Wednesday, May 14, 2008

Qasehnya Ibu

Assalamualaikum semua.

Mei datang lagi.
Banyak peristiwa sebenarnya Mei ni. (sehingga hari ni 14/5/2008)
Antara yang terpenting bagi kami semestinya adalah Hari Ibu.
Jadi, Selamat Hari Ibu di seluruh dunia.

Selamat hari ibu pada Bubu tersayang.
Ba sayang suma Bubu dan Qaseh.
Dah bleh start masuk dalam kalendar sambutan tahunan dah ni.
Kan?



Juga, teristimewa buat mama "di sana", Allahyarham Nik Hasnah Nik Mat. Bermula dari 2005, dah 4 kali Along tak boleh nak call mama lagi subuh-subuh masa Hari Ibu macam yang Along dok buat dulu masa belajaq dan mula-mula kerja.

Dak aih.

Bukan Along tak sayang mama lagi. Along sayang sangat mama. Tuhan saja yang tau lagu mana sayangnya Along kat mama tapi lagu mana pun Along kena sedaq yang along dah tak boleh call mama apatah lagi cium pipi dan tangan mama sebab mama dah tadak dah di dunia ni. Tapi apa-apa pun, Along tetap simpan lagi no henset mama.

Mama tau dak, tahun lepaih ada sekali masa Along dok melengung [termenung] sorang-sorang di rumah sebab menantu mama balik Johoq berpantang, Along p telefon nombor mak yang tu tapi yang angkatnya ada sorang pompuan Cina sebab no telepon tu sebenaqnya Abah dah terminate lepaih mama dah balik "p sana". Bukan apa mama, masa dok melengung tu, Along rindu sangat kat mama. Masa tu, rasa macam nak telepon mama nak habaq yang mama dah terima cucu. Tu yang jadi "sasau" sat sampai p telepon no tu. Hehe terukkan anak mak ni.

Eh Mama tau dak yang la ni mama dah jadi tok wan? Hehe. Comei tau cucu mama ni. Nama dia Qaseh Karmila. La ni dah nak masuk 7 bulan dah. Kalo mama nak tau, cucu mama suka senyum dan suka tidoq bawah ketiak Along atau ketiak mak dia malam-malam. Sama macam anak mama sorang ni jugak.

Erm.

Haritu along balik umah kita di Kangaq dan sepanjang 3 hari kami dok Kangaq, kadang-kadang along perasan yang cucu mak ni dok gelak sorang-sorang. Happy semacam saja. Macam ada dok main dengan "seseorang". Bila tanya abah, dia kata biasalah, mungkin masa tu mama balik mai jengok "orang baru" dalam rumah kita tu. Betoi ka ma balik mai rumah kita masa tu? Kalaulah betoi apa yang abah kata, Along rasa mama mesti seronok kan dapat tengok cucu mama sorang yang domok-domok tu.




Mama, Along nak berenti menaip dah. Nak p makan sat. Hmmm tiba-tiba rindu pulak nak makan masakan mama. Along tatau nak kata apa lagi dah. Macam-macam perasaan dalam hati ni.

Mama, kasih sayang mama pada Along insyallah Along takkan lupakan selagi hayat dikandung badan. Sekali lagi Along pohon supaya mama halalkan setiap apa yang mama bagi daripada ayaq susu mama sampaila segala kasih sayang mana kat Along, Angah, Kak Lang dan Adik daripada kami ni kecik besaq tapak tangan saja sampai la kami semua dah besaq panjang dan Along sendiri pun dah ada anak.

Hanya doa dari Along sekeluarga saja yang dapat Along kirimkan buat mama di sana sebagai tanda kasih sayang Along sekeluarga pada mama. Semoga Allah SWT ampunkan segala dosa mama, melapang dan memberi cahaya seterangnya kubur mama dan meletakkan mama di kalangan orang-orang yang dirahmatiNya. Insyallah Along takkan lupa doakan mama tiap kali lepaih semayang. Mama tunggu na.

Selamat hari ibu, mama.
Along, Ila dan Qaseh serta keluarga kita suma sayang mama.

6 comments:

dali said...

uhuh, bergenang air mata aku baca post hang nih.

tahniah qaseh dah besar 7 bln. raya thn ni bole le qaseh berkenalan dgn zafyra iAllah.

faizura said...

hang buat aku sebak ja la pagi2 ni... insyaAllah, sejuk hati mak hang mengandung kat hang.....kalau dia ada lagi...sure lencun baju dia kalau baca post hang ni...

apa2 pon tahniah, sebab hang dah jadi anak yang bejasa kepada mak, ayah apa lagi pada adik2 hang....

Sme said...

Buat Dali dan Zura,
Sayangilah depa sementara depa masih ada :)
Duit Kupang tu tadak apa bagi depa. Yang paling penting, selalu tanya habaq. Ikut telefon ka, ikut sms ka apa ka, yang tu terpulang. Janji tanya habaq.

Anonymous said...

along...kak lang pn rindu mama...rindu sgt3...kak lang teriak bca blog along ni...rindu nk jmpa mama...rindu masakan mama...rindu suma psl mama.....:'(

X-weatherman said...

Bergenang ayak mata aku wehh Sme..


Memang betui apa hang cakap..hargailah mereka tatkala mereka masih bernafas..masih buleh tengok kita..masih buleh senyum dan buat hati kita merasa masih ada orang yang sayang kat kita walau satu dunia dok maki kat kita..

Comey anak hang..InshaAllah aku akan bawak Emi Wardiah jumpa kawan dia kalu kami bercuti di Penang..

Assalamualaikum..

Hany FF said...

syahdunya!!!

betul tu, yang tiada...dikenang-kenang. yang ada...dihargailah sentiasa. bagus peringatan ini, takut-takut kita lupa.
:)

p/s: alfatihah dan doa rahmat utk allahyarhamah toklang nik. semoga dia bahagia "di sana"