, 2010

Modesto

Dulu-dulu. 20/21 tahun dulu.

"Alongggg", arwah Mama panggil, separuh menjerit.

"Yaaaaaaaaa. Awatt??", jawab gua. Manakan tidak, tengah syok² main.

"Mai sat. Mama nak suruh hang p kedai Fozi(Pakcik Fauzi)"

"La .. nak beli apa pulak dah?"

"Jangan banyak soai. P sana, habaq nak beli modes"

"Ha la ... ha la" jawab gua separuh merungut.

Sebagai anak yang baik (hehe), gua ikut apa yang mama suruh walaupun merungut. Biasala budak-budak. Bila tengah main tiba-tiba kena suruh p kedai, musti merungut. Tapi bila dipikirkan tentang upah yang salu akan dapat bila ada duit belen (balance) beli barang, hati yang murung menjadi gumbira.

Dulu senang. Naik beskal ja p kedai Fauzi di Kampung Baru. Jalan tak sibuk. Keta tak banyak. Kawaq/penculik budak pun tak banyak. Yang ada masa tu Mat Lenggang. Nanti kita story pasai Mat Lenggang.

Gua tak peduli apa itu modes. Yang tau, masa beli, tokei kedai runcit tu, Pakcik Fauzi akan bungkuih satu kotak dengan kertas surat habaq. Dan bubuh dalam plastik hitam. Pelik. Macamla beli dadah. Tapi gua tak peduli. Gua bawak balik rumah bagi kat mama. Kerja gua settle. Upah pun dapat (sapu duit belen). Gua sambung main.



Dah besaq² sikit, baru gua tau apa benda yang gua dok beli dulu. Dan baru tau apa gunanya. Isk. Hebat cara orang dulu² jaga maruah depa. Nak beli benda tu pun sampai berbungkuih². Punya jaga kehormatan diri. Bukan macam la. Iklan pasai benda tu saja berlambak dalam tv.

Siap ada tagline "Have a happy period". Apa da ... malu la sikit.

6 comments:

Ummu Auni Afif said...

haha, aku beli menatang ni berbungkus juga dulu tau. masa tu kat MRSM, haha

Hambali ® said...

Tu la .... adab susila ketimuran masih terjaga. In fact gua tau pasai benda alah ni pun rasanya bila dah masuk F4.... punya la baik dan innocent.

sikul@t said...

haha.. aku pun selalu kena pi belikan kat kedai. Pastu beriya bungkus ngan suratkhabar.. lagi syok.. boleh beli 2-4 keping pun boleh.. tayah beli sekotak pun ada option.. hahahha..

shahriman said...

pakcik fauzi..aih kacang 1 (terbaik!mst hang pun setuju ni) rojak 1..timun x mau...hehe

Angah said...

masa aku budak2 dulu kat kedai kampung aku memang dah siap berbungkus kat rak barang.

La ni aku tak kisah dah beli. Actually kan bagus jugak ada iklan2camtu walaupun nampak outrageous sebab buka mata masyarakat pada benda natural yang berlaku.

bakal2 suami pun bleh belajar kan kan kan..sok2 "bang belikan whisper" suami tak la termenung mikir apa plak yang berbisik hahaha

hidayati said...

sme...sme...
syok laa baca blog hang :D
sungguh mencuit hati... and original!