Tuesday, August 11, 2009

Raya di Awal Puasa Tahun ni.

Kata Suruhanjaya Pilihanraya:
Tarikh Penamaan Calon: 17 Ogos 2009 (Isnin)
Tarikh Pengundian : 25 Ogos 2009 (Selasa)
Boleh klik sini untuk maklumat lanjut.

By-Election Lagi kat Pulau Pinang

Kali ni di Permatang Pasir. Lebih tepat lagi, Dun N11 Permatang Pasir. Bukan H1N1. Tapi dah dekat la bunyi dia.

Sekali imbas, Dun Permatang Pasir adalah salah satu daripada DUN di bawah Parlimen Permatang Pauh. 2 Lagi DUN adalah DUN Penanti dan DUN Seberang Jaya.

Menariknya tentang pilihanraya ini ialah, selain DUN Seberang Jaya, DUN-DUN lagi di bawah Parlimen Permatang Pauh SEMUANYA telah mengalami "pilihanraya kecil" termasuklah Parlimen Permatang Pauh itu sendiri.

Sekadar, mengimbas kembali, Pilihanraya Kecil (PRK) Parlimen Permatang Pauh telah diadakan pada 26 Ogos 2008 manakala bagi PRK Dun Penanti pula berlangsung pada 31 Mei 2009. Tak perlu rasanya diulas siapa yang menang dan siapa yang bertanding serta sebab musabab adanya kedua-dua pilihanraya kecil tersebut. Semua dah maklum kan?

Dan yang paling menarik, RASA gua inilah pilihanraya pertama di bulan puasa sepanjang sejarah pilihanraya di Malaysia. Mungkin orang2 lama boleh sahkan.

Sibuk balik la nampak gayanya ni.

No comments: