Saturday, August 22, 2009

Entry hari pertama posa

1 Ramadan.

Gua bersahur makan roti ja. Nak telan nasi dah tak larat dah sebab letih sangat. Balik dari opis jam 4.00 am. Langsung sahur. Lepas subuh, gua start tido. Syukur, hari pertama puasa hujan turun sebelah pagi sampai tengah hari. So "kejutan" tak makan sebab puasa pada tubuh badan gua ni tak terasa sangat. Petang ke ofis dan berbuka di opis. Meriah juga berbuka ramai-ramai. Tapi berbuka di rumah adalah yang terbaik.

Teringat berpuasa di rumah. Masa mama ada lagi. 1keluarga ternanti2 nak bukak poasa sama-sama. Apa saja yang mama masak untuk berbuka, bagi aku itulah yang tersedap di dunia ni. But again, those were the days. Suma tu dah jadi kenangan. Sampai bila-bila.

Selamat berpuasa semua. :)