Selamat berpuasa semua.
Pohon kemaafan kalo ada salah silap.
Moga puasa aku, hangpa dan kita semua diterima Allah Taala.
Aku masih dalam mood pilihanraya kecil permatang pasir.
Bukan aku join berpolitik ataupun minat sangat pun tapi kerana tugas dan amanah, terpaksa digagahkan juga.
Sejak 15 Ogos haritu lagi aku tidoq pukoi 3-4 pagi. Dan pukoi 6.45 or 7.00 am dah kena bangun. Setiap hari. Hingga hari mengundi. Diulang, hingga hari mengundi.
La ni pun masih belum tidoq. Dah 3.15 pagi. Hari Sabtu. 22 Ogos. Bersamaaan 1 Ramadan. Sat lagi nak soq (or bersahur ikut dialek KL). Soq lebih kurang dah la. Lagipun dah setahun dah dok idak makan ja.
Selain mendapat pahala posa, azam kali ni, perut yang boroi ni mau kasi kurang sikit la ukur lilit dia. Makin semangat nampaknya ni.Hua hua hua...
Badan rasa nak demam tapi aku anggap ni suma amanah yang diberi. Amanah dalam melaksanakan tugas. Tak lupa, amanah untuk anak bini aku. Depa amanahkan aku untuk pelihara depa. Aku cuba. Dan aku akan buat apa saja untuk cari rezeki yang halal nak suap mulut anak bini aku.
Buat wifey dan anak2 ba tersayang.
Maaflah sebab terlalu sibuk sangat dengan kerja.
Abih undi nanti ba amik cuti panjang. Kita p bukak posa sama-sama k.
No comments:
Post a Comment