Dah 2 kali kena kerja / ada urusan hari minggu.
Ni baru balik dari Melaka Bandaraya Bersejarah.
Ada kursus Pengurusan dan Pemantauan Projek Pembangunan.
Ceramah diberi oleh orang dari ibu pejabat sendiri.
Jumaat sampai Ahad petang.
Dok di Hotel belakang Mahkota Parade.
Cari la apa nama hotel tu ye.
(Sapa teka betoi bleh mai Penang tuntut hadiah Nasik Kandaq Line Clear.)
CHOP :
IKLAN
USED o2 FLAME FOR SALE.
UNBELIEVEABLE SPECIAL SLASHED PRICE !!
ONLY RM 1999.
CLICK HERE TO REFER
Ok
Kita kembali pada cerita kursus di Melaka.
Sayang.
Kursus menarik (maksud kami : kandungan) tapi dibuat dalam keadaan tergesa-gesa. Dan sangat sendat. Terlalu "packed". Serta boring. Aktiviti hanyalah ceramah, taklimat, break, ceramah, taklimat. Satu pakej lengkap untuk sebuah kursus yang boring.
Secara kasarnya, tentatifnya begini:
8.30 pagi - ceramah.
10.00 pagi - minum pagi (Minum Teh).
Sambung ceramah sampai 1 tengah hari.
1.00 tgh hari - Rehat.
2.30 petang - mula balik Ceramah.
4.00 petang - rehat sat (Minum Teh).
4.15 petang - sambung sampai 6.45 petang.
7.30 malam - dinner
8.30 malam - mula balik
10.30 malam - rehat sat (Tea Break - sampai sembelit dah sebab dok idak minum Teh saja)
11.00 malam - Sambung ceramah sampai 1 pagi.
10.00 pagi - minum pagi (Minum Teh).
Sambung ceramah sampai 1 tengah hari.
1.00 tgh hari - Rehat.
2.30 petang - mula balik Ceramah.
4.00 petang - rehat sat (Minum Teh).
4.15 petang - sambung sampai 6.45 petang.
7.30 malam - dinner
8.30 malam - mula balik
10.30 malam - rehat sat (Tea Break - sampai sembelit dah sebab dok idak minum Teh saja)
11.00 malam - Sambung ceramah sampai 1 pagi.
Penutup : Kajian Kes (Hari Last).
Hmm..
Kami pun bukanya pandai sangat.
Tapi kami rasa seeloknya pukoi 10.30 atau paling lambat pukoi 11.30 malam tu patutnya habih dah taklimat/ceramah. Ni bukan BTN nak dok p buat sampai pukoi 1-2 pagi. Kalao ceramah sampai pukoi 3 pagi sekalipun tapi audience suma dah mimpi sampai ke bulan pun tarak guna jugak. Buat la kursus 4-5 ratus kali pun, dok lagu tu jugak la. Orang utara kata, "p mai p mai tang tu jugak".
Habih komen pasai kursus.
Owh ya.
Kami pi Melaka kali ni bawak Bu dan Qaseh sekali. Tapi tinggalkan di Seremban umah Kak Ida (Kak Ipaq no2). Pastu Kak Nini (kak ipaq kami no 3) datang hari Ahad ke KL(hari kami habih kursus). Kebetulan Ahad tu besday dia.
Dah alang-alang. Celebrate besday dia teruslah. Kebetulan MIL dan FIL pun ada di KL. Just a simple small besday party di "rumah hinggap" Kak Nini di Pantai Hillpark. Mimi (Adik Ipaq) dan anak2 dia pun datang dari Sungai Buloh semata-mata nak sambut besday Kak Nini. Simple saja. Menunya mudah saja, beli KFC dan sebijik Kek Coklat yang ditaja oleh kami sendiri. Sangat simple tapi meriah. Unplanned Besday Bash.
Isnin. 21/4/08
Ada pulak Taklimat di Putrajaya. Pun pasai Program Pembangunan.
Sehari suntuk. Dan memandangkan hari dah pukoi 6 petang masa habis taklimat tu, jadi kami amik keputusan untuk balik ke Penang pada Selasa. MIL dan FIL ikut sekali ke Penang. Lagipun Qaseh kecik lagi. Tak sesuai la nak jalan jauh-jauh waktu malam. Ikut highway pulak tu. Lalu segala rimba banat suma.
Selasa. 22/4/08
Awal lagi kami dah bertolak balik.
Dengan FIL dan MIL sekali dalam keta.
Dan kami sampai di bumi Penang pada Selasa, 1.30 tengah hari.
Letihnya.
Malam tadi, kami meraikan ketibaan MIL dan FIL dengan menjamu Beriyani Hameediyah.
Memang terbaiklah.
Ujung minggu yang kali ni (26/4/08), akan ada Mesyuarat Pengarah Pembangunan Negeri Semalaysia di Penang. Dan kami adalah salah sorang urusetia. Mujoqlah FIL dan MIL ada di rumah. Sekurang-kurangnya Bu dan Qaseh ada berteman. Ada orang tua.
Hmmm.
Maka, genaplah 3 weekend tanpa rehat.
Kena apply cuti panjang ni masa cuti hari buruh ni.
Keja memang dah macam buruh kasaq ni.
4 comments:
dah nak amik cuti panjang hari buruh tu.. mai turun KL la pekena nasi kandaq potong kaki!
insyallah
memang nak kena p KL pun
nak hantaq pak dengan mak mentua aku
jom jom kita p pekena ayam madu potong kaki
lama dah ni tak pekena
KUALA LUMPUR !! AKU CABAR KO !!
aku ni, kalau tak cukup rehat, mau boleh jadi gila isim... kehkehkeh! sabo ajalah!
yeah
cuti panjang den sempena hari buruh ni
wuhuuu
Post a Comment